Proses lebih bernilai daripada matlamat akhir

“Sambung pengajian di peringkat postgrade ini terasa mencabar?” seolah-olah Farhan meluahkan keluhan.

“Lain bukan suasanananya ketika belajar undergraduate dulu kan?” Ahmad mendatangkan pula persoalan lain.

“Betul tu Farhan. Cara pembelajaran, bahkan suasananya adalah jauh beza sama sekali.” Farhan mengerti apa yang yang Ahmad persoalkan.

“Semasa undergraduate dahulu, kita telah diberi timeline dan silibus yang rigid untuk menamatkan pengajian. Cuma ikut sahaja apa yang telah digariskan oleh pihak Fakulti dan University, insya ALLAH pada masanya kita semua akan berjaya menamatkan pengajian.” Ahmad menghuraikan lagi.

Research program ini memang sangat mencabar,” Farhan kedengaran seperti kecewa.

“ Kedengaran seperti menyesal ke sambung pengajian di peringkat postgrade ini sahaja Farhan?” Ahmad membalas pula dengan persoalan.

Kedua-duanya terdiam seketika.
Melepaskan pemandangan di bumi nan hijau, mencari sekelumit ketenangan, mengharap segenggam kekuatan.

Staring on the nature

“Mungkin kalau coursework program tidak terlalu mencabar seperti ini kan Ahmad?” Farhan mula bersuara.

“Betul tu. Tapi setiap bidang pengajian ada cabarannya tersendiri. Coursework ada cabarannya. Mix-mode program ada halangannya. Research program juga ada dugaannya tersendiri.” Ahmad cuba membetulkan cara pandang Farhan.

“Bukan senang kalau nak senang, bukan susah kalau nak susah” Farhan menambah lagi.

Keduanya tertawa seketika selepas mendengar penjelasan Farhan. Memamg ada betulnya. Itulah lumrah alam. Walau pun usaha itu adalah tangga kejayaan. Tetapi usaha semata bukanlah faktor penentu kejayaan.

“Kita sama-sama sudah melangkah masuk ke alam pengajian ini. Aku berdepan dengan cabaran aku sendiri, kau pun ada mengalami halangan kau yang tersendiri.” Farhan cuba untuk merasionalkan.

“Betul tu. Memang ibu bapa kita tidak pernah mendesak kita untuk sambung belajar dahulu, tetapi apa yang telah kita mulakan, selesaikanlah dia sehingga penghujungnya. Jangan hampakan harapan mereka.” Ahmad menyuntik kata semangat.

“Alang-alang menyeluk perkasam, biarlah sampai ke pangkal lengan; Alang-alang menggenggam bara, biar sampai menjadi api.” Farhan memberikan kiasan.

“Tetapi terasa tempoh pengajian yang diberikan untuk Master selama 2 tahun dan PhD selama 3 tahun terasa terlalu singkat. Tidak sempat mahu menyempurnakannya.” Kedengaran nada Ahmad dalam kebimbangan.

“Betul juga. Semua orang yang menyambung pengajian di peringkat pengajian postgrade pasti merasakan benda yang sama. Seolah-olah 4 dan 6 semester itu begitu pantas masa berlari. ” Farhan tidak dapat menafikannya.

“Walaupun masanya itu kelihatan seperti singkat, tetapi proses yang kita tempuhi sepanjang itu adalah proses yang penting dan mematangkan kita. Walaupun keputusan akhir itu kita sendiri tidak pasti, tetapi setidaknya kita telah mencuba sehabis daya.” Farhan menambah lagi

Ahmad mengangguk tanda setuju.

“Aku yakin, setelah tamat belajar nanti pasti kita bukan lagi seperti mana ketika tamat undergrade dahulu. Cara berfikir dan bertindak kita pasti sudah jadi lebih matang, kreatif dan kritis. Bukankah itu yang kita pelajari dalam pengajian research mood ini? Kita boleh mengaplikasikannya dalam segenap ruang kehidupan. Itulah yang sebenarnya yang membuktikan kita sudah berjaya.” Farhan memberikan penjelasan lagi.

Sekali lagi Ahmad mengangguk tanda setuju.

“Berkemungkinan besar aku rasa aku tidak mampu menghabiskan pengajin ini dalam 2 tahun.” Ahmad menyuarakan kegusarannya.”

“Tetapi setidaknya pasti kau akan menamatkannya walau pun mungkin terpaksa extend bukan?” Farhan cuba menduga.

“Itulah yang aku sangat harapkan.” Ahamd menyatakan impiannya.

“Pihak IPTA meletakkan 2 tahun untuk Master dan 3 tahun untuk PhD salah satu sebabnya mahu memotivasikan kita menamatkan pengajian dengan secepatnya.” Farhan cuba memberikan penjelasan.

“Paling penting kita berjaya menyempurnakan pengajian kita. Buktikan pada diri kita sendiri terlebih dahulu bahawa kita boleh berjaya!” Farhan berkata dengan penuh semangat.

process-is-more-important-than-outcome

“Tetapi bagaimana pula jika aku gagal menamatkan pengajian ini?” Ahmad kelihatan lebih cemas.

“Tiada siapa yang mahu kegagalan.” Farhan berkata perlahan, setelah menyepi beberapa ketika.

“Tetapi kita cubalah yang terbaik dahulu. Dan kalau ditakdirkan antara kita gagal menamatkan pengajian ini, percayalah kegagalan menamatkan pengajian bukanlah kegagalan dalam hidup. Sepanjang beberapa tahun menelaah ini, pasti ada banyak perkara yang kita telah pelajari dan boleh diadaptasi.” Farhan cuba memotivasikan diri.

“Aku tahu perkara ini bukan mudah. Sebab aku bersama-sama dengan kau telah memulakan langkah ini. Tapi marilah kita bersama-sama menamatkannya. Jangan rasa terlalu stress.” Farhan cuba meyakinkan diri sendiri.

“Jom kita pulang. Tidak sedar pula sudah lewat petang.” Ahmad cuba menyedarkan keadaan.

Mereka berdua pulang menuju sebelum gelap malam mendatang.

Hasil akhir yang diperolehi daripada suatu proses yang panjang itu penting. Tetapi kadang kala apa yang lebih penting adalah proses itu sendiri walaupun kadang kala kita gagal perolehi apa yang kita hajati di akhirnya.

Proses itu sendiri kadang kala yang menjadikan kita berjaya dan lebih mematangkan kita. Mungkin ada yang akan memperlekehkan kita jika kita gagal memperoleh apa yang kita impikan. Tetapi kita sendiri sejauh mana kejayaan perolehi.

TUHAN telah membetulkan cara pandang dan cara nilai manusia dalam firmanNYA.

“Dan mereka telah tinggal tidur dalam gua mereka: Tiga ratus tahun dengan kiraan Ahli Kitab), dan sembilan lagi (dengan kiraan kamu).”

(al-Kahfi; 19:25)

Walaupun ringkasnya boleh sahaja dapati jawapan akhirnya adalah 309 tahun, tetapi pada ayat itu hanya menyatakan proses tanpa menjelaskan keputusannya. Ada pelbagai hikmah yang boleh kita pelajari hanya dari sepotong ayat.

simple-background-new

Salah satu hikmahnya adalah TUHAN mengajar dan membetulkan sisi pandang kita bahawa kadang kala proses itu adalah lebih penting tanpa menyatakan keputusan akhirnya.

Dalam kehidupan seharian, janganlah dengan mudah kita menghukum kegagalan orang lain bila mana mereka gagal mendapat keputusan akhir setelah berusaha bersungguh-sungguh dan berserah; sama ada dalam bidang pelajaran, pekerjaan, mahu pun perkahwinan. Kadang kala mereka sebenarnya tanpa sedar telah berjaya memperoleh kejayaan yang lebih besar dan bermanfaat untuk dihayati dalam kehidupan.

Hargailah setiap proses yang kita lalui dalam hidup, kerana kadang-kadang proses untuk mencapai kejayaan dalam matlamat akhir itulah kejayaan sebenar kita.

About Mada Hannan

Kadang-kala berkata tanpa kata itu lebih lancar, berhujah tanpa bersemuka itu lebih jelas, meluah tanpa bertentang mata itu lebih selesa umpama lancarnya air yang mengalir, tenangnya bayu yang bertiup, bebasnya burung yang terbang di awanan

Posted on September 12, 2014, in Tinta kehidupan and tagged . Bookmark the permalink. Leave a comment.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: