Hakikat “Fitrah” dalam menyambut eidul Fitri

Putaran masa begitu pantas berlalu tanpa kita sedar saban hari. Telah hampir 2 bulan Ramadhan berlalu meninggalkan kita, manakala Syawal pula baru sahaja melabuhkan tirainya, manakala bulan Dzulqaidah baru sahaja melangkah tiba.

masa

Gelagat ketika menyambut ketibaan Ramadhan pasti kurang memberi kesan pada kita, kecuali bagi sebahagian orang sahaja. Namun, pelbagai kerenah, peel dan ragam yang dapat kita saksikan bila melihat telatah manusia menyambut  “kemenangan dalam bulan Syawal”. Tidak perlu melihat kepada skala yang lebih besar, tetapi jika diperhalusi kita sudah dapat melihatnya dalam skala yang lebih kecil, iaitu dalam diri sendiri mahupun kalangan ahli keluarga kita.

Setiap lapisan masyarakat mempunyai definisi dan tafsiran yang berbeza dalam menyambut hari kemenangan “Eidul Fitri” yang bermaksud kembali kepada fitrah. Sambutan “Eidul Fitri” ini secara ringkasnya dapat difahami dengan menyambut hari kemenangan dan hari raya dalam keadaan “Fitrah”. Berdasarkan kepada peringkat umur, kematangan, tanggungjawab, dan kesedaran inilah yang menentukan kayu ukur istilah kematangan pada seseorang.

Sebagai contoh…

Seorang kanak-kanak yang sedang membesar yang masih lagi berada di sekolah rendah, definisi kembali kepada “fitrah” kepada mereka adalah mereka dapat membantu ibu dan ahli keluarga di rumah membuat kuih raya walaupun hakikatnya mereka tidaklah dapat banyak menyempurnakan kuih raya seperti yang ibu mereka harapkan, tetapi setidaknya mereka masih lagi ingin membantu! Kemudian kegembiraan mereka menyambut “fitrah” itu ditambah lagi bila mana mereka dapat bermain bunga api dan mercun bersama-sama rakan mereka. Kemuncaknya adalah bila mana mereka dapat mengumpul duit raya serta memperagakan kecantikan baju raya. Inilah saat yang paling bahagia bagi mereka, kerana itulah “fitrah” yang sesuai dengan perkembangan kematangan dan peringkat umur mereka.

Ang Pau Raya

Manakala bagi seseorang yang sudah dewasa dan berumah tangga serta memiliki anak-anak pula berbeza pula definisi “fitrah” untuk mereka. Bagi sepasang suami isteri, pastinya mereka ingin bertemu dengan sanak-saudara lebih-lebih lagi setelah hampir setahun tidak berjumpa, serta bertemu dan berbicara kepada sahabat-sahabat lama mereka yang dikenali bermula semenjak di bangku sekolah lagi. Maka tidak hairanlah jika sambutan Syawal di tempat kita akan mengambil masa sehingga sebulan lamanya. Bagi yang berkemampuan pula, mereka akan cuba untuk membuat “open House” untuk menjemput semua sahabat-handai dan sanak-saudara mereka bagi memudahkan lagi urusan. Dalam masa yang sama jua, bertepatan dengan kemuliaan di bulan Syawal ini jualah mereka dapat merapatkan semula tali persaudaraan yang telah renggang, saling bermaafan setelah hampir sekian lamanya mereka mungkin bermusuhan dan berdendam. Bukanlah bermaafan hanya dipinta bila mana menjelang Syawal, bahkan amat digalakkan untuk dipinta tanpa sempadan masa, tetapi adalah kiranya lebih molek disamping bertandang kita jua bermaaf-maafan.😉

juadah rumah terbuka

Begitulah sedikit sebanyak definisi “fitrah” yang dapat kita selami berdasarkan peringkat umur dan kematangan seseorang, namun adakah ianya salah dan bercanggah? Tidak sama sekali! Itulah yang dinamakan sebagai fitrah normal seseorang insan.

Namun, hikakatnya kembalinya kepada fitrah seseorang itu adalah bilamana ia mampu meperoleh mahkota taqwa seperti yang telah dinyatakan dalam firman ALLAH swt :

 “Wahai orang-orang yang beriman! Diwajibkan atas kamu berpuasa, sebagaimana diwajibkan atas orang-orang sebelum kamu mudah-mudahan kamu sekalian bertaqwa”

(al-Baqarah: 183 )

Perkataan mudah-mudahan di atas antara maksudnya yang tersirat adalah mendorong kita untuk kembali bertaqwa kepada ALLAH swt setelah hampir sebulan Ramadhan menempuhi tarbiyah daripada university Ramadhan, kerana itulah hakikat sebenar fitrah kita sebagai manusia. Fitrah asal manusia yang seharusnya bertaqwa kepada ALLAH.

Bukankah semasa di dalam alam roh (alam arwah) ALLAH S swt berfirman yang bermaksud:

“Tidakkah Aku ini Tuhan kamu? Mereka menjawab, ‘bahkan kami menyaksikan’.”

(al-‘Araf: 172)

Kesemua roh makhluk telah membuat pengakuan kepada Allah S.W.T. bahawa mereka semuanya mengakui bahawa Tidak ada Tuhan lain melainkan Allah swt.

Sewajarnya graduasi daripada University Ramadhan akan mampu untuk menjadi lebih bertaqwa daripada sebelumnya. Inilah antara maksud sebenar kita hari kemenangan kembali kepada fitrah atau pun Eidul Fitri.

Namun hakikatnya bukan mudah untuk kita mengekalkan momentum ibadah sama ada yang wajib mahu pun yang sunnah yang telah kita bersusah-payah kita tunaikan dalam bulan Ramadhan untuk kita kekalkan dalam bulan-bulan selain Ramadhan. Tidak perlu melihat jauh, tetapi cukuplah jika kita menilai dan muhasabah bagaimana ibadah kita apabila mula sahaja melangkah ke dalam bulan Syawal. Bukanlah saya menyatakan diri saya mampu untuk mengekalkan momentum ibadah, tetapi saya sendiri pun turut merasakan dugaan dan cabarannya!

Tetapi kita tidak harus mudah mengalah dan tewas. Seharusnya tarbiyah dalam bulan Ramadhan itu dijadijakan sebagai satu momentum asas untuk kita terus istiqamah dalam melaksanakan ibadah dalam baki 11 bulan yang lain. Janganlah usai sahaja kita meninggalkan Ramadhan, segala amal ibadah kita tinggalkan bersama. TIDAK!

TAQWA

Sebaliknya cubalah sedaya upaya untuk terus beristiqamah dalam menunaikan ibadah walaupun sedikit. Mudah-mudahan berbekalkan momentum Ramadhan yang telah berlalu dan jika terus diberikan ruang dan kesempatan untuk kita bertemu dengan Ramadhan akan datang, seterusnya akan mampu untuk mendidik nafsu dan diri kita untuk mencapai darjat bertaqwa seperti dalam firman ALLAH swt (al-Baqarah: 183). Yang mana bukanlah gelaran Taqwa itu dikalungkan oleh insan, tetapi dianugerahkan oleh TUHAN! :) 

About Mada Hannan

Kadang-kala berkata tanpa kata itu lebih lancar, berhujah tanpa bersemuka itu lebih jelas, meluah tanpa bertentang mata itu lebih selesa umpama lancarnya air yang mengalir, tenangnya bayu yang bertiup, bebasnya burung yang terbang di awanan

Posted on September 7, 2013, in Tinta kehidupan and tagged . Bookmark the permalink. Leave a comment.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: