“Berlemah-lembut” dalam berbahasa

Bahasa untuk berkomunikasi merupakan perhubungan yang penting dalam kehidupan seharian, sama ada dalam konteks kekeluargaan, pekerjaan, mahu pun urusan kehidupan seharian. Tambahan pula, masyarakat kita khususnya masyarakat Melayu merupakan yang tinggi nilai santunnya dan lemah lembutnya, bukan sekadar dapat dilihat menerusi lisan, bahkan turut diterjemahkan dalam perbuatan. Bahkan lebih bermakna lagi bila mana adat yang telah sebati dalam jiwa masyarakat ini merupakan suatu perbuatan yang amat digalakkan oleh Syara’.

Daripada Abu Musa al-Asy’ari ra katanya:

“Ya Rasulallah saw manakah orang ISLAM yang paling afdhal?” Rasulallah saw menjawab: “ Siapa orang ISLAM yang lain yang selamat daripada (gangguan) lidahnya dan tangannya.”

(Riwayat Bukhari dan Muslim)

Perbualan kita pada setiap adalah terlalu banyak, sama ada dalam konteks hubungan kekeluargaan, dengan rakan, majikan atau pun dalam jua keadaan sekali pun. Namun mungkin dek kerna terlalu biasa dan sering kali kita dalam proses bertutur kata dalam kehidupan seharian, serta dipengaruhi dengan watak semulajadi, budaya setempat dan lain-lainnya, kadang kala hingga kita terlupa dan terlepas pandang bahawa dalam hampir kebanyakan pertuturan seharian kita secara tidak langsung banyak “menyinggung dan menyakitkan hati orang lain”.

Kita mungkin memberikan alasan bahawa nature semulajadi kita dibesarkan mahu pun keadaan sekeliling itulah yang kini telah membentuk apa dan siapa kita pada hari ini. Kita mungkin berpendapat bahawa dengan teknik perbualan kita selama ini, itulah yang membuatkan kita sahaja berasa selesa. Namun, dalam masa yang sama bukankah ISLAM itu telah memberikan panduan yang holistik untuk kita meneruskan kehidupan termasuklah dalam urusan perbualan seharian. Ada ketikanya kita boleh berjenaka, ada masanya kita boleh series, ada masanya kita boleh bergurau senda dan sebagainya mengikut kepada keadaan dan keperluan semasa.

Antara pesanan yang mudah dan ringkas yang boleh kita praktikkan adalah berkomunikasi dengan apa yang membuatkan orang lain berasa selesa dan suka, bukan hanya ikut apa yang kita suka. (ini bukanlah menyatakan bahawa penulis mampu untuk mengamalkannya dalam perbualan seharian secara sepenuhnya, tidak!! Bahkan diri ini masih lagi sedang berusaha untuk membaiki diri).

Berikut adalah beberapa contoh yang mungkin berlaku dalam kehidupan seharian. Sebarang contoh yang dikemukakan adalah tidak berkaitan mahu pun ingin menyentuh mana-mana peribadi dan sifat seseorang individu, jika ada ia hanyalah secara kebetulan, dan minta maaf jika ada menyinggung perasaan.

Sebagai contoh bila mana kita ingin meminta pertolongan kepada seseorang, menerusi sms. (Sebagai contoh, dalam kes di bawah untuk meminta tolong seseorang untuk meminta tolong untuk beberapa contact number bagi menjayakan sesebuah program : dalam konteks perbualan bersama teman)

Situasi A 1)
“Weh, aku nak nombor telefon MAIS, asap!!”

Situasi A 2)
“Salam, maaf kalau menganggu. Kalau boleh nak mintak tolong bagi nombor telefon MAIS sebab nk adakan program x lama lagi. Sebolehnya sebelum minggu ni tolong bagi la kalau ada, kalau tiada mintak tolong cuba dapatkan ye sebab ini agak penting. Thanks ek🙂 ”

man texting a friend

Walaupun kedua-dua konteks di atas adalah bertujuan untuk meminta tolong pada seseorang (dan situasi ini boleh diaplikasikan dalam banyak konteks perbuatan seharian), tetapi situasi A 2 adalah kelihatan lebih berlunak dan bersopan-santun dalam berkomunikasi berbanding A 1. Walau pun mungkin kita tidak dapat bantu dia kerana tiada memiliki nombor telefon orang yang bekerja di MAIS, tetapi dengan kelunakan kita sedikit sebanyak akan mendorong kita untuk membantu untuk mendapatkan jua nombor telefon itu dengan termampu.

Walau dalam apa keadaan sekali pun, jika kita berusaha untuk berlemah-lembut dalam berbahasa, pasti banyak urusan yang pada mulanya mungkin seseorang itu tidak dapat membantu untuk memenuhi keperluan kita, tetapi dengan adab dan sopan yang kita tuturkan mungkin akhirnya dia akan cuba sedaya upaya untuk membantu kita. (mungkin boleh dicuba kalau untuk diuji sejauh mana keberkesanannya ;))

Dalam contoh perbualan yang lain pula, dalam hubungan kekeluargaan antara seorang suami dan isteri yang baru sahaja berkahwin. Si suami merupakan seorang jurutera yang bekerja di pelantar minyak, manakala si isteri pula bekerja sebagai nurse di sebuah klinik kerajaan. Setelah beberapa ketika hidup bersama, si suami dikehendaki untuk kembali pulang bekerja seperti sedia kala yang perlu outsatation di pelanta yang memakan hingga berbulan lamanya, manakala si isteri hanya mampu bekerja dan menunggu di rumah.

Situasi B 1)
“Saya minta maaf, sebab tak lama lagi, sebab tak lama lagi saya dikehendaki untuk bertugas off shore di pelantar. Biasanya akan mengambil masa yang lama, mungkin sehingga 6 bulan lamanya. Mahu atau pun tidak, terima atau tidak, inilah nature kerja saya sebagai engineer di pelantar. Saya harap awak di rumah dapat bersabar dan menunggu kepulangan saya dalam beberapa bulan yang akan datang.” Si isteri hanya mampu mendiamkan diri dan bersedih sahaja..

Situasi B 2)
“Nampaknya tak lama lagi saya perlu balik semula bertugas di pelantar. Awak pun tahu kan bagaimana jangka masa saya bila kembali off shore. Biasanya akan mengambil masa yang lama mungkin hingga 6 bulan. Saya tahu ini merupakan cabaran yang besar untuk awak sebab terpaksa hidup berseorangan di rumah. Tapi ia juga merupakan cabaran yang besar untuk saya sebab saya terpaksa meninggalkan awak keseorangan di rumah. Nature kerja saya sememangnya begini dan inilah punca rezki yang halal yang terbaik yang perlu sama-sama kita usahakan untuk meneruskan kehidupan. Insya ALLAH, saya dan awak perlu sama-sama berusaha sebaiknya dan sama-samalah berdoa kepada NYA agar segala urusan kita akan dipermudahkan”.. Si isteri masih lagi bersedih, tetapi dengan pengakuan dan penjelesan oleh suaminya secara tidak langsung akan memberikan semangat dan harapan kepada dirinya dan jua suaminya.

Muslim couple

Situasi di atas ini adalah antara situasi yang mungkin berlaku dalam kehidupan berumah tangga. Ujian yang didatangkan dalam kehidupan berumah tangga kadang-kala didatangkan dalam perkara yang menguji kepada kesabaran dan kesetiaan, namun jika mampu untuk dibawa berbincang dengan sebaiknya, maka insya ALLAH akhirnya pasti akan membuahkan solusi yang akan meminimakan risiko dan kesan negative antara pasangan itu.

Manakala dalam sebahagian tutur kata perbualan seseorang pula , ada yang memberikan bagaimana nature budaya dan adat setempat dia membesar sedikit sebanyak itulah yang telah membentuk sifat dia pada hari ini. Ada orang yang berbangga kerana mulutnya yang celupar atau lebih sinonim dengan Laser pada hari ini. Ada pula yang seronok kerana lidahnya yang menyindir orang dengan pedas atau lebih sesuai dengan makan dalam  pada hari ini.

Sebagai contoh mereka yang berasal daripada Negeri Sembilan, Melaka dan tempat lain. (Bukanlah saya mengatakan mereka yang berasal dari negeri ini adalah semuanya laser, tidak! Cuma sebagai contoh yang kita yang kita sedia maklum. Maafkan saya andai menyinggug mana-mana pihak).

Bila dipersoalkan kepada mereka mengapa mereka bersifat sebegitu?

Merka akan menjawab:

“Nak buat macam mana, memang kami ni adalah bangsa yang celupar dan Laser.”

Bukan semua orang yang memberikan alasan sebegini, tetapi ada sebahagiannya.

Tetapi mampukah kita untuk memberikan alasan dan hujah yang sama bila berdepan dengan ALLAH swt di akhirat kelak? “Ampunkan dosa dan silap ku ya ALLAH! Aku celupar kerana aku adalah orang Negeri Sembilan dan Melaka! Ia mengalir dalam urat darahku lagi sejak aku kecil.” Adakah ALLAH swt akan menerima alasan yang sedemikan?

Sebelum lidah yang tidak bertulang dan mulut yang lancang ini menjadi bencana ‘disana’, muhasabah dan cubalah berubah sementara berkesempatan ketika berada ‘disini’. Bukankah ISLAM itu telah wujud dalam diri dan masyarakat kita? Bukankah ISLAM itu telah memberikan garis pandu dan syariat untuk kita mengubah dan memandu hidup kita dalam kesejahteraan dan keamanan?

Adakah kita masih lagi mahu terus celupar, andai celupar itu bakal menghilangkan segala rakan dan taualan kita? Menyakitkan hati isteri dan anak-anak hingga melahirkan keluarga yang berantakan? Persoalan seperti ini bukanlah mahu untuk membangkitkan kemarahan kepada sesiapa sahaja, sebaliknya adalah bertujuan untuk kita muhasabah bersama.

BBHS (1)

Sesungguhnya dengan berlemah lembut dan berlunak itu akan pasti dapat mendatangkan kebaikan dan kesejahteraan dalam kehidupan seharian. Bersamalah kita untuk mengubah diri kita sedikit demi sedikit dalam usaha untuk memperbaiki komunikasi seharian. Ingatlah, berurusanlah dengan seseorang berdasarakn apa yang dia suka dan selesa, bukan hanya sekadar apa yang kita suka.🙂

18; 19

Dan demikianlah pula Kami bangkitkan mereka (dari tidurnya), supaya mereka bertanya-tanyaan sesama sendiri. Salah seorang di antaranya bertanya: “Berapa lama kamu tidur?” (sebahagian dari) mereka menjawab: “Kita telah tidur selama sehari atau sebahagian dari sehari”. (Sebahagian lagi dari) mereka berkata: “Tuhan kamu lebih menengetahui tentang lamanya kamu tidur; sekarang utuslah salah seorang dari kamu, membawa wang perak kamu ini ke bandar; kemudian biarlah dia mencari dan memilih mana-mana jenis makanan yang lebih baik lagi halal (yang dijual di situ); kemudian hendaklah ia membawa untuk kamu sedikit habuan daripadanya; dan hendaklah ia berlemah-lembut dengan bersungguh-sungguh (semasa di bandar); dan janganlah dia melakukan sesuatu yang menyebabkan sesiapapun menyedari akan hal kamu.

 

About Mada Hannan

Kadang-kala berkata tanpa kata itu lebih lancar, berhujah tanpa bersemuka itu lebih jelas, meluah tanpa bertentang mata itu lebih selesa umpama lancarnya air yang mengalir, tenangnya bayu yang bertiup, bebasnya burung yang terbang di awanan

Posted on September 19, 2013, in ~Coretan~ and tagged . Bookmark the permalink. Leave a comment.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: