Isu Palestine bukan hanya sekadar di mulut

Penindasan, penodaan, kekejaman, kezaliman yang ditunjukkan oleh Zionis terhadap rakyat dan negara Palestin telah berlarutan dalam tempoh yang amat panjang. Bukan sahaja mendapat perhatian daripada umat Islam di serata dunia, bahkan kepada non-muslim yang berpegang kepada prinsip hak asasi kemanusiaan turut bangkit dan protes kepada tindakan yang kejam ini.

 

Sudah tentu perkara ini tidak boleh dibiarkan begitu sahaja. Umumnya, umat Islam pada hari ini dianggarkan berjumlah 1.6 billion  merupakan antara ¼ dari penduduk dunia dan boleh dibahagikan kepada beberapa golongan.

  • Golongan yang tidak tahu langsung mengenai atau hampir tidak mengetahui mengenai isu Palestin
  • Golongan yang berputus asa dan tidak memberi harapan kepada Palestin
  • Golongan yang meletakkan kepada tindakan yang terletak kepada kuasa-kuasa besar dunia
  • Golongan yang mengharapkan keajaiban tanpa usaha, lantas hanya terus duduk dan menunggu kedatangan penyelamat seperti Imam Mahadi dan Nabi Isa serta yang lain-lain
  • Golongan yang menyakini bahawa kemenangan akan dimiliki semula dengan mencontohi perjuangan generasi yang sebelum ini
  • Golongan yang hanya mengetahui dan cakna akan perkara ini bila mana dipaparkan di media masa seperti FB, twitter tetapi hanya sekadar berkongsi kisah sedih dan tumpang simpati.

 

Dimanakah kita? Muhasabah seketika..

Memetik daripada penulisan Dr Zainur Rashid bin Zainuddin menyatakan beberapa asbab yang mejadikan Palestin antara semalam dan hari ini. Antaranya adalah

  • Kelamahan umat Islam di sudut kejiwaan dan kerohanian
  • Perpecahan, pertelingkahan, dan permusuhan sesama Islam
  • Mengambil tindakan ke atas isu al-Quds hanya dengan ucapan, bukan dengan tindakan sebenar
  • Menjadikan al-Quds sebagai permasalahan bangsa Arab dan bukan sebagai maslahat umum umat Islam.

 

Hanya beberapa faktor sahaja yang akan dicoretkan sebagai peringatan dan renunangan bersama. Mudah-mudahan penulisan ini memberi peringatan lebih-lebih lagi kepada diri sendiri..T_T

 

Seperti yang kita sedia ketaui bahawa ganerasi Salahuddin telah berjaya menguasai Palestin adalah kerana kecemerlangan akhlak dan kehebatan rohani di kalangan umat Islam pada zaman tersebut.

Salahuddin al-Ayyubi merupakan seorang yang wara’  dan sentiasa mendirikan solat secara berjemaah. Bahkan ketika sakitnya pun beliau memaksa dirinya untuk hadir bersama bagi mendirikan solat di belakang Imam. Bahkan beliau tidak pernah pon meninggalkan solat berjemaah melainkan beberapa hari ketika sakit sebelum kewafatan menjemputnya. Selain itu, beliau senantiasa bangkit malam untuk mendirikan solat Tahajjud. Dan inilah antara amalan sunnah yang tidak pernah ditinggalkan oleh para pejuang dan pendokong Islam yang tercoret dalam diri mereka seperti yang dilakukan sendiri oleh Nabi saw, para sahabat seperti Abu Bakar, Umar al-Khattab, Umar Abd Aziz dan lain-lainnya.

Hanya lihat kepada perwatakan dan perawakan sifat solat mereka, buat seketika cubalah kita muhasabah dan banding beza dengan keadaan sebenar kita pada hari ini.

Ramai yang menyatakan bahawa selagi mana Muslim tidak bangkit dan menunaikan solat subuh secara berjemaah seperti ramainya ketika solat Jumaat. Memang tiada nas yang jelas bahawa Zionis akan hancur jika solat Subuh berjemaah sama seperti solat Jumaat. Ia bukan satu keyakinan seperti menunggu turunnya Imam Mahadi. Tetapi ia adalah satu semangat dan kepercayaan, Islam dapat dibangunkan bermula dengan menjadikan solat Subuh berjemaah sama seperti solat Jumaat. REALITINYA adakah ini akan berlaku dengan perilaku kita sendiri pada hari ini?? M.U.H.A.S.A.B.A.H

Tidak dinafikan aku sendiri dalam usaha untuk menjaga dan Memperbaiki solatku sendiri. Disamping terus memohon dan meminta kekuatan dan pertolongan dariNya agar terus dapat istiaqamah dalam mendirikan tonggak asas agama ini sendiri.. moga terus diberi kekuatan..

Aku hairan melihat situasi dan kondisi di mana keadaan mereka yang hadir untuk solat berjemaah sama ada di masjid mahu pun di surau yang berdekatan kebanyakkannya adalah dimonopoli dan dipenuhi oleh kebanyakan mereka yang bukan berbangsa Melayu, tetapi kebanyakannya adalah pelajar dari kalangan bangsa asing. Sedangkan aku belajar di IPTA yang mana lebih daripada 80% pelajarnya dan warganya adalah terdiri daripada warga tempatan. (maaf tiada gambar yang dapat ditunjukkan bersama)

Reality yang disaksikan sendiri adalah bila mana kebanyakan warga tempatan IPTA lebih mementingkan urusan dengan makhluk daripada kepentingan dengan TUHAN, memuaskan nafsu makan lebih daripada memenuhi ketenangan dengan TUHAN. Ramai di kalangan pelajar tempatan yang sendiri sibuk bergegas menuju ke medan selera demi memenuhi perut mereka yang kosong sambil disertakan dengan berbual santai bersama teman.

Tetapi aku cukup kagum melihat kepada sebahagian besar di kalangan pelajar asing khususnya yang mana usai sahaja mereka daripada urusan, terus mendirikan Solat di awal waktu, sama ada sebelah siang mahu pun sebelah malam. Mungkin kalian tidak percaya dengan penulisan ini, tetapi cubalah lihat bagaimana kesungguhan “mereka” untuk menjaga solat mereka sebaik mungkin  di awal waktu. Mudah-mudahan kalian akan percaya.

Tidaklah salah untuk mengatakan mendahulukan urusan keduniaan dalam kehidupan seharian, tetapi adalah lebih elok dan utama jika menyelesaikan kewajiban kita dengan TUHAN dalam kehidupan, yang mana SOLAT asas 5 waktu menjadi antara salah satu tonggaknya. Bahkan kita belum pasti bilakah kematian datang menjemput kita. Setidaknya usai kita menunaikan solat di awal waktu, kewajipan kita mendirikan Solat telah terlaksana. Bahkan dalam surah al-Ma’un sebahagian mufassir membahaskan mereka yang celaka dalam mendirikan solat adalah mereka yang sengaja melewat-lewatkan waktu solat..

Umar al-Khattab pernah berpesan kepada Saad bin Abi Waqas

“Aku berpesan kepada kamu supaya bertaqwa kepada ALLAH karena taqwa adalah sebaik-baik bekalan untuk menentang musuh. Aku menyeru kamu dan mereka yang bersama kamu supaya menjauhi maksiat karena maksiat adalah kunci kemenangan musuh ke atas kita”

Bersamalah kita untuk Memperbaiki solat kita.. moga dengan demikian, urusan lain kita dalam usaha untuk memerangi musuh Islam sama dalam menegakkan dan memperjuangkan kalimah tauhid akan tertegak satu masa nanti..

About Mada Hannan

Kadang-kala berkata tanpa kata itu lebih lancar, berhujah tanpa bersemuka itu lebih jelas, meluah tanpa bertentang mata itu lebih selesa umpama lancarnya air yang mengalir, tenangnya bayu yang bertiup, bebasnya burung yang terbang di awanan

Posted on November 21, 2012, in ~Coretan~ and tagged . Bookmark the permalink. Leave a comment.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: