Mencari ketenangan merungkai kebahagiaan

Kebahagiaan dan ketenangan merupakan aspek yang begitu diidamkan dan diimpikan oleh segenap insan, hingga ada yang menjadikan ia sebagai igauan. Pelbagai kaedah dan jalan yang digunakan dalam mencari dan memenuhi manifestasi erti sebenar kebahagiaan dan ketenangan dalam kehidupan. Lebih-lebih lagi dalam kehidupan seharian yang dipenuhi dengan pelbagai urusan, dihimpit dengan lambakan tekanan.

Mungkin ada yang menyangka dan menganggap bahawa dengan pangkat dan jawatan yang besar itu mampu mengundang kebahagiaan pada seseorang. Mungkin jua ada yang merasa bahawa dengan harta dan kekayaan itu dapat menghadirkan kebahagiaan. Dan mungkin ada yang menganggap bahawa dengan kejayaan dalam bidang akademik dan mahu pun kerjaya dapat memberikan seseorang itu kebahagiaan. Mungkin ada yang memikirkan bahawa dengan kurniaan anak-anak yang ramai yang berjaya dalam bidang kerjaya seperti dalam peringkat professional mampu memberikan kebahagiaan pada orang tuanya kelak. Dan pelbagai lagi kayu ukur yang kita pasakkan pada seseorang dalam usaha untuk untuk mengenal dan mencari erti kebahagiaan dan ketenangan.

Happiness.

Namun siapa yang tahu di sebalik jawatan dan pangkat yang di sandang oleh seseorang itu ianya menjadi beban yang menghempap dan menyempitkan  dada. Semakin ramai pengikut, semakin besar kuasa pengaruhnya semakin serabut hati dan nuraninya, semakin terpadam ketenangan yang selama ini diidamkan. Apatah lagi jika hidupnya itu jauh daripada TUHAN. Siapa yang mengerti andai di balik kemewahan makanan yang dihidangkan dengan hidangan lauk yang pelbagai, kekayaan dihamparkan pada tempat tinggal, riuh-rendah sorak yang menyelaputi kehidupan sehariannya bahkan semua itu tidak pernah membawa ketenangan apatah lagi kebahagiaan, bahkan terus menyesakkan dan menyempitkan. Siapa yang mengerti bahawa si anak-anak yang telah berjaya dalam kehidupan mereka bahkan terlalu sibuk dengan urusan kerjaya mereka hingga mereka mengabaikan tanggungjawab dan kasih sayang kepada orang tuanya, melupakan orang tuanya di kampong halaman sedangkan mereka di bandaraya sibuk mencari dan mengumpul harta kekayaan..

Firman ALLAH swt dalam al-Quran yang bermaksud:

“Oleh itu, janganlah engkau tertarik hati kepada harta dan anak-anak mereka, (kerana) sesungguhnya ALLAH hanya mahu menyeksa mereka dengan harta benda dan anak-anak itu dalam kehidupan dunia.”

(at-Taubah: 55)

Apakah arti sebenar falsafah KEBAHAGIAAN??

Islam tidak pernah memusuhi apatah lagi membenci kemewahan dan kesenangan dunia dalam usaha kita untuk meraih dan merasai kebahagiaan dan ketenangan. Harta, pangkat, kemewahan, kerjaya dan apa sahaja mampu menjadi faktor kepada kebahagiaan tetapi itu bukanlah arti sebenar kebahagiaan dan ketenangan.

Lihatlah betapa Maha Adil lagi Bijaksana ALLAH swt membahagikan dan menyamaratakan kurniaan dan kerahmatan kepada hamba-hambaNYA.

 

Nikmat makanan..

Makanan merupakan perkara asas yang menjadi sangat penting bahkan menjadi perkara yang terpenting dalam kehidupan seseorang. Bahkan ada orang yang memenuhi segenap kehidupannya hanya untuk makan dan makanan.

Hingga dalam budaya masyarakat kita sama ada dalam perbicaraan antara ibu dan ayah bersama anak mahu pun ketika sapaan bertemu rakan dan taulan, antara soalan yang paling awal akan diajukan adalah:

“Dah makan ke belum?”.. “Makan apa tadi?”

Makanan lazat

Terkadang kita melihat mereka yang dihidangkan dan diihamparkan dengan makanan yang lazat dan mewah bahkan disajikan di restoren dan sajian bertaraf 5 bintang, namun tetamu yang hadir hanya makan sekadar “rasa” mahu pun menjamah sekadar sesuap dua. Bila disoal mengapa ia bersifat sedemikian, maka ia menjawab: “Saya ada diabetis.” Bahkan ada yang menjawab: “Saya menghidap kencing manis, darah tinggi dan penyakit jantung.”  Bahkan hanya ada yang mampu menghirup air kosong kerana masalah kesihatan yang melanda.

Tetapi kadang-kala kita melihat seseorang yang hanya menjamah nasi bungkus dengan beberapa mata lauk serta disisipkan bersama air sebagai pembasah kerongkong, kelihatan mereka ini makan dengan begitu berselera dan menikmatinya dengan penuh ketenangan. Mungkin mereka hanya menjamah makanan di gerai tepi jalan atau pun di restoren biasa, namun mereka dapat merasai dan menikmat “nikmat” merasai dan menjamah makanan walau pun mungkin ada di kalangan mereka yang telah mula di melepasi batasan usia dewasa mula memasuki usia tua.

Sengaja disisipkan bersama contoh yang mudah berkaitan dengan makanan kerna inilah antara perkara yang paling mudah untuk kita saksikan dan renungkan jika kita semua mencari hikmah dan pengajaran dalam pentas kehidupan.

Janganlah kita bongkak di atas segala kesenangan dan kenikmatan yang kita kecapi, dan janganlah pula kita merasa hampa kecewa di atas apa yang belum kita miliki. Entah telah berapa banyak nikmat dan kurniaan ALLAH yang telah diberikan kepada kita tanpa kita menyedarinya. Masakan entah berapa banyak pula nikmat yang ALLAH halang dan tahan orang lain merasainya, kita menyangka bahawa mereka telah mengecapinya.

Jadilah hamba yang belajar dan mengenal ERTI SYUKUR. Untuk memastikan kita menjadi hamba yang senantiasa bersyukur, lihatlah kepada yang masih ada untuk mengenal kesyukuran, bukan mencari apa yang telah tiada.

Thankfull

Pelabagai jalan yang boleh ditempuhi dalam mencari dan meraih ketenangan untuk memburu kebahagiaan. Biasanya kebahagiaan dan ketenangan yang hakiki bila mana kita bersama dengan TUHAN pencipta sekalian ALAM. Maka tidak hairanlah pada hari ini telah mula kelihatan sebahagiaan daripada golongan artis yang mula berpindah dan berjinak-jinak dengan ISLAM bila mana ia mula kembali kepada TUHAN.

Mungkin dahulu hidup mereka dihamparkan dengan segala kemewahan dan kepopularatian namun tetap terasa dalam benak hati mereka kekesongan dan keserabutan dalam menikmati kebahagiaan yang dicari. Akhirnya mereka bertemu dengan ISLAM dan mula memperdalamkan pengetahuan dan pembelajaran mengenai ISLAM kerana dengan itu sahaja mereka dapat bertemu dengan kedamaian dan kebahagiaan. Disebabkan dengan pendekatan mereka kepada ISLAM itu selari dan berada dalam satu landasan, maka terdapat sebahagiaan parti politik yang mula mendekati mereka dan mereka jua berasa selesa untuk bersama dengan parti politik ini dan akhirnya mereka berkolaborasi untuk mengembangkan dan menyebarkan dakwah ISLAM.

kebahagiaan-itu-ada-disini

Satu sudut pandang bahawa mereka telah melakukan usaha yang murni untuk mengembangkan ISLAM walaupun pengetahuan mereka dalam mengenal dan mengamal ISLAM masih lagi baharu berbanding dengan mereka yang telah lama memahami dan mendalami ISLAM. Bahkan pengetahuan mereka tentang ISLAM adalah lebih banyak dan lebih baik daripada kita yang telah lama mengenal ISLAM.. di manakah kita? MUHASABAH bersama..

Bahkan ada orang yang merasai ketenangan bila mana ia bersama dengan alam ciptaan. Sama ada berada jauh di dalam hutan belantara untuk melarikan diri daripada kesibukan kota. Mungkin mereka berada di sebuah pulau yang terletak dalam lautan luas tanpa sempadan pandangan untuk menenangkan diri daripada keserabutan yang melanda. Mungkin jua mereka sekadar berjalan di sekitar tasik dan taman untuk melepaskan keserabutan, hakikatnya ia tetap merasai ketenangan lantas mampu mengundang kebahagiaan. Kerana sedarlah alam itu sentiasa bertasbih dan memuji TUHAN penciptanya. Walau pun tidak mampu kita hayati dan selami, namun ‘bahasa’ itu mampu mengundang ketenangan.

Mungkin jua ada di kalangan mereka yang telah puas bahkan muak merasai kekayaan dan kemewahan. Akhirnya mereka meninggalkan bahkan ada yang mewaqafkan hartanya untuk sebarang bantuan amal mahu pun membantu mereka yang memerlukan. Dan akhirnya mereka membawa haluan untuk berkhidmat kepada anggota masyarakat dan jua kepada mewaqafkan diri mereka untuk membantu dan mengimarahkan masjid dalam proses untuk memburu kebenaran serta mengenali TUHAN. Dan pelbagai lagi cara dan jalan yang boleh dipilih dan dilaksanakan oleh insan untuk mencari kebahagiaan…

Sabda Nabi saw yang bersabda:

“Sesiapa yang akhirat itu tujuan utamanya, maka ALLAH jadikan kekayaan dalam jiwanya. ALLAH mudahkan segala urusannya dan dunia akan datang kepadanya dengan hina (iaitu dalam keadaan dirinya mulia). Sesiapa yang menjadikan dunia itu tujuan utamanya, maka ALLAH akan letakkan kefakirannya antara kedua-dua matanya. ALLAH cerai-beraikan urusannya, dan dunia pula tidak datang kepadanya melainkan dengan apa yang ditakdirkan untuknya (iaitu dalam keadaan dirinya hina).

(Riwayat at-Tarmizi, dinilai hasan oleh al-Abani)

pohon kebahagiaan

Semoga kita semua dimudahkan urusan dalam mencari dan merungkai kebenaran dan ketenangan..🙂

About Mada Hannan

Kadang-kala berkata tanpa kata itu lebih lancar, berhujah tanpa bersemuka itu lebih jelas, meluah tanpa bertentang mata itu lebih selesa umpama lancarnya air yang mengalir, tenangnya bayu yang bertiup, bebasnya burung yang terbang di awanan

Posted on February 28, 2013, in ~Coretan~ and tagged . Bookmark the permalink. Leave a comment.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: