Lakarlah sejarah hidup mu dengan kebaikan

Suatu ketika aku melihat seorang nelayan memerah keringat untuk menangkap hasil tangkapan ketika turun ke laut. Kudratnya yang kian pudar dimamamh usia membuatkan terkadang ia termengah seketika meskipun memiliki teman bersama. Itulah yang menjadi punca rezki utamanya untuk menyara dan menampung keperluan keluarganya. Ketika pulang ia membawa bersama sejumlah hasil tangkapan, sebahagian di jual kepada peraih yang sedia menunggu di pengkalan. Sebahagian yang lain pula ia simpan untuk pihaknya. Hanya sebahagian kecil yang menjadi mata lauk untuk keluarganya di rumah. Walaupun tidak mewah tetapi sudah cukup memadai untuk merasai nikmat pemberian ILAHI. Sebahagian yang lain ia berikan kepada rumah anak yatim untuk dijadikan juadah untuk santapan mereka. Manakala baki yang berbaki itu di beri kepada ibu tinggal yang berada berhampiran rumahnya. Itulah rutin hariannya saban hari. Walau kepahitan dan peluh membasahi dirinya usai sahaja pulang ke pangkalan dengan kudrat yang tidak bermaya, namun usai sahaja ia memberikan sebahagian hasil rezkinya kepada yang selayaknya tergambar wajah kegembiraan, terpalit senyuman kepuasan, terhampar riak ketenangan pada raut wajahnya.

AKU kagum melihat keikhlasan dan pengorbanan yang dilakukaannya. Belum tentu aku mampu untuk mencontohi jejak langkahnya andai aku berada di tempatnya..

friends forever

Sejarah telah melakarkan bahawa MUSLIM sejati sanggup berkorban apa sahaja demi kebaikan dan kesejahteraan orang yang berada di sampingnya.

“Daripada Abdullah bin Umar r.a., Nabi s.a.w. bersabda: Sesungguhnya sesiapa yang berusaha untuk menunaikan hajat saudaranya, sesungguhnya ALLAH akan menunaikan hajatnya jua. Sesiapa yang melepaskan satu kesusahan yang menimpa seorang Muslim, ALLAH akan melepaskannya daripada satu kesusahan di hari kiamat. Sesiapa yang menutup keburukan seseorang Muslim, ALLAH akan menutup keburukannya di hari kiamat.”

(riwayat al-Bukhari dan Muslim)

Abu Bakar r.a rela mempertaruhkan nyawanya dalam bahaya ketika berhijrah bersama Nabi s.a.w kerana kasihnya dan ingin melindungi Baginda s.a.w. Dalam masa yang Ali karamallahwajhah rela menggantikan tempat tidur Nabi s.a.w ketika baginda melangkah keluar meninggalkan Makkah untuk berhijrah ke Madinah. Asma’ bintu Abu Bakar pula sanggup berulang-alik dari Makkah mendaki  Gua Hira’ untuk membekalkan makanan kepada  Baginda s.a.w dan bapanya, Abu Bakar r.a walaupun dalam keadaan mengandung.  Manakala Hatim r.a. bersedia untuk berlapar hanya ingin menenangkan tetamunya. Abu Ubaidah al-Jarrah r.a. sanggup berjaga sepanjang malam demi ketenangan istirehat untuk tentera ISLAM. Umar r.a. pula sanggup mengelilingi kota Madinah di kala malam untuk mengetahui keadaan rakyatnya ketika sebahagian mereka sedang berehat dan terlelap tidur. Umar r.a jua bersedia kelaparan ketika mana musim kemarau untuk memberi kesempatan makanan untuk rakyatnya. Begitu jua Abu Thalhah r.a. yang sanggup menjadi perisai dari panahan musuh ketika saat genting hanya demi melindungi Nabi s.a.w. ketika mana dalam Perang Uhud. Sementara itu Ibnul Mubarak membahagikan makanan kepada orang ramai sedangkan dirinya berpuasa. Serta Umar Abd Aziz pula merintih di kala malam di hadapan TUHANNYA bimbang jika ada di kalangan rakyatnya yang masih belum mampu dia tunaikan hak dan kewajipan ke atas mereka. Salahuddin al-Ayyubi pula tidak lalu menjamah makanan yang enak dan lazat walaupun dihampar dengan kemewahan hanya kerana sedih, risau, gusar memikirkan nasib saudaranya yang berada dalam cengkaman Tentera Salib di Palestine.

Helping each other

Andai kita tidak mampu untuk menyaingi mereka dalam berbuat perkara kebaikan ketika berada di dunia, rebutlah peluang dan ruang untuk melakukan sebanyak mungkin kebaikan untuk meraih kebahagiaan dan ganjaran sebagai bekalan untuk di akhirat. Nikmat dan pemberian ALLAH swt itu sangat luas dan mencakupi untuk setiap hambaNya yang inginkan kebaikan dalam mencari keredhaan. Rebutlah peluang sebaik mungkin ketika mana masih diberi ruang dan kesempatan. Saidina Ali pernah menyebut:

“Hari ini (DUNIA) adalah hari untuk melakukan amalan tanpa ganjaran, hari esok (AKHIRAT) adalah hari untuk memperoleh ganjaran tanpa amalan”

Semoga bermafaat..🙂

About Mada Hannan

Kadang-kala berkata tanpa kata itu lebih lancar, berhujah tanpa bersemuka itu lebih jelas, meluah tanpa bertentang mata itu lebih selesa umpama lancarnya air yang mengalir, tenangnya bayu yang bertiup, bebasnya burung yang terbang di awanan

Posted on December 10, 2012, in Tinta kehidupan and tagged . Bookmark the permalink. 2 Comments.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: