Keghairahan dalam mengejar impian – bahagia yang menunggu atau derita yang menanti?

Tidak semua apa yang kita harapkan akan menjadi seperti apa yang telah dirancangkan. Setiap yang berlaku sama ada kepada diri kita mahupun kepada mereka yang berada di sekeliling kita pasti terdapat hikmah yang tersembunyi andai kita melihatnya dari sisi pandang yang positif. Jika bukan hari ini hikmahnya, esok mungkin akan kita perolehi. Begitulah seterusnya…

Namun, dalam mengejar dan memenuhi impian yang kita harapkan, janganlah tidak diasaskan dengan persediaan. Ramai orang pada hari ini cuba untuk terlalu mengejar matlamat yang selama ini diimpikan hingga terlupa untuk membuat persiapan dan persediaan yang secukupnya. Natijahnya bukanlah kebahagiaan yang diimpikan itu menjadi kenyataan, lebih malangnya ia akan mengundang kepada kesengsaraan tanpa sempadan. Hari yang diimpikan keceriaan yang di damba, hakikatnya hanya mengundang kedukaan di jiwa

Menyingkap ringkas sejarah perjuangan Nabi saw dalam usaha untuk mengembangkan dakwah ISLAM, 23 tahun boleh dikatakan sebagai satu jangka masa yang singkat jika kita lihat kejayaan untuk membangunkan sebuah tamadun ISLAM yang terbilang dan gemilang. 13 tahun perjalanan dakwah di bumi Makkah yang dipenuhi dengan ujian dan dugaan, onak dan duri serta liku-liku kehidupan dalam usaha untuk menyebarkan ISLAM. Dalam masa yang sama di sanalah tapak asas binaan seseorang individu yang penting telah di pasak dalam jiwa-jiwa orang yang beriman, iaitu dengan menanamkan dan membajai keimanan yang kukuh dalam sanubari mereka. Kemudian perjalanan dakwah diteruskan dan diperluaskan lagi di bumi Madinah. Di sini tumpuan pembinaan dakwah adalah lebih menjurus kepada pembinaan dan pemurniaan akhlak di kalangan umat ISLAM walaupun hakikatnya pemantapan banteng keimanan masih lagi diteruskan yang hanya mengambil masa selama lebih kurang 10 tahun. Ringkasnya dapat disimpulkan bahawa persediaan yang rapi terlebih dahulu dalam jati diri seorang MUSLIM disediakan sebelum tertegaknya sebuah daulah ISLAMIAH. Setelah kepercayaan dan keimanan mereka dibina dan terpahat kukuh dalam sanubari para sahabat disusuli pula dengan pembentukan akhlak yang murni dan terpuji seterusnya membentuk sebuah masyarakat yang membangun mencakupi segenap ruang kehidupan, meliputi pembangunan duniawi dan ukhrawi hinggalah ke peringkat seterusnya.

Sweet couple forever

Sweet couple forever

Berbalik kepada reality yang berlaku pada hari ini. Di sini disisipkan beberapa contoh yang mudah acap kali berlaku dalam scenario pentas kehidupan. Sebagai contoh dalam keghairahan untuk mengejar kebahagiaan yang didambakan dalam mendirikan rumah tangga hingga ada di antara mereka yang terlupa untuk membuat persiapan dan persediaan yang secukupnya sebelum menuju ke gerbang perkahwinan. Dalam keinginan ingin merasai kenikmatan percintaan yang halal selepas mendirikan rumah tangga hingga terlepas pandang dalam membuat persiapan yang sewajarnya dalam usaha membina mahligai impian.

Penulisan pada kali ini bukanlah ingin menyalahkan apatah lagi ingin menghalang mereka yang ingin mendirikan mahligai impian bahagia bersama pasangan mereka lebih-lebih lagi fenomena yang kian menjadi budaya khususnya dalam golongan anak muda yang masih lagi berada di alam pengajian. Tetapi sekadar berkongsi pendapat dan padangan berdasarkan apa yang telah diperhatikan.

Unhappay Marriage

Bukanlah berkahwin muda itu dijadikan alasan 100% dalam kepincangan rumah tangga yang berlaku pada hari ini khususnya dalam golongan mahasiswa yang masih lagi menuntut di IPT. Andai kita jika telah lanjut usia sekalipun melangkaui usia dewasa jika masih belum membuat persiapan yang secukupnya untuk menuju gerbang perkahwinan sekalipun, jika mereka mendirikan rumah tangga kepincangan dan permasalahan itu pasti akan melanda.

Untuk menuju ke alam perkahwinan, persiapan yang secukupnya perlu disediakan mencakupi persediaan emosi, rohani, jasmani dan intelektual perlu disediakan secukupnya. Tidak dapat dinafikan bahawa pengalaman merupakan pengajaran yang terpenting dalam mendidik diri kita, dan dalam perkara ini sudah tentu pengalaman hanya akan diperolehi selepas melepasi gerbang perkahwinan. Di celah-celah itu, persediaan yang lain perlu diselarikan sebagai contoh persediaan awal dari segi emosi, rohani mahu pun intelektual. Dan persediaan asas intelektual sedikit sebanyak dapat diperolehi melalui proses pembacaan, sebagai contoh menelaah buku-buku motivasi perkahwinan sama ada daripada kaca mata ISLAM mahupun daripada kaca mata BARAT selagi mana ia bermanfaat. Dalam era globalisasi tanpa sempadan ini, kemudahan yang kian meluas untuk mencapai talian internet sewajarnya membantu kita untuk menimba ilmu pengetahuan dengan sebanyak mungkin walau dalam apa bidang sekali pun.

Happy weeding

Begitu jua dengan peracangan yang lain. Peracangan dari segi kewangan, hubungan sosial dengan keluarga dan keluarga pasangan serta rakan taulan dan sebagainya bagi perkara yang berkaitan perlu disediakan dan diperincikan. Sedikit sebanyak setalah merangka peracangan dan persediaan, seterusnya proses kematangan dan kesempuraan dalam menikmati kebahagiaan dalam berumah tangga akan dirasai, bukanlah bertukar menjadi mimpi ngeri yang ditakuti. Jika segala persediaan yang dirasakan secukupnya telah dirangka setelah meminta pandangan dari keluarga serta insan, lantas beristikharah dengan TUHAN, maka silakanlah untuk berkahwin. AHLAN, WASAHLAN, wa JALAN untuk mendirikan rumah tangga walaupun ketika mana masih lagi berada dalam usia muda.

Contoh yang lainnya pula adalah keghairahan dalam merebut kerusi jawatan sama dalam skala yang kecil sebagai contoh dalam persatuan pelajar, kelab pelajar, seterusnya dalam peringkat yang lebih besar dalam konteks sebuah negara. Terdapat segelintir dikalangan kita sendiri yang terlalu asyik mengejar dan mengimpikan jawatan dengan bertungkus lumus merancang dan menyusun strategi dalam menuju proses kemenangan hingga terlupa untuk untuk membuat perancangan selepas kemenangan. Hakikatnya jika perancangan dan persediaan sebelum mencapai kemenangan begitu dititikberatkan, maka pelan persediaan selepas kemenangan untuk mengawal kuasa dan pengaruh adalah berlipat-lipat kali ganda kepentingannya!

I am the winner

Namun ramai yang tidak sedar akan perkara ini. Bila mana kesibukan dan keghairahan dalam mengejar kemenangan sama ada di atur oleh diri sendiri mahupun dibantu oleh mereka yang berada di sekeliling individu tersebut dengan mengabaikan pelan tindakan selepas kemenangan seumpama menzalimi diri dan individu tersebut.

Hakikatnya bila mana proses kemenangan telah diperolehi, individu tersebut terkapai-kapai dalam merancang dan merangka pelan tindakan yang mungkin akhirnya akan buntu tanpa tujuan. Andai mereka seperti ini dicaturkan oleh mereka yang berada di sekeliling mereka atau lebih sinonim dengan istilah ‘jentera’, maka nasib mereka tidak ubah seperti kambing hitam. Nasib mereka yang seperti ‘kambing hitam’ ini akan berada dalam keadaan tanpa tujuan dan amat malang lagi bila setelah mencapai kemenagan, mereka ditinggalkan dan tidak lagi diambil endah  oleh ‘jentera’. Mereka ditinggalkan kebingungan tanpa tujuan. Jika dahulu ditabur dengan janji manis, kini mereka hanyalah seorang diri…

Lonely cat

Secara ringkasnya, dalam keinginan dan kesungguhan kita untuk mencapai kemenangan khususnya dalam sistem yang sedia digunapakai, iaitu sistem kemenangan majority. Tumpukanlah perancangan yang menyeluruh mencakupi persediaan sebelum, semasa, dan selepas kemenangan. Politik itu merupakan jalan atau wasilah untuk memegang kuasa. Jangalah dek kerna telalu ghairah untuk menguasai politik itu hingga membuatkan kita terlepas pandang dalam dalam merancang dan membuat persiapan.

Matlamat tidak pernah sama sekali menghalalkan cara. Jika persediaan dan peracangan yang dirangka hanya sekerat jalan, maka ia seumpama telah menzalimi diri sendiri mahupun indvidu yang terlibat. Apatah lagi membiarkan harapan palsu kepada mereka yang telah memilih individu tersebut yang diharapakan untuk merubah keadaan dan membuat penambahbaikan, akhirnya harapan mereka itu hanyalah seumpama harapan palsu..

Every time I trusted somebody, they shiw me was I shouldnt

Walaupun tidak dapat dinafikan bahawa mereka yang telah memegang jawatan melalui  undian majority boleh merangka dan merancang pelan untuk selepas kemenangan, tetapi adalah lebih baik jika perkara ini dibuat terlebih awal. Jika di yakini dan bersedia dengan sebaik mungkin mampu untuk membuat perubahan kearah kebaikan dengan persediaan yang sedia ada, maka AHLAN WASAHLAN WA JALAN untuk melibatkan diri dalam usaha untuk memiliki dan memegan kuasa dan pengaruh.

Keseluruhannya, setiap perlakuan dan tindakan dalam kehidupan ini memerlukan kita untuk membuat keputusan untuk menentukan dan mencorakkan masa depan hidup kita. Rancanglah dengan sebaik mungkin bagi setiap tindakan yang diambil, lebih-lebih lagi bila mana ia melibatkan perkara yang besar dalam kehidupan kita.

Namun sedarlah, kita telah membuat perancangan tetapi di sana telah sedia ada perancangan yang lebih memberikan hikmah dan kebaikan pada kita oleh ILAHI. Walau apa yang telah ia berlalu, janganlah terus disesali andai tidak seperti yang didambakan. Carilah hikmah disebalik setiap rentetan kehidupan yang berlaku. Bagi menghadapi kehidupan pada masa depan yang mendatang, rancanglah dengan sebaiknya. Begitulah indahnya aturan serta perjalanan kehidupan..🙂

About Mada Hannan

Kadang-kala berkata tanpa kata itu lebih lancar, berhujah tanpa bersemuka itu lebih jelas, meluah tanpa bertentang mata itu lebih selesa umpama lancarnya air yang mengalir, tenangnya bayu yang bertiup, bebasnya burung yang terbang di awanan

Posted on December 15, 2012, in ~Coretan~ and tagged . Bookmark the permalink. Leave a comment.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: