Masanya yang begitu berharga. Bagaimana pula dengan kita?

Masa merupakan makhluk dan nikmat yang unik yang diciptakan oleh ALLAH swt kepada kita. Ketepatannya dalam melangkaui batas masa tidak pernah terkurang mahu pun tidak pula bertambah walau sedetik sekali pun. Bezanya cuma kita sebagai INSAN sering kali terlupa dan terlena dalam buaian masa yang berlalu, masa yang hakikatnya panjang dirasai pendek, masa yang sewajarnya lama dirasai sebentar, begitulah putaran masa yang berlalu dari siang ke malam, dari hari ke hari, dari minggu ke minggu dan seterusnya.

“DUA anugerah membuatkan ramai orang rugi kerana mengabaikannya iaitu kesihatan dan kesempatan”

(riwayat al-Bukhari)

Setiap orang memiliki jangka masa yang sama setiap hari, tiada yang terlebih apatah lagi terkurang. Kebijaksanaan dalam menguruskan ‘masa’lah yang membedakan antara kita dengan yang lain. Ada orang yang merasakannya masanya begitu sangat berharga hatta untuk dibazirkan dengan perkara yang tidak bermanfaat sekalipun dirasakan begitu sangat berharga, tetapi ada jua yang sebaliknya, merasakan saban detik yang berlalu begitu sahaja tanpa sebarang makna. Muhasabahlah bersama untuk diri kita..

Kejayaan mereka yang berjaya dalam  kehidupan dan perjuangan mereka adalah antaranya berakar umbi daripada kebijakasanaan mereka untuk menguruskan dan mengisi masa kehidupan seharian mereka dengan perkara-perkara yang bermanfaat dan berfaedah. Sama ada daripada golongan intelek, akademik, politik hatta agamawan sekali pun begitu sangat mementingkan ketepatan dan pengisian masa. Tidak pernah kita dapat melihat mereka membazir masa dengan berpeleseran tanpa tujuan, menghabiskan masa dengan hiburan yang melalaikan. Bukan mudah untuk kita sebagai golongan marhein untuk mencapai ke tahap itu, tetapi setidaknya kita perlu mencuba!

Pepatah arab menyebut:

Masa itu ibarat pedang, jika kamu tidak memotongnya, maka ia akan memotong kamu.

Manakala pepatah Melayu pula menyatakan:

“Masa itu ibarat emas”

Bahkan dalam al-Quran sendiri ada menyatakan peri pentingnya masa dalam surah al-‘Asr (1-3:103)

Walaupun ada mufassir yang menyatakan al-‘Asr dalam ayat ini bermaksud “Demi Waktu ‘Asar”, namun pendapat yang lebih kuat adalah menyatakan “Demi Masa”

Syeikh Ali as-Soubuni dibantu oleh Ustaz Nazmi Karim

Syeikh Ali al-Soubuni dibantu oleh Ustaz Nazmi Karim

Baru-Baru ini dalam sekitar bulan Disember 2012, negara kita telah dilawati oleh seorang tokoh ‘Ulama Agung yang terkenal dalam dunia ISLAM, iaitu Syeikh Muhammad Ali al-Soubuni, yang merupakan ketua ‘ulama Syria dan telah menyandang jawatan sebagai ketua ‘ulama Syria hampir 30 tahun. Beliau merupakan antara salah seorang mufassir yang terkenal. Antara kitabnya yang adalah Safwah al-Tafsir. Beliau begitu aktif memimpin ‘ulama Syam di Makkah al-Mukarramah.

Walaupun lawatannya ke bumi Malaysia hanya dalam beberapa masa yang singkat, namun untaian mutiara kata yang di tinggalkan sebagai pesanan dan amat sesuai untuk dijadikan pedoman serta panduan begitu berharga. Sepanjang lawatannya di seluruh Malaysia, beliau telah ditemani oleh Ustaz Nazmi Karim yang merupakan sebagai penterjemah bagi penyampaian kuliahnya.

Mungkin terlalu banyak untaian mutiara yang tiada tertara nilainya untuk dikongsikan bersama, tapi cukuplah yang di sini untuk dikongsikan beberapa mutiara kata yang sangat berharga untuk menjadi motivasi bersama khususnya dalam kebijaksanaannya dalam menguruskan dan menjaga masa.

Antaranya adalah bila mana ditanya oleh Ustaz Nazmi adalah beliau mengamalkan beberapa jenis amalan khusus dalam kehidupan sehariannya, namun di jawab tidak.

Biasanya beliau akan menyediakan masa untuk dirinya membaca al-Quran sebanyak 2 Juz dalam setiap hari. Selain itu, dalam masa yang sama beliau turut mengisi masanya dengan menyibukkan diri untuk menulis kalam-kalam mutiara untuk dijadikan rujukan ilmu. Biasanya dalam setiap hari beliau akan mensyarah sebanyak 30 hadith dalam satu hari. Jika hadith tersebut adalah panjang untuk disyarahkan, beliau akan mensyarah sebanyak 17 hadith dengan hanya berbekalkan pen dan kertas kajang. Ketika beliau mengadakan lawatan di Malaysia, beliau sedang giat menyempurnakan syarah Hadith Abu Dawud.

Lihatlah bagaiman seorang tokoh ‘ulama yang terkenal. Walaupun dirinya disibukkan dengan perkongsian dan pengisian, namun di celah-celah kesibukan masanya itu beliau menyelitkannya dengan meneruskan karangan dan penulisan hadith hanya semata-mata demi untuk meninggalkan ilmu sebgai wariasannya untuk hari-hari yang mendatang.

Manakala, anaknya pula menyatakan semenjak dia masih kecil lagi, bapanya (Syeikh Ali al-Soubuni) amat menjaga ketepatan masa khususnya untuk mendirikan dan menunaikan solat fardhu. Anaknya menyatakan pada setiap hari bapanya akan mengejutkan anaknya sekita 30 minit hingga 45 minit sebelum SUBUH untuk meminta anaknya bangun dan bersiap-siap untuk mendirikan Qiam al-allail serta Solat Subuh secara berjemaah.

Begitulah secara ringkas bagaimana routine kehidupan seorang ‘ulama dalam manjaga dan menguruskan masa dalam kehidupan sehariannya.

Pesanan Syeikh Ali al-Soubuni memiih pemimpin dan pimpinan

Seketika membuatkan aku merenung dan berfikir sejenak sendirian…

Jika inilah corak dan routine kehidupan seorang ‘ulama dan ilmuwan pada masa kini, bagaimana pula dengan pengurusan dan penjagaan masa kehidupan tokoh-tokoh ilmuwan dan agamawan yang namanya terus terukir gemilang sepanjang zaman, tidak pernah luput dan tidak pernah pudar, bahkan karya tulisan dan peninggalannya terus menjadi rujukan sepanjang zaman.

Antaranya adalah Imam an-Nawawi, Imam as-Syafie, Hujjatul Islam Imam al-Ghazali, Syeikhul Islam Ibn Taimiyah dan ramai-ramai lagi yang lain.

Bagaimana pula dengan diri kita?

-M.U.H.A.S.A.B.A.H. B.E.R.S.A.M.A-

Demi Masa

About Mada Hannan

Kadang-kala berkata tanpa kata itu lebih lancar, berhujah tanpa bersemuka itu lebih jelas, meluah tanpa bertentang mata itu lebih selesa umpama lancarnya air yang mengalir, tenangnya bayu yang bertiup, bebasnya burung yang terbang di awanan

Posted on January 16, 2013, in ~Coretan~ and tagged . Bookmark the permalink. Leave a comment.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: