Nilai sebuah Harga Diri

Kelihatan seorang yang segak bergaya bertubuh sasa dengan pakaian yang berjenama sambil menelaah sesuatu di paparan smartphone menjadi tarikan khususnya di kalangan anak gadis..

Terlintas seorang gadis yang berwajah ayu dengan penampilan yang kelihatan casual sambil berceloteh bersama rakan disisinya membuatkan pandangan si remaja lelaki terpana seketika.

Terlihat  seorang menaiki kenderaan mewah meluncur laju di kota hingga dia tiba ke destinasinya di tengah ibu kota membuatkan mereka yang berada di kawasan berdekatan tertunggu-tertunggu siapakah yang akan keluar kenderaan berkenaan.

Saban waktu memerhatikan kehadiran seseorang yang asyik menjamu selera sama ada di kala kesibukan waktu bekerja mahu pun sambil menikmati waktu rehat di sebelah malam di tempat yang exclusive bukan sahaja lokasi tetapi pada menu hidangannya mampu membuatkan seseorang itu terngiur.

i-Phone more precious

Sebahagian daripada fenomena seharian yang biasa dapat kita perhatikan..

 

Realiti Harga Diri

Setiap era peralihan zaman mempunyai penilaian ketinggian harga diri yang berbeza. Berbeza zaman, berbeza penilaian. Umumnya apa yang menjadikan seseorang itu di pandang tinggi adalah berdasarkan apa yang boleh diinterpretasikan daripada aspek luaran. Yang mampu dinilai dengan pancaindera itulah yang itulah menarik perhatian dan memberi penilaian.

Zaman masa kini umumnya meletakkan penilaian yang  tinggi terhadap sesuatu perkara yang bersifat fizikal; sama ada dalam bentuk rupa paras, material,  pangkat dan seumpamanya.

Masyarakat kita mempunyai perspektif yang tersendiri dalam mencari identiti  bagi menaikkan harga diri. Begitu juga dengan masyarakat dan tempat lain. Bermula daripada sebesar perkara hinggalah kepada sekecil-kecil perkara termausklah dalam soal bahasa bual bicara negara yang maju akan dijadikan sebagai trend bagi kita.

Sama ada yang bersifat positif atau pun sebaliknya. Sama ada yang selari dengan atau pun yang bertentangan dengan budaya. Sama ada nilai yang diterima dalam agama mahu pun yang berlawanan dengan nurani agama. Antara yang menjadi medium penyebaran utama adalah arus media.

 

Harga diri Barat vs Harga Islam

Berpaksikan kepada jati diri seorang Muslim, tidak semua yang berasal daripada negara Barat yang lazimnya jauh lebih maju dan ke depan boleh diterima secara bulat-bulat. Tidak pula boleh ditolak secara mentah-mentah.

Agama yang didirikan dengan nilaian murni seharusnya menjadikan seseorang individu muslim itu tidak mudah hanyut bersama arus perkembangan semasa yang tidak memberikan faedah apatah lagi yang mampu mendatangkan mudarat.

Bila berbicara mengenai harga diri sebagai seorang Muslim, mungkin ramai yang terbawa-bawa bersama zaman kegemilangan tamadun Islam berserta dengan pembawaan identiti harga diri seorang muslim. Hakikatnya realiti pada hari ini tamadun Islam bukan lagi berada di era kegemilangan.

Lebih mendukacitakan lagi, runtuhnya tamadun Turki Uthmaniyyah, telah meruntuhkan bersama jati diri dan maruah ramai di kalangan Muslim. Sukar untuk bangkit dan membina identiti semula!

Lebih memilukan lagi pada hari ini, agama Islam menjadi sering kali ditohmah dan menjadi sasaran dalam banyak perkara. Bukanlah kerana kekuatan yang ada pada mereka yang bukan Islam sebagai ancaman, tetapi adalah peribadi dan jati diri umat Islam sendiri yang menjatuhkan maruah agama yang kita anuti. Peringatan untuk diri sendiri…

 

Ukuran Maruah Diri?

Ada yang mahu berbelanja kos tinggi bagi mendapatkan bentuk badan yang ideal lagi menarik. Si teruna mahu membina dan menampakkan otot. Si dara pula mahu menguruskan dan melentikkan susuk tubuh. Nilaian wang ringgit tidak diendah demi membeli pelbagai supplement dan makanan tambahan. Bahkan jika tidak cukup pembedahan plastik juga turut menjadi pilihan.

Ada pula yang meninggi diri kerana memliki suara yang merdu dan lunak. Jika dalam industri yang melibatkan keagamaan, maka nasyid menjadi pentas untuk menonjolkan diri. Manakala jika meminati industri muzik pula, pelbagai bentuk rancangan realiti cuba diceburi bagi mencari populariti.

Ada yang sanggup kelihatan bergaya walaupun menjadi papa. Ada yang mahu kelihatan  ‘senang’ walaupun terpaksa menanggung beban hutang. Mereka yang lebih bertuah bila mana dibesarkan dalam kalangan keluarga yang memiliki keistimewaan sama ada dalam bentuk harta dan duit, pangkat dan kerabat turut terpalit dan menumpang  sama.

Ada yang menuntut ilmu hingga ke peringkat tinggi demi gelaran. Seronok digelar ustaz dan ustazah jika bidang agama yang didalami. Berbangga pula jika mendapat gelaran Dr. jika berkesempatan menamatkan pengajian sehingga ke pringkat PhD. Mendabik dada pula jika telah dilantik menjadi consultant dalam bidang yang tertentu kerana memiliki pengalaman dan kejayaan yang menggunung tinggi.

Umumnya segala apa yang mampu dinilai dengan pancaindera dan mendatangkan kemegahan beserta kemewahan dalam bentuk yang digemari oleh penilaian masyarakat setempat itulah yang menjadi kayu ukur bagi maruah harga diri seseorang.

 Self-love

Manifestasi sebuah Harga Diri

Nilai ketinggian harga diri merupakan perkara yang menjadi ukuran penting bagi seseorang individu. Bahkan bukan hanya kepada individu, tetapi dalam skala yang lebih besar termasuklah masyarakat, bangsa dan negara. Pun demikian, sebelum meneruskan dalam skala yang lebih besar, penilaian ini seharusnya perlu kembali berpaksi kepada seseorang individu yang menjadi tunggak dan tunjang dalam pembentukan sesebuah sistem yang lebih besar.

Hakikatnya ISLAM bukanlah sebuah agama yang mahu melihat penganutnya yang merendah diri tidak bertempat. Kemuliaan dan ketinggian maruah diri seseorang muslim itu adalah terletak pada ketinggian akhlaknya dan imannya.

Demi sesungguhnya, adalah bagi kamu pada diri Rasulullah itu contoh ikutan yang baik, iaitu bagi orang yang sentiasa mengharapkan (keredaan) Allah dan (balasan baik) hari akhirat, serta ia pula menyebut dan mengingati Allah banyak-banyak (dalam masa susah dan senang)

(al-Ahzab; 21)

Manakala apa yang dipandang tinggi pada penilaian manusia pula ISLAM tidak melarang untuk kita memilikinya. Bahkan digalakkan untuk kita untuk memilikinya tetapi  dalam masa yang sama tidak pula menjadikan kita sebagai seseorang yang berbangga dan meninggi diri. Selagi mana paksi Iman yang kukuh dan akhlak yang mulia dijadikan pegangan, maka perkara-perkara yang selain itu tidak akan mudah menghanyutkan kita.

 never sacrifice this

Istimewanya Bangsa Arab

Bangsa Arab terpilih  sebagai bangsa pertama untuk menerima dan menyampaikan  ajaran ISLAM berbanding bangsa yang lain. Di antara hikmahnya mengapa bangsa Arab terpilih antaranya termasuklah kerana lokasi geografinya yang bebas daripada cengkaman pengaruh tamadun kuasa besar dunia pada masa itu.

Selain itu, bangsa Arab turut  memiliki karakter yang kuat dalam mempertahankan harga diri dan maruah bangsa mereka hingga sanggup bangkit dan melawan walaupun terpaksa menumpahkan darah.

Walaupun pada ketika mereka belum lagi menerima sinar hidayah ISLAM perkara ini mampu memecahbelahkan dan memporak-perandakan masyarakat. Namun setelah disinari dengan cahaya Iman dan hidayah, perkara ini akan memberikan kesan yang besar kepada penyebaran ISLAM khususnya di zaman awal penyebaran ISLAM.

“Jika kamu menjadi seseorang yang ada pendapat, kamu perlu menjadi seseornag yang ada pendirian. Sesebuah pendapat yang baik akan menjadi punah dan musnah bila mana kamu menjadi seseorang yang berbelah bagi”

(Abu Thayyib al-Mutanabbi)

Pegangan Harga Diri Kita

Janganlah kita menjadi salah seorang yang turut menconteng arang kepada agama yang kita pegangi, lebih-lebih lagi ketika saat ISLAM dipandang rendah. Cari dan binalah harga maruah diri yang bertunjangkan kepada paksi akidah yang membuahkan akhlak yang sempurna. Walaupun pada zahirnya mungkin kita dikelilingi dengan kelemahan dan kekurangan. Namun andai kita memiliki ketinggian budi pekerti itu pun sudah mampu membentuk kita menjadi seseorang yang mulia bukannya hina.

“Dan jika engkau menurut kebanyakan orang yang ada di muka bumi, nescaya mereka akan menyesatkanmu dari jalan Allah; tiadalah yang mereka turut melainkan sangkaan semata-mata, dan mereka tidak lain hanyalah berdusta”

(al-An’aam; 116)

Besar diri

Refleksi si Pencinta ilmu

Lambakan kuliah dan majlis ilmu di masjid, surau dan tempat-tempat yang tertentu yang ada pada hari ini khususnya di sekitar lembah Klang, begitu padat dan sarat diadakan bagai cendawan yang tumbuh selepas hujan. Mungkin tidak di semua tempat dan daerah perkara ini dapat dirasakan. Hanya di beberapa bahagian tertentu sahaja fenomena ini mula membanjiri dan memenuhi jadual aktiviti masjid dan surau berdekatan, khususnya di bahagian bandar yang memiliki adun dan parlimen yang celik dan cakna mengenai perihal keagamaan.

Jika dahulu mungkin kuliah maghrib yang kerap diadakan, tetapi dewasa kini beberapa siri kuliah yang lain turut diadakan. Termasuklah kuliah subuh, dhuha, zuhur sama ada pada hari bekerja mahu pun pada cuti-cuti hujung minggu. Umumnya, kesesuaian pihak penganjur lazimnya akan mengadakan kuliah ini mengikut kelapangan dan kesesuaian pihak penduduk setempat, khususnya kuliah selain daripada waktu maghrib.

the purpose of education

Tajuk yang disajikan pula  pun turut mengikut kesesuaian para pendengar. Para audiens yang datang pula secara umumnya majoriti terdiri daripada mereka yang telah melepasi sekitar 50-an, manakala bilangan anak muda yang turut hadir umumnya masih lagi dalam skala yang kecil.

Andai ada beberapa program dan sambutan tertentu, public serta top figure turut menjadi penceramah undangan. Kebiasaannya kehadiran para audiens adalah berlipat kali ganda bertambah daripada kebiasaan.

Ditambah pula dengan seminar dan program yang berlatar belakangkan ISLAMIC yang diadakan pada waktu hujung minggu secara lazimnya turut mendapat sambutan dan penyertaan yang galak. Khususnya di sekitar kawasan ibu kota. Walau pun ia memerlukan ongkos, namun masih mendapat sambutan.

Namun masih ramai lagi di luar sana yang tidak berkesempatan untuk menghadiri program dan seminar seperti ini, dek kerna pelbagai faktor. Khususnya faktor KEWANGAN khususnya di kalangan anak muda yang begitu dahagakan ilmu. Tidak dinafikan faktor yang lain-lain turut menyumbang.

Pun demikian, mereka yang masih mempunyai keazaman dan iltizam yang tinggi akan cuba memenuhi kemahuan dan mengisi kedahagaan mereka dengan menghadiri kuliah yang diadakan di masjid dan surau, walau pun ia memakan masa yang sangat panjang.

Mutakhir ini proses mentalaqqi kitab telah diadakan secara umum oleh mereka yang selayaknya khususnya untuk mereka yang berada di kawasan sekitar lembah Klang. Di bahas pula oleh mereka yang selayaknya. Walaupun usaha ini baru sahaja diwujudkan, namum kehadiran yang hadir amat menggalakkan. Jika berterusan ini akan membawa sinar baharu dalam jiwa masyarakat.

Ini semua merupakan suatu tanda perubahan anggota masyarakat yang amat positive!

 Poor - Average - Good -Excellent

Fenomena Kuliah Maghrib

Kehadiran mereka dalam memenuhi kuliah berkala ini merupakan sebuah pengorbanan yang besar. Di saat kehidupan rutin seharian yang telah sarat dengan pelbagai aktiviti namun di celah-celah kesibukan itu terdapat segelintir anggota masyarakat yang berusaha untuk turut hadir bersama menghabiskan sekelumit masa dan tenaga yang berbaki untuk mencari dan mendalami ilmu.

Seorang pemuda sama ada kaum adam termasuklah kaum hawa yang bekerjaya, setelah bertungkus lumus sehari suntuk memerah otak, membanting tulang, dipenuhi tekanan akhirnya mereka menghadiri kuliah maghrib. Seorang pelajar setelah berusaha gigih sepanjang hari menghadiri kelas, menyiapkan tugasan, menggalas tanggungjawab melunaskan peranan akhirnya turut bersama memenuhi kuliah maghrib. Turut di bawa bersama kelihatan pada masa tertentu adalah golongan anak-anak kecil yang menarik perhatian yang lain melihat telatah dan mendengar kepetahan mereka.

Tidak dinafikan penyumbang terbesar dalam majoriti yang hadir adalah mereka yang telah mencecah 50-an dan ke atas. Turut datang bersama pasangan hidup mereka.

Pengorbanan seorang PENCERAMAH

Sebahagian penceramah ada yang terpaksa untuk menaiki kenderaan sejauh berpuluh-puluh kilometer. Ditambah pula kesesakan jalan raya kerana warga kota usai pulang dari tempat kerja. Keletihan dan kepenatan mereka setelah menjalankan tugas dan kerja mereka seharian.

traffic jamWalaupun mereka akan berkongsikan tentang suatu yang mereka telah mahir, namun  sebelum mereka memberikan pengisian mereka dalam sesebuah kuliah sudah tentulah diri mereka perlu membuat homework dan revise untuk memastikan agar apa yang mereka ingin sampai dan kongsikan kepada para audiens bukanlah perkara yang sia-sia.

Sudah tentu lazimnya apa yang mereka kongsikan adalah sesuatu yang bermanfaat. Namun adakah pengorbanan mereka ini memberikan manfaat kepada audiens?

MUHASABAH Kuliah Maghrib

Audiens yang datang adalah terdiri daripada pelbagai strata lapisan masyarakat dan berbeda tujuan. Bukanlah tugas dan tanggungjawab kita untuk menilai dan mencari apakah tujuan mereka yang datang. Tetapi adalah terlebih perlu dan utama untuk kita sendiri menilai dan mendefiniskan apakah tujuan dan matlamat datang ke kuliah maghrib.

Ini adalah sebahagian kemungkinan sebab dan mengapa mereka menghadiri kuliah. Ini bukanlah terbukti semua yang disenaraikan adalah benar dan tidak pula sebaliknya. Ini adalah sebahagian daripada coretan dan renungan untuk bersama..

Ada sebahagian mereka yang hadir adalah kerana mereka:

  • Sebahagian daripada AJK masjid dan surau.
  • Ingin bertemu dan bersua muka bersama rakan dan teman.
  • Hanya ingin melelapkan mata merehatkan badan sebentar menunggu solat isya’.
  • Hobi mahu mengisi masa lapang.
  • Tidak larat mendengar leteran isteri, rungutan anak-anak, tangisan cucu-cicit.
  • Sementara menunggu waktu makan malam di rumah mahu pun di gerai berhampiran.
  • Ingin menikmati juadah dan hidangan usai daripada solar isya’.
  • Tidak tahu untuk melakukan apa-apa diwaktu itu.
  • Singgah secara kebetulan disebabkan mungkin hanya mahu solat maghrib.
  • Tidak larat apatah lagi tidak berminat untuk menonton buletin utama di semua siaran TV umum.
  • Ditaklifkan untuk hadir kerana mereka adalah Special Branch (S.B)
  • Mencari ketenangan jiwa kedamaian hati setelah letih dan lelah menghadapi dugaan hidup.
  • Menuntut ILMU?

why I am go to mosque

Mungkin terdapat lagi tujuan dan matlamat yang lain yang tidak disebutkan. Ini hanyalah sebahagian yang terlintas di benak fikiran. Coretan ini bukanlah untuk mencari salah orang lain, jauh sekali untuk menilai ketulusan seseorang. Tetapi terlebih penting adalah untuk MUHASABAH di manakah diri kita?

Adakah kita benar-benar mahu menuntut ILMU?

Tidak dinafikan bahawa ramai yang akan mengatakan bahawa mereka mahu memahami ilmu. Walau pun pasti akan ada yang tersengguk-sungguk menahan mengantok. Namun adakah keinginan kita itu selaras dengan tindakan kita?

Sungguh tidak dinafikan dalam kalangan audiens sebahagian besarnya memiliki smartphone. Namun adakah dengan multipurpose smartphone itu digunakan untuk mencatat nota dan peringatan yang disampaikan? Mungkin juga ada yang membawa buku nota sebagai catatan, tetapi bilangannya adalah sangat sedikit. Untuk seseorang itu memiliki kitab yang dibahaskan oleh seseorang penceramah, lagilah sedikit bilangannya.

writing on ipad

Ini bukanlah cara yang terbaik untuk membuktikan keikhlasan seseorang untuk menuntut ilmu, tapi ini menjadi salah satu diantaranya. Setidaknya dengan mencatat beberapa perkara yang penting akan membantu mengelakkan kita daripada terlena dan terlupa kelak.

Seorang penceramah terkenal pernah memberikan teguran:

“Selama berpuluh tahun kita mendengar kuliah maghrib, tetapi kesannya adalah sama. Seolah tiada kesan perubahan penambahbaikan dalam anggota masyarakat. Yang menyampaikan dengan cara yang sama, yang mendengar pun dengan cara yang sama. Tiada inisiatif untuk berubah. Dengar kuliah sambil tergelak-gelak usai kuliah singgah makan, akhirnya balik dengan tangan kosong”.

Teguran yang kedengaran agak sinis, namun jika dimuhasabah semula ada benar dan tulus dalam teguran yang diberikan ini.

“Sewajarnya semakin meningkat ilmu agama seseorang, akan semakin memperelokkan akhlak dan peribadinya. Namun, setelah bertahun-tahun menghadiri dan memahami agama, semakin teruk dan buruk akhlaknya atau mungkin tiada beza apa-apa. Orang yang biasa jika tidak berakhlak mulia mungkin dapat dimaafkan kerana mereka tidak mengetahui. Tetapi andai orang yang semakin memahami agama semakin buruk akhlaknya, teramatlah buruk perihalnya”

Semoga usaha yang tulus untuk mereka yang benar-benar ingin mencari ilmu ini tidak menjadi sia-sia.

7;23

Keduanya berkata: “Ya Tuhan kami, kami telah menganiaya diri kami sendiri, dan jika Engkau tidak mengampuni kami dan memberi rahmat kepada kami, niscaya pastilah kami termasuk orang-orang yang merugi. (7:23)

Coretan ini bukanlah untuk menjatuhkan apatah lagi menyalahkan sesiapa. Tetapi semoga dapat memberikan peringatan dan membantu kita untuk bermuhasabah bersama. Mengingatkan yang sering terlupa khususnya diri ini yang teramat hina.

SEMOGA BERMANFAAT.

Bertindak sebelum terlambat

“Umur dah meningkat, apa perancangan hidup tahun depan?” soal saya kepada Muaz.

“Ingat sudah ada rezki lebih sikit nak buka business kecil-kecilan.” Jawab Muaz dengan jujur.

“Kenapa mahu membuka business?” Sedikit kehairanan kerana Muaz merupakan graduan perundangan.

“Kos sara hidup makin meningkat, desakan kewangan semakin memuncak, kalau sekadar nak harapkan makan gaji bukan tidak cukup, tetapi tidak dapat pergi jauh untuk aku terus infaq kan rezki”. Muaz menjawab dengan jujur.

“Bagus la kalau begitu.” Saya sedikit terpegun dengan jawapan Muaz.

Muaz sangat bergiat aktif dalam membantu dan menggerakkan beberapa NGO dan badan amal. Sangat kagum dengan beliau kerana terus istiqamah menyumbang untuk badan amal walaupun dia dibesarkan dalam hidup yang agak mewah.

Helping-Hand

Melangkah masuk minggu terakhir dalam tahun 2013, menanti kehadiran tahun 2014 yang penuh dengan cabaran. Bukan sekadar dugaan kos sara hidup yang kian melambung tinggi, bertambah-tambah lagi dengan keserabutan dalam masalah sosial dan akhlak dalam masyarakat yang semakin memeningkan!

Kesibukan dalam mencari harta dan wang ringgit kadang-kadang mendorong kita sehingga terlupa untuk membuat bekalan dan persiapan dalam menghadapi kehidupan selepas kematian.

Ketika menghadiri dalam sebuah slot perkongsian yang dalam sebuah seminar Celik Famili anjuran as-sohwah production, perkongsian daripada salah seorang  Panel,  Dato’ Seri Syed Zainal (Pengarah Urusan (CEO) syarikat nasional Malaysia. Proton Holdings Bhd (2006-2012)):

“Apa yang akan abang tinggalkan pada isteri dan anak-anak andai ditakdirkan mati pada hari esok?” Soal isterinya..

Beliau terdiam tanpa jawapan tanpa jawapan.

Ini adalah dalam konteks bekalan keagamaan untuk keluarganya.

Perkongsian yang beliau sampaikan begitu tulus hingga membuatkan diri ini terasa sebak bersama para penonton yang lain.

 Seminar celik famili

Keperluan & Kebahagiaan Hidup

ISLAM tidak melarang umatnya untuk agar meninggalkan dunia semata-mata untuk mengejar akhirat. Begitu juga sebaliknya. . Hakikatnya ISLAM menyarankan kepada penganutnya agar keperluan kehidupan bagi di dunia dan di akhirat dipenuhi dengan sebaiknya.

Menjelang tahun mendatang kos sara kehidupan kian meningkat. Pun demikian jangalah sampai dilekakan kita sehingga untuk turut membuat bekalan bersama selepas kematian. Imam al-Ghazali ada menyatakan bahawa Dunia adalah Ladang bagi akhirat.

al-qasas; 77

Dan tuntutlah dengan harta kekayaan yang telah dikurniakan Allah kepadamu akan pahala dan kebahagiaan hari akhirat dan janganlah engkau melupakan bahagianmu (keperluan dan bekalanmu) dari dunia…

(al-Qasas: 77)

Muslim graveyard in snow

“Apabila Anak Adam (manusia) meninggal dunia, maka terputuslah semua (pahala) amal perbuatannya kecuali 3 macam perbuatan iaitu sedekah jariah, ilmu yang bermanfaat dan anak soleh yang mendoakannya.”

(riwayat Muslim)

Sering kali kita diperingatkan tentang perkara ini. Sudah ramai yang sudah tahu bahkan sudah menghafal maksud hadith ini. Pun demikian, dalam masa yang sama jangan kita terlupa bahawa amalan soleh yang boleh menjadi bekalan untuk selepas kematian, perkara yang sebaliknya juga boleh berlaku. Amalan yang tidak soleh juga boleh menjadi antara sumbangan yang berpanjangan sumbangannya selepas kematian.

Jika ilmu yang tidak bermanfaat, bahkan yang memudaratkan itu pun sudah menjadi sumbangan kepada bekalan kehidupan mendatang.

Jika sedekah jariah yang tidak berfaedah, bahkan yang menyesatkan itu pun sudah menjadi bekalan yang akan menyusahkan kita kehidupan yang lain kelak.

Jika anak yang tidak soleh bahkan berlaku yang sebaliknya, itu turut akan menambahkan azab pada diri kita pada kehidupan di masa depan.

Tidak perlu kita sibuk untuk menuding jari mencari kesilapan orang lain, meninggi diri membanggakan jasa dan sumabangan sendiri, tetapi terlebih elok dan molek jika kita bermuhasabah diri.

Jika ada keterlanjuran yang sebelum ini tidak disengajakan, maka pohonlah keampunan dan bertaubat kepadaNYA. Mulakan azam tahun baru yang bakal menjelang tiba tidak lama lagi sebagai sebuah kehidupan yang baru dengan azam yang baru.

Jika sudah ada kebaikan yang pernah dilakukan yang dapat dijadikan aset pada kehidupan mendatang, maka janganlah pula mendabik dada membangga diri. Mohonlah kekuatan dan pertolongan agar mampu untuk berterusan dan berpanjangan dalam membuat kebaikan.

Dont put off for tomorrow what you can do today

Mahu menunggu anak yang soleh?

Ramai yang mengimpikan untuk memiliki anak yang soleh untuk dijadikan sebagai salah satu aset untuk kehidupan. Perkara ini teramat bagus. Namun dalam mengimpikan anak yang soleh sebagai bekalan, jangan dilupakan bekalan yang lain.

Berapa ramai yang sudah mendirikan rumah tangga tetapi masih belum lagi dikurniakan cahaya mata? Berapa ramai yang sudah memiliki anak-anak tetapi belum mampu memastikan menjadikan anak-anak mereka sebagai anak-anak yang soleh? Berapa ramai yang mampu menjadikan diri mereka sebagai anak-anak yang soleh kepada ibu bapa mereka?

Jangan sampai mengharap dan menunggu anak yang soleh sehingga kita mengabaikan kemampuan kita yang lain. Menyumbang dan bergeraklah di atas kapasiti sendiri yang kita termampu.

Mahu menunggu menjadi hartawan?

Tidak perlu menunggu menjadi hartawan untuk kita menyumbang dan berbakti sebagai langkah untuk memberikan sedeqah jariah.

Sedeqahkanlah sebahagian daripada kelebihan rezki yang kita ada pada orang lain. Jika tidak mampu untuk memberi dalam bentuk wang ringgit, memeberilah dalam bentuk yang lain. Jangan kita menyempitkan pemahaman kita bahawa sedeqah itu hanya dalam bentuk wang ringgit. Sebaliknya konsep yang digariskan dalam agama kita adalah sangat luas.

Mahu menunggu menjadi ustaz?

Tidak perlu menunggu untuk menjadi ilmuan agung untuk kita berkongsi ilmu yang bermanfaat pada orang lain.

Pun demikian sebagai seorang pendakwah sewajarnya mereka perlu lebih berhati-hati. Mereka perlu menyeimbangkan antara keseimbangan dalam mencari ilmu pengetahuan dan berdakwah. Mereka perlu untuk membekalkan diri mereka dengan ilmu terlebih dahulu sebelum berkongsi. Jika terlalu berdakwah tanpa ditambah dengan pengisian ilmu akhirnya sampai suatu ketika jiwa mereka akan berasa kekosongan. Luaskanlah dalam memperolehi pengetahuan pada hari ini, sama ada melalui pembacaan, pendengaran dan apa sahaja medium yang bersesuaian agar tidak menjadi pendakwah yang jumud dan ketinggalan zaman.

Pendakwah bukanlah khusus kepada tanggungjawab ustaz dan ustazah. Pendakwah bukanlah tertumpu kepada golongan yang berserban besar dan bertudung labuh. Pendakwah bukanlah khas kepada golongan islamis semata. Tetapi tugas untuk berdakwah adalah terletak di atas bahu dan tanggungjawab setiap diri yang bergelar sebagai MUSLIM.

Life is a journey

Semoga meningkatnya usia kita hingga menjejakkan kaki pada tahun baru ini selaras dengan bertambahnya bekalan kita. Bukan hanya sekadar bekalan di sini, tetapi turut tidak dilupakan adalah bekalan kita di sana. 🙂

Paradox kehidupan

Dilema seorang kanak-kanak hinggalah ia menuju ke alam dewasa..

Paradox life

Ketika masih di sekolah rendah ustaz dan ustazah bagi tahu dalam kelas, aurat bagi seorang lelaki adalah antara pusat hingga lutut, untuk seorang perempuan pula semua anggota tubuhnya kecuali muka dan tapak tangan.

Tapi bila di luar sekolah lain pula ceritanya…

Ayah dan adik beradik lelaki kadang dengan slumbernya memakai seluar pendek. Ibu dan adik beradik perempuan pula biasanya hanya berbaju biasa bersama T-shirt pendek dan tudung serempang..

K.E.L.I.R.U.

Sementara itu suasana di rumah pula ibu dan ayah mengajar dan mendidik anak-anaknya untuk mendirikan solat 5 waktu sehari semalam sebagai tiang agama. Muqaddam juga minta di khatam sebelum boleh membaca al-Quran. Jika ibu dan bapa tidak berkesempatan mengajar mengaji, maka akan di hantar kepada mana-mana kelas mengaji. Katanya al-Quran wajib dibaca setiap hari untuk menjadi panduan hidup.

Sebaliknya dalam keadaan kehidupan sebenar lain pula…

Jarang sekali kelihatan ayah dan ibu mendirikan solat pada waktunya. Cuma jelas kelihatan si ayah akan ke masjid atau surau untuk mendirikan solat sunat hari raya setahun dua kali setahun dengan segak berbaju raya. Ibu pula tidak berkesempatan kelihatan mendirikan solat di rumah kerana keluar kerja pagi balik menjelang malam. Al-Quran pula seolah-olah kelihatan tidak pernah diselak. Hanya surah Yaasin yang kerap dibaca dalam majlis keramaian, sama ada kenduri doa selamat, menghadapi peperiksaan anak atau pun kematian.

K.E.L.I.R.U.

Ketika meningkat usia melangkah masuk ke sekolah menengah cikgu-cikgu melarang untuk merokok khususnya dalam kawasan sekolah; “merokok membahayakan kesihatan” tagline yang biasa disebut dan diulang. Dalam subjek sejarah biasanya pula akan dinyatakan bahawa Raja merupakan seorang ketua agama, manakala bagi negeri yang tidak mempunyai raja pula Yang Di-Pertuan Agung pula menjadi Ketua Agama.

Tetapi dalam keadaan realiti lain pula kisahnya..

Guru-guru lelaki sendiri dalam keadaan tertentu dalam sekolah sendiri merokok secara berjemaah. Kadang-kadang tanpa perasaan segan pun membiarkan murid-muridnya melihat. Di rumah pula ramai kelihatan ahli keluarga yang merokok. Manakala dalam isnstitusi raja sendiri, kelihatan keadaan isteri mereka sendiri ada sebahagiannya gagal untuk memakai tudung, apatah lagi menutup aurat.

K.E.L.I.R.U.

Ketika menuntut di IPT dalam peringkat yang lebih tinggi pula, di ajar dalam budaya bekerja sebelum melangkah masuk ke alam pekerjaan kelak supaya bekerja mengikuti dan menepati jadual masa bekerja. Manakala PM tersayang pula selalu berpesan kepada rakyat jelatanya supaya berjimat-cermat dalam menguruskan kewangan kerana kos sara hidup semakin tinggi dek kenaikan harga barang yang melambung tinggi. PM juga berbangga menyebut dan menyatakan bahawa negara kita juga adalah contoh negara ISLAM.

Tetapi dalam kehidupan yang dilalui saban hari lain pula yang berlaku…

Kelihatan ada ramai di kalangan staf IPT yang tidak bekerja menepati masa. Pensyarah yang sering terlewat dalam menghadiri kelas. Staf yang minum pagi di kedai kopi hingga berjam-jam lamanya. Sedang PM berpesan kepada rakyatnya berjimat-cermat amalan mulia kelihatan terpampang di dada akhbar kos hidup saban hari kehidupan PM mencecah jutaan ringgit meliputi kos  pembiayaan bil, isterinya yang aktif dengan julangan 1st Lady. Sedangkan jelas kelihatan dalam institusi keluarga PM sendiri, perlaksanaan ISLAM pun belum tertegak sepenuhnya.

K.E.L.I.R.U.

 

The Young Crab and His Mother

PARADOKS

Sesuatu yang bertentangan dengan pendapat yang diterima umum

(Kamus Dewan Edisi Keempat)

Ini adalah sebahagian siri paradoks yang berlaku dalam kehidupan seharian kita. Penulisan ini bukanlah bertujuan untuk menyalahkan peribadi seseorang jauh sekali ingin membuka aib. Andai ada yang terasa, mohon kemaafan dipinta setulusnya.

Terlalu banyak PARADOKS yang berlaku dalam peristiwa kehidupan, sama ada dalam keluarga terdekat, masyarakat hinggalah ke peringkat yang lebih tinggi. Contoh yang diberikan di atas adalah hanya sebahagian sahaja yang sempat dinukilkan.

Mungkin pada usia kecil saat fikiran belum dewasa segala perkara ini merunsingkan kepala memeningkan otak. Pun demikian, menjelang kita meningkat dewasa, kita semakin menjadi matang dan mampu berfikir secara rasional.

Mungkin terlalu banyak PARADOKS yang berlaku dalam kehidupan kita sehingga tidak tahu di mana titik mula yang perlu diambil untuk mengubah semua ini. Terlalu memeningkan!

 Paradox of Our Age

Bermulalah dengan membetulkan segala PARADOKS ini dalam diri kita terlebih dahulu. Andai kita telah membina keluarga, bersama-samalah dengan mereka untuk mengubah PARADOKS ini. Memang kita tidak mampu mengubah PARADOKS yang telah berlaku dalam peringkat global dan nasional, tetapi setidaknya kita mampu mengubah dalam diri dan keluarga kita andai kita mahu.

Semoga kita terus diberi kekuatan dan kemahuan untuk mengubah PARADOKS ini, demi kebaikan diri kita sendiri. Agar kita terus tidak menipu dan ditipu oleh diri sendiri.

People believe what we do

KETURUNAN – di manakah ketinggian nilainya?

Keturunan dan salasilah kekeluargaan merupakan aspek yang penting dalam kehidupan. Merentas zaman dan tamadun, bermula daripada sebelum masihi lagi hinggalah ke hari ini, aspek keturunan menjadi keutamaan bagi seseorang. Bahkan menjadi suatu perkara yang boleh diagung-agungkan!

Bahkan keutamaan keturunan turut menjadi salah satu aspek yang penting dalam usaha untuk memilih jodoh seseorang bagi mereka yang beragama ISLAM.

“Wanita itu dinikahi kerana empat perkara iaitu kerana hartanya, kerana keturunannya, kerana kecantikannya, dan kerana agamanya. Maka pilihlah olehmu wanita yang punya agama, engkau akan beruntung.”

(Riwayat Bukhari, no. 5090, dan Muslim, no. 1466)

Dalam konteks masyarakat hari ini, peri pentingnya susur galur kekeluargaan seseorang begitu di pandang tinggi oleh sesetengah kelompok.

The Butterfly of Mosque

Ibu bapa yang cemerlang akan memiliki anak-anak yang cemerlang

  • Jika mereka adalah keluarga yang cemerlang dalam bidang akademik dan kerjaya, maka delegasi kecemerlangan keluarganya akan diteruskan oleh generasi mereka pun yang turut sama cemerlang seperti itu.
  • Jika ibu bapa itu adalah golongan yang berharta, maka harta kekayaan warisan keluarganya akan terus dirasai untuk keturunan mereka.
  • Jika ibu bapa itu adalah kerabat dan berpangkat tertentu yang berstatus VIP, VVIP, maka anak-anak dan sanak saudaranya juga akan bakal turut memiliki gelaran dan pangkat yang hampir serupa.
  • Jika ibu bapa adalah mereka yang memiliki ilmu agama yang tinggi sehingga digelar sang murabbi, maka anak-anaknya juga akan menjadi orang yang faqih dalam bidang agama.

Sebahagian besarnya adalah dinilai dalam bentuk yang bersifat luaran.

Ibu bapa yang hebat akan melahirkan delegasi anak-anak yang hebat

Inilah tanggapan umum masyarakat khususnya pada hari ini

Namun, adakah realitinya adalah sebegitu? Jika ibu bapa yang hebat akan memiliki keturunan yang hebat. Ya mungkin dalam sebahagian aspek benda ini ada logiknya. Secara psychologinya anak-anak yang dibesarkan dalam situasi sedemikian mungkin terdorong untuk mengikut jejak langkah orang tua mereka.

Pun demikian..

  • Bagaimana pula nasib mereka yang dibesarkan dalam keluarga yang biasa yang tidak memiliki aspek yang boleh dibanggakan dalam aspek material dan kerjaya?
  • Bagaimana pula mereka yang hanya berstatus sebagai rakyat marhein tidak memiliki apa-apa? 
  • Bagaimana pula mereka yang dibesarkan dalam keadaan yang tandus dan jahil dalam didikan agama? 
  • Bahkan bagaimana pula mereka yang dibesarkan dalam keluarga yang gelandangan? 
  • Bagaimana pula nasib mereka yang dibesarkan dalam situasi yatim piatu tanpa ayah atau ibu atau keduanya sekali yang saban hari bilangan mereka ini semakin kian galak meningkat?

Sejarah silam yang membanggakan susur galur keturunan

Jika ditelusuri dalam novel sejarah perkara ini akan jelas kelihatan. Jika dilihat dalam kebanyakan filem yang berunsurkan sejarah yang diadaptasi daripada novel mahu pun kisah benar, sama ada filem tempatan mahu pun antarabangsa kebanyakan mereka akan menyelitkan aspek keturunan sebagai perkara yang sangat penting.

Heirs of Durin

Bahkan dalam zaman tamadun kegemilangan ISLAM sendiri benda yang sama turut berlaku.

Dalam masyarakat arab jahiliyyah sendiri sebelum kedatangan ISLAM, mereka sangat mengagungkan dan menjaga kehormatan salah silah keluarganya. Golongan bangsawan hanya boleh berkahwin dengan golongan bangsawan.

Peri pentingnya masyarakat arab jahiliyyah dalam menjaga salah silah nasab keluarganya adalah seperti pentingnya dalam perawi dalam ilmu hadith.

Dan sehinggalah ke hari ini, sistem perwarisan takhta diraja sendiri adalah diwariskan kepada keturunan dan kerabat terdekat demi menjaga kehormatan tinggi dan kesucian golongan di raja itu. Di tanah air kita sendiri, umumnya bermula daripada zaman Kesultanan Melayu Melaka hinggalah ke hari ini sistem ini terus dipraktikkan. Soal sejauh mana praktikalnya sesuai atau pun sebaliknya, itu adalah persoalan lain.

Rahsia lipatan sejarah sirah Nabawiyyah

Sisipan lipatan sejarah Nabawiyyah memaparkan bentuk yang variasi. Cukuplah jika dihayati dalam sirah Nabawiyyah 5 orang rasul yang ulul ‘azmi mampu untuk merungkai banyak persoalan bahkan menimbulkan lebih banyak penyelesaian. Begitulah indahnya ILAHI dalam menyusun atur sejarah kehidupan mereka agar kita dapat mengambil pengajaran dan pelajaran.

Apa yang kita sangkakan umumnya keturunan yang hebat adalah diwarisi daripada keluarga yang hebat. Namun lipatan sejarah ada sebahagiannya menunjukkan apa yang sebaliknya.

Sebagai contoh, dalam konteks perjuangan dan penyebaran dakwah para Rasul ulul ‘azmi, sebahagian mereka diuji dengan ujian kekeluargaan dalam usaha untuk menyebar dan menyampaikan risalah ISLAM kepada umatnya :

  • Nabi Ibrahim ditentang sendiri oleh bapa kandungnya yang tidak menganut agama ISLAM(19: 41-50).
  • Nabi Musa ditentang sendiri oleh bapa tirinya Firaun bahkan hingga diancam bunuh oleh Firaun (10: 75-90)
  • Nabi Isa dilahirkan dan dibesarkan tanpa seorang bapa, hanya memiliki sentuhan dan kasih sayang seorang ibu (3: 42-47).
  • Nabi Muhammad saw sendiri dibesarkan dalam keadaan tiada bapa bahkan pada usia kecilnya lagi ibunya juga telah kembali ke rahmatullah(93: 6-8).
    *(hanya sebahagian dalil daripada al-Quran yang dipetik)

Dalam contoh yang lain pula tidak dinafikan pun turut terdapat beberapa siri kisah dalam al-Quran mengajar kepada kita bahawa keturunan yang terhormat juga diwarisi oleh keluarga yang terhormat.

Beberapa kisah hidup para rasul sendiri adalah diwarisi oleh keturunan yang mulia. Sebagai contoh:

  • Nabi Yusuf adalah keturunan daripada Nabi Ishak, Nabi Ishak adalah keturunan daripada Nabi Yaqub, Nabi Yaqub adalah keturunan daripada Nabi Ibrahim.

(Nabi Ibrahim →Nabi Ishak→ Nabi Yaqub →Nabi Yusuf)

  • Nabi Sulaiman mewarisi kerajaan yang diwariskan oleh Nabi Daud.

(Nabi Daud →Nabi Sulaiman)

Parents can only give good advice

Ke Mana Kuah Kalau Tidak Tumpah ke Nasi

Pelbagai hikmah yang dapat dipelajari jika dihayati andai kita berusaha bersungguh-sungguh dalam memahami berdasarkan apa yang telah terlakar dalam sirah Nabawiyyah.

Antara yang mudah adalah berdasarkan beberapa kisah tadi ILAHI telah mengajar kepada kita bahawa tidak dinafikan bahawa salasilah kekeluargaan yang baik mampu meneruskan delegasi kepada keturunan yang seterusnya. Dalam masa yang sama juga keadaan yang sebaliknya juga boleh berlaku dengan izinNYA.

Andai sekiranya kita telah diuji dengan kenikmatan dan kesenangan dengan dilahirkan dan dibesarkan dalam susur galur dan salah silah kekeluargaan yang baik, maka berusahalah untuk meneruskan delegasi salah silah yang baik. Agar kita mampu menjadi kepada salah seorang penyambung keturunan yang baik untuk generasi yang akan datang. Bersyukurlah dan jadikanlah ia sebagai sebuah sumber motivasi kepada kita untuk membina dan membentuk masa hadapan kita yang lebih cemerlang.

Like Father Like Son

Jika kita hanya berbangga dengan keturunan yang telah memiliki kemuliaan, tetapi kita tidak menyumbang sesuatu untuk menjadi penyambung kekeluargaan yang mulia hanya sekadar menempel sahaja, bahkan hanya menconteng arang sungguh kita kita adalah golongan yang terhina

Andai sekiranya kita telah diuji dengan dilahirkan dan dibesarkan dalam keadaan yang serba kekurangan, maka jadikanlah pengalaman dan kisah silam itu sebagai sebuah titik tolak untuk mengubah diri kita menjadi yang lebih baik. Bersabarlah dan teruskanlah berusaha. Kerana sebahagian para nabi juga diuji dengan ujian yang seumpama itu. Tetapi itu bukanlah batu penghalang kepada kita.

Empat perkara yang dilakukan oleh umatku yang berasal daripada tradisi Jahiliyyah yang belum mereka tinggalkan; Berbangga-bangga dengan keturunan, mencela keturunan, mempercayai hujan berdasarkan ramalan bintang dan meratapi kematian.”

(riwayat Muslim, no. 934)

Lihatlah kepada keadaan sekeliling. Ramai yang memiliki keturunan yang baik hasil diwarisi daripada keluarga mereka. Namun lebih ramai hakikatnya yang membentuk diri mereka untuk menjadi keturunan yang baik, walaupun pada mulanya mereka hanya insan biasa. Bahkan mungkin yang dipandang dan disishkan oleh anggota masyarakat pada suatu masa dahulu.

Salah silah keluarga yang baik dan sempurna tidak semestinya berasal daripada keturunan yang baik; namun itu boleh menjadi faktor penyumbang kepada pembentukan delegasi susur galur keluarga yang mulia.

Keturunan dan susur galur yang baik bukanlah untuk menjadi sesuatu perkara yang perlu dibanggakan, apatah lagi diagungkan! Tetapi secara tidak langsung mudah-mudahan ini akan menjadi sebagai satu pembentukan delegasi yang bakal memberikan manfaat kepada kita walaupun suatu masa nanti kita telah tiada.

Pentas Kehidupan

Permata yang ku cari, kaca yang ku temui.
Madu yang ku dambakan, racun yang dipertemukan.

Kekayaan yang ku inginkan, kemiskinan pula yang ku rasakan.
Istana yang ingin ku idami, penjara pula yang ku duduki.

Sihat yang ingin ku nikmati, sakit yang ku rasai.
Kekuatan yang ku cari, kelemahan yang ku miliki.

Kebersamaan dalam keramaian yang ku gambarkan, hakikatnya keseorangan dalam kesepian yang ku tempuhi.

Senyum yang ku ukirkan, kelat yang ku rasakan.
Ceria yang ku hamparkan, derita yang ku maksudkan.

Tawa yang ku luahkan, hakikatnya adalah tangisan yang di sampaikan.
Perhatian yang ku harapkan, hakikatnya pengabaian yang dapatkan.

Tenang yang ingin ku hadapi, hakikatnya gelisah yang di lalui.
Pujian yang ingin ku dengari, hakikatnya cercaan yang di beri.

Bahagia yang ingin ku cipta, hakikatnya sengsara pula yang menjelma.
Kesempurnaan yang ku impikan, hakikatnya kekurangan itu menjadi peneman.

Segala apa yang ku cari, seumpama tidak akan ku temui..

 The Greatest Gifts...

Namun di celah-celah itu, di sebalik segala cabaran dan dugaan yang menjelma, secebis KETENANGAN mula menjelma. Harapan yang cuba di bina kelihatan musnah sama sekali, hakikatnya di sebalik impian yang kian pudar, menanti sebuah kebahagiaan yang kian menyinar.

Kehidupan ini bukanlah terlalu dipenuhi dengan keindahan seperti yang kita harapkan; namun kehidupan ini juga bukanlah sering kali dihantui dengan igauan seperti yang takutkan. 

Pray for the best; prepare for the worst

 

 

Nasib kita.. Di manakah??

Di saat golongan hartawan dan sesetengah golongan yang membelanjakan sejumlah wang yang besar sehingga menelan belanja beribu-ribu hatta berjuta-juta ringgit hanya untuk menjayakan sesuatu program yang bertempat di dewan hotel bertaraf 5 bintang, hanya untuk menanggung perjalanan seseorang sahaja berbentuk peribadi yang jika dilihat secara halus menjurus lebih kepada pemborosan, di celah-celah itulah ada di kalangan GOLONGAN RAKYAT marhein yang hidupnya masih lagi di himpit kesempitan kemiskinan, mencatu dan menghitung perbelanjaan seharian untuk mencari sesuap rezki, menanggung dan menyara hidup bersama keluarga.

Di saat  kenaikan harga barang keperluan asasi semakin melambung tinggi seperti minyak, gula, di tambah pula bakal kenaikan tariff elektrik tidak lama lagi untuk meneruskan survival dan mejamin kestabilan ekonomi dan kewangan golongan, syarikat tertentu dan negara katanya, di celah-celah itulah ada wujudnya ramai di kalangan GOLONGAN RAKYAT  marhein yang hidupnya terus ditekan bahkan terus ditekan. Segala perbelanjaan hidup perlu di sekat. Kos sara hidup yang terus melambung tinggi semakin lama sedangkan pendapatan bulanan tidaklah seberapa khususnya bagi golongan pertengahan, malangnya bagi golongan yang masih berada dalam kelompok kemiskinan!

“Pemimpin yang cerdik bukanlah pemimpin yang pemurah dengan menaburkan bantuan wang ringgit sebagai  alternatif untuk survival hidup, tetapi pemimpin yang bijak adalah pemimpin yang berjimat-cermat”

Depressed world better

Di saat sebahagian golongan AGAMAWAN saling berdebat dan terus melabel di antara satu sama lain, ini Ahli Sunnah wal Jama’ah itu Wahabi, terus menjatuhkan itu Haram ini Halal, bahkan pelbagai lagi keserabutan dan sentimen yang dipermainkan, malangnya di celah-celah itu terdapat terlalu banyak GOLONGAN RAKYAT marhein yang masih lagi terkapai-kapai mencari sinar hidayah untuk mengenal agama dalam mencari TUHAN, akhirnya mereka mengambil langkah untuk menjauhkan bahkan membenci agama kerna terlalu memeningkan atas pertelingkahan yang berlaku

Di saat sebahagian kelompok AGAMAWAN yang bertaraf profesional membuat program-program dan pendedahan kepada perkara-perkara yang berkaitan keagamaan dengan harapan untuk memberi pendedahan agama beserta bayaran yang dikenakan seolah tampak keterlaluan hingga beratus-ratus bahkan mencecah ribuan ringgit, di celah-celah itu terdapat terlalu ramai GOLONGAN RAKYAT marhein yang mencari-cari cahaya petunjuk untuk memahami dan meminati agama. Akhirnya mereka kecewa dek kerna ketidakmampuan untuk menyertai program seperti ini lantas memadam dan mematikan minat mereka yang dulu berkobar-kobar. Mereka mungkin terus kekal dalam kejahilan.

Di saat sebahagian para AGAMAWAN yang begitu giat dan ligat dalam menarik dan mengislamkan semula para artis dan mereka-mereka yang punyai nama besar dalam masyarakat, hatta ada yang terlupa bahawa di tengah-tengah itu masih terlalu ramai GOLONGAN RAKYAT marhein yang ingin kembali kepada agama tetapi terabai, hanya mungkin kerana golongan ini kelihatan tidak berkepentingan.

Di saat sebahagian ahli politik gigih mempertahankan keahliaan parti segelintir para pendakwah yang terkemuka untuk terus bersama parti  mereka, namun di dalam dunia nyata terdapat GOLONGAN RAKYAT marhein yang mungkin terus hanyut untuk bertukar agama, berubah akidah!

“Keserabutan yang dipaparkan oleh sebahagian golongan agamawan pada hari ini, kadang kala memeningkan lebih parah lagi GOLONGAN RAKYAT marhein hingga membuatkan masyarakat mungkin menjadi semakin benci dan jelik kepada agama”

Saban hari hidup menjadi semakin memeningknan. Banyak persoalan yang cuba untuk dirungkaikan, akhirnya menimbulkan lebih banyak persoalan. Keliru dan buntu dalam mencari jalan keluar!

big question

Ternyata jika hanya ingin mencari keperluan dan jawapan di sini, ternyata ini tersangat sukar untuk dipenuhi.

(Coretan ini tidak berniat untuk menyentuh mana-mana individu mahu pun organisasi tertentu, bahkan jika ada yang terasa ampun maaf dipinta. Cumanya in adalah sekadar luahan yang saban hari penderitaan tidak dapat lagi terus disembunyikan.)

 

Antara sisi gelap coretan pilihanraya campus..

Semboyan mula bertiup, gendang mula dipalu. Slogan dan lagu keramat mula kedengaran. Post mengenai kehangatan pilihanraya campus mula dihidupkan. Gelombang oren mula tersebar, walau pun gelombang itu tiada apa nilainya. Strategi telah bermula, perang psychology turut bersama, permainan saraf mungkin menunggu masa.  Namun itu semua hanya terpapar pada screen latop, terpampang dalam smart phone yang boleh di acces di mana sahaja. Realiti sebenar di campus, seolah tiada apa yang berlaku..

“Pilihanraya campus kali ini nak undi siapa?” soal Uzair seorang pelajar yang berada di semester pertama di sebuah campus.

“Nak datang mengundi atau tak, bukan ada apa perubahan pon.” Balas Yuesof seorang pelajar tahun 3 yang merupakan roomate Uzair.

“Hmm, x faham la, boleh tolong explain  tak?” Uzair mula rasa kehairanan. Keinginan dia yang dahulu bersemangat untuk turun mengundi seolah-olah mula terpadam bila mendengar jawapan Yuesof.

“Aku tengok situasi kat campus ni sama saja. Sejak aku dari diploma sampai la dah nak habis degree di campus ini pilihanraya ini macam tiada apa. Ada pon macam tiada saja.” Yuesof mula meluahkan rasa kesalnya.

Yuesof menyambung lagi ceritanya, “Mereka yang sibuk bertanding ini berbunyi macam tin kosong masa nak meraih undi saja. Bila dah menang, manifesto entah ke mana, muka pon entah ke mana.”

“Maksud kau, mereka yang menang langsung x buat kerja?” Uzair mula kebingungan.

“Nak cakap x buat kerja langsung macam terlalu kejam, tapi nak cakap ada kerja yang di buat pon macam tak patut sebab tak nampak apa hasil pon”. Jawab Yuesof yang sudah lali dengan situasi pilihanraya kampus.

Mendengar cerita daripada seniornya itu, Uzair terus terdiam keseorangan…

 

Sebahagian fenomena pre dan pasca pilihanraya campus.

Si Kambing Hitam

Inilah antara sebahagian fenomena yang sering kali berlaku dalam proses pre dan pasca pilihnaraya campus. Kadang-kadanga ada di kalangan pelajar yang berminat untuk mengambil cakna dan mengikuti isu semasa berkaitan dengan pilihan raya campus, bahkan mungkin ada di kalangan mereka yang berminat untuk menyertainya sebagai calon khususnya bagi pelajar yang baru sahaja menjejakkan kaki ke campus, namun dengan alasan sedemikian telah mula mematikan sifat ingin tahu dan ingin mahu mereka dalam menyertai pilihan raya campus walaupun hanya sebagai pengundi.

Perkara ini merupakan perkara yang rumit untuk diceritakan, apatah lagi jika mahu dirungkaikan secara satu persatu. Untuk kita menyalahkan sepenuhnya terhadap mereka yang telah menang sebagai perwakilan pelajar dalam pilihanraya campus ini secara mutlak, ini merupakan tindakan yang tidak adil.

Tidak dinafikan memang ada segelintir di kalangan mereka yang telah memiliki misi dan visi yang jelas tentang pembawakan mereka andai ditakdirkan mereka memenangi kerusi perwakilan pelajar itu.

Pun tidak dapat disangkal ada di sana mereka yang mewakili dan memiliki kepentingan dan tujuan-tujuan tertentu…

A flock of orange dyed sheep brighten up the Isle of Mull

Tapi di celah-celah itu ada juga di kalangan mereka yang menjadi calon sebagai tangkap muat demi memenuhi permintaan pihak-pihak yang tertentu. Bahkan lebih malang daripada itu mereka ini tidak ubah seperti seekor kambing hitam yang diperkudakan oleh pihak tertentu. Segala janji manis ditaburkan pada demi meyakinkan mereka untuk terlibat bertanding,  dengan kata-kata harapan andai mereka ditakdirkan menang kelak, segala pelan perancagan dan gerak kerja telah disediakan. Segalanya hanya menunggu kepada detik kemenangan.

Indah khabar dari rupa, umpama menanam tebu di tepi bibir. Rupa-rupanya setelah beroleh kemenangan, mereka yang dahulu dijulang-julang untuk bertanding, kini hanya tinggal sendirian membawa haluan. Mereka yang dahulu seolah-olah telah berjanji seumpama untuk sehidup semati ketika berada di alam campus, tiada seorang pun yang tampil untuk bertanya khabar. Jauh sekali untuk mernghulurkan tangan meringankan beban.

Perancangan sebelum kemenangan itu penting, namun perancagan dan persediaan selepas kemenangan itu adalah terlebih-lebih MAHA penting.

Mereka yang dijadikan kambing hitam ini ditinggalkan terkontang-kanting sendirian mencari arah tujuan. Akhirnya kebanyakan mereka mengambil langkah dengan menyepikan diri sebarang aktiviti dan program dalam bersama perwakilan pelajar. Hanya segelintir sahaja yang mampu bangkit untuk mengatur dan mencorakkan semula perjalanan dan kehidupan mereka sebagai perwakilan pelajar. Pon masih lagi tidak mampu untuk bangkit membawa harapan dan impian pelajar yang telah memberikan kepercayaan kepadanya untuk menjadi wakil suara mereka dalam sesebuah campus.

Ini hanya sebahagian daripada masalah yang dihadapi oleh si kambing hitam ini. Belum lagi bila ditambah dengan masalah-masalah lain yang menimpa sama ada masalah akademik, kewangan, keluarga dan lain-lain. Namun, bagaimanakah nasib dan harga diri mereka ini setelah diperlakukan sedemikian? Tiada siapa yang akan ambil peduli, akhirnya mereka mungkin terus bersendiri..

Siapakah yang perlu dipersalahkan dalam hal yang sebegini?

Mahasiswa itu patung bonekakah?

Pelbagai jelmaan dan penjenemaan digunakan oleh sebahagian wakil pelajar. Ada yang menyifatkan mereka sebagai Pro-Mahasiswa yang menggelar diri mereka sebagai third force dan sebagai check and balance kepada negara. Di sebelah sudut yang lain, ada pula yang  menjelmakan diri mereka sebagai Mahasiswa Putra dengan beriltizam mahu menjaga kebajikan pelajar.

Persoalannya sejauh manakah kebenaran kenyataan yang mereka yang laung dan julang ini?

Mungkin ada yang mengatakan tidak. Ada juga yang mengatakan ya.

Puppet Master

Jika benar mereka yang bersama sebagai Pro-Mahasiswa yang menjadi third force dan check and balance kepada iklim politik di negara ini. Mengapa mereka kelihatan lebih banyak keteribatan  bersama pihak pembangkang? Andai mengadakan forum bersama dengan wakil front, mengapa hanya sebelah pihak yang bersama dengan pembangkang yang hanya terlibat? Andai mereka mengusulkan memorendum demi membawa sesetengah isu ke hadapan, mengapa hanya ditujukan kepada MP pembangkang semata-mata? Atau yang lebih jelas kelihatan dalam situasi campus, mengapa hanya sebahagian golongan yang bertudung labuh dan bersongkok putih bersama dalam program mereka, adakah mereka ini hanya selective? Adakah ini merupakan kelab sokongan kepada parti politik tertentu? Sewajarnya bukan inilah penampilan dan pembawakan yang sesuai bagi mereka yang menamakan diri mereka sebagai Pro-Mahasiswa.

Jika benar Mahasiswa Putra yang membawa imej baharu, benar membawa kebajikan pelajar? Megapakah mereka begitu rapat bersama-sama dengan sesebahagian mereka yang berkepentingan dalam universiti? Mengapa mereka ada pernah bersama mendapat kem khas sebelum bermulanya pilihnraya? Mengapa seolah-olah mereka mendapat perlindungan daripada pihak yang menjaga keselamatan? Mengapa pula mereka yang bersama dalam Mahasiswa Putra ini bila sahaja dilantik kerusi dan exco mereka mendapat mandat dan kerusi yang memainkan peranan penting?

Kadang-kadang student tidak berminat untuk berpartisipasi dalam pilihanraya campus bukan kerana mereka tidak minat, tetapi kerana terlalu banyak campur tangan pihak-pihak yang berkepentingan dalam pilihanraya ini. Masing-masing mempunyai agenda dan matlamat yang tersendiri.

Sewajarnya campus merupakan sebuah tempat yang menempatkan golongan intelektual seharusnya menjadikan sistem dan pilihanraya ini sebagai suatu pilihanraya yang telus dan adil. Demokratik sewajarnya lebih mudah terbentuk dalam skop yang lebih kecil berbanding dengan pilihanraya umum dan bersama mereka adalah golongan yang intelektual.

Namun ini hanyalah igauan.. Akhirnya mahasiswa mengambil langkah terakhir iaitu memegang mazhab “aku tidak pedulisme”. Ada atau tiada pilihanraya ini kesannya sama sahaja.

Just because I don't care doesn't mean I don't understand

Dan lebih membarah lagi bila mana suasana politik negara yang semakin hari dilihat semakin parah. Seluruh rakyat jelata ditaburkan dengan politik lucah, politik seks, politik wang, politik kroni dan seumpamanya lebih-lebih lagi menjelang kehangatan pilihanraya. Bila rakyat dituduh tidak berminat dengan politik, disalahkan pula rakyat tidak mengambil peranan. Walhal dimanakah sebenarnya ini berlaku?

Secara tidak langsung sedikit sebanyak budaya ini telah mula berakar umbi bagi mereka yang pernah bergelar sebagai mahasiswa..

Kelihatan mungkin coretan kali ini seperti meludah ke langit, akhirnya jatuh ke muka sendiri. Mungkin ini jua kesan suatu masa dahulu akibat tidak berfikir panjang dalam mengambil keputusan.

Bagi mereka yang bakal menjadi calon-calon dalam pilihanraya kali ini, selamat maju jaya! Rancang dan fikirlah sehabis mungkin, sebelum sesuatu itu menjadi terlambat!!

Kepimpinan bukanlah suatu perkara yang boleh dibanggakan; tetapi ia akan menjadi perkara yang akan dipersoalkan.

A fact about politics

  • Moga TUHAN mengampuni segala dosa dan noda yang pernah aku lakukan suatu masa dahulu. 
  • Moga pintu Taubat itu masih terbuka luas untuk ku, walau pun mungkin terlalu banyak janji pernah ku mungkiri sautu masa dahulu. 
  • Moga kelak bila mana aku dipersoalkan di hadapanNYA kelak aku mampu menjawab atas apa yang telah aku dipertanggungjawabkan, walaupun mungkin bila ada manusia yang mempertikai aku hanya mampu terdiam.
  • Moga tiada lagi mereka yang mengikuti jejak langkah sepertiku ini, cukuplah hanya aku sahaja yang menanggung beban dan ujian seperti ini..

Mencari erti kejayaan

Adik rasa keciwa sebab tak dapat straight A dalam UPSR baru-baru ini. Abang dan kakak semua berjaya dalam UPSR. Tapi adik tak.”

Si Ayah mendengar keluhan sedih seorang murid yang baru berusia 12 tahun usai sahaja mendapat tahu keputusan UPSR baru-baru ini.

“Angah target untuk dapat straight A dalam PMR sebab angah nak masuk sekolah berasrama penuh. Angah nak rasa kehidupan berasrama. Jealous angah tengok kawan-kawan yang dapat belajar di asrama penuh sebab mereka senang nak sambung pelajaran ke oversea.”

Terdengar sayup kekecewaan seorang anak remaja  kepada Along yang berusia 15 tahun bila melihat keputusan peperiksaan PMR di paparkan di dinding sekolah.

“Syaz dah buat yang terbaik untuk SPM ini. Syaz dah hadiri tuisyen selama 2 tahun untuk menghadapi SPM, tapi Syaz sangat kecewa sebab usaha along selama ini macam sia-sia. Impian Syaz untuk dapat straight A cuma tinggal mimpi. Syaz tak dapat nak sambung dalam bidang medical doctor pun dengan result yang sebegini.”

Teresak-esak Syaz meluahkan kesedihannya kepada Syima; rakan baiknya setelah SPM yang diharapkan dapat menjadi platform asas dia untuk mengambil bidang medical doctor hancur berkecai.

“Fauziah sudah berusaha bersungguh-sungguh sepanjang 4 tahun di university untuk mendapat CGPA first class honour. Fauziah sanggup mengasingkan diri daripada terlibat dengan sebarang aktiviti di campus lebih-lebih lagi menjelang musim test dan exam hanya untuk study dan revise. Fauziah mahu mendapat first class honour sebab Fauziah ingin convert ke peringkat PhD terus selepas ini.”

Terdengar keluhan panjang Fauziah sambil manik-manik air mata tumpah dari matanya usai sahaja tamat sesi konvokesyennya sambil mendakap erat ibunya.

Frustated

Ini adalah sebahagian daripada keluhan yang mungkn biasa kita terdengar usai sahaja keputusan peperiksaan di umumkan. Bahkan kita sendiri mungkin pernah merasainya. Setiap daripada  mereka yang telah berusaha bersungguh-sungguh membuat persediaan menghadapi peperiksaan pasti akan berasa hampa dan kecewa bila mana apa yang dihajatkan tidak kesampaian.

Hakikatnya siapa sahaja yang telah berusaha bersungguh-sungguh demi sesuatu perkara, sama ada dalam bidang pelajaran, pekerjaan, perniagaan dan lain-lain akhirnya bila apa yang diimpikan tidak kesampaian pasti perasaan kecewa itu akan mula menimpa. Perasaan ini merupakan perasaan normal yang dimiliki oleh seseorang insan, Cuma perasaan ini seharusnya perlu bijak dikawal dan jangan biarkan kekecewaan terus menguasai.

 

KEJAYAAN HIDUP 

 

Ramai di kalangan kita yang mengimpikan kejayaan dalam kehidupan. Lazimnya ramai yang akan mengutamakan kejayaan yang berbentuk luaran seperti kejayaan dalam pelajaran, pekerjaan, perniagaan dan apa sahaja bidang yang diceburkan. Tidak dinafikan ada juga mereka yang mengimpikan kejayaan dalam bentuk dalaman seperti kejayaan dalam mewariskan harta intelek sebagai bekalan untuk kehidupan mendatang. Namun bilangan mereka adalah sangat sedikit.

Tidaklah salah bagi sesiapa sahaja yang berusaha untuk menginginkan kejayaan. Bahkan ISLAM sendiri menggalakkan agar panganutnya memperolehi kejayaan untuk di dunia dan di akhirat.

Sebagai seorang MUSLIM, seharusnya definisi dan konsep kejayaan itu harus diperluaskan. Bukan disempitkan seperti mana yang bermain dalam benak fikiran kebanyakan manusia.

Erti sebenar kejayaan adalah meliputi erti kejayaan di dunia dan juga di akhirat. Jika tidak beroleh kejayaan dalam suatu fasa dalam kehidupan, sewajarnya kita perlu berusaha dalam menempuhi fasa yang mendatang.

Tidak perlu melihat terlalu jauh. Sebagai contoh dalam peristiwa di atas, tidak berjaya dalam peperiksaan, sewajarnya kita melihat untuk meraih kejayaan dalam peperiksaan yang mendatang. Kerana hidup di atas dunia ini dihamparkan dengan pelbagai pilihan. Pilihan dalam kehidupan terlalu banyak untuk dipilih. Benar kejayaan dalam peperiksaan itu satu matlamat, namun jalan untuk  menuju ke arahnya adalah pelbagai.

Sebagai contoh

“Tidak mengapa. Adik telah berusaha yang terbaik untuk UPSR kali ini. Insya ALLAH rezki untuk adik ada pada PMR nanti. Ayah berbangga dengan adik kerana adik dah cuba buktikan yang terbaik.”

Pujuk si ayah bagi meredakan kekecewaan si Adik.

“Along tahu Angah hampa. Impian Along untuk masuk asrama dan tinggal berjauhan dengan keluarga mungkin tidak kesampaian lepas PMR ini. Along yakin Insya ALLAH kalau Angah berusaha gigih lagi dengan terus berdoa dan bertawakkal untuk SPM nanti Angah akan dapat result yang lebih baik. Angah mungkin dapat pergi mengembara dan belajar di oversea. Lebih jauh boleh berdikari.”

Pujuk si Along kepada Angah sambil mengusap-usap lembut bahu adiknya, sambil mula menghamparkan sinar harapan baru kepadanya.

“Sabarlah Syaz. Selama ini Syima memang nampak usaha Syaz untuk SPM kali ini. Sebab kita sama-sama merasai pahit jerih untuk SPM ini. Mungkin jika Syaz masih lagi berminat Syaz boleh sambung bidang medical doctor di IPTS. Mungkin juga TUHAN ingin tunjukkan pada Syaz ada bidang lain yang lebih sesuai untuk Syaz ceburi yang Syaz akan lebih menjiwai. Pasti ada hikmah yang tersembunyi. Yakinlah Syaz!”

Syima cuba meniupkan kembali semangat yang kian luntur dalam diri Syaz. Esakan Syaz kian berkurangan setelah mendengar pujukan Syima.

“Ibu tahu Fauziah dah cuba yang terbaik. Ibu selalu mendoakan yang terbaik untuk semua anak-anak ibu termasuklah Fauziah. Ibu tahu Fauziah memang selama ini bercita-cita tinggi untuk sampai ke peringkat PhD dalam pengajian. Ibu akan sentiasa mendorong dan menyokong Fauziah. Fauziah sambung la belajar lagi dalam peringkat Master. Mungkin dengan usaha gigih berserta doa yang tidak pernah putus Fauziah akan dapat convert Master kepada PhD. Ibu akan terus berdoa.”

Sambil memujuk Fauziah, dakapan mereka bertambah erat. Kelopak mata Fauziah yang tadi tumpah dengan manik-manik air mata mula kekeringan. Ada benar jua cakap Ibunya itu.

Be Positive

Ini adalah sebahagian contoh yang dapat diberikan berdasarkan situasi. Dan contoh-contoh positif yang sedemikian jika diterapkan dalam setiap dugaan yang kita hadapi sama ada dalam bidang pekerjaan, perniagaan dan lain-lain. Akhirnya kekecewaan yang menimpa itu tidak akan berpanjangan.

Harapan untuk memperolehi kejayaan pasti tidak akan pernah terpadam jika kita terus berusaha. Sehinggalah kita mencari dan bertemu the Endless of the End atau pun The Ultimate End of Life, itulah kejayaan abadi bagi kita. Sama ada Syurga atau pun Neraka.

Heaven or Hell

Jika sisi pandang kita diperbetulkan, maka terdapat beberapa perkara yang sepatutnya kita letakkan sebagai keutamaan. Perkara yang utama kita akan utamakan. Bukanlah saya ingin mengatakan bahawa kejayaan di dunia perlu di abaikan tetapi kejayaan di akhirat itu diutamakan.

Namun jika kita mampu untuk melihat jauh lebih ke hadapan, bahawa setiap kejayaan dalam kehidupan ini hanyalah sebagai cabang kecil dalam konsep kejayaan. Dan matlamat akhir kejayaan kita adalah ingin mencari Syurga. Jika Syurga adalah keutamaan, pasti setiap ujian yang mendatang kepada kita di dunia ini akan bukan menjadi  penghalang terbesar dalam kehidupan. Bahkan mungkin akan menjadikan kita lebih matang dalam mencari kejayaan abadi yang diimpi-impi.

 

 

Ketenangan itu di manakah?

Ketika Nabi Ibrahim as dicampakkan ke dalam apa timbunan kayu api yang panas membakar kerana dibenci oleh kaum-kaumnya, ketika itulah baginda berasa sangat tenang..

Ketika Nabi Yusuf as ditinggalkan di dalam kegelapan perigi oleh abang-abangnya sendirian kerana kedengkian mereka, ketika itulah baginda berasa sangat tenang..

Ketika Nabi Yunus as ditelan dan berada di dalam kegelapan perut  ikan yang berada di lautan kerana hampa dengan panyampaian dakwah kepada kaumnya, ketika itulah baginda berasa sangat tenang..

Ketika Nabi Muhammad saw berada di dalam kesempitan gua Hira’ meninggalkan kesibukan kehidupan di Makkah, ketika itulah baginda saw berasa sangat tenang..

Ketika Ashabul Kahfi ditidurkan dalam gua selama 300 Tahun + 9, ketika itulah mereka berasa sangat tenang meninggalkan kesempitan dunia kepada keluasan gua.

Persoalannya di manakah ketenangan itu?

Sering kali ramai manusia yang hidup pada hari ini yang dipenuhi tekanan dan kesempitan mencari sekeluit ketenangan demi meringankan beban, namun tidak ramai yang dapat merasainya.

Calmness

Hakikatnya ketenangan itu adalah cuaca jantung hati, sukar untuk difahami, segelintir sahaja yang dapat merasai. Walau di mana sahaja kita berada, walau apa sahaja keadaan kita, jantung hati inilah yang menentukan ketenangan yang dirasai.

Sebaik-baik ketenangan adalah bila mana rahmat dan kasih sayangNYA meliputi sanubari, tiada apa yang dapat menandingi.

Namun ini bukanlah suatu perkara yang mudah untuk dirasai, namun jua bukan suatu perkara yang mustahil untuk dinikmati.

Berusahalah dengan sebaik mungkin untuk meraih dan merasai rahmatNYA ini, kerana DIA tidak pernah berasa jemu kepada kita sebagai hamba, walaupun  kita ini yang sering terleka dan terlupa!