Berhikmah dalam menyampaikan dan meluaskan risalah

Dakwah ISLAM perlu disebarluaskan ke seluruh pelusuk alam. ISLAM bukanlah hanya untuk golongan mahu pun bangsa tertentu, sama ada bangsa arab mahu pun bukan arab, bagi konteks di Malaysia sama ada untuk bangsa Melayu atau bukan Melayu. Sebaliknya ISLAM adalah agama untuk semua. Khususnya dalam konteks masyarakat berbilang kaum seperti di Malaysia, penjelmaan dan cerminan ISLAM kepada MUSLIM itu sendiri serta kepada non-Muslim khususnya perlu disampaikan dalam method yang lebih berhikmah.

Firman ALLAH swt :

16; 125

Serulah ke jalan Tuhanmu (wahai Muhammad) dengan hikmah dan mauizah hasanah, dan berbahaslah dengan mereka dengan cara yang lebih baik; sesungguhnya Tuhanmu Dialah jua yang lebih mengetahui siapa yang sesat dari jalan-Nya, dan Dialah jua yang lebih mengetahui akan orang yang mendapat hidayah serta petunjuk.

(an-Nahl: 125)

Menurut as-Sa’di:

“Hikmah maksudnya setiap individu diseru berdasarkan keadaan, kefahaman, penerimaan, dan perlaksanaannya. Antara hikmah itu ialah berdakwah dengan ilmu bukan dengan kejahilan, memulakan dengan apa yang lebih penting dengan apa yang berikutnya, menyampaikan apa yang lebih dekat kepada pemikiran dan kefahamannya, dengan cara yang lebih dapat diterima, dengan lunak dan lembut. Adapun mauizah hasanah (nasihat yang baik) bermaksud dengan ungkapan yang baik dapat mengingatkan mereka. Antaranya adalah dengan cara memberi amaran kepada mereka tentang balasan ALLAH di hari akhirat kelak dengan pendekatan yang dapat menginsafkan mereka. Disamping itu, berdebatlah dengan mereka berdasarkan cara yang terbaik bermaksud dengan cara yang paling memungkinkan menerimanya secara akal dan nas.”

Ramai di antara kita yang terkeliru antara berhikmah hanya dengan memahaminya  dengan berlunak mahu pun lemah lembut semata-mata. Tidak dinafikan bahawa berlemah-lembut boleh menjadi salah satu cara untuk berdakwah, tetapi berhikmah itu secara hakikatnya mempunyai satu definisi yang lebih luas daripada itu. Semuanya bergantung kepada sasaran dakwah yang hendak tersebut, sama ada meliputi sudut latar belakangnya, suasanana, taraf ilmu dan sosialnya.

Terkadang kesilapan kita dalam masyarakat Melayu khususnya dalam ingin menyampaikan mesej dakwah terlalu banyak berlapik hingga menenggelamkan dan menyembunyikan mesej sebenar dakwah kita. Perlunya bersantun dalam memberikan dakwah serta menyampaikan teguran, tetapi janganlah sampai ia menghilangkan tujuan asal dakwah kita.

sampaikanlah yang benar walaupun pahit

Jika ditelusuri method dakwah baginda saw kepada masyarakat Badwi adalah berbeda dengan masyarakat kota. Dalam reality yang lebih dekat pada hari ini, kepelbagaian dalam berdakwah bergantung kesesuaian orang yang ingin berdakwah kepada golongan sasaran yang ingin didakwahkan.

Sebagai contoh, seorang bapa perlu menyampaikan dakwah kepada anaknya yang masih kanak-kanak dengan pendekatan yang berbeda, tidak sama dengan dakwah seorang bapa kepada rakan sekerjanya. Begitulah seterusnya…

Apakah yang akan terjadi sekiranya seseorang itu menyampaikan mesej dakwah tidak bersesuaian golongan sasaran dakwahnya? Satu analogy mudah, seorang Doktor yang berdebat dengan seorang budak mengapa seseorang itu lapar? Dengan mudah budak itu menjawab dia lapar sebab dia nak makan. Si Doktor itu tidak berpuas hati dan ingin mengeluarkan segala teori dan fakta yang berkaitan dengan lapar yang pernah dipelajarinya. Akhirnya budak ini dengan mudah menganggap bahawa Doktor ini mungkin tidak siuman; dalam masa yang sama Doktor ini pula berasa sangat stress kerana kekecewaannya dek gagal memahamkan proses sebenar yang berlaku. Akhirnya, kedua-dua mereka tidak bersefahaman, tidak menemui titik persamaan, bahkan mereka semakin berjauhan.

misunderstood

 Begitu jualah yang berlaku dalam proses berdakwah. Akibatnya golongan yang bernama ustaz mahu pun ilmuwan ini berasakan diri mereka terlalu hebat dan selesa dengan kehebatan yang ada pada dirinya; sedangkan seseorang yang ingin mempelajarinya sesuatu ilmu itu semakin menjauh dan hilang minat untuk mendalami sesuatu ilmu itu. Akhirnya jurang pemisah antara mereka kian melebar, yang jahil bertambah jahil, yang bijak terus berasakan dirinya hebat.

Dalam sebuah peristiwa, Nabi saw menekankan betapa pentingnya untuk memahami situasi dan kondisi dalam menyampaikan dakwah.

Daripada Abd Allah bin Amr: Suatu hari kami berada di sisi Nabi saw, lalu datang seorang pemuda dan bertanya: “Wahai Rasulallah! Saya mencium (isteri) sedangkan saya berpuasa.” Jawab baginda: “Tidak boleh.” Datang pula seorang tua bertanya: “Saya mencium (isteri) sedangkan saya berpuasa.” Jawab baginda: “Boleh.” Kami pun memandang antara satu sama lain. Sabda Rasulallah saw, “Aku tahu mengapa kamu memandang antara satu sama lain. Sesungguhnya orang tua itu dapat mengawal dirinya.”

(Riwayat Ahmad, dinilai hasan oleh al-Albani)

Disebabkan dengan itulah, dalam beberapa hadith yang lain jika kita teliti, beberapa orang sahabat bertanya mengenai sesuatu perkara yang sama, tetapi jawapan yang diberikan oleh Rasulallah saw adalah berbeda dan tidak serupa. Semuanya adalah berbalik dan merujuk kepada kesan dan keperluan seseorang sahabat yang bertanya.

Hakikatnya dalam mengamalkan dan melakasanakan ajaran ISLAM adalah bersifat sederhana dan mudah. Sabda Nabi saw yang bermaksud:

“Agama itu mudah. Tiada seorang yang memberat-beratkannya melainkan ia mendapat susah. Maka bersederhanalah, dekatilah yang tepat dan gembiraknlah mereka.”

(riwayat Bukhari)

islam-itu-indah1

Berbalik kepada reality yang berlaku pada hari ini, pendekatan dakwah perlu dibuat dengan secara berhikmah. Berhikmah yang dimaksudkan di sini adalah mencakupi ruang dan konteks yang luas. Sama ada perlunya kepada lemah lembut, mahu pun tegas dan jelas atau pun yang lain-lain.

Amat mendukacitkan dan memilukan bila maan terdapat sebahagian pendekatan dakwah yang digunakan adalah bersifat sempit dan jumud. Benda yang mudah dijelmakan dalam imej yang susah. Sebagai contoh,  dalam muamalat ketika berada di masjid, menetapkan pemakaian tertentu untuk seseorang itu pergi ke masjid atau pun menghadiri majlis-majlis ilmu. Dengan si lelaki dengan perlu lengkap berjubah dan berserban atau pun ketayap, manakala si perempuan pula wajib memakai telekung ketika mahu bersolat. Jika tidak mungkin mereka akan dipandang serong mahu pun pelik oleh warga masjid. Hakikatnya tiada pemakaian rasmi untuk kita mendirikan solat dan menghadirkan diri ke masjid. Apa yang perlu adalah etika pemakaian yang suci daripada hadas dan jua menutup aurat.

Manakala dalam hubungan kemasyarakatan pula, dakwah yang dijelmakan oleh sebahagian kelompok sebagai contoh khususnya seorang muslimah yang tidak bergaul dan bermesra dengan masyarakat sekitarnya menjadikan ISLAM dan dakwah itu kelihatan ekslusif. Mereka hanya seronok dan selesa bersama dengan golongan yang setaraf dengannya. Bila mana orang biasa mahu pun sesoerang yang mahu belajar dan mendekati sesuatu tentang ISLAM dipandang pelik, hingga menimbulkan perasaan tidak selesa bahkan takut untuk mereka ini mendekati seseorang yang kelihatan seperti Muslimah.

Bila mana seseorang itu bertanya mengenai sesuatu yang berkaitan dengan ISLAM sama ada dalam persoalan hukum mahu pun pandangan dalam perkara-perkara fiqh umumnya, terus dijawab dan diberikan jawapan yang paling keras hingga menutup ruang-ruang untuk melontarkan pandangan yang bersifat sederhana. Sedangkan orang yang bertanya itu baru sahaja ingin memahami ISLAM, bila mana didatangkan padanya sesuatu yang kelihatan begitu tegas membuatkan seseorang itu merasakan ISLAM itu merupakan agama yang extreme. Mungkin perit untuk dikatakan, tetapi inilah yang berlaku.

Hakikatnya, berlalunya peredaran zaman seiring dengan perubahan. Contohnya, ada orang yang ingin berdakwah dengan tegas seperti yang dilakukan oleh Saidina Umar, apabila dia membaca ayat berkaitan dengan Saidina Umar memukul orang tertentu, maka dia turut memukul orang yang tertentu ketika berdakwah. Sedangkan dia tidak mengkaji faktor sekeliling yang melayakkan Saidina Umar untuk berbuat sedemikian. Apatah lagi beliau merupakan seorang khalifah yang mempunyai kuasa dan pengaruh besar pada zamannya dan ketika itu umat ISLAM berada pada zaman kegemilangan, sedangkan pada hari ini kita berada dalam zama islamiphobia.

Berdakwalah menerusi kreativiti dalam percakapan dan perbuatan yang bersesuaian seiring dengan keadaan dan zaman, dalam usaha untuk meyakinkan sasaran dakwah kita. Setelah kita berusaha sebaik mungkin, namun dakwah kita masih lagi tertolak, maka janganlah kita bermuram durja dan bergelumung dengan kesedihan. Kita telah pun melunaskan tanggungjawab kita sebaiknya. Soal memberi hidayah bukanlah berada dalam kekuasaan kita, tetapi adalah hak milik mutlak ALLAH swt. Apa yang penting usaha dan pergantungan kita.

Teruskanlah berdakwah dengan apa cara sekali pun berdasarkan kemampuan dan kapasiti kita dalam usaha untuk menyebarluaskan dan menyuburkan ISLAM dalam diri sanubari dan masyarakt sekeliling kita. Semoga terus diberi kesempatan dan kekuatan sebaiknya..🙂

 Dakwah bukan Hobi

About Mada Hannan

Kadang-kala berkata tanpa kata itu lebih lancar, berhujah tanpa bersemuka itu lebih jelas, meluah tanpa bertentang mata itu lebih selesa umpama lancarnya air yang mengalir, tenangnya bayu yang bertiup, bebasnya burung yang terbang di awanan

Posted on April 3, 2013, in Tinta kehidupan and tagged . Bookmark the permalink. Leave a comment.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: