Kitalah yang mencemarnya..

ISLAM merupakan suatu syariat yang syumul dan sempurna yang mana perlaksanaannya adalah bersesuaian dan bertepatan untuk sepanjang zaman. Hari berganti hari, bulan berganti bulan, tamadun demi tamadun, menunjukkan ISLAM sentiasa selari dan selaras dengan kehidupan seseorang yang mendambakan kepada kesejahteraan dan kebahagiaan dalam hidup.

Namun apa yang berlaku pada hari ini, jauh panggang dari api. Saban hari keindahan dan kesempurnaan ISLAM semakin terpadam, kian sirna. Tidak perlu melihat contoh yang jauh dalam sistem politik, kewangan, pentadbiran dan sebagainya, namun cukuplah sekadar kita merefleksi kehidupan seharian sama ada yang kita hadapi sendiri mahu pun kita perhati. Penulisan kali ini bukanlah untuk mengatakan diri ini hebat jauh sekali ingin mengecam dan memperkatakan tentang orang lain, hanya sekadar untuk peringatan untuk di kongsi bersama.

ISLAM pada hari ini hanya gah pada nama, kelihatan disanjung mulia, tetapi reality yang sebenar adakah kita sendiri turut berperanan dalam menyumbang kepada kemuliaan dan keindahan agama? Atau kita menjadi secara sedar mahu pun tidak telah menconteng arang kepada agama hingga menjadikan ia kelihatan begitu jauh dalam kehidupan.

Mungkin sebahagian peristiwa ini pernah berlaku dalam pentas kehidupan di depan mata kita yang mana ISLAM itu hanya dijadikan seperti adat bukan syariat..

Dalam proses akad nikah dan majlis perkahwinan, dilengkapi dengan majlis berzanzi dan program khatam al-Quran usai sahaja proses akad nikah, namun sepanjang majlis kenduri perkahwinan itu berlakunya pergaulan bebas, apatah lagi mendedahkan aurat, bahkan ada sebahagiannya yang terlalu asyik menyambut tetamu dan menguruskan majlis sehingga terlewat mendirikan solat bahkan ada yang hingga mengqadha’ solatnya hanya kerana beralasan terlalu sibuk.

gotong royong

Dalam sesebuah taman perumahan dan kediaman yang mana majoritinya adalah Melayu, suasana dan keadaan sekelilingnya yang mana dapat dilihat sampah sarap bertaburan di sekitar kawasan kediaman, sedangkan bila mana melihat kepada bangsa lain yang tidak beragama ISLAM persekitaran rumah mereka adalah lebih bersih dan terjaga serta terurus.

perumahan kotor

Bila mana mengadakan perjanjian untuk berurusan dengan seseorang sama kawan, mahu pun orang atasan atau pun ingin memulakan sesuatu program dan aktiviti sering kali sahaja kita orang Melayu gagal dalam menepati masa, bahkan hingga terpaksa bertangguh kadang-kala hingga berjam-jam lamanya dengan alasan yang tidak dapat diterima akal dan munasabah bila mana ia menjelaskan kelewatannya. Sedangkan bagi non-Muslim sendiri bila mana mereka berjanji untuk berurusan sering kali mereka akan menepati masa, setidaknya jika mereka terlewat pasti mereka akan memaklumkan terlebih dahulu.

ontime

Dalam menghantar dan memastikan kejayaan anak-anak dalam bidang pendidikan, terdapat sebahagian masyarakat Melayu yang menghantar anak-anak mereka ke sekolah agama sama ada di peringkat rendah mahu pun menengah. Namun apa yang mendukacitakan adalah bila mana ibu bapa yang menghantar anak mereka untuk mendapat didikan agama ini, mereka sendiri yang tidak patuh bahkan bercanggah akhlaknya dengan apa yang digarispandukan dalam agama. Sebagai contoh, mereka menghantar anak-anak untuk belajar ilmu agama sedangkan mereka sendiri masih lagi mendedahkan aurat, berpakaian sendat. Apakah ketam mampu mengajar anaknya berjalan lurus sedangkan dia sendiri berjalan bengkok? Bagaimana pula dengan tanggapan orang yang non-MUSLIM yang telah mengenali  dan mulai mahu memahami ISLAM bila mana melihat perilaku dan peribadi sebegini?

2

Dalam sesuatu program dan majlis, Doa rasmi dipanjatkan serta alunanan ayat al-Quran dibacakan demi menunujukkan kedaulatan ISLAM sedangkan perjalanan majlis tidak pula berteraskan ajaran   agama, bahkan lebih menyedihkan lagi bila mana pengakhiran sesuatu majlis itu ditamatkan dengan persembahan dan nyanyian yang didendangkan yang di sebut sebagai halwa telinga mahu pun selingan yang menjurus kepada melonjakkan hawa nafsu penonton yang melihatnya. Islam tidak pernah menyuruh sesuatu majlis mesti dimulakan dengan “doa rasmi”, tetapi menyuruh agar perjalanan sesuatu majlis itu berteraskan ajarannya. Berteraskan ajaran ISLAM bukanlah bermaksud perlunya di adakan ceramah umum mahu pun forum perdana. Cukuplah sekurang-kurangnya tidak melakukan apa yang bercanggah dan bertentang dengan agama.

5 star dinner

Banyak lagi peristiwa dan kejadian yang berlaku di hadapan mata kita yang mana secara terjaga mahu pun terlena, antara nyata mahu pun maya, kita sendiri yang telah mencemarkan dan memadamkan kemurniaan dan kemuliaan ISLAM, bukan sahaja kepada Muslim sendiri, bahkan lebih teruk lagi adalah kepada non-Muslim.

Muhammad al-Ghazali, seorang tokoh pemikir Mesir pernah menyatakan:

“Aku seakan terbayang bagaimana orang Australia dan Amerika apabila berhadapan di hadapan ALLAH di akhirat kelak, lalu ALLAH bertanyakan kepada mereka:

“Mengapakah kamu tidak mengenali-Ku dengan cara yang betul dan beramal dengan amalan yang soleh dan bersiap dengan hari pertemuan ini?”

Mereka akan menjawab:

“Sesungguhnya Arab yang mewarisi agama-Mu telah menghalang cahaya agamanya atau memadamkan lampu-lampunya, mereka biarkan kami dan diri mereka dalam kegelapan.”

Bagaimana dengan diri dan tindakan kita? Jangan biarkan adat dan budaya yang telah sebati dalam diri dan jiwa kita terus mecemarkan dan mencalarkan kemurniaan dan kesempurnaan syariat ISLAM.
M.U.H.A.S.A.B.A.H.B.E.R.S.A.M.A🙂

About Mada Hannan

Kadang-kala berkata tanpa kata itu lebih lancar, berhujah tanpa bersemuka itu lebih jelas, meluah tanpa bertentang mata itu lebih selesa umpama lancarnya air yang mengalir, tenangnya bayu yang bertiup, bebasnya burung yang terbang di awanan

Posted on March 13, 2013, in ~Coretan~ and tagged . Bookmark the permalink. Leave a comment.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: