Berwaspada dalam menyampaikan ILMU

Daripada  Jarir bin Abdullah al-Bajali r.a., Nabi s.a.w. bersabda: “Sesiapa yang mengadakan ikutan yang baik dalam ISLAM, ia mendapat ganjaran amalan itu dan ganjaran orang yang mengamalkan selepasnya, tanpa kekurangan sedikit pun. Dan sesiapa yang mengadakan ikutan yang buruk dalam ISLAM, ia mendapat dosa daripada amalan itu dan dosa orang yang mengamalkan selepasnya, tanpa kekurangan sedikit pun.

(riwayat Muslim)

Bertepatan dengan sepotong hadith Nabi s.a.w yang lain:

“Apabila mati seseorang insan, maka akan terputuslah segala amalannya kecuali tiga perkara, iaitu sedekah jariah, ilmu yang dimanfaatkan daripadanya dan doa anak soleh yang sentiasa mendoakannya.”

(riwayat Abu Hurairah)

ILMU yang bermanfaat merupakan antara salah satu bekalan untuk kita dalam menuju ke hari yang mendatang. Namun, perkara yang sebaliknya jua boleh berlaku. Sama ada ILMU itu menjadi asset mahu pun liability kepada individu tersebut.

Sebagai contoh, walau pun Imam Nawawi tidak memiliki anak yang soleh yang ditinggalkan tetapi beliau telah meninggalkan begitu ramai anak murid yang soleh bahkan khazanah ILMU yang ditinggalkan merupakan suatu nilaian khazanah ILMU yang tiada tara nilainya. Walau pun umurnya yang singkat tidak mencecah 50 tahun, tetapi tulisan dan warisan ILMU yang dikarangnya merupakan satu karamah atau pun kelebihan yang ALLAH swt berikan kepada beliau. Hanya dengan umur yang singkat sahaja beliau berjaya menghasilkan pelbagai penulisan yang mana adalah sangat relevan dan masih lagi menjadi rujukan kepada kita khususnya dalam mazhab Syafie sehingga ke hari ini.

Dunia satu persinggahan

Reality pada hari ini, ILMU begitu mudah untuk diperolehi. Dengan lambakan majlis ILMU yang berada di sekitar negeri Selangor khususnya lewat ini serta dengan capaian Internet yang mana segala kemudahan dapat dicapai dengan begitu mudah merupakan suatu kelebihan yang seharusnya dimaksimumkan penggunaannya.

Namun, BERHATI-HATILAH dengan menerima dan mencari pengetahuan yang berasaskan dari INTERNET. Adalah sebaiknya adalah belajar dan berguru secara langsung dalam menuntut ILMU khususnya ILMU yang berkaitan dengan asas keagamaan. Internet merupakan medium yang sesuai untuk mendapatkan INFORMASI, tetapi ILMU tidak lain dan tidak bukan adalah perlu kepada pembelajaran secara berguru dan bersama.

Doa memohon ilmu yang bermanfaat serta berlindung daripada ilmu yang tidak bermanfaat

Ya Allah ya Tuhanku, sesungguhnya aku memohon kepadaMu ilmu yang bermanfaat, amalan yang diterima dan rezeki yang bagus (baik).Ya Allah ya Tuhanku, sesungguhnya aku berlindung denganMu dari ilmu yang tidak bermanfaat, hati yangtidak khusyuk, doa yang tidak didengar (makhbul) dan amalan yang tidak dinaikkan (diterima).

Lihat sahaja kepada mereka yang telah berjaya mencapai ILMU yang tertinggi dalam bidang masing-masing, sama ada dari tamadun ISLAM mahu pun tamadun BARAT, kesemua mereka adalah bersusah payah dalam meluaskan permusafiran mereka hanya demi mencari dan menuntut ILMU yang bermanfaat. Tidaklah dikatakan bahawa INTERNET itu tidak boleh diguna pakai secara langsung, penggunaan dan rujukan yang dijadikan sewajarnya perlu diselarikan dengan sunnah yang yang semulajadinya tertanam dalam menuntut ILMU adalah berguru dan bertalaqqi  atau pun mempelajari bersama.

Berlindung daripada 4 keburukan

antara Doa yang di ajar oleh Nabi s.a.w yang dipetik daripada sohih Bukhari

Dalam skala yang lebih bersifat terbuka, jadikan diri kita ini sebagai contoh ikutan yang baik kepada mereka yang berada di sekeliling kita. Sama ada kepada kawan mahu pun lawan, sama ada ketika bersama keluarga mahu pun saudara, ketika bersama saudara seagama mahu pun bebeda agama. Moga dengan yang demikian, bukan sahaja dapat mengamalkan syariat ISLAM, bahkan dapat mengembangakan syariat ISLAM secara menyeluruh. Sebagai contoh yang mudah dalam bidang etika dalam sekecil-kecil perkara seperti berwajah manis serta murah dengan senyuman sekali pun jika dijadikan budaya dan amalan bahkan hingga dapat menjadi ikutan pada yang lain akan menjadi perkara yang berkekalan manfaatnya… Semoga bermafaat…🙂

About Mada Hannan

Kadang-kala berkata tanpa kata itu lebih lancar, berhujah tanpa bersemuka itu lebih jelas, meluah tanpa bertentang mata itu lebih selesa umpama lancarnya air yang mengalir, tenangnya bayu yang bertiup, bebasnya burung yang terbang di awanan

Posted on December 24, 2012, in ~Coretan~ and tagged . Bookmark the permalink. Leave a comment.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: