Penghayatan dan ingatan kepada Nabi s.a.w disebalik sambutan Maulid Nabi s.a.w

Ketibaan Maulidur Rasul pada tanggal 12 Rabiulawal disambut sebagai suatu tarikh yang bersejarah bagi ummat ISLAM di serata dunia umumnya. Walaupun ada pertikaian mengenai tarikh sebenar yang dinyatakan oleh sebahagian pakar sirah dan ulama yang lain, namun secara majority dan jumhurnya adalah lebih bersepakat dan bersama menyatakan kelahiran Nabi s.a.w adalah pada tanggal 12 Rabiulawal. Walaupun begitu, mereka semua bersepakat sama ada dari timur mahu pun barat bahawa telah lahirnya seorang rasul yang menjadi penutup segala nabi yang bernama  Muhammmad bin Abdullah.

Muhammad pbuh

Namun, secara ringkasnya ramai yang mengingati dan menghayati pada tanggal inilah kelahiran seorang insan yang bernama Muhammad s.a.w namun dalam masa yang sama pada tarikh ini jualah kewafatan baginda s.a.w. Kehadirannya begitu bermakna, membawa rahmat ke seluruh alam, bukan hanya kepada insan tetapi mencakupi seluruh ciptaan.

Saban tahun, sambutan demi sambutan telah dilakukan dan dijalankan sama ada diperingkat micro mahu pun macro, di peringkat kebangsaan mahu pun negeri dan begitulah seterusnya. Namun, dalam dunia hari ini dek kerna terlalu mengikuti peredaran zaman yang di bawa oleh dunia Barat termasuklah dalam penggunaan kalender masihi, terdapat segelintir di antara masyarakat umat ISLAM sendiri yang tidak menyedari akan perkara ini. Mereka hanya menyedarinya bila mana dapat menikmati cuti umum namun tidak pula mengetahui mengapakah cuti umum diberikan? Amat malang lagi jengkel lagi ummat ISLAM seperti ini!

Pun demikian, sambutan ketibaan maulid Nabi ini dapat dirasakan kehangatan dan ketibaannya khususnya di sekitar Selangor dan lembah Klang, bila mana pelbagai aktiviti yang giat dan galak dijalankan sama ada oleh institusi kerajaan mahupun swasta, sama ada di peringkat Masjid mahu pun surau. Selari dengan kemajuan dalam arus dunia teknologi dan percambahan ilmu yang kian meluas, bersama dengan itulah pendedahan dan penghayatan khususnya dalam usaha untuk mendidik dan mengajar masyarakat perlu dipergiat dan dipertingkat lagi agar kemajuan dan kemudahan yang dikecapi ini tidak menjadi sia-sia.

photo

Hakikatnya penghayatan dan kesedaran, kasih-sayang dan kecintaan, kepada Nabi s.a.w bukanlah hanya sekadar bermusim pada saat ketibaan hari kelahirannya. Bahkan sewajaranya perkara ini perlu terus disemai dan tersemat di lubuk sanubari setiap individu muslim. Dari saban tahun, sambutan demi sambutan, kematangan jiwa selari dengan peningkatan usia sewajarnya menjadikan kasih-sayang dan kecintaan kepada Nabi s.a.w terus bercambah dan disemai hingga pada akhirnya kecintaan kita sebagai umat ISLAM kepada Nabi s.a.w akan mengatasi segalanya selepas mencintai ALLAH s.w.t.

Janganlah pula penghayatan dan pengisian mengenai  perjuangan dan kehidupan Nabi s.a.w hanya berlaku secara bermusim sahaja. Hanya akan disambut bila mana tiba bulan kelahirannya, tetapi kian pudar ingatan kita bila mana bulan Rabiulawal kian melangkah pergi. Mungkin ada yang membantah dan menafikan perkara ini, tetapi jika diperhati dan diperhalusi secara sedar atau pun tidak, inilah reality yang berlaku pada hari ini.

Bahkan fenomena menyambut dan memperingati sesuatu perkara  seolah-olah hanya berlaku bila tiba musimya seperti menyambut sesebuah perayaan. Daripada mengingati dan menghayati sirah dan perjuangan Nabi s.a.w hinggalah kepada ingatan dan perhatian kita kepada saudara kita yang saban hari terus di tindas dan di robek diri dan nyawa mereka sama ada di Palestin, Syria, mahu pun di mana sahaja. Sewajarnya perkara seperti ini perlu diperingati dan dihayati sepanjang tahun. Ayuh, mulakan langkah perubahan!

Bersempena dengan maulid Nabi s.a.w, marilah kita bersama-sama terus menghayati dan mempraktikkan budaya sunnah Nabi s.a.w sama ada dari sekecil-kecil perkara dalam menjalani perjalanan kehidupan seharian sehinggalah ke sebesar-besar perkara dalam terus untuk berpegang kepada al-Quran dan as-Sunnah dalam usaha untuk menyebarkan dawah dan mengamalkan syariah. Mudah-mudahan kita akan dapat dibangkitkan bersama Nabi s.a.w kelak di akhirat dan mendapat lindungan syafaatnya kelak. (=

maulidur rasul

About Mada Hannan

Kadang-kala berkata tanpa kata itu lebih lancar, berhujah tanpa bersemuka itu lebih jelas, meluah tanpa bertentang mata itu lebih selesa umpama lancarnya air yang mengalir, tenangnya bayu yang bertiup, bebasnya burung yang terbang di awanan

Posted on January 25, 2013, in ~Coretan~ and tagged . Bookmark the permalink. Leave a comment.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: