Manfaat yang berkekalan walau kita tidak pernah sempat merasainya

Daripada Anas bin Malik r.a berkata, Nabi saw bersabda yang bermaksud:

“Tidak ada seorang Muslim yang menanam tanaman atau menyemai semaian bulu burung atau insan atau binatang berkaki empat memakannya, melainkan untuknya (pahala) sedekah.”

(Riwayat Bukhari dan Muslim)

Dalam hadith yang ringkas ini, Nabi menyarankan kepada kita untuk melakukan perkara kebaikan walaupun manfaat yang akan diperoleh itu akan dinikmati oleh insan mahu pun haiwan.

Para sahabat Nabi saw amat memahami akan hadith ini dan terdapat sebahagian mereka yang mempraktikkannya. Disebutkan bahawa ada seorang lelaki yang bertemu dengan Abu Darda’, seorang sahabat Nabi saw yang masyhur, bila mana ketika itu dia Abu Darda’ sedang menanam pohon. Lelaki itu bertanya kepada Abu Darda’:

“Hai Abu Darda’! Mengapa engkau menanam pohon ini, padahal engkau sudah sangat tua, sedang pohon ini tidak akan berbuah kecuali sekian tahun lamanya.”

Maka Abu Darda’ menjawab:

“Bukankah aku akan memetik pahalanya di kala orang lain memakannya?”

Begitulah kepercayaan dan keyakinan yang tertanam dalam diri para sahabat Nabi saw.

Jika dilihat disebalik hadith ini, betapa Nabi saw begitu menekankan kepada umatnya untuk berterusan melakukan amalan bersedekah. Perlu diingatkan bahawa sedekah itu bukan hanya dengan harta  dan wang ringgit semata-mata, walaupun harta itu jua termasuk dalam konteks bersedekah. ISLAM telah meluaskan konsep bersedekah yang mencakupi dari harta wang ringgit hinggalah kepada semudah-mudah perkara dengan memaparkan wajah yang tersenyum ceria ketika bertemu dengan seseorang pun dikira sebagai sedekah. Bergantung kepada kemampuan seseorang, ISLAM telah memudahkan jalan kepada penganutnya untuk bersedeqah. Moga dengan demikian ia dapat memberi manfaat kepada orang lain dan menjadi bekalan kepada orang yang bersedekah pada hari yang mendatang..

Jika dilihat dalam reality dan situasi yang berlaku pada hari ini, entah berapa ramai orang yang telah bersedekah dan membuat perkara kebaikan, sedangkan mereka sendiri tidak dapat memperoleh manfaat daripada apa yang telah mereka kerjakan..

Berapa ramai orang-orang tua terdahulu yang menanam pokok buah-buahan untuk hasilnya dinikmati oleh anak cucunya pada masa mendatang dan dapat diberi kepada masyarakat sekeliling sedangkan pada usia mereka menanam dahulu, mereka tidak pernah sekali pun berpeluang untuk merasainya.

plantation

Berapa ramai golongan pendidik dan pengajar yang mengajar dan mengasuh anak muridnya yang bermula daripada seorang kanak-kanak yang tidak tahu membaca semasa di peringkat tadika, sehinggalah berjaya menjadi seorang yang berjaya dalam kehidupan sama ada menempuhi alam campus university atau pun tidak, namun mereka tidak pernah sama sekali berkesempatan untuk melihat anak didik mereka mengecapi kejayaan dalam hidup.

Teach a child

Berapa ramai golongan dermawan dan hartawan yang menyumbangkan sebahagiaan harta dan wang ringgit mereka untuk membina dan membangunkan masjid, surau, sekolah, rumah kebajikan tetapi mereka tidak dapat melihat hasil sumbangan mereka dapat dinikmati dan dirasai oleh golongan yang amat memerlukan.

sedekah

Berapa ramai golongan ibu bapa yang memerah peluh keringat untuk menjaga dan membesarkan anak-anak mereka hingga anak-anak mereka berjaya meraih kejayaan dalam kehidupan mereka dengan kerjaya yang kukuh, kehidupan yang bahagia, sedangkan ibu bapa itu belum tentu sempat merasai bersama kebahagiaan itu bersama anak-anak kesayangan mereka.

ayah

Berapa ramai golongan tertentu yang mengambil anak-anak angkat daripada golongan keluarga yang kurang berkemampuan, kemudian diberikan kepada anak ini kemudahan dari segi kewangan dan kebendaan untuk dia mendalami ilmu di menara gading, dan akhirnya mereka menjadi seorang insan yang berjaya dan mampu menyumbang bakti demi agama, dan selainnya di persada negara, namun golongan ini tidak sempat melihat kejayaan yang diraih oleh anak angkatnya itu.

Berapa ramai golongan penulis dan ilmuwan yang mana semasa hayatnya, karya tulisan dan nukilannya tidak dipandang orang dan bahkan dihina serta dicerca kerana mungkin ia bertentangan dengan arus pada zamannya , namun selepas pemergiannya bahawa penulisannya itu sangat bermakna dan begitu bermanfaat bahkan dapat dimanfaatkan hingga sepanjang zaman.

ilmu

Begitulah sebahagian daripada usaha-usaha mereka yang mungkin telah meninggalkan kehidupan ini, tetapi kebaikan dan manfaat yang ditinggalkan tidak pernah padam dimamah usia, ditelan zaman, bahkan mungkin akan berkekalan..

Janganlah kita asyik terlalu memandang kepada sesuatu yang hanya mendatangkan keuntungan dalam bentuk material dan kebendaan dalam membuat sesutu perkara. Sebaliknya sematkan dalam sanubari kita untuk membuat sesuatu perkara yang mana dengan kebaikan itu akan memberi manfaat dan ganjaran yang kekal berpanjangan untuk kehidupan yang lebih penting, lebih-lebih lagi di akhirat kelak.

Andai kita tidak mampu mengecapi kebahagiaan, usahlah kita menghalang orang lain untuk menikmati kebahagiaan
Andai kita tidak mampu memperoleh ganjaran kebaikan dalam sesuatu perkara yang kita laksanakan semasa hayat kita, mudah-mudahan dengan demikian akan memberikan ganjaran pahala yang kekal berpanjangan untuk hayat kita pada masa mendatang..

Sekadar renungan, sejauh manakah perkara yang dapat mendatangkan kebaikan yang telah kita taburkan sepanjang hidup kita. Soal pada diri, jawablah dengan seikhlas hati. Semoga kita masih lagi diberikan ruang dan peluang untuk memberi manfaat dan kebaikan yang mana itulah yang akan jadi bekalan kita pada hari-hari kemudian..🙂

Hadith Nabi saw yang bermaksud:

“Apabila Anak Adam (manusia) meninggal dunia, maka terputuslah semua (pahala) amal perbuatannya kecuali 3 macam perbuatan iaitu sedekah jariah, ilmu yang bermanfaat dan anak soleh yang mendoakannya.”

(riwayat Muslim)

 

About Mada Hannan

Kadang-kala berkata tanpa kata itu lebih lancar, berhujah tanpa bersemuka itu lebih jelas, meluah tanpa bertentang mata itu lebih selesa umpama lancarnya air yang mengalir, tenangnya bayu yang bertiup, bebasnya burung yang terbang di awanan

Posted on March 29, 2013, in ~Coretan~ and tagged . Bookmark the permalink. Leave a comment.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: