ISLAM dalam kehidupan

Ilmu Asas Kebaikan.BMP

Daripada Mu’wiyah bin Abu Sufiyan ra, Nabi saw bersabda: “Siapa yang Allah mahukan kebaikan padanya, nescaya ALLAH swt memberikan kefahaman agama kepadanya.”

(riwayat al-Bukhari dan Muslim)

ISLAM merupakan suatu ajaran dan panduan untuk kita melayari bathera kehidupan dalam menuju ke alam abadi. Konsep dan penghayatannya yang adalah bersifat holistic sama ada dalam menjaga hubungan dengan Tuhan mahupun menjalinkan hubungan dengan Insan, bahkan turut kepada sekalian kejadian alam menjadikan ISLAM bukanlah hanya sekadar agama ritual yang mencakupi dalam bidang penyembahan dan pengabdian diri kepada Tuhan semata-mata. Tidak dinafikan bahawa ritual keagamaan merupakan salah satu cabang dalam  menyempurnakan tuntutan kepada seorang yang bergelar Muslim, tetapi masih lagi terdapat sebahagian yang lain yang turut menjadi keperluan dan keutamaan dalam kepada penganutnya.

Namun antara sedar mahu pun tidak, antara jelas mahu pun keliru, antara nyata mahu pun maya, sedikit demi sedikit kita telah mula dipengaruhi dengan terpengaruh dengan ajaran agama lain yang hanya mempraktikkan bahawa ritual keagamaan hanya dilakukan pada dan masa tertentu sahaja sebagai contoh kita berada di rumah ibadah.

Seolah-olah telah ‘berjayanya’ doktrin sekularisma yang selama didoktrin kepada kita khususnya yang merupakan bekas tanah jajahan kepada kuasa Barat yang pernah mendominsi kuasa dunia suatu masa dahulu. Mungkin ini antara faktor yang menyebabkan kepada kita turut mewujudkan konsep sekularisma dalam membentuk jati diri dan harga diri pada hari ini. Tetapi tidak dinafikan bahawa wujud jua faktor-faktor lain yang turut menyumbang.

Islam is a way of LiFe

Sebagai satu contoh yang mudah, solat merupakan rukun asas yang terdiri dalam rukun ISLAM. Solat merupakan perintah wajib yang perlu dilaksanakan oleh setiap mereka yang bergelar Muslim. Ramai orang yang mampu mendirikan solat dan merasakan bahawa dirinya bersama dengan TUHAN bila mendirikan solat tetapi tidak ramai orang yang mampu untuk mersakan kehadiran dan kebersamaan dengan TUHAN dalam urusan kehidupan sehariannya sedangkan TUHAN itu sentiasa memerhatikan hambaNya (peringatan kepada diri sendiri yang serba lemah ini lebih-lebih lagi).

Begitu jua dengan perkara lain, bermula daripada sekecil-kecil perkara hinggalah kepada sebesar perkara, bermula daripada perkara cabang dalam ISLAM hinggalah kepada perkara asas dalam ISLAM jika kita perhati dan hayati dengan bersungguh-sungguh, kita akan mengamalkan dan menterjemahkan segenap perkara ini bukan hanya dalam ritual keagamaan bahkan kita mampu untuk membawa ia bersama dalam konteks kehidupan yang lebih besar dan mampu memberikan manfaat dan kebaikan kepada kita dan orang-orang berada di sekeliling kita.

Kefahaman agama yang dimaksudkan dalam ISLAM bukan hanya sekadar bermain dalam kerangka ritual keagamaan dalam rumah ibadah mahupun musim perayaaan tertentu, tetapi apa yang penting adalah perlunya kita menterjemah dan mengaplikasikan perkara seperti ini dalam seluruh kehidupan. Tetapi untuk menterjemahkan apa yang di bawa dalam ritual agama dalam kehidupan seharian bukanlah suatu yang mudah, tetapi ia perlukan kepada sesuatu usaha yang panjang dan berterusan.

Melakukan Amalan sedikit tetapi berterusan

 Berterusanlah dalam membuat perkara kebaikan dan kebajikan walaupun perkara yang kecil mahu pun besar. Mungkin akan ada orang yang tidak dapat melihat mahu pun menilai kebaikan yang kita lakukan kerna ianya nampak kecil, tetapi kita tidak membuat kebaikan untuk mendapat pujian, tetapi adalah ingin mencari keredahaan. Untuk mencari pujian insan sampai bila-bila pun kita tidak mampu merasai ketenangan, tetapi jika mencari keredhaan Tuhan pasti mudah untuk kita menikmati ketenangan dan kebahagiaan.

Ilmu yang berkat walau sedikit

Luaskanlah perlaksanaan dan penghayatan dalam agama kepada seluruh amalan dalam kehidupan. Moga dengan kebaikan yang kita lakukan walaupun ianya kecil tetapi berterusan, mudah-mudahan ianya dapat memberikan kebaikan dan membantu kita untuk terus memahami dan medalami agama ISLAM yang lebih mudah diterjemahkan sebagai ISLAM is THE WAY OF LIFE.🙂

About Mada Hannan

Kadang-kala berkata tanpa kata itu lebih lancar, berhujah tanpa bersemuka itu lebih jelas, meluah tanpa bertentang mata itu lebih selesa umpama lancarnya air yang mengalir, tenangnya bayu yang bertiup, bebasnya burung yang terbang di awanan

Posted on December 6, 2012, in ~Coretan~ and tagged . Bookmark the permalink. Leave a comment.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: