Menukar lawan menjadi kawan

Memaafkan kesalahan orang lain pada kita bukanlah suatu perkara yang mudah, mungkin hanya lafaz sahaja yang kedengaran lancar dari lisan, namun hakikatnya ia bukanlah satu perkara yang mudah. Semakin besar dan luas hubungan sosial sesama lapisan masyarakat, secara sedar mahu tidak, secara zahir mahu pun batin, secara nyata mahu pun tersembunyi, semakin ramai yang tersinggung dengan perkataan, perbuatan, dan tindakan kita walaupun hakikatnya peribadi yang kita zahirkan pada yang lain itulah yang terbaik untuk kita laksanakan.

Bahkan, Islam sendiri menyarankan kepada kita bukan hanya untuk bersifat pemaaf kepada sesama Islam sahaja, bahkan sesama yang bukan Islam hinggalah kepada orang yang bermusuhan dan berseteru dengan kita. Perkara ini teramatlah sukar untuk kita fahami apatah lagi jika mahu kita hayati. Namun pastinya terdapat hikmah yang tersembunyi yang belum mampu kita terokai. Sejauh mana batasan untuk kita meluaskan pintu kemaafan kepada orang lain, merupakan suatu perkara yang subjektif dan terlalu kompleks jika ingin dibicarakan.

Bukanlah bermakna Islam itu membenarkan hingga maruah dan syariat Islam itu tercalar dihinakan untuk memberi ruang kemaafan, namun di sana masih ada lagi garis panduan yang menjadi panduan kepada insan. Firman ALLAH dalam surah Fussilat, ayat 34

Dari Abi Umamah, Sabda Nabi saw yang bermaksud:

“Siapa yang memaafkan ketika mampu dan berkuasa nescaya Allah ampunkannya pada hari kesukaran (hari Qiamat)”

(al-Tabrani)

Daripada Abu Hurairah secara marfu’, Rasulallah saw bersabda yang bermaksud:

“3 perkara aku mengetahui bahawa ia adalah benar, tiadalah seseorang yang memaafkan daripada satu kezaliman kecuali ALLA angkatkannya dengan kemuliaan, tiada seseorang yang meminta-minta untuk membanyakkan hartanya kecuali ALLAH menambahkan kefakiran dan tiada seseorang yang bersedeqah semata-mata kerana ALLAH kecuali ALLH menambahkan kekayaannya.”

(al-Baihaqi)

“Everyone can FORGIVE the past, but not everyone can FORGET the past”

Sirah Nabi saw yang banyak memaafkan sepanjang perjalanan dakwah Baginda telah berjaya menarik ramai lawan menjadi kawan, pemaafnya Baginda saw bukan sekadar terhadap kata-kata nista yang dilemparkan padanya, tetapi hingga ke atas mereka yang memusuhi Nabi saw suatu ketika dahulu yang hingga mahu membunuh baginda sendiri dibalas dengan kemaafan. Itulah contoh pemaaf yang terbaik ada pada seorang insan yang wajar kita teladani dan renungi bersama.

Api kemarahan akan terpadam dengan sendirinya, seumpama merapatkan jurang yang kian lama terpisah, memutikkan tali persaudaraan walaupun daripada pihak lawan, menukarkan lawan menjadi kawan, menjadikan musuh sebagai teman hanya dengan menjaga tutur kata dan bual bicara.

Sedangkan Nabi saw mampu memaafkan mereka yang memusuhi, membenci, bahkan ingin membunuhnya, siapalah pula kita menutup pintu kemaafan. Tidak dapat tidak ianya bukanlah suatu perkara yang mudah untuk kita laksanakan, tetapi berusahalah ke arah sedemikian, moga-moga kita sentiasa berada dalam ketenangan dan kerahamatanNya. Mudah-mudahan🙂

About Mada Hannan

Kadang-kala berkata tanpa kata itu lebih lancar, berhujah tanpa bersemuka itu lebih jelas, meluah tanpa bertentang mata itu lebih selesa umpama lancarnya air yang mengalir, tenangnya bayu yang bertiup, bebasnya burung yang terbang di awanan

Posted on November 25, 2012, in ~Coretan~ and tagged . Bookmark the permalink. Leave a comment.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: