Segulung Ijazah

Kejayaan dalam menggenggam segulung ijazah antara kejayaan yang paling bermakna untuk bagi mereka yang mampu melangkah kaki ke menara gading. Mungkin ada yang cemerlang dalam bidang kurikulum hingga mampu memperolehi gred 1st class honour. Namun Persoalan berapakah nilaian pointer yang dimiliki mungkin boleh dilupakan seketika bila mana secara seseorang itu berjaya menamatkan pengajiannya. Mungkin juga ada yang cemerlang dalam bidang ko-kurikulum seperti dalam bidang kepimpinanan, sukan, kebudayaan, atau apa sahaja bidang yang diminati. Mungkin juga ada yang mampu untuk cemerlang dalam bidang kurikulum dan juga ko-kurikulum. Tahniah untuk mereka seperti ini!

Namun hakikatnya kejayaan dalam menjejakkan kaki ke universiti hingga berjaya menamatkan pembelajaran setidaknya pasti melahirkan perasaan syukur dan bahagia khususnya di kalangan ibu bapa yang selama ini telah bersusah-payah untuk membesar dan mendidik kita. Kejayaan dan kegembiraan itu bahkan turut dikongsi bersama-sama dengan kawan sekuliah, coursemate dan termasuklah para pensyarah yang akrab dengan mereka.

Mereka yang selama ini kelihatan sangat terbuka dalam berkongsi gambar dan wajah dalam media sosial mungkin ini merupakan antara perkara biasa untuk mereka. Namun, apa yang agak mengejutkan terdapat mereka yang selama ini yang sangat pemalu  memaparkan gambar mereka sendiri seperti dalam medium alam maya, tetapi usai sahaja sesi konvokesyen mereka seolah-olah menjadi seorang yang sangat berani untuk berkongsi gambar kejayaan mereka. Tidaklah salah untuk mereka share gambar untuk berkongsi kejayaan mereka. Bahkan gambar yang dikongsikan itu mungkin mampu menjadi perangsang kepada adik-beradik, sanak-saudara, rakan taulan untuk turut meraih kejayaan hingga di menara gading. Mungkin dengan berkongsikan gambar yang bersederhana dengan posing yang bersederhana sudah memadai. Namun, segalanya adalah terserah kepada penilaian dan pentaksiran seseorang individu.

Bersederhanalah dalam berkongsikan dalam kegembiraan yang membuat kita ketawa, kesedihan yang membuat menitis air mata, terlebih lagi dalam paparan media sosial..
Dicelah-celah itu ada ‘mereka’ yang memandang dengan hasad dengki, mendengar mengadu domba tentang ‘kejatuhan dan kejayaan’ orang lain.

Majlis Konvokesyen ke-37, UPM

Tempoh pengajian yang diperuntukkan antara 3 hingga 5 tahun secara umumnya mengikut bidang yang diceburi merupakan tempoh yang agak panjang. Tempoh pengajian yang seperti ini sudah pasti akan meningkatkan umur seseorang dan sewajarnya turut menambahkan kematangan seseorang sama ada dalam cara mereka berfikir dan bertindak.

Kematangan dalam kehidupan ini akan jelas kelihatan pada mereka yang bukan sahaja menimba ilmu pengetahuan secara rasmi dalam sesi kuliah, lebih jelas kelihatan pada mereka yang turut menimba ilmu demi kehidupan seperti penglibatan mereka seperti dalam bidang kemasyarakatan, bersosial dan kepemimpinan meliputi golongan marhein hinggalah orang atasan, golongan berpendidikan hinggalah golongan gelandangan. Ringkasnya adalah mereka yang turut bercampur gaul dengan seluruh lapisan strata masyarakat tanpa mengira perbezaan umur, warna kulit, pegangan politik, kepercayaan agama inilah yang membantu mereka menjadi lebih dewasa. Ini merupakan bonus khusus untuk mereka dan menjadi salah satu kunci kepada kejayaan mereka untuk meneruskan survival selepas tamat pembelajaran.

Ijazah terbaik datangnya dari jalanan, bukan hanya sekadar tingginya nilai pointer capaian. Ijazah terbaik diperolehi menerusi dugaan dan pahit manis kehidupan, bukan hanya sekadar berseronok di university menamatkan  pengajian

Bear Gift for convocation

Mereka yang berkelayakan dan berjaya menamatkan pengajian seharusnya bersyukur dan berterima kasih kepada TUHAN. Mungkin bagi saya sendiri ini merupakan perkara yang biasa. Sama ada kita sedar atau tidak, ada di kalangan mereka yang mungkin suatu masa dahulu belajar bersama-sama kita, namun akhirnya terdapat segelintir mereka yang tidak mampu untuk menamatkan pengajian. Mungkin di atas halangan dan ujian yang menimpa sama ada kesempitan kewangan, desakan masalah keluarga dan sebagainya.

Bahkan masih ramai lagi yang di luar sana yang hampir seusia dan sebaya kita mungkin tidak mampu dan berkesempatan untuk berada di menara gading. Hakikatnya jika mereka diberi ruang dan peluang pasti mereka jua ingin merasai kejayaan memiliki segenggam ijazah di tangan. Namun, kadang-kala nasib tidak menyebelahi mereka. TUHAN ingin mendidik mereka dengan cara yang berbeza.

Sebagai seorang graduan, janganlah kita memandang hina kepada mereka yang di luar sana yang tidak memperolehi kejayaan dalam pembelajaran. Mungkin kita melihat mereka yang bekerja saban hari dengan membanting tulang empat kerat tanpa mengira hujan atau pun panas, kais pagi makan pagi kais petang makan petang dengan pandangan yang hina, tapi kadang-kala pendapatan dan rezki mereka itu adalah lebih mulia dan ikhlas kerana mereka benar-benar mencari sesuap nasi untuk meneruskan hidup dengan penuh kejujuran dan keikhlasan berbanding dengan mereka yang bekerja sebagai lepasan graduan yang kadang kala bekerja dengan penipuan dan penindasan.

Topi Konvokesyen

Pendidikan bukanlah faktor yang menjanjikan status pekerjaan dengan gaji yang lumayan, namun dengan kejayaan dalam pendidikan mungkin dapat membantu kita untuk mendaptkan peluang pekerjaan.

Seseorang yang menuntut ilmu mungkin terasa hebat bila mana mereka berjaya menamatkan bidang pengajian. Semakin tinggi bidang pengajian yang dilalui dan berjaya ditempuhi semakin tinggilah rasa kehebatan di dalam dada mereka.

Umumnya seseorang graduan ijazah akan berasa cukup ilmu di dada bila mereka berjaya menamatkan pengajian pada tahap ijazah. Proses pembelajaran dan menuntut ilmu terhenti bila mana mereka mampu menggenggam sijil tamat pengajian mereka. Selepas itu, mereka seolah-olah mereka sudah cukup ‘bijak’ dan tidak perlu lagi untuk menuntut ilmu. Ini merupakan satu tanggapan yang SALAH!

Mungkin benar tamat pembelajaran di universiti menamatkan pembelajaran secara sistematik dan official bagi silibus pelajaran yang yang telah di susun berdasarkan sesebuah peringkat. Namun ini bukan alasan atau pun batu penghalang untuk kita mengkhatamkan proses pembelajaran kita. Proses pembelajaran tidak akan pernah terhenti sehingga degupan jantung berhenti. Pembelajaran dalam kehidupan akan tetap berterusan tanpa mengira masa dan tempat.

Jika kita telah tamat pengajian pada tahap ijazah, masih banyak lagi ruang pembelajaran dalam kehidupan yang boleh dipelajari dan ditempuhi walau pun tanpa susunan silibus secara sistematik. Proses pengajian tidak semestinya ditamatkan dengan majlis penyampaian sijil. Ceburkanlah diri dalam segenap bidang kehidupan sama ada dalam perkara yang kita minati atau yang mungkin bidang baru dalam perjalanan hidup kita demi memenuhi tujuan asal kita dihidupkan.

Sebagai seorang MUSLIM, pembelajaran akan tetap berterusan. Jangan pernah lelah berasa jemu untuk terus belajar. Khususnya dalam ilmu yang berkaitan kehidupan dan agama yang kita anuti, kepercayaan yang kita yakini. Terlalu banyak ruang dan peluang yang terhampar di hadapan kita untuk kita kita mengenal TUHAN dan memahami agama kita sama ada yang terdapat di masjid, surau, seminar, media masa, pembacaan dan sebagainya. Moga kita akan menjadi MUSLIM yang semakin banyak menimba ilmu semakin merasa malu kerana kedangkalan akal dan kelemahan diri.

Matlamat murni ilmu bagi seorang MUSLIM adalah ilmu yang mampu untuk mendekatkan hati memandu diri dalam mengenal ILAHI. Walau apa jua sistem yang disediakan, pemahaman yang cuba diserapkan. Matlamat akhir untuk mencari kebenaran akan dipertemukan dan dipermudahkan bila mana akal yang waras membuat pertimbangan, minda yang celik membuat perhitungan memacu jantung hati memilih kebenaran

LIFE

About Mada Hannan

Kadang-kala berkata tanpa kata itu lebih lancar, berhujah tanpa bersemuka itu lebih jelas, meluah tanpa bertentang mata itu lebih selesa umpama lancarnya air yang mengalir, tenangnya bayu yang bertiup, bebasnya burung yang terbang di awanan

Posted on November 2, 2013, in Tinta kehidupan and tagged . Bookmark the permalink. 6 Comments.

  1. Thatt good article. MasyAllah.well done Mada. Pembelajaran lebih mengejar makna dan tujuan bukan kepada pencapaian. Orang yang berilmu selalu tidak beradab tetapi orang yang beradab selalu berilmu. Tq mada. Inspired me..

    • Terima kasih Syawal aka Awal Alami.
      Maaf artikel ni bukan nk menyentuh & melibatkan orang2 yg hebat di university, jauh lagi untuk syawal.
      Tapi bila sy sendiri pernah seketika berada di bawah bekerja cuma kerna dilihat kerja yg dibuat nampak rendah tangga gajinya, org lain seperti org yg di atas melihat dgn rendah..
      Moga ini pon jadi peringatan untuk diri sendiri🙂
      Thnanks Syawal..

  2. nice post. satu renungan dan peringatan…=)

  3. terbaik penulisan ni mada.,, memperingatkan aku juga yg dah grad.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: