Kehidupan dan pengharapan..

Kehidupan insan tidak pernah lekang daripada sinar harapan. Sama ada harapan yang digantungkan kepada insan mahu pun harapan yang disandarkan kepada TUHAN membuatkan seseorang individu itu terus bermotivasi dan bersemangat untuk meneruskan langkah menempuh perjalanan kehidupan.

Namun, ada di antara manusia yang terlalu meletakkan harapan mereka yang terlalu melangit tinggi hingga menampakkan bahawa harapan mereka itu tidak ubah seperti sebuah khayalan. Namun, ada jua di kalangan manusia yang tidak mahu membina sianr harapan kerna takut akan keciwa bila mana harapan yang diimpikan tidak akan menjadi kenyataan.

Perjalanan ruang masa mencoretkan pelbagai corak dan warna kehidupan. Segala yang terlakar dalam perjalanan kehidupan itu menjadikan hidup ini semakin penuh bermakna, atau menjadikan hidup ini semakin misteri.  Kisah silam yang berlaku semalam merupakan sebuah pengalaman. Hari yang bakal ditempuhi pada ketika ini adalah sebuah kenyataan. Misteri yang bakal menanti pada hari esok akan terus disinari dengan pengharapan.

LIFE...

Seorang itu akan meletakkan harapan untuk beroleh kebahagiaan dan kegembiraan dalam hidupnya pada masa depan yang bakal ditempuhi. Tiada seorang manusia pun yang menginginkan hidup mereka dipenuhi dengan tangisan, dirintangi dengan dugaan. Seorang anak meletakkan harapan untuk menjadi insan yang cemerlang dan menjadi anak yang soleh dalam kehidpan. Sepasang ibu bapa meletakkan harapan mahu melihat zuriat mereka berkembang dan menjadi anak yang berbakti dan berjaya dalam segenap ruang kehidupan. Begitulah seterusnya…

Namun, kadang-kala harapan yang kita impikan kita tidak kesampaian. Bahkan terputus di tengah jalan. Menimbulkan jutaan persoalan dalam benak fikiran untuk mencari jalan penyelesaian… Membuatkan sering kali kita tertanya-tanya di manakah silap kita dalam membuat percaturan dan perancangan kehidupan? Atau mungkin mula menyalahkan orang lain yang berada di sekeliling kita kerana merekalah segala yang kita impikan tidak kesampaian? Atau mula menyalahkan TUHAN atas sebab musabab apakah semua ini berlaku? Bagaimana dan apakah pula yang seharusnya bagi soerang individu yang berpaksikan kepada ajaran tauhid yang benar, berpegang kepada ajaran ISLAM yang lurus dalam mendepani keadaan yang sedemikian??

Menarik nafas yang dalam, melepaskan satu keluhan yang panjang dalam mencari segenap ruang penyelesaian mahu pun kebaikan yang tersurat dan yang tersirat demi memecah sebuah tembok kebuntuan.. Mudah bagi orang lain mengatakan setiap perjalanan kehidupan ini telah ditentukan dan pasti ada hikmah yang nyata mahu pun tersembunyi. Mudah jua bibir ini untuk melafazkan kata-kata semangat kepada orang lain bila mana melihat berdepan dengan kesulitan. Namun tidaklah semudah itu bila mana diri sendiri yang didatangkan dengan ujian yang sedemikian. Bahkan jika sebelum ini melihat orang lain hampir tersungkur dalam mendepani ujian, mungkin diri sendiri bila mana didatangkan ujian seperti itu hampir sahaja jatuh tersembam ke bumi…

Binalah sinar pengharapan dalam usaha untuk meneruskan kehidupan. Janganlah mencipta 1001 alasan daripada masa silam yang kelam untuk kita takut membina harapan apatah lagi untuk membina harapan yang baru. Mungkin semalam yang muram bakal digantikan dengan kegembiraan pada hari esok dan hari yang mendatang.

Never lose hope

Selamanya awan mendung tidak akan berpanjangan, selamanya hujan tidak akan berterusan, selamanya gelap malam tidak akan berkekalan, lambat laun awan cerah bakal menerangi kehidupan, lambat laun panas akan mula meninggalkan hujan, lambat laun mentari pagi akan mula terbit membawa sinar harapan. Jangalah sekali-kali putus harapan dalam menulsuri kehidupan. Mungkin sekali-sekala kita akan putus harapan seketika kepada Insan, tetapi jangan pernah sekal-kali kita putus harapan kepada TUHAN!

S.E.N.Y.U.M ^__^

 

 

About Mada Hannan

Kadang-kala berkata tanpa kata itu lebih lancar, berhujah tanpa bersemuka itu lebih jelas, meluah tanpa bertentang mata itu lebih selesa umpama lancarnya air yang mengalir, tenangnya bayu yang bertiup, bebasnya burung yang terbang di awanan

Posted on May 13, 2013, in ~Coretan~ and tagged . Bookmark the permalink. 2 Comments.

  1. orang yang berputus asa dengan hidupnya, adalah orang yang mati sebelum hari kematiannya mana mungkin seorang mukmin itu mengharapkan kematian. Mungkin esok ada cahaya dihujung hari, mungkin esok Allah sudah peruntukkan bahagia untuknya.

    • dengan harapan orang mampu meneruskan kehidupan,
      kerna harapan jaulah ramai org yg kecundang..
      sbg Muslim, pasakkan harapan yg pasti hanya pada ILAHI.
      kegelapan tidak akan berterusan, cahaya bukan menyinar berpanjangan. lumrah kehidupan..
      jangan terlalu persoalkan mengapa tibanya kegelapan, perginya kebahagiaan, tetapi lebih utamakan bagaimana harus menempuhi semua keadaan.. thnks…🙂

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: