Penampilan pemakaian bukanlah segalanya..

Penampilan diri daripada sudut etika dan kekemasan pemakaian sering menjadi antara kayu ukur yang pertama yang kita jadikan sandaran untuk kita memerhatikan dan menilai seseorang. BENAR pemakaian boleh menjadi kayu ukur dalam menentukan akhlak dan peribadi seseorang namun pemakaian bukanlah faktor segalanya dalam kita memandang dan menilai seseorang.

Hakikatnya tiada permasalahan dalam mengenakan padanan pakaian dalam menelusuri kehidupan seharian. Bergantung kepada keadaan masa dan tempat serta keselesaan kita. Selagi mana ia tidak bertentangan dengan syariat malahan tidak kelihatan janggal dengan kaca mata adat, selagi itulah kita mempunyai keluasan dan keterbukaan dalam untuk mengenakan dan menyarung pakaian pada tubuh kita.

Berperawakan dan berpenampilan seperti seorang yang ‘alim dalam agama dengan mengenakan pemakaian sunnah seperti mengenakan jubah yang putih serta serban yang besar di atas kepala merupakan suatu amalan sunnah Nabi saw yang tidak dinafikan kebenarannya. Namun amat mendukacitakan bila mana pemakaian sunnah ini hanya dikenakan hanya sekadar kemahuan untuk berpakaian semata , tanpa mengambil kira sunnah dalam perlaksanaan syariat sebenar dalam penjelmaan akhlak dalam reality kehidupan seharian.

Hari-Hari

Sebagai contoh berpakaian dengan sunnah yang amat di galakkan dan dituntut sebagai contoh pada hari Jumaat untuk pergi mendirikan solat Jumaat dengan bergerak awal ke masjid membuatkan seseorang itu kelihatan begitu disegani dan dihormati pada hari itu. Walhal dalam hari-hari yang lain pula peelnya.

Jika hari Jumaat, dia bergegas segera untuk ke masjid bagi menghadiri solat jumaat, namun pada hari yang lain dia dengan sengaja melewatkan dan melambatkan urusan solat fardhunya 5 kali seharian dengan alasan yang sengaja ditimbulkan dek sibuk dengan kerjaya, kesempitan masa dengan orang-orang kenamaan mahu pun duduk bersantai di hadapan TV bahkan ingin  menghiburkan hati dengan bermain game video hingga mendirikan solat di hujung-hujung waktu hingga hampir terlepas waktu solat. Jika hari pada Hari Jumaat dia begitu khusyuk mendengar dan menelaah isi kandungan khutbah sedangkan pada hari yang lain dirinya begitu berbeda sama sekali. Rasuah dijadikan sebagai sumber rezki, mengumpat dan membuka aib bahkan lebih teruk lagi melondeh aib dijadikan sebagai bahan bual bicara..

Dengan berkelakuan sedemikian, secara langsung mahu pun tidak kita sendiri yang bergelar sebagai MUSLIM melayu khususnya yang menjatuhkan mertabat dan maruah agama ISLAM kepada orang lain khususnya bagi mereka yang beragama selain daripada ISLAM serta mahu mula berjinak-jinak dengan ISLAM. Sebagai seorang MUSLIM melayu sepatutnya kita perlu memaparkan dan mempersembahkan imej ISLAM yang murni, akhirnya kita sendirilah yang membuat ISLAM kelihatan teruk dan mendukacitakan. Berapa ramai yang melihat MUSLIM dalam masyarakat melayu membuatkan diri mereka tertarik untuk mendekati dan memahami ISLAM jika kita terus berada di kepompong sebegini?? M.U.H.A.S.A.B.A.H. bersama..

cute

Penulisan dan keluhan seperti ini bukanlah untuk menyatakan bahawa diri penulis ini lebih mulia, bahkan diri ini cuba jua untuk berubah menjadi lebih baik. Tanpa menuding jari kepada mana-mana individu mahu pun pihak, moga teguran ini menjadi manfaat dan kebaikan untuk diri ini lebih-lebih lagi dan semua sekali.

Bahkan lebih mendukacitkan lagi bila mana  terdapat segelintir dikalangan mereka yang bergelar ustaz yang berpakaian dengan jubah dan serban ini dengan  sewenang-wenangnya menggunakan pentas kuliah yang disediakan di masjid dan surau dengan lantang dan lancang memaki-hamun bahkan mencerca ustaz-ustaz yang lain apatah lagi bila mana mereka ini tidak bersefahaman dalam dalam mengemukakan pandangan dan berada dalam parti lawan mahu pun tidak sehaluan. Tidak salah untuk mereka ini berbeza pandangan. Namun jika sampai ke tahap cacian, makian bahkan cercaan ini bukanlah suatu yang dianjurkan apatah lagi digarispandukan dalam syariat. Yang menjadi mangsa keadaan adalah audiens yang ikhlas untuk menuntut ilmu dalam usaha untuk mengenal dan mencari keredhaan TUHAN akhirnya mereka terpalit sama dengan perbuatan sedemikian. Cukuplah sekadar mereka bertegas, memperjelas, dan mungkin perlukan “kekerasan” dalam memberikan pandangan untuk memberikan kefahaman dan penjelasan kepada ummah. Moga dapat dijadikan pengajaran dan ikhtibar untuk bersama…

Seorang ulama pernah menyebut:

“Setinggi mana pun ilmu seseorang itu, jika dia mencerca dan memaki serta mengutuk, maka tidak banyak ilmunya yang berbekas di hati…”

Pak Hamka pernah menyebut:

“Ulama bukanlah sempit, hanya mampu mengetahui hukum hakam secara terbatas, bukan hanya mengaji kitab feqh  dan tidak pula ditentukan oleh pemakaian jubah serta serban besar, malahan kadang-kala dalam perjalanan sejarah kerap kali agama terancam bahaya kerana serban besar ini.”

Seorang refromis Mesir, Syeikh Muhammad Abduh ketika hampir menemui ajalnya memberi pesanan:

“Aku cuba mengingatkan kamu, janganlah agama ini cuba dirosakkan oleh pengaruh serban.”

 

Pemakaian dan pengamalan sunnah itu tidak salah, bahkan begitu dituntut diperlukan dalam menhidupkan dan membudayakan sunnah agar ia tidak pudar ditelan zaman, namun seharusnya yang lebih penting lagi adalah pastikan akhlak dan budi pekerti kita jua adalah turut menjelmakan dan menampilkan imej MUSLIM.

good-muslim

Apa yang perlu kita nilai bukanlah hanya dari sudut penampilannya semata-mata, tetapi adalah untaian mutiara yang mengalir dari kalam bicaranya.

Sebagai contoh adalah Syeikh Prof Dr Muhammad ‘Uqlah bila mana dipersoalkan oleh salah seorang anak muridnya mengapa syeikh tidak berjubah dan berserban seperti pakaian biasa seorang ulama lalu syeikh menjawab:

“Ya, aku tahu, memang amat elok sekali jubah dan serban tersebut. Namun aku belum layak untuk memakainya. Ia membuatkan aku malu dengan diriku sendiri.” Jawabnya dengan lembut..

Satu jawapan yang begitu menyentuh perasaan bahkan menyentap hati kita. Seorang yang bergelar Syeikh besar tetapi begitu tawadhuk dan rendah hati dan dirinya…

lalang

Bagaimana pula dengan diri kita? Terserahlah kepada pandangan individu masing-masing dalam mengutarakan dan mengemukakan hujjah dan alasan dalam tindakan mereke khususnya dalam etika pemakaian. Apa yang penting adalah perlaksanaan dan pembawakan syariah ISLAM dalam diri kita mencakupi segenap ruang kehidupan dalam usaha untuk mencerminkan kesempurnaan ISLAM kepada masyarakat umum dengan penuh berhikmah bersesuaian dengan keadaan dan zaman.. moga bermanfaat..🙂

 

 

About Mada Hannan

Kadang-kala berkata tanpa kata itu lebih lancar, berhujah tanpa bersemuka itu lebih jelas, meluah tanpa bertentang mata itu lebih selesa umpama lancarnya air yang mengalir, tenangnya bayu yang bertiup, bebasnya burung yang terbang di awanan

Posted on March 3, 2013, in ~Coretan~ and tagged . Bookmark the permalink. 1 Comment.

  1. Penampilan luaran yang baik insyaALLAH akan membantu peningkatan dalaman kita. Kerana kebiasaannya paparan luaran sedikit sebanyak adalah refleksi siapa dalaman kita. Wallahu a’lam

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: