Sesuatu yang HILANG itu akan digantikan olehNYA dengan sesuatu yang lebih baik

Ibn Rajab pernah bercerita mengenai seorang Ahli Ibadah yang sedang berada di Makkah. Dia telah kehabisan bekalan makanan dan menderita kelaparan yang teramat sangat setelah beberapa lama tidak menjamah makanan. Ketika ia sedang berjalan mengelilingi kota Makkah, tiba-tiba dia menemui kalung antic yang sangat mahal nilainya. Ia mengambil dan menyimpan kalung itu lalu menuju ke Masjidil Haram. Setibanya di sana, ia melihat seorang lelaki yang sedang mecari kalungnya yang telah hilang.

Orang yang kehilangan kalungnya itu menceritakan bagaimana rupa dan ciri-ciri kalung yang hilang itu. Ternyata kalung yang ditemui itu adalah sepadan dengan rupa dan ciri yang diceritakan oleh si lelaki ini.

Berkata orang yang menemui kalung itu, “Aku memberikan kalung itu kepadanya namun dengan syarat ia perlu memberi sagu hati kepadaku.” Namun amat mendukacitakan bila mana orang itu hanya mengambil kalung itu dan berlalu begitu sahaja, tanpa memberikan satu dirham sekali pun, bahkan tanpa mengucapkan terima kasih padanya hinggakan langsung tidak mengucapkan sepatah perkataan dengannya.

Lalu dia pun berdoa: “Ya ALLAH, aku biarkan semua itu untukMu, maka gantilah aku dengan sesuatu yang lebih baik darinya.”

Kemudian lelaki ini pergi ke laut dan menumpang ke sebuah perahu yang ingin ke destinasi tertentu. Sekali lagi ujian telah menempa dan di beri ke atasnya. Ketika dalam perjalanan, tiba-tiba angin dengan sangat kencang sekali seperti rebut, dan ringkasnya perahu yang dinaikinya itu karam. Lelaki itu hanya dapat menyelamatkan diri dengan hanya berpaut pada sebatang kayu. Kayu ini dihanyutkan di hamparan laut yang terbentang luas dan terus di bawa oleh ombak. Akhirnya dia terselamat daan terdampar di sebuah pulau.

Dengan mengumpulkan sisa baki tenaga yang masih ada pada diri, lelaki ini menuju ke sebuah masjid yang berada di sana dan kelihatan ketika itu orang ramai sedang mendirikan solat, lantas ia pun turut bersama dengan mereka.

Usai mendirikan solat, lelaki ini menemui beberapa lembaran-lembaran kertas yang tertera tulisan di atasnya. Setelah di amati ternyata ia adalah ayat-ayat al-Quran. Salah seorang daripada penduduk di sana bertanya kepadanya: “Apakah engkau sedang membaca al-Quran?” Jawabnya: “YA”.

Penduduk itu berkata lagi: “Ajarkanlah kepada anak-anak kami al-Quran.” Lelaki ini pun bersetuju untuk mendidik anak penduduk pulau itu dengan al-Quran dan mengenakan upah bayaran kepadanya.

Kemudian dia pun menulis tulisan arab, dan orang itu pun bertanya lagi: “Apakah engkau boleh mengajarkan kepada anak-anak kami untuk menulis?” Jawabnya: “YA”. Maka dia pun mengajarkan kepada anak-anak punduduk ini dengan mengambil upah bayaran.

Masyarakat di pulau itu kemudian bercerita bahawa di pulau itu terdapat seorang perempuan yang yatim, merupakan anak kepada seorang lelaki yang sangat baik. Namun, kini orang tuanya telah meninggal. Di tanya pada lelaki ini adakah dia mahu menikahinya lalu hanya di jawab tidak mengapa.

Akhirnya secara ringkas lelaki ini akhirnya menikahi perempuan yatim tersebut. Usai majlis perkahwinan, dia menemui isterinya dalam kamarnya. Lantas lelaki ini terpana seketika setelah melihat kalung yang suatu masa dahulu pernah di pulangkan kepada seorang lelaki yang kehilangan seutas kalung di kota Makkah kini kalung itu melingkari di leher isterinya.

Maka ia pun bertanya: “Apakah kisah di sebalik kalung yang kamu letakkan di lehermu ini?” Maka si isteri pun bercerita. Dalam kisahnya ia menyatakan bahawa ayahnya pernah kehilangan seutas kalung ini ketika berada di Kota Makkah suatua masa dahulu. Ayahnya berkata, kalung yang hilang itu telah ditemui oleh seorang lelaki  dan kemudian diserahkan begitu sahaja kepadanya. Setelah pulang dari kota Makkah, lalu si ayahnya selalu berdoa dalam sujudnya semoga ALLAH swt mengurniakan suami untuk anak perempuannya seperti mana lelaki yang menemui kalung itu. Ringkasnya di akhir cerita itu, si suami menyatakan bahawa “Sayalah lelaki itu.”🙂

sundown

Sesungguhnya ALLAH swt pasti akan menggantikan sesautu yang lebih baik di atas sesuatu perkara yang diuji ke atas kita selagi mana kita sentiasa REDHA dengan perencanaan ALLAH swt.

Sesungguhnya ALLAH Maha Baik dan tidak akan menerima, kecuali sesautu yang baik

Hadith

Dalam 1 kisah yang lain…

Seorang lelaki yang baik lagi soleh yang mana saban hari memerah keringat untuk mecari rezki demi menyara kehidupannya serta menjaga orang tuanya. Berbanding dengan kerja yang dilakukan dengan hanya bekerja makan gaji pada sebelah siang dan pada sebelah malamnya ia akan memberi dan mengajarkan ILMU keagamaan di surau dan masjid berdekatan.

Lelaki ini pernah menuntut pelajaran di bumi Mesir yang mana begitu sinonim dengan gelaran bumi Anbiya’. Ketika berada di sana dia merupakan seorang pelajar yang pintar lagi soleh serta begitu disenangi oleh rakan mahupun gurunya. Suatu ketika orang tuanya mengalami sakit yang teramat teruk dan dia tidak mampu untuk berjauhan dari keluarganya. Ringkasnya dia nekad dan tekad untuk pulang semula ke tanah air walaupun tidak berjaya menamatkan pengajiannya di sana hanya untuk menjaga orang tuanya.

muslim-couple

Pada suatu hari, ketika dalam perjalanan menuju ke tempat kerja  dengan membonceng motosikal dalam keadaan hujan lebat dan jalan yang licin, tanpa di duga dia telah dilanggar lari oleh seorang pemandua kereta. Setelah dilanggar, kerana takut akan kesalahannya, pemandu kereta itu terus menghilangkan diri bersama keretanya. Akhirnya lelaki ini terdampar kesakitan keseorangan di tepi jalan dan orang ramai disekelilingnya bergegas untuk membantunya.

Malangnya, tiada seorang pun yang sempat mengecam no plat kereta yang telah melanggar lelaki ini. Tidak lama selepas itu van AMBULANs datang bergegas ingin menyelamatkan lelaki ini dan di bawa segera ke hospital.

Lelaki ini telah mengalami retak pada tangannya, serta patah pada kedua kakinya. Namun, amat menyedihkan bila mana pihak polis cuba untuk mengambil keterangan padanya dia tidak dapat memberikan sebarang maklumat untuk mencari si pemandu itu. Dia terpaksa menanggung kos perubatan dengan dirinya sendiri, tidak dapat claim insurans daripada orang yang melanggarya. Akhirnya di pasrah dan berserah pada ALLAH. Bahkan dia tidak dapat bekerja selama beberapa bulan selepas kemalangan itu.

Ketika mana ia berada di hospital, tidak pernah sekali pun dia merungut mengenai apa yang telah menimpa dirinya. Apatah lagi mencaci dan memaki orang yang telah melanggarnya. Budi pekertinya yang baik begitu disenangi oleh jururawat dan doctor yang merawatnya.

Secara tidak langsung dia telah di rawat oleh seorang doctor perempuan yang usai sahaja menamatkan pengajiannya di IPT. Kebetulan doctor perempuan ini masih lagi belum memiliki suami. Kerana kelembutan dan kemurniaan peribadi yang ada pada lelaki ini, menarik minat dan perhatian doctor perempuan ini dan berhajat untuk bersuamikan lelaki ini.

Ringkasnya akhirnya mereka berkahwin. Kini lelaki ini tidak perlu bersusah payah untuk memerah keringat lagi demi mencari sesuap rezki untuk menampung orang tuanya. Bahkan dia berusaha untuk menyambung semula pengajiannya secara pendidikan jarak jauh di IPT untuk menamatkan pengajian yang telah ditinggalkan sautu ketika dahulu..🙂

ALLAH always with us

Kesimpulannya, teruskanlah tabah dan bersabar dengan ujian yang menimpa dan kehilangan sesuatu barang yang berharga. Pasti di sana terdapat hikmah yang tersurat dan tersirat jika ditelusuri ranjau kehidupan itu dengan penuh REDHA.. Mudah-mudahan….

About Mada Hannan

Kadang-kala berkata tanpa kata itu lebih lancar, berhujah tanpa bersemuka itu lebih jelas, meluah tanpa bertentang mata itu lebih selesa umpama lancarnya air yang mengalir, tenangnya bayu yang bertiup, bebasnya burung yang terbang di awanan

Posted on December 26, 2012, in ~Coretan~ and tagged . Bookmark the permalink. Leave a comment.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: