Refleksi si Pencinta ilmu

Lambakan kuliah dan majlis ilmu di masjid, surau dan tempat-tempat yang tertentu yang ada pada hari ini khususnya di sekitar lembah Klang, begitu padat dan sarat diadakan bagai cendawan yang tumbuh selepas hujan. Mungkin tidak di semua tempat dan daerah perkara ini dapat dirasakan. Hanya di beberapa bahagian tertentu sahaja fenomena ini mula membanjiri dan memenuhi jadual aktiviti masjid dan surau berdekatan, khususnya di bahagian bandar yang memiliki adun dan parlimen yang celik dan cakna mengenai perihal keagamaan.

Jika dahulu mungkin kuliah maghrib yang kerap diadakan, tetapi dewasa kini beberapa siri kuliah yang lain turut diadakan. Termasuklah kuliah subuh, dhuha, zuhur sama ada pada hari bekerja mahu pun pada cuti-cuti hujung minggu. Umumnya, kesesuaian pihak penganjur lazimnya akan mengadakan kuliah ini mengikut kelapangan dan kesesuaian pihak penduduk setempat, khususnya kuliah selain daripada waktu maghrib.

the purpose of education

Tajuk yang disajikan pula  pun turut mengikut kesesuaian para pendengar. Para audiens yang datang pula secara umumnya majoriti terdiri daripada mereka yang telah melepasi sekitar 50-an, manakala bilangan anak muda yang turut hadir umumnya masih lagi dalam skala yang kecil.

Andai ada beberapa program dan sambutan tertentu, public serta top figure turut menjadi penceramah undangan. Kebiasaannya kehadiran para audiens adalah berlipat kali ganda bertambah daripada kebiasaan.

Ditambah pula dengan seminar dan program yang berlatar belakangkan ISLAMIC yang diadakan pada waktu hujung minggu secara lazimnya turut mendapat sambutan dan penyertaan yang galak. Khususnya di sekitar kawasan ibu kota. Walau pun ia memerlukan ongkos, namun masih mendapat sambutan.

Namun masih ramai lagi di luar sana yang tidak berkesempatan untuk menghadiri program dan seminar seperti ini, dek kerna pelbagai faktor. Khususnya faktor KEWANGAN khususnya di kalangan anak muda yang begitu dahagakan ilmu. Tidak dinafikan faktor yang lain-lain turut menyumbang.

Pun demikian, mereka yang masih mempunyai keazaman dan iltizam yang tinggi akan cuba memenuhi kemahuan dan mengisi kedahagaan mereka dengan menghadiri kuliah yang diadakan di masjid dan surau, walau pun ia memakan masa yang sangat panjang.

Mutakhir ini proses mentalaqqi kitab telah diadakan secara umum oleh mereka yang selayaknya khususnya untuk mereka yang berada di kawasan sekitar lembah Klang. Di bahas pula oleh mereka yang selayaknya. Walaupun usaha ini baru sahaja diwujudkan, namum kehadiran yang hadir amat menggalakkan. Jika berterusan ini akan membawa sinar baharu dalam jiwa masyarakat.

Ini semua merupakan suatu tanda perubahan anggota masyarakat yang amat positive!

 Poor - Average - Good -Excellent

Fenomena Kuliah Maghrib

Kehadiran mereka dalam memenuhi kuliah berkala ini merupakan sebuah pengorbanan yang besar. Di saat kehidupan rutin seharian yang telah sarat dengan pelbagai aktiviti namun di celah-celah kesibukan itu terdapat segelintir anggota masyarakat yang berusaha untuk turut hadir bersama menghabiskan sekelumit masa dan tenaga yang berbaki untuk mencari dan mendalami ilmu.

Seorang pemuda sama ada kaum adam termasuklah kaum hawa yang bekerjaya, setelah bertungkus lumus sehari suntuk memerah otak, membanting tulang, dipenuhi tekanan akhirnya mereka menghadiri kuliah maghrib. Seorang pelajar setelah berusaha gigih sepanjang hari menghadiri kelas, menyiapkan tugasan, menggalas tanggungjawab melunaskan peranan akhirnya turut bersama memenuhi kuliah maghrib. Turut di bawa bersama kelihatan pada masa tertentu adalah golongan anak-anak kecil yang menarik perhatian yang lain melihat telatah dan mendengar kepetahan mereka.

Tidak dinafikan penyumbang terbesar dalam majoriti yang hadir adalah mereka yang telah mencecah 50-an dan ke atas. Turut datang bersama pasangan hidup mereka.

Pengorbanan seorang PENCERAMAH

Sebahagian penceramah ada yang terpaksa untuk menaiki kenderaan sejauh berpuluh-puluh kilometer. Ditambah pula kesesakan jalan raya kerana warga kota usai pulang dari tempat kerja. Keletihan dan kepenatan mereka setelah menjalankan tugas dan kerja mereka seharian.

traffic jamWalaupun mereka akan berkongsikan tentang suatu yang mereka telah mahir, namun  sebelum mereka memberikan pengisian mereka dalam sesebuah kuliah sudah tentulah diri mereka perlu membuat homework dan revise untuk memastikan agar apa yang mereka ingin sampai dan kongsikan kepada para audiens bukanlah perkara yang sia-sia.

Sudah tentu lazimnya apa yang mereka kongsikan adalah sesuatu yang bermanfaat. Namun adakah pengorbanan mereka ini memberikan manfaat kepada audiens?

MUHASABAH Kuliah Maghrib

Audiens yang datang adalah terdiri daripada pelbagai strata lapisan masyarakat dan berbeda tujuan. Bukanlah tugas dan tanggungjawab kita untuk menilai dan mencari apakah tujuan mereka yang datang. Tetapi adalah terlebih perlu dan utama untuk kita sendiri menilai dan mendefiniskan apakah tujuan dan matlamat datang ke kuliah maghrib.

Ini adalah sebahagian kemungkinan sebab dan mengapa mereka menghadiri kuliah. Ini bukanlah terbukti semua yang disenaraikan adalah benar dan tidak pula sebaliknya. Ini adalah sebahagian daripada coretan dan renungan untuk bersama..

Ada sebahagian mereka yang hadir adalah kerana mereka:

  • Sebahagian daripada AJK masjid dan surau.
  • Ingin bertemu dan bersua muka bersama rakan dan teman.
  • Hanya ingin melelapkan mata merehatkan badan sebentar menunggu solat isya’.
  • Hobi mahu mengisi masa lapang.
  • Tidak larat mendengar leteran isteri, rungutan anak-anak, tangisan cucu-cicit.
  • Sementara menunggu waktu makan malam di rumah mahu pun di gerai berhampiran.
  • Ingin menikmati juadah dan hidangan usai daripada solar isya’.
  • Tidak tahu untuk melakukan apa-apa diwaktu itu.
  • Singgah secara kebetulan disebabkan mungkin hanya mahu solat maghrib.
  • Tidak larat apatah lagi tidak berminat untuk menonton buletin utama di semua siaran TV umum.
  • Ditaklifkan untuk hadir kerana mereka adalah Special Branch (S.B)
  • Mencari ketenangan jiwa kedamaian hati setelah letih dan lelah menghadapi dugaan hidup.
  • Menuntut ILMU?

why I am go to mosque

Mungkin terdapat lagi tujuan dan matlamat yang lain yang tidak disebutkan. Ini hanyalah sebahagian yang terlintas di benak fikiran. Coretan ini bukanlah untuk mencari salah orang lain, jauh sekali untuk menilai ketulusan seseorang. Tetapi terlebih penting adalah untuk MUHASABAH di manakah diri kita?

Adakah kita benar-benar mahu menuntut ILMU?

Tidak dinafikan bahawa ramai yang akan mengatakan bahawa mereka mahu memahami ilmu. Walau pun pasti akan ada yang tersengguk-sungguk menahan mengantok. Namun adakah keinginan kita itu selaras dengan tindakan kita?

Sungguh tidak dinafikan dalam kalangan audiens sebahagian besarnya memiliki smartphone. Namun adakah dengan multipurpose smartphone itu digunakan untuk mencatat nota dan peringatan yang disampaikan? Mungkin juga ada yang membawa buku nota sebagai catatan, tetapi bilangannya adalah sangat sedikit. Untuk seseorang itu memiliki kitab yang dibahaskan oleh seseorang penceramah, lagilah sedikit bilangannya.

writing on ipad

Ini bukanlah cara yang terbaik untuk membuktikan keikhlasan seseorang untuk menuntut ilmu, tapi ini menjadi salah satu diantaranya. Setidaknya dengan mencatat beberapa perkara yang penting akan membantu mengelakkan kita daripada terlena dan terlupa kelak.

Seorang penceramah terkenal pernah memberikan teguran:

“Selama berpuluh tahun kita mendengar kuliah maghrib, tetapi kesannya adalah sama. Seolah tiada kesan perubahan penambahbaikan dalam anggota masyarakat. Yang menyampaikan dengan cara yang sama, yang mendengar pun dengan cara yang sama. Tiada inisiatif untuk berubah. Dengar kuliah sambil tergelak-gelak usai kuliah singgah makan, akhirnya balik dengan tangan kosong”.

Teguran yang kedengaran agak sinis, namun jika dimuhasabah semula ada benar dan tulus dalam teguran yang diberikan ini.

“Sewajarnya semakin meningkat ilmu agama seseorang, akan semakin memperelokkan akhlak dan peribadinya. Namun, setelah bertahun-tahun menghadiri dan memahami agama, semakin teruk dan buruk akhlaknya atau mungkin tiada beza apa-apa. Orang yang biasa jika tidak berakhlak mulia mungkin dapat dimaafkan kerana mereka tidak mengetahui. Tetapi andai orang yang semakin memahami agama semakin buruk akhlaknya, teramatlah buruk perihalnya”

Semoga usaha yang tulus untuk mereka yang benar-benar ingin mencari ilmu ini tidak menjadi sia-sia.

7;23

Keduanya berkata: “Ya Tuhan kami, kami telah menganiaya diri kami sendiri, dan jika Engkau tidak mengampuni kami dan memberi rahmat kepada kami, niscaya pastilah kami termasuk orang-orang yang merugi. (7:23)

Coretan ini bukanlah untuk menjatuhkan apatah lagi menyalahkan sesiapa. Tetapi semoga dapat memberikan peringatan dan membantu kita untuk bermuhasabah bersama. Mengingatkan yang sering terlupa khususnya diri ini yang teramat hina.

SEMOGA BERMANFAAT.

About Mada Hannan

Kadang-kala berkata tanpa kata itu lebih lancar, berhujah tanpa bersemuka itu lebih jelas, meluah tanpa bertentang mata itu lebih selesa umpama lancarnya air yang mengalir, tenangnya bayu yang bertiup, bebasnya burung yang terbang di awanan

Posted on January 16, 2014, in Tinta kehidupan and tagged , . Bookmark the permalink. 2 Comments.

  1. assalamualaikum mada,
    may i know, what motivates you to attend all these kuliah-kuliah mahgrib?

    for me, i like to view the process of knowledge learning with the analogy: like we are an empty cup. after listening, writing down the knowledge shared by the teacher/ustaz/invited speaker for any kuliah, our cup is half full.

    so, my question is, how do you fill your cup (the remaining half empty) until it reaches the top? do you share the knowledge that you got from the kuliah with your family and friends?
    or do you blog the contents, when you have the time?

    how do you ‘manfaatkan ilmu yang diperolehi daripada pengisian kuliah-kuliah mahgrib ini’ in your daily life?

    just some questions i want to ask you as a knowledge lover; because these are the questions that i always ask myself. hope you can share your thoughts with me. jzkk.

    • Waalaikumussalam Atiqah Isa. maaf saya kelewatan membalas email ni.

      Sejujurnya, ada di antara tujuan saya menghadiri kuliah Maghrib seperti yg saya sendiri sebutkan di atas;
      ada yg bertujuan untuk mencari ketenangan jiwa,
      ada yg bertujuan untuk mencari ilmu.
      Disebabkan saya akui saya berada pada tahap penguasaan ilmu yg lemah khusus yg berkaitan agama, serta saya berada di antara kwsn yg memiliki lambakan majlis ilmu ini, sy cuba manfaatkannya selagi mana ia belum terlambat untuk saya.

      Ada sebahagian yg saya berkongsi pada kawan & keluarga saya. Ada sebahagian yg saya cuba coretkan dalam penulisan; ini lebih lancar bagi saya. Ada juga yg saya dapatkan untuk menambahkan pengetahuan & kefahaman saya dalam kehidupan seharian.

      Saya akui tidak semuanya saya akui saya mampu berkongsi..
      Untuk menadah ilmu yg dituntut dalam majlis ilmu seperti ini merupakan sebahagian urusan yg besar. Pon bg saya urusan yg lebih besar bg sy sendiri adalah bagaimana mahu untuk berkongsi & mengimplementasi apa yg telah dipelajari untuk dimanfaatkan dalam kehidupan seharian.

      Saya sendiri masih tercari-cari apa & bagaiman cara perkongsian yg sesuai untuk saya. Tugas yg sukar untuk saya lakukan. btw. terima kasih sebab memberikan peringatan kepada saya. Mohon jika Atiqah ada cara & cadangan yg bersesuaian untuk dikongsikan kepada saya..jzzk..

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: