Meluaskan konsep persahabatan tanpa dipisahkan garis sempadan

Peningkatan usia menuju ke alam dewasa seseorang telah merubah kehidupan seseorang insan. Banyak faktor yang berperanan dalam mengubah dan memacu kematangan dan kedewasaan seseorang. Antaranya termasuklah pemilihan teman atau pun sahabat sekeliling memainkan peranan yang penting dalam membentuk peribadi diri.

Jika pada usia kecil  mungkin pergaulan dan kebersamaan kita bersama rakan sepermainan dan kawan di jalanan dapat dipantau dan dibimbing oleh ibu bapa. Setiap pergerakan dan tindak-tanduk kita mungkin pada ketika itu turut senantiasa di awasi oleh mereka.

Hari berganti hari, zaman berganti zaman, akhirnya anak kecil yang dahulunya kanak-kanak riang menjangkau usia dewasa dan begitulah seterusnya. Kematangan dalam berfikir  selari dengan melangkah ke alam dewasa membuatkan hampir sebahagian besar keputusan dan tindakan dalam hidup kita, kitalah sendiri yang menentukan. Ibu bapa masih lagi ada sebagai penasihat dan pembimbing yang tidak pernah kering bibirnya memberikan nasihat dan tunjuk ajar. Namun, segala keputusan yang  diambil dalam kehidupan seharian lazimnya akan merujuk dan dibincang lebih kerap kali bersama rakan dan teman, sama ada dari sekecil-kecil perkara untuk memilih menu makanan hinggalah dalam membuat keputusan dalam sesebuah tindakan yang besar termasuklah dalam bab jodoh dan perkahwinan.

kematangan manusia

Proses menuju kematangan dan kedewasaan itu merupakan suatu proses yang pasti. Cuma mungkin proses ke arahnya itu berbeda dan pelbagai variasi. Ada orang yang kurang berjaya dalam pengajian dan pelajaran, tetapi mereka lebih cepat dan pantas membina kematangan berbanding dengan orang yang cemerlang dan cemerkap dalam pelajaran. Begitulah jua sebaliknya…

Pemilihan rakan dan teman di campus khususnya bagi seorang mahasiswa mahu pun pelajar merupakan langkah yang penting dalam menentukan kejayaan mereka, sama ada kejayaan dalam menggenggam segulung ijazah, mahu pun yang lebih penting dari itu dalam mencari pengalaman dan menempuh perjalanan kehidupan.

“Seseorang berada atas agama sahabat baiknya. Maka hendaklah seseorang kamu memerhatikan siapakah yang dia jadikan teman rapatnya.”

(Riwayat Ahmad, dinilai hasan oleh al-Abani)

Tidak dinafikan bahawa agama merupakan faktor terpenting dalam membentuk dan mencorakkan sahsiah dan peribadi seseorang insan. Selagi mana ia adalah berpaksi dan selari dengan panduan dan ajaran al-Quran dan as-Sunnah, selagi itulah agama itu akan menjadi cahaya dalam menerangi perjalanan kehidupannya.

Namun, amat malang dan terkilan sekali bila mana terdapat segelintir di kalangan mereka yang mahir dan diberi kelebihan dalam agama ini hanya bersama dan bergaul selesa dalam kelompok teman dan rakan yang sama aliran dan pemahaman dengan mereka. Secara sedar mahu pun tidak seolah-olah mereka telah mencipta satu golongan exclusive yang menjadikan mereka yang beragama ini hanya seronok dan gembira dengan kerabat mereka sahaja.

pengertian-sahabat

Tanpa bercampur dan bergaul dengan mereka yang lain, seolah-olah mewujudkan satu pemahaman dan pemikiran di kalangan mereka yang tidak bersama dengan mereka ini bahawa wujudnya satu ashabiyyah dalam bermasyarakat. Golongan beragama ini hanya membuat muamalat sesama mereka, sama ada dalam bidang akademik, aktiviti, riadah dan sebagainya. Membuatkan saban hari mereka yang beragama ini semakin jauh dari masyarakat, bahkan mereka yang cuba untuk berjinak-jinak dengan orang yang Beragama ini menjadi jelik dan jijik.

Lebih parah lagi, bila mana sikap dan sifat mereka yang beragama ini terlalu shadid, kelihatan mereka terlalu jumud. Suka mengharamkan itu dan ini. Bila di tanya mengenai sesuatu pandangan dan pendapat, dengan lantang dangan keras menjatuhkan hukum. Bukan itu sahaja, bahkan tidak didatangkan pula jalan keluar kepada persoalan yang diajukan kepada mereka. Akhirnya, mereka yang mula berjinak-jinak dan berusaha untuk merapatkan diri dalam agama, mula menjadi jauh bahkan lebih teruk lagi mereka mula membenci agama. Mereka membenci agama bukan kerana agama itu, tetapi membenci agama kerana pembawa dan pengamal agama itu.

Sedarlah kalian bahawa pendakwah bukan penghukum. Tetapi pendakwah adalah pemberi maklumat dan manfaat. Perlu bijak dan proaktif dalam menyampaikan dakwah dalam memeperkenalkan dan mengembalikan penjelasan dan pemahaman masyarakat kepada ISLAM yang sebenar.

ادْعُ إِلِى سَبِيلِ رَبِّكَ بِالْحِكْمَةِ وَالْمَوْعِظَةِ الْحَسَنَةِ وَجَادِلْهُم بِالَّتِي هِيَ أَحْسَنُ

“Serulah ke jalan Tuhanmu dengan hikmah dan peringatan yang baik dan bertukar-tukar fikiran dengan mereka dengan baik.”

(Surah an-Nahl: 125).

actions speak louder than words

Walaupun pada mulanya berasa kekok untuk beramah mesra, mulakanlah dengan tindakan perbuatan jika sukar untuk mulakan perbicaraan.  Luaskan dan sebarkan titik pertemuan dan persamaan terlebih dahulu bagi memudahkan urusan, dengan cuba mengecilkan serta mengurangkan jurang perbezaan. Bercampur dan bergaullah secara sama rata dalam kalangan masyarakat, tanpa mengira kasta, tanpa mengikut nama, tanpa semoadan warna. Semoga dengan itu memudahkan kita lagi untuk merapatkan tali silaturrahim serta mengembangkan lagi syiar ISLAM sama ada melalui perbuatan mahu pun lisan.🙂

About Mada Hannan

Kadang-kala berkata tanpa kata itu lebih lancar, berhujah tanpa bersemuka itu lebih jelas, meluah tanpa bertentang mata itu lebih selesa umpama lancarnya air yang mengalir, tenangnya bayu yang bertiup, bebasnya burung yang terbang di awanan

Posted on February 1, 2013, in ~Coretan~ and tagged . Bookmark the permalink. Leave a comment.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: