Ramadhan bulan untuk penghayatan kepada al-Quran

شَهْرُ رَمَضَانَ الَّذِي أُنْزِلَ فِيهِ الْقُرْآنُ هُدىً لِلنَّاسِ وَبَيِّنَاتٍ مِنَ الْهُدَى وَالْفُرْقَانِ .

Maksudnya: “Bulan Ramadhan adalah bulan diturunkan padanya al-Quran, menjadi petujuk buat manusia dan dipenuhi keterangan-keterangan yang jelas daripada petunjuk dan al-furqan (pemisah kebenaran daripada kebatilan). (al-Baqarah: 185)

Bulan Ramadhan merupakan bulan yang begitu sinonim dengan sebutan bulan al-Quran. Saban tahun tatkala Ramadhan menjelang tiba maka pembudayaan pembacaan al-Quran begitu subur dihidupkan dan diamalkan. Jika tidak berkesempatan sekali pun, alunan bacaan ayat suci al-Quran akan lebih dan kerap kali diperdendangkan sama ada di kaca televisyen atau pun kedengaran begitu merdu menerusi corong radio. Tidak kiralah siaran TV atau radio apakah ianya, pasti fenomena ini dapat dirasakan. Adakah kita termasuk dalam sebahagian daripada golongan yang seperti ini? Adakah kita termasuk dalam kalangan mereka yang turut menghayati dan menyelami ayat-ayat al-Quran yang didendangkan ini (Persoalan demi persoalan yang dilontarkan pada kali ini adalah bertujuan untuk memuhasabah diri bersama khsususnya DIRI INI yang sering alpa terlena..)

Ramadhan bulan al-Quran

Sama ada pembacaan al-Quran ini untuk dimulakan serta dikhatamkan dalam jangkauan masa bulan Ramadhan atau pun dimulakan sebelum menjelang bulan Ramadhan kemudian dikhatamkan dalam lingkungan bulan Ramadhan, atau pun tidak sempat dikhatamkan pada bulan Ramadhan walaupun telah dimulakan sebelum Ramadhan, pokok pentingnya adalah pembudayaan pembacaan al-Quran ini perlu dijadikan amalan harian, bukannya amalan bulanan mahu pun amalan tahunan. Tetapi sebaiknya adalah dengan sedaya upaya cuba untuk memperbanyakkan dan mempertingkatkan bacaan al-Quran dalam bulan Ramadhan adalah tersangat afdhal.

Cuma bedanya mungkin tatkala menjelang bulan Ramadhan, budaya membaca al-Quran kelihatan jelas dilaksanakan secara berkumpulan atau dengan istilah  bertadarrus dalam sesebuah kelompok. Antara kelebihannya adalah disamping dapat saling memperdengarkan bacaan ayat al-Quran, dapat jua saling membantu dalam menyemak dan memperbaiki bacaan teman pembacaan yang lain. Atau mungkin kita lebih selesa untuk membaca secara bersendirian dengan atas faktor keselesaan diri. Mungkin kita rasa senang dan tenang untuk melaksanakan keduanya secara serentak, atau pun salah satu di antara keduanya, tapi jangan langsung tidak kita membacanya..

kanak-kanak bertadarus

Sedikit saranan dan panduan khususnya untuk mereka yang gemar untuk membaca dan mengkhatamkan al-Quran secara sendirian, ALHAMDULILLAH jika kita dapat menyelesaikannya merupakan suatu kenikmatan, namun adalah lebih molek dan sempurna rasanya bila mana pembacaan kita disertakan dengan PENGHAYATAN TERHADAP TERJEMAHAN kalam-kalam al-Quran ke dalam bahasa yang mudah untuk kita fahami sama ada bahasa Melayu atau pun selainnya. Ya Benar mungkin ini akan mengambil masa yang banyak dan panjang untuk kita menyelesaikannya, tetapi bila mana kita mampu melaksanakannya, ia merupakan suatu kepuasan, keseronokan, ketenangan dan kenikmatan yang mampu kita rasai dalam hati dan sanubari kita..🙂

menghayati terjemahan al-quran

Jika tidak mampu untuk menghayati terjemahan untuk setiap muka surat yang kita baca, setidaknya mulakan dengan beberapa bahagian mengikut kemahuan dan kemampuan. Jika telah merasa lebih selesa, maka tingkatkanlah lagi daya dan usaha sehingga akhirnya setiap muka surat yang kita baca mahu dan mampu untuk kita fahami dan telusuri terjemahannya. Pasti banyak ibrah yang mampu kita selami ..🙂

Jika kita telah mampu untuk meneliti dan memahami setiap ayat al-Quran yang kita baca, maka teruskanlah kepada usaha yang seterusnya iaitu dengan usaha MENTADABBUR ayat-ayat al-Quran. Ya, mentadabbur ayat al-Quran memerlukan kepada masa yang lebih lama dan tumpuan yang lebih fokus, namun ambillah beberapa potong ayat al-Quran untuk ditadabbur, luaskanlah cara berfikir dalam usaha untuk memahami maksud ayat-ayat al-Quran yang tersurat mahu pun yang tersirat, akhirnya pasti terdapat lebih banyak ibrah-ibrah yang mampu untuk kita hayati seterusnya dengan demikian mudah-mudahan al-Quran itu dapat membantu kita dalam menjadi panduan dalam melayari kehidupan seterusnya dapat menjadi bekalan syafaat pada kita pada kehidupan mendatang. Sekiranya terdapat beberapa pentafsiran yang memerlukan kepada penjelasan yang lebih mendalam, maka datang dan bertanyalah kepada para asatizah khususnya mufassir atau pun mereka yang lebih tahu. (Penulisan ini bukanlah menyatakan diri ini telah berjaya untuk sampai ke tahap untuk mentadabbur. TIDAK! Sedangkan diri ini masih lagi dalam usaha-usaha untuk sampai ke tahap itu).

tadabbur al-Quran

Cara ini juga boleh dipraktikkan sekiranya ingin berdarrus secara berkumpulan. Ikutlah kepada kemampuan dan keselesaan. Dan moga dengan cara ini mampu untuk kita terus istiqamah sama ada dalam bulan Ramadhan hinggalah ke bulan-bulan yang seterusnya. Walau pun kita telah berulang-kali mengkhatamkan al-Quran, tetapi jika terus istiqamah dalam menghayati dan menyelami bait-bait terjemahan perkataan dan ayat al-Quran, pasti akan terdapat lebih banyak ibrah yang tersurat mahu pun yang tersirat mampu untuk kita teladani, pelajari seterusnya dapat dikongsikan bersama dengan mereka yang berada di sekeliling. Jadikanlah bulan Ramadhan pada kali ini sebagai satu turning point untuk kita bukan sekadar membaca al-Quran, tetapi untuk kita belajar memahami dan menghayatinya seterusnya dapat kita mengajarkannya untuk kebaikan bersama. semoga bermanfaat!  ^__^

About Mada Hannan

Kadang-kala berkata tanpa kata itu lebih lancar, berhujah tanpa bersemuka itu lebih jelas, meluah tanpa bertentang mata itu lebih selesa umpama lancarnya air yang mengalir, tenangnya bayu yang bertiup, bebasnya burung yang terbang di awanan

Posted on July 15, 2013, in Tinta kehidupan and tagged . Bookmark the permalink. Leave a comment.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: