Antara sisi gelap coretan pilihanraya campus..

Semboyan mula bertiup, gendang mula dipalu. Slogan dan lagu keramat mula kedengaran. Post mengenai kehangatan pilihanraya campus mula dihidupkan. Gelombang oren mula tersebar, walau pun gelombang itu tiada apa nilainya. Strategi telah bermula, perang psychology turut bersama, permainan saraf mungkin menunggu masa.  Namun itu semua hanya terpapar pada screen latop, terpampang dalam smart phone yang boleh di acces di mana sahaja. Realiti sebenar di campus, seolah tiada apa yang berlaku..

“Pilihanraya campus kali ini nak undi siapa?” soal Uzair seorang pelajar yang berada di semester pertama di sebuah campus.

“Nak datang mengundi atau tak, bukan ada apa perubahan pon.” Balas Yuesof seorang pelajar tahun 3 yang merupakan roomate Uzair.

“Hmm, x faham la, boleh tolong explain  tak?” Uzair mula rasa kehairanan. Keinginan dia yang dahulu bersemangat untuk turun mengundi seolah-olah mula terpadam bila mendengar jawapan Yuesof.

“Aku tengok situasi kat campus ni sama saja. Sejak aku dari diploma sampai la dah nak habis degree di campus ini pilihanraya ini macam tiada apa. Ada pon macam tiada saja.” Yuesof mula meluahkan rasa kesalnya.

Yuesof menyambung lagi ceritanya, “Mereka yang sibuk bertanding ini berbunyi macam tin kosong masa nak meraih undi saja. Bila dah menang, manifesto entah ke mana, muka pon entah ke mana.”

“Maksud kau, mereka yang menang langsung x buat kerja?” Uzair mula kebingungan.

“Nak cakap x buat kerja langsung macam terlalu kejam, tapi nak cakap ada kerja yang di buat pon macam tak patut sebab tak nampak apa hasil pon”. Jawab Yuesof yang sudah lali dengan situasi pilihanraya kampus.

Mendengar cerita daripada seniornya itu, Uzair terus terdiam keseorangan…

 

Sebahagian fenomena pre dan pasca pilihanraya campus.

Si Kambing Hitam

Inilah antara sebahagian fenomena yang sering kali berlaku dalam proses pre dan pasca pilihnaraya campus. Kadang-kadanga ada di kalangan pelajar yang berminat untuk mengambil cakna dan mengikuti isu semasa berkaitan dengan pilihan raya campus, bahkan mungkin ada di kalangan mereka yang berminat untuk menyertainya sebagai calon khususnya bagi pelajar yang baru sahaja menjejakkan kaki ke campus, namun dengan alasan sedemikian telah mula mematikan sifat ingin tahu dan ingin mahu mereka dalam menyertai pilihan raya campus walaupun hanya sebagai pengundi.

Perkara ini merupakan perkara yang rumit untuk diceritakan, apatah lagi jika mahu dirungkaikan secara satu persatu. Untuk kita menyalahkan sepenuhnya terhadap mereka yang telah menang sebagai perwakilan pelajar dalam pilihanraya campus ini secara mutlak, ini merupakan tindakan yang tidak adil.

Tidak dinafikan memang ada segelintir di kalangan mereka yang telah memiliki misi dan visi yang jelas tentang pembawakan mereka andai ditakdirkan mereka memenangi kerusi perwakilan pelajar itu.

Pun tidak dapat disangkal ada di sana mereka yang mewakili dan memiliki kepentingan dan tujuan-tujuan tertentu…

A flock of orange dyed sheep brighten up the Isle of Mull

Tapi di celah-celah itu ada juga di kalangan mereka yang menjadi calon sebagai tangkap muat demi memenuhi permintaan pihak-pihak yang tertentu. Bahkan lebih malang daripada itu mereka ini tidak ubah seperti seekor kambing hitam yang diperkudakan oleh pihak tertentu. Segala janji manis ditaburkan pada demi meyakinkan mereka untuk terlibat bertanding,  dengan kata-kata harapan andai mereka ditakdirkan menang kelak, segala pelan perancagan dan gerak kerja telah disediakan. Segalanya hanya menunggu kepada detik kemenangan.

Indah khabar dari rupa, umpama menanam tebu di tepi bibir. Rupa-rupanya setelah beroleh kemenangan, mereka yang dahulu dijulang-julang untuk bertanding, kini hanya tinggal sendirian membawa haluan. Mereka yang dahulu seolah-olah telah berjanji seumpama untuk sehidup semati ketika berada di alam campus, tiada seorang pun yang tampil untuk bertanya khabar. Jauh sekali untuk mernghulurkan tangan meringankan beban.

Perancangan sebelum kemenangan itu penting, namun perancagan dan persediaan selepas kemenangan itu adalah terlebih-lebih MAHA penting.

Mereka yang dijadikan kambing hitam ini ditinggalkan terkontang-kanting sendirian mencari arah tujuan. Akhirnya kebanyakan mereka mengambil langkah dengan menyepikan diri sebarang aktiviti dan program dalam bersama perwakilan pelajar. Hanya segelintir sahaja yang mampu bangkit untuk mengatur dan mencorakkan semula perjalanan dan kehidupan mereka sebagai perwakilan pelajar. Pon masih lagi tidak mampu untuk bangkit membawa harapan dan impian pelajar yang telah memberikan kepercayaan kepadanya untuk menjadi wakil suara mereka dalam sesebuah campus.

Ini hanya sebahagian daripada masalah yang dihadapi oleh si kambing hitam ini. Belum lagi bila ditambah dengan masalah-masalah lain yang menimpa sama ada masalah akademik, kewangan, keluarga dan lain-lain. Namun, bagaimanakah nasib dan harga diri mereka ini setelah diperlakukan sedemikian? Tiada siapa yang akan ambil peduli, akhirnya mereka mungkin terus bersendiri..

Siapakah yang perlu dipersalahkan dalam hal yang sebegini?

Mahasiswa itu patung bonekakah?

Pelbagai jelmaan dan penjenemaan digunakan oleh sebahagian wakil pelajar. Ada yang menyifatkan mereka sebagai Pro-Mahasiswa yang menggelar diri mereka sebagai third force dan sebagai check and balance kepada negara. Di sebelah sudut yang lain, ada pula yang  menjelmakan diri mereka sebagai Mahasiswa Putra dengan beriltizam mahu menjaga kebajikan pelajar.

Persoalannya sejauh manakah kebenaran kenyataan yang mereka yang laung dan julang ini?

Mungkin ada yang mengatakan tidak. Ada juga yang mengatakan ya.

Puppet Master

Jika benar mereka yang bersama sebagai Pro-Mahasiswa yang menjadi third force dan check and balance kepada iklim politik di negara ini. Mengapa mereka kelihatan lebih banyak keteribatan  bersama pihak pembangkang? Andai mengadakan forum bersama dengan wakil front, mengapa hanya sebelah pihak yang bersama dengan pembangkang yang hanya terlibat? Andai mereka mengusulkan memorendum demi membawa sesetengah isu ke hadapan, mengapa hanya ditujukan kepada MP pembangkang semata-mata? Atau yang lebih jelas kelihatan dalam situasi campus, mengapa hanya sebahagian golongan yang bertudung labuh dan bersongkok putih bersama dalam program mereka, adakah mereka ini hanya selective? Adakah ini merupakan kelab sokongan kepada parti politik tertentu? Sewajarnya bukan inilah penampilan dan pembawakan yang sesuai bagi mereka yang menamakan diri mereka sebagai Pro-Mahasiswa.

Jika benar Mahasiswa Putra yang membawa imej baharu, benar membawa kebajikan pelajar? Megapakah mereka begitu rapat bersama-sama dengan sesebahagian mereka yang berkepentingan dalam universiti? Mengapa mereka ada pernah bersama mendapat kem khas sebelum bermulanya pilihnraya? Mengapa seolah-olah mereka mendapat perlindungan daripada pihak yang menjaga keselamatan? Mengapa pula mereka yang bersama dalam Mahasiswa Putra ini bila sahaja dilantik kerusi dan exco mereka mendapat mandat dan kerusi yang memainkan peranan penting?

Kadang-kadang student tidak berminat untuk berpartisipasi dalam pilihanraya campus bukan kerana mereka tidak minat, tetapi kerana terlalu banyak campur tangan pihak-pihak yang berkepentingan dalam pilihanraya ini. Masing-masing mempunyai agenda dan matlamat yang tersendiri.

Sewajarnya campus merupakan sebuah tempat yang menempatkan golongan intelektual seharusnya menjadikan sistem dan pilihanraya ini sebagai suatu pilihanraya yang telus dan adil. Demokratik sewajarnya lebih mudah terbentuk dalam skop yang lebih kecil berbanding dengan pilihanraya umum dan bersama mereka adalah golongan yang intelektual.

Namun ini hanyalah igauan.. Akhirnya mahasiswa mengambil langkah terakhir iaitu memegang mazhab “aku tidak pedulisme”. Ada atau tiada pilihanraya ini kesannya sama sahaja.

Just because I don't care doesn't mean I don't understand

Dan lebih membarah lagi bila mana suasana politik negara yang semakin hari dilihat semakin parah. Seluruh rakyat jelata ditaburkan dengan politik lucah, politik seks, politik wang, politik kroni dan seumpamanya lebih-lebih lagi menjelang kehangatan pilihanraya. Bila rakyat dituduh tidak berminat dengan politik, disalahkan pula rakyat tidak mengambil peranan. Walhal dimanakah sebenarnya ini berlaku?

Secara tidak langsung sedikit sebanyak budaya ini telah mula berakar umbi bagi mereka yang pernah bergelar sebagai mahasiswa..

Kelihatan mungkin coretan kali ini seperti meludah ke langit, akhirnya jatuh ke muka sendiri. Mungkin ini jua kesan suatu masa dahulu akibat tidak berfikir panjang dalam mengambil keputusan.

Bagi mereka yang bakal menjadi calon-calon dalam pilihanraya kali ini, selamat maju jaya! Rancang dan fikirlah sehabis mungkin, sebelum sesuatu itu menjadi terlambat!!

Kepimpinan bukanlah suatu perkara yang boleh dibanggakan; tetapi ia akan menjadi perkara yang akan dipersoalkan.

A fact about politics

  • Moga TUHAN mengampuni segala dosa dan noda yang pernah aku lakukan suatu masa dahulu. 
  • Moga pintu Taubat itu masih terbuka luas untuk ku, walau pun mungkin terlalu banyak janji pernah ku mungkiri sautu masa dahulu. 
  • Moga kelak bila mana aku dipersoalkan di hadapanNYA kelak aku mampu menjawab atas apa yang telah aku dipertanggungjawabkan, walaupun mungkin bila ada manusia yang mempertikai aku hanya mampu terdiam.
  • Moga tiada lagi mereka yang mengikuti jejak langkah sepertiku ini, cukuplah hanya aku sahaja yang menanggung beban dan ujian seperti ini..

About Mada Hannan

Kadang-kala berkata tanpa kata itu lebih lancar, berhujah tanpa bersemuka itu lebih jelas, meluah tanpa bertentang mata itu lebih selesa umpama lancarnya air yang mengalir, tenangnya bayu yang bertiup, bebasnya burung yang terbang di awanan

Posted on November 21, 2013, in ~Coretan~ and tagged . Bookmark the permalink. 1 Comment.

  1. Penulisan yang menarik wahai penulis.

    Mengingatkan saya kepada pengalaman peribadi saya dahulu, mungkin penulis juga merasai bagaimana dijadikan kambing hitam, dan mungkin hal itu berlaku pada ketika mana penulis melibatkan diri, melalui percaturan organisasi yang penulis wakili.

    Jujur saya kagum dengan penulis, tetapi mungkinkah perkara yang sama itu terjadi kembali, tiadakah cadangan penambahbaikan daripada penulis untuk mengatasi masalah tersebut, selain melontarkan sahaja, tanpa ada penyelesaian.

    Pengalaman peribadi saya juga mungkin sama dengan penulis, tetapi saya lebih cenderung untuk mengelakkan perkara yang sama berlaku kepada generasi selepas saya, masyarakat itu perlu dididik, bukan terus dihumban dengan masalah yang berulang, terjerumus sehingga tidak mampu untuk bangkit. Lantas saya memperanankan diri saya lebih selesa untuk sama-sama memberi menyumbang idea dalam memberi penambahbaikan kepada generasi seterusnya, supaya masyarakat lebih terdidik. Berada bersama-sama generasi seterusnya.

    Ketika itu saya termuhasabah, betapa Allah turunkan nikmat kebersamaan itu kepada generasi yang baru, bukan yang sezaman dengan saya, baru saya mengenal erti yang sebenarnya, sekalipun yang meletakkan saya dalam jalan ini adalah generasi yang lama, yang saya tidak tahu bagaimana kondisi mereka, masih di takuk yang lama. mengkritik dan membangkitkan isu lama, padahal merekalah yang mencampakkan saya, memberi janji manis kepada saya. Allah turukan nikmat dengan generasi baru ini.

    Apa-apa pun, yakinlah dengan janji Allah, banyakkan istikharah, ibadah malam, di situ jugalah saya temui ketenangan. perkonsian pengalaman 2009 dahulu.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: