Ilmu mencari kebenaran

Pendidikan dapat menjadikan manusia yang jahil menjadi berilmu, menukarkan mereka yang berada dalam kepompong kegelapan kepada sinar cahaya, mengubah manusia yang dangkal menjadi berakal, mendidik manusia yang bodoh menjadi cerdik. Konsep dan falsafah pendidikan bukan hanya meliputi pendidikan secara formal yang mampu dikecapi oleh mereka yang berkemampuan dan berkelayakan. Ini adalah sebahagian daripada fragmen-fragmen kecil pendidikan. Tetapi hakikatnya proses pendidikan adalah apa yang berlaku dalam kehidupan seharian walau pun mungkin dilihat proses ini berlalu tanpa susunan sillibus yang rasmi.

Pendidikan mampu memberikan impak yang besar sama ada dalam meraih kejayaan individu yang berbentuk peribadi hinggalah kepada jatuh dan bangunnya sesebuah tamadun. Tidak dapat dinafikan bahawa sumbangan pendidikan dalam membina dan memajukan sesebuah tamadun bermula daripada Tamadun Greek, Tamadun Islam termasuklah kerajaan Bani Abbasiyyah, Turki Othmaniyah, Tamadun Barat yang bangkit selepas zaman kegelapan dan lain-lainnya hinggalah kepada dunia pada hari ini.

Namun pada hari ini, bidang pendidikan seoah-olah telah hilang tujuan asalnya. Bidang pendidikan yang seolah-olah telah diperdagangkan dan diswastakan  yang hanya bermotifkan keuntungan, yang mana hingga memadamkan nilai dan maruah sebagai seorang manusia

college degree; debt

Menurut Professor Tan Sri Dato’ Dzulkifli Abdul Razak, Naib Canselor USM dalam artikelnya Pendidikan: Mencari Kebenaran

Dengan kata lain, apabila kita heret dunia pendidikan ke dalam kancah ‘kualiti’ secara melulu, mahu tidak mahu pengaruh ekonomi, pasaran dan kepenggunaan serta petunjuk dan ukurannya terpalit bersama. Secara disedari atau tidak, sifat pendidikan beransur-ansur terpengaruh bagaikan sebuah sistem perkilangan yang menggunakan istilah yang lain tetapi membawa maksud yang sama.

Paling jelas adalah ‘peperiksaan’ yang seerti dengan ‘kawalan mutu’; ‘pelajar’ bagaikan ‘bahan mentah’ yang perlu ditambah nilai, kemudian digelar ‘produk’ untuk dipasarkan di dunia pekerjaan. ‘Pengajar’ bertindak sebagai ‘operator’ ke atas bahan-bahan mentah (pelajar); yang lebih kanan mungkin bertaraf ‘mandur’, sedangkan ‘bilik-bilik darjah’ umpama tempat-tempat nilai tambah dilakukan mengikut giliran!

Falsafahnya adalah falsafah perniagaan dan jual beli mengikut tuntutan pasaran atau kepenggunaan. Jika tiada tuntutan atau pembeli, hukumnya adalah dtutup sahaja. Tidak kiralah sama ada yang penting itu pembangunan sahsiah atau moral mahupun etika sebagai seorang insan bermaruah.

(artikel ini telah diterbitkan di akhbar utusan pada 13 October 2010)

Menurut Zul Fikri Zamir dalam bukunya Sekolah Bukan Penjara Universiti Bukan Kilang (2013), antara petikan yang menarik:

Sekolah telah menjadi tempat untuk mengajarkan konsumerisme dan ‘efficient citizens’. Sebagai penjara, anak-anak kecil tidak dibenarkan untuk bertanya atau memilih apa yang ingin dipelajarinya sendiri. Setiap kelas adalah sel-sel yang dibina untuk memerangkap pemikiran mereka daripada melihat dunia luar, ilmu dan fahaman yang berbeza daripada yang dibenarkan oleh pengawal penjara.

Hidup mereka diatur seperti banduan; sebagaiman makanan, di dalam sel mereka dibekalkan dengan soalan dan jawapan. Banduan tidak akan dibenarkan untuk memilih atau meminta makanan yang mereka ingini, begitu juga di sekolah –  anak-anak tidak dibenarkan bertanya atau memilih soalan, bahkan mereka juga tidak dibenarkan untuk memilih jawapan mereka sendiri. Betapa malangnya anak-anak ini, penjara ini dibina khusus untuk menyediakan mereka untuk menjadi pekerja kilang kemudiannya, iaitu universiti-universiti.

Universiti kemudiannya meneruskan tradisi ini dengan membekalkan pekerja mereka dengan cahaya ‘enlightened despotism’. Cahaya ini tidak lainnya mengajarkan peri pentingya tunduk tunduk dan patuh dan pengasingan sosial yang bertujuan untuk menghasilkan pekerja kilang terbaik mengikut pasaran. Mahasiswa tidak ubah seperti pekerja kilang; dibentuk mengikut kemahiran masing-masing tanpa penekanan terhadap keperibadian, kemanusiaan dan hakikat ilmu.

sekolah-bukan-penjara; universiti bukan kilang

Mungkin ada yang memberi tanggapan bahawa pandangan yang dilontarkan oleh mereka yang diatas ini kelihatan agak ekstrem. Tetapi dalam satu sudut pandang yang lain, iniliah realiti yang sedang berlaku kepada sistem pendidikan di negara ini. Kebenaran itu pahit tidak semua orang dapat menerimanya, lebih-lebih lagi jika membuat penilaian dengan berat sebelah dan mempunyai kepentingan yang tertentu. Andai diinterpratasikan menerusi kaca mata yang telus, disulingkan dengan tafsiran akal yang rasional ada benarnya sistem ini tidak lain sudah pon dijadikan bahan dagangan untuk meraih keuntungan serta corak pendidikan yang hampir mirip kepada penjara dan kilang. Akhirnya hilanglah harga maruah sebenar nilai dan martabat ilmu.

Menurut Prof Madya Dr Mat Rofa Ismail dalam bukunya Falsafah Sains; Pendekatan Kualitatif (2006) menyatakan bahawa:

Ilmu adalah cahaya yang murni. Matlamat ilmu adalah sebagai pengukur kebenaran. Ilmu  bukannya bahan dagangan. Di Barat pada hari ini, ilmu dilihat sebagai komoditi perdagangan  yang tiada nilai hikmah; ia diperdagangkan atas tujuan ekonomi semata-mata. Ilmu yang ada nilai perdagangan dikembangkan, sebaliknya ilmu asas yang berbentuk sejarah  atau falsafah  biasanya terpinggir. Ilmu yang dipelajari  dengan tujuan yang murni; iaitu untuk mengenali alam ketuhanan.

Faalsafah Sains Pendekatan Kualitatif 

Keadaan di Malaysia juga sedikit sebanyak telah mula menjadikan ilmu sebagai bahan dagangan. Sama ada yang ditawarkan kepada mereka bidang pendidikan yang formal atau pun yang tidak formal seperti menghadiri mana-mana seminar, program dan lain-lain.

Berbalik kepada realiti pada hari ini khususnya dalam masyarakat setempat, sistem pendidikan yang mencorakkan anggota masyarakat pada hari ini menghasilkan pelbagai bentuk kerisauan yang saban hari begitu meruncing kesan akibatnya. Bangunan yang dibina oleh jurutera dengan kos yang sangat tinggi akhirnya begitu rapuh ia runtuh. Mereka yang berautoriti dalam pengurusan kewangan seperti accountant, economist, ahli politik semakin banyak pula wang yang digelapkan. Mereka yang ditugaskan sebagai doctor sanggup pula melakukan perkara yang bertentang dengan unsur kemanusiaan seperti sanggup menggugurkan bayi yang tidak berdosa kerana hanya sedikit upah yang diberikan. Golongan pendidik yang bersifat sambil lewa dalam mendidik anak bangsa hanya sekadar bekerja untuk menunggu gaji dihujung bulan.  Golongan agamawan yang bercakap soal TUHAN dan agama hanya semata-mata mementingkan kewangan dan habuan.  Pelbagai lagi produk-produk daripada hasil pendidikan yang begitu rencam dalam bidang pekerjaan. Inilah antara bahana terbesar yang menimpa bila mana unsur ketuhanan telah mula dipadamkan, pendidikan hanya tujuan untuk diperdagangkan; meruntuhkan sistem nilai dan etika dalam golongan pekerja.

how important of ethic  in today society

Pun Tidak dinafikan melalui pendidikan turut ada yang berjaya melahirkan anggota masyarakat yang berjaya.

Corruption begun from school

Tujuan murni pendidikan untuk mencari kebenaran dalam mengenal TUHAN seakan-akan hanya sekadar igauan. Berbalik kepada aspek utama yang ditekankan dalam Falsafah Pendidikan Kebangsaan terdapat 4 aspek utama yang diberikan keutamaan; intelektual (pencapaian akademik), rohani (pencapaian spiritual dan aplikasi), emosi (pencapaian peribadi, hati dan nurani) dan Jasmani (pencapaian fizikal, sukan dan psikomotor.Pendidikan yang sedia ada pada hari ini seolah-olah hanya bertumpu kepada intelektual semata-mata, sehingga menenggelamkan yang lain. Unsur ketuhanan hanyalah disebut dalam pengajian agama ISLAM, tidak pernah sama sekali disebut apatah lagi dihuraikan dalam buku-buku sains, biology, fizik, kimia, matematik dan sebagainya.

Dalam perkembangan tamadun peradaban ISLAM, mereka yang lahir daripada sistem pendidikan pada zaman tersebut meupakan orang yang hebat. Sumbangan mereka bukan hanya dapat diguna pakai pada zaman kegemilangan mereka, tetapi turut menjadi perintis kepada perkembangan dunia ilmu hingga ke hari ini. Sebagai contoh Ibn Khaldun dalam bidang sejarah, geografi, sains, sains sosial; Abu Zakaria al-Razi dalam  bidang ilmu kedoktoran; Ibn Sina dalam bidang falsafah dan kedotoran; Abu Bakar al-Khawarizmi dalam bidang matematik dan falak; Ali ibn Haitham dalam bidang sains tabi’i dan optik; Abu Bana’ dalam bidang matematik; Abu Zakaria ‘Awwam dalam bidang botanist dan lain-lain lagi.

Sejarah keemasan ISLAM telah memberi impak yang besar kepada pembinaan tamadun yang mendatang. Kita sebagai MUSLIM mungkin boleh berbangga dengan pencapaian kemuncak ketamadunan kita pada suatu masa dahulu. Tetapi tidak cukup sekadar itu! Kita tidak boleh terus berbangga mendabik dada. Kita juga seharusnya perlu menyumbang kepada agama yang kita anuti. Jika tidak mampu dalam skala yang besar kepada pembinaan tamadun, apakah tidak mampu untuk menyumbang kepada pembangunan dan pembentukan dalam keluarga sendiri?

Kita juga boleh menyatakan bahawa sistem pendidikan yang kita tempuhi selama ini telah memisahkan kita untuk mengenal TUHAN. Fragment-fragment ini ternyata sukar untuk cantumkan kerana ia melibatkan pembentukan dan perlaksanaan sebuah polisi dan sistem.

secular schools never be tolerated

Tetapi sebagai seorang manusia yang mempunyai akal yang sempurna, sekiranya kita benar-benar menuntut ilmu untuk mencari kebenaran, akhirnya kita akan tetap menemui kebenaran. Di sebalik keindahan kebenaran itulah yang akhirnya akan membantu kita untuk mengenal TUHAN. Tidak ada bezanya bagi mereka yang berpendidikan aliran Sains atau pun Sastera ketika di bangku sekolah. Tidak akan ada jurang antara mereka yang menduduki Fakulti Pengajian Islam mahu pun Fakulti selainnya di menara gading.

Akhirnya akan membentuk kita menjadi manusia yang beretika dan berakhlak; bukannya robot pekerja kilang. Matlamat akhir ilmu akhirnya tercapai dan hasilnya adalah melahirkan manusia yang menjadi manusia, yang selayaknya untuk mendiami dan menguruskan sistem kehidupan. Ilmu yang dipelajari dapat untuk dimanfaatkan untuk kebaikan manusia setempat.

About Mada Hannan

Kadang-kala berkata tanpa kata itu lebih lancar, berhujah tanpa bersemuka itu lebih jelas, meluah tanpa bertentang mata itu lebih selesa umpama lancarnya air yang mengalir, tenangnya bayu yang bertiup, bebasnya burung yang terbang di awanan

Posted on October 21, 2013, in Tinta kehidupan and tagged , . Bookmark the permalink. Leave a comment.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: