Usahlah bertangguh..

Daripada Ibn Umar ra, katanya Rasulallah saw memegang dua bahuku seraya bersabda:

“Jadilah kamu di dunia ini seperti orang asing atau orang musafir. Dan adalah Ibn Umar ra berkata, “Apabila kamu berada pada waktu petang jangan kamu tunggu waktu pagi, dan apabila kamu di waktu pagi maka jangan kamu tunggu waktu petang. Ambillah daripada kesihatanmu untuk sakitmu dan daripada kehidupanmu untuk matimu.”

(Riwayat Bukhari)

Perjalanan dan aturan masa kehidupan seorang musafir amat menitik beratkan ketepatan masanya. Jadual masanya begitu tersusun rapi dalam menempuhi dan memenuhi aktiviti dalam kehidupan seharian. Dalam kesibukan yang sedemikian, setiap perincian dan pendetailan waktunya tidak akan berlalu dengan sia-sia. Lihatlah bagaimana ALLAH mendidik dan mengajar hambanya untuk menyusun dan mengisi segenap masa kehidupan sehariannya dengan perkara-perkara yang bermanfaat.

Satu situasi mudah bila mana kita melihat jadual kehidupan seorang yang bergiat aktif dalam bidang kerjaya sebagai pensyarah di sebuah IPTA, dan dalam masa yang sama merupaka seorang da’ie yang bergiat aktif dalam menyebarkan dan menyuburkan dakwah ISLAM bukan hanya dalam memenuhi jemputan serta undangan untuk mengisi kuliah-kuliah maghrib di kawasan masjid dan surau setempat bahkan turut menghiasi pentas-pentas di kaca televisyen. Begitu teratur dan tersusun rapi susunan dan aturan waktu kehidupannya. Bahkan mungkin bagi sesetengah orang yang lain seumpama hidup yang sedemikian itu tiada rehat dan tenangnya bagi mereka yang memerhatikannya, tetapi hakikatnya orang yang sesibuk inilah yang kadang-kadang ruang hidupnya hidupnya lebih bermakna dan bahagia. Begitu jualah dengan contoh-contoh mereka yang lain seumpama dengannya..

last minute

Perlakuan suka bertangguh ini sedikit sebanyak sudah bertapak subur dalam hampir segenap kehidupan seharian kita. Sama ada dalam urusan kehidupan kita dengan TUHAN, mahupun muamalah kita dengan INSAN.

Sebagai contoh sifat suka menangguhkan solat hanya hingga bahkan mungkin hampir mencecah hampir tamat waktu solat telah menjadi hampir sebahagian urusan dalam kehidupan kita. Sebagai contoh, hanya kerana terlalu asyik dengan perbincangan dan diskusi bermula pada jam 2.00 petang mengenai sesuatu perkara hingga mengasyikkan dan melalaikan kita hingga kadang-kadang kita menunaikan solat zuhur pada jam 4.15 petang sedangkan waktu asar bakal menjelang tiba pada jam 4.30 petang. Tidak salah untuk kita berbincang dan berdiskusi mengenai perkara ilmiah yang dapat mendatangkan manfaat pada kita, tetapi adalah lebih eloknya jika untuk menunaikan solat dahulu seawal menjelang waktunya sebelum memulakan diskusi. Bukankah dengan itu hati kita menjadi lebih tenang. Begitu jualah waktu solat yang lainnya..

Daripada Abdullah Ibnu Mas’ud ra:  

“Aku Telah Bertanyakan Pada Nabi saw, Apakah Amalan Yang Paling Dicintai Oleh Allah Taala: Nabi Bersabda, Solat Pada Waktunya, Aku Bertanya Lagi: Apa Lagi Wahai Rasulullah? Baginda Bersabda: Kemudian Berbuat Bakti Kepada Ibu Bapa, Aku Bertanya Lagi, Apa Lagi Wahai Rasulullah? Baginda Bersabda:Berjihad Di Jalan Allah, Kemudian Rasulullah Berkata Kepada Aku,Andai Kamu Bertanya Lagi Nescaya Akan Aku Menjawabnya.”

(riwayat Bukhari dan Muslim)

Jika semudah solat diawal waktu sukar untuk kita lakukan, bagaimana kita ingin melaksanakan perbuatan yang seterusnya…

Solat di awal waktu

Sebagai contoh dalam urusan dan kehidupan sesama manusia, sering kali ramai di antara kita gagal untuk berjanji dalam menepati masa dalam perkara yang dianggap simple. Situasi mudah bila mana berjanji untuk bertemu dengan seseorang untuk keluar makan sambil membincangkan beberapa perkara penting dalam urusan seharian. Berjanji untuk bertemu di kedai makan pada jam 9.00 malam, tetapi dek kerna sudah dilazimi dengan budaya melayu “Awal lagi”, “Lek Lu”, akhirnya hampir jam 8.45 malam masih lagi duduk di bilik dan membuat perkara untuk keseronokan dirinya, sedangkan perjalanan masa antara bilik dan kedai makan yang telah dijanjikannya mengambil masa sekitar 15-20 minit. Akhirnya jam 9.00 malam barulah dia keluar dan bertolak tiba di kedai makan yang telah dijanjikan sekitar jam 9.30 malam. Sedangkan rakan yang dijanjikannya telah menunggu hampir 30 minit di sana.

“Tanda-tanda munafiq ada 3, bila ia berbicara maka ia berdusta, bila ia berjanji ia mengingkarinya, jika ia diberi amanah, maka dia akan mengkhiantinya”

(riwayat Bukhari dan Muslim)

waiting someone in cafe

(bukanlah situasi-situasi seperti di atas ini menyatakan bahawa diri ini tidak pernah melakukan perkara yang sedemikian,  TIDAK sama sekali!! Tetapi moga-moga ia menjadi ikhitbar dan pengajaran untuk kita semua)

Begitu jualah dalam usaha dan budaya kita untuk memperdalami ilmu khususnya ilmu agama. Ramai orang meletakkan usia untuk memperdalami ilmu agama ketika mana usianya menjelang senja dengan beranggapan bahawa kini usianya masih muda, terlalu sibuk dengan pelbagai urusan dan perkara. Walhal jika ditakdirkan kita dijemput pulang bertemu Yang Maha ESA tidak akan mengenal usia muda tidak akan menunggu usia tua.

Usia muda bahkan dalam kalangan usia sebagai seorang pelajar mahu pun mahasiswa adalah usia yang terbaik dan medan yang sebenar untuk kita mendalami ilmu khususnya ilmu agama yang akan menjadi bekalan dan pedoman dalam kehidupan. Sebab apa? Sebagai seorang mahasiswa hidupnya hanya tertumpu kepada akademik dan pelajaran semata-mata. Bahkan jika mereka sibuk untuk berpersatuan dan bergerak aktif dalam bidang sekali pun mereka masih lagi dalam proses pembelajaran. Dengan kudrat tenaga anak muda dan kelapangan masa ketika usia muda tanpa sebarang beban yang menghempap dada, sewajarnya mereka menelaah dan mendalami ilmu-ilmu seperti ini.

Adalah mustahil jika dikatakan dek kerna terlalu kesibukan masa dengan akademik yang disusun atur oleh sistem sesebuah universiti dan bergiat aktif dalam sebarang gerakan dan persatuan hingga tiada kesempatan masa untuk kita mempelajari dan memahami ilmu agama. Jika tidak mampu untuk menghadiri kuliah demi mengisi kekosongan santapan rohani pada setiap malam, adakah mustahil untuk kita hadiri dalam seminggu sekali? Jika kita boleh menelaah pelbagai jenis buku akademik setiap hari untuk kecemerlangan akademik, adakah kita tidak sanggup walau menelaah sehelai lembaran muka surat al-Quran, membaca juz demi juz buku yang berkaitan demi kefahaman agama kita sendiri? Jika saban hari kita boleh menyajikan pelbagai variasi dan versi lagu sebagai halwa kepada telinga, adakah kita tidak sanggup mendendangkan bacaan ayat suci al-Quran walau hanya beberap surah lazim untuk santapan rohani kita?? Renungkan dan muhasabah bersama..

(bukanlah situasi-situasi seperti di atas ini menyatakan bahawa diri ini tidak pernah melakukan perkara yang sedemikian,  TIDAK sama sekali!! Diri ini jua sedang cuba untuk berubah menjadi lebih baik. Moga-moga ia menjadi ikhitbar dan pengajaran untuk kita semua)

Bertangguh mengaji agama

Andai mejelang usia akhir semester pengajian di alam campus, si ADAM sudah mula mencari dan termimpi-mimpi untuk mencari bidadari yang bakal menjadi penyeri hidup, itu adalah lumrah. Tetapi hai ADAM ingatlah dan sedarlah bahawa kita ini ADAM ditaklifkan untuk menjadi ketua, sekecil-kecil perkara adalah ketua kepada diri sendiri, di peringkat yang tinggi sedikit bakal menjadi ketua keluarga. Namun bagaimanakah dengan persiapan dari sudut agama kita yang bakal menjadi ketua keluarga andai pegangan dan pemahaman agama kita sendiri mudah goyang. Pun begitu dengan HAWA, bukanlah bermaksud tidak menjadi ketua keluarga, boleh berlepas tangan daripada langsung tiada ikhtiar untuk memahami agama, sedangkan mereka bakal bersama-sama mengemudi bahtera rumah tangga yang suatu masa nanti akan terbina bukan sahaja dikemudi untuk kehidupan dunia, tetapi apa yang didambakan adalah bahgia hingga ke syurga…

Love and Love

Bukanlah suatu yang mudah. Suatu keluhan panjang dihembuskan…. Namun, segalanya masih belum terlambat untuk kita mengubah dan berubah untuk menjadi lebih baik. Semalam adalah lipatan sejarah yang telah kita tinggalkan, hari ini adalah kehidupan yang ingin kita corakkan, esok adalah masa hadapan yang kita impikan.

Mulakanlah mengorak langkah untuk menjadi lebih baik, lebih memahami selok belok agama, walau mungkin pada mulanya kita terpaksa merangkak, namun usaha yang kita lakukan dengan penuh keikhlasan dan pengharapan, pasti suatu masa nanti kita tidak lagi merangkak, bahkan kita akan mula berlari. ^__^

About Mada Hannan

Kadang-kala berkata tanpa kata itu lebih lancar, berhujah tanpa bersemuka itu lebih jelas, meluah tanpa bertentang mata itu lebih selesa umpama lancarnya air yang mengalir, tenangnya bayu yang bertiup, bebasnya burung yang terbang di awanan

Posted on June 10, 2013, in ~Coretan~ and tagged . Bookmark the permalink. Leave a comment.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: