Ujian kekeluargaan mungkin ujian yang ‘terhebat’

Kekeluargaan memainkan peranan yang penting dalam kehidupan seseorang. Menjadi titik tolak kepada seseorang sama ada keluarga menjadi sumber kekuatan untuk mencapai kegemilangan dan kebahagiaan dalam kehidupan atau sebaliknya menjadi punca kepada kelemahan dan penderitaan.

Sama ada dalam hubungan keluarga yang rapat seperti ibu bapa, suami isteri dan jua anak-anak ataupun yang sebaliknya dalam hubungan saudara mara. Semua ini memainkan peranan yang penting kepada seseorang.  Tanpa mengira taraf sosial sosial seseorang, kekeluargaan menjadi punca utama bagi segalanya. Daripada seorang yang bekerja sebagai buruh, penjawat awam, golongan samseng dan sebagainya, mereke sanggup melakukan apa sahaja untuk memastikan orang disayang dalam keadaan selamat, walau pun terpaksa bergadai wang ringgit, hinggalah mengorbankan nyawa sendiri.

familyhappiness

Mungkin bagi mereka yang tidak pernah diduga di uji dengan ujian sebegini, mereka tidak akan dapat merasainya. Mereka yang hidup dalam keselesaan, kemewahan, kebahagiaan tanpa didatangkan ujian yang hebat dalam hubungan kekeluargaan, walau pun tidak dinafikan hidup ini pasti ada ujian, Cuma ujian yang agak biasa dalam kehidupan, mereka tidak akan dapat merasai apatah lagi menyelami penderitaan. Namun ingatlah, ramai insan yang bila diuji dengan kesusahan mereka dapat merasakan kembali dekat dengan TUHAN. Tetapi lebih ramai insan yang bila dihamparkan dengan kesenangan dan kenikmatan mereka semakin jauh dari TUHAN.

Namun bagi mereka yang pernah merasainya. Derita yang dirasa mungkin tidak dapat diungkapkan dengan perkataan untuk diluahkan, tetapi hanya mampu diluahkan mungkin dengan cara yang berbeza mengikut keselesaan seseorang. Dan mungkin bagi seorang MUSLIM pada ketika itulah dirasakan TUHAN itu adalah tempat untuk pergantungan dan pengharapan segalanya. Bersyukurlah kerna TUHAN masih lagi sayang pada kita kerana disebalik ujian yang hebat itu, TUHAN menyeru kita untuk rapat kepadanya jika kita sedar.

Pelbagai pengajaran yang boleh kita kutip jika kita selalu memerhatikan pentas gelagat kehidupan. Sebagai contoh; anak yang menjadi mangsa penceraian daripada ibu ayahnya. Isteri yang berdepan dengan perangai suami yang begitu menguji kesabaran kerana bermain kayu tiga dalam rumah tangga ditambah lagi dengan mengabaikan tanggungjawab nafkah padanya dan anak-anak. Suami yang diuji kesabaran memiliki isteri yang sibuk melayan client diluar sana hingga melupakan tanggugjawab kepada suami dan anak-anak. Belum lagi melihat kepada anak-anak yang tidak memiliki ibu bapa atau salah seorang darinya. Ini adalah sebahagian fenomena biasa yang mungkin kita terlihat. Pasti banyak lagi fenomena yang pelbagai yang dapat kita perhatikan dan mengambil pengajaran jika kita menjadi orang yang suka mengambil pengajaran.

Do the best; never give up ALLAH alaways here

Ringkasnya segala ujian dalam bentuk keluarga terdekat dan tersayang ini pasti menjadikan satu tamparan hebat pada kehidupan seseorang. Tidak dinafikan jika tidak diurus dengan sebaiknya, akan menatijahkan kesan yang tidak baik kepada kehidupan seseorang. Hilang sumber insipirasi, kasih sayang dalam hidupnya seterusnya hilang panduan lantas menjadikan hidupnya seoalah-olah tanpa tujuan. Jika ingin dipanjangkan sukar untuk dituliskan kerana kehidupan seseorang itu sangat kompleks. Menjadi seorang yang agressive, passive dan akhirnya mendorong kesan yang negetif dalam peel dirinya.

Tetapi bagi mereka yang mampu mendepaninya dengan tabah dan sabar, akhirnya ujian demi ujian yang datang pada seseorang walau pun ujian yang hebat dan berat, mereka tetap berjaya mengharunginya. Pun demikian, perkara ini bukanlah mudah! Sesiapa yang tidak pernah melaluinya tidak akan mampu merasainya. Dengan cuba untuk melihat segala yang berlaku pada dirinya dengan sisi pandang yang paling memberikan sinar, sedikit sebanyak dapat membantu mereka untuk terus memotivasikan diri. Bila mereka berjaya menghadapinya, antara satu hikmahnya adalah mereka mampu menjadi seorang yang berjiwa besar dan lebih matang seterusnya lebih berani untuk terus meneruskan kehidupan.

Jika dilihat dalam kisah para Rasul ‘Azmi khusunya, iaitu dalam sejarah kehidupan mereka; Nabi Ibrahim, Nuh, Musa, Isa dan Muhammad saw kesemua mereka ini mempunyai satu titik persamaan. Mereka di uji dalam hubungan kekeluargaan yang rapat untuk mereka meneruskan perjuangan dakwah. Inilah antara hikmah yang boleh kita perhatikan dan mengambil sebagai sumber inspirasi.

Nabi Ibrahim sebagai contoh diuji dengan bapanya yang enggan memeluk ISLAM, bahkan menentang anaknya sendiri. Ditakdirkan pula lewat memiliki zuriat, iaitu Nabi Ismail. Setelah itu, baginda terpaksa meninggalkan isteri dan anaknya; Nabi Ismail yang masih kecil di Makkah. Kemuncaknya bila mana diperintahkan oleh ALLAH swt untuk meyembelih anaknya sendiri setelah mendapat wahyu dari ALLAH swt, yang menjadi kisah teladan kepada umat ISLAM saban tahun bila menyambut perayaan hari raya eid adha.

Nabi Nuh pula menyebarkan dakwah kepada kaumnya dengan tempoh yang sangat lama sehingga 950 tahun, ditentang oleh isteri dan anaknya. Hatta sehingga banjir besar sebagai azab dari ALLAH swt menimpa anaknya masih lagi enggan menerima agama ISLAM bahkan eggan dibantu oleh bapanya

Nabi Musa pula diuji dengan keluarga angkatnya sendiri, iaitu Firaun dan isterinya. Bukan sahaja tidak mahu memeluk ISLAM, namun Firaun yang juga bapa angkatnya terus mengecam hatta mahu membunuh anak angkatnya sendiri kerna nabi Musa menyampaikan dakwah kebenaran kepada kaumnya.

Nabi Isa pula diuji dengan dilahirkan dan dibesarkan tanpa seorang bapa. Hanya memiliki ibu sahaja, iaitu Mayam. Tohmahan bukan sahaja dilemparkan kepada Maryam, tetapi turut kepada Nabi Isa.

Nabi Muhammad saw pula semenjak kecil lagi telah dilahirkan tanpa dapat merasai kasih seorang bapa.  Kemudian pada usia kecil lagi ibunya , siti Aminah telah kembali ke rahmatullah tanpa sempat merasai kasih sayang seorang ibu yang secukupnya. Tidak lama kemudian datuknya pula wafat hanya beberapa tahun sahaja sempat bersama. Kemudian dijaga dan dibela oleh bapa saudaranya; Abdul Mutallib. Semenjak memelukan usaha dakwah lagi, baginda saw telah mendapat tentangan daripada pakciknya sendiri, Abu Jahal. Kemudian akhirnya Saidatina Khadijah yang merupakan seorang isteri dan juga tulang belakang ranjau perjuangan dakwahnya wafat, diikuti pula Abdul Mutallib. Satu demi satu orang yang tersayang dan keluarga terdekatnya wafat meninggalkan baginda saw.

as syuara; 13

“Allah telah menerangkan kepada kamu di antara perkara-perkara agama yang Ia tetapkan hukumnya apa yang telah diperintahkanNya kepada Nabi Nuh a.s. dan yang telah Kami (Allah) wahyukan kepadamu (wahai Nabi Muhammad s.a.w.) dan juga yang telah Kami perintahkan kepada Nabi Ibrahim a.s. dan Nabi Musa a.s. serta Nabi Isa a.s., iaitu: Tegakkanlah pendirian agama dan janganlah kamu berpecah belah atau berselisihan pada dasarnya. Berat bagi orang-orang musyrik (untuk menerima agama tauhid) yang engkau seru mereka kepadanya. Allah memilih serta melorongkan sesiapa yang dikehendakiNya untuk menerima agama tauhid itu dan memberi hidayat petunjuk kepada agamaNya itu sesiapa yang rujuk kembali kepadaNya (dengan taat).”

(Surah Asy-Syuraa: Ayat 13)

Begitulah ringkasnya coretan sejahra kehidupan para Rasul Ulul ‘Azmi. Antara ibrah yang dapt diperhatikan kesemua mereka mendapat ujian dan dugaan dalam kalangan keluarga mereka sendiri. Secara tidak langsung, tarbiyyah dari ALLAH ini menjadikan mereka insan yang sangat hebat. Mungkin ada yang pertikaikan bahawa mereka ini adalah Rasul pilihan ALLAH swt, maka wajarlah mereka mendapat kesebaran yang sedemikian.

Hakikatnya, jika seseorang itu mendapat ujian yang hebat dan berat dalam keluarga terdekatnya, itulah sebenarnya tarbiyyah yang ALLAH swt berikan padanya. Bahkan hanya segelintir sahaja yang dipilihNYA apatah lagi yang mampu melepasi dengan berjaya. Jika dilihat pada seseorang, bila mana mereka mendapat tarbiyyah daripada ALLAH, akhirnya dia akan mampu menjadi orang yang berjaya kelak. Bukanlah menafikan mereka yang tidak diuji dengan ujian yang berat tidak mendapat tarbiyyah dari ALLAH, tetapi kesannya pada seseorang adalah tidak sama.

fasbir sabran jamil

Teruskanlah bersabar dan bertabah pada mereka yang diuji dikalangan keluarga terdekatanya, sama ada ibu ayah, anak, saudara mara rapat. Bersabarlah dengan Fasbir bis Sabrin Jamil (Bersabarlah dengan kesabaran yang indah: ada sebahagian mufassir mentafasirkan bersabar dengan tanpu rungutan). Mungkin itu salah satu tarbiyyah dari ALLAH swt secara tidak langsung untuk menjadikan seseorang itu mendapat kejayaan dan kebahagiaan di dunia dan akhirat.🙂

About Mada Hannan

Kadang-kala berkata tanpa kata itu lebih lancar, berhujah tanpa bersemuka itu lebih jelas, meluah tanpa bertentang mata itu lebih selesa umpama lancarnya air yang mengalir, tenangnya bayu yang bertiup, bebasnya burung yang terbang di awanan

Posted on October 7, 2013, in Tinta kehidupan and tagged . Bookmark the permalink. Leave a comment.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: