Kehidupan mengajar erti sebenar kejayaan

Ketka ada mereka yang meluncur laju menuju ke kelas menaiki motorsikal,
Ada di antara mereka yang terpaksa menyorong kerusi roda mengengsot perlahan-lahan mengejar masa.

Ketika ada mereka yang menukar pakaian mereka setiap hari untuk pergi ke kelas hinggakan keliru untuk memilih pakaian jenis apa,
Ada di antara mereka yang hanya menyelang-selikan sehelai dua pakaian mereka sekali kali kerana Cuma itulah pakaian terbaik dan sesuai yang mereka ada.

Ketika ada mereka yang hidup gembira dan bermewah  dengan pemberian wang tajaan,
Ada mereka yang sudah kehabisan wang PTPTN walaupun belum melepasi cuti pertengahan semester demi membantu memberi kehidupan kepada adik-adiknya.

Ketika ada mereka yang merasa waktu terlalu lapang dan senggang dengan menghabiskan masa dengan berchatting di Facebook, bermain game,  menonton movie sampai ada yang tidak tahu mahu diisi masa dengan apa,
Ada di antara mereka yang menghabiskan sebahagian masanya untuk bekerja secara partime demi membantu sumber pendapatan orang tua di kampun halaman hingga tidak bertemu masa rehat dirinya.

Ketika ada mereka yang hanya mengambil masa beberapa tempoh sahaja untuk mengulangkaji pelajaran bagi menghadapi ujian mahu pun peperiksaan kemudian dengan mudah memiliki pencapaian yang tinggi,
Ada di antara mereka yang terpaksa mengulangkaji pelajaran berminggu apatah lagi berbulan lamanya untuk menempuh ujian dan peperiksaan, pon dengan demikian keputusan mereka masih belum tentu lagi cemerlang.

Ketika ada mereka yang berseronok gembira bahagia bersama rakan dan teman berkongsi cerita,
Ada di antara mereka yang berderai air mata dan memendam rasa melalui keretakan dan keruntuhan institusi keluarganya.

 

Kehidupan menghabiskan masa di campus untuk menggenggam segulung ijazah kadang-kadang terasa begitu mudah dan senang bagi mereka yang dihamparkan dengan kenikmatan hingga terkadang terlupa erti kejayaan bila berjaya memiliki segulung ijazah.

Namun ada di antara mereka yang kehidupannya dipenuhi dengan ranjau kehidupan sepanjang tempoh pengajiannya hinggakan bila berjaya menamatkan tempoh pembelajaranna terasa begitu gembira sekali. Di tambah pula di celah-celah itu mereka berjaya menempuh dan melepasi liku-liku kehidupan akhirnya akhirnya mereka bukan sahaja berjaya menjadi lulusan ijazah sesebuah IPT, bahkan berjaya menjadi lulusan sebuah fasa University of Life  dalam sesebuah fasa kehidupan .
Mungkin ijazah yang terbaik itu adalah ijazah menempuhi liku-liku kehidupan; Ijazah yang terbaik datangnya dari jalanan.

About Mada Hannan

Kadang-kala berkata tanpa kata itu lebih lancar, berhujah tanpa bersemuka itu lebih jelas, meluah tanpa bertentang mata itu lebih selesa umpama lancarnya air yang mengalir, tenangnya bayu yang bertiup, bebasnya burung yang terbang di awanan

Posted on October 24, 2013, in ~Coretan~ and tagged . Bookmark the permalink. Leave a comment.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: