Berhijrahlah ke arah kebaikan walau sejengkal demi sejengkal

Saban tahun kita meraikan sambutan Ma’al Hijrah. Sama ada kita menyedari mahu pun tidak perihal ketibaan Ma’al Hijrah ini mahu pun tidak. Mungkin sebahagian kita sememangnya menyedari akan persitiwa yang tersingkap di sebalik Ma’al Hijrah ini bahkan saban tahun mereka berazam untuk mengorak langkah perubahan untuk berhijrah daripada yang kurang baik kepada baik, melangkah setapak ke hadapan daripada  baik kepada lebih baik, dan begitulah seterusnya.

Mungkin jua ada segelintir di kalangan kita yang tidak menyedari kehadiran Ma’al Hijrah ini, bahkan hanya sedar bila mendapat cuti umum. Sisi pandang mereka yang seperti ini perlu ditambahbaik, peristiwa penting dalam Islam bukan hanya menghitung berapa lama sudah kita akan menghabiskan menahan makan dan minum ketika di Bulan Ramadhan, bukan hanya mengira Syawal berlalu pergi untuk ketika melepaskan kegembiraan ketika berhari raya, tetapi sewajarnya setiap peristiwa yang tersingkap di dalam Islam perlu di ambil cakna.

Singkapan ringkas di sebalik pahit jerih perjuangan Nabi SAW dan para sahabat daripada Makkah ke Madinah dalam menegakkan Syiar Islam, dalam memastikan Islam terus berkembang dan berdaulat di atas muka bumi, yang mana penghijrahan Baginda SAW menagih kepada perngorbanan harta benda, jiwa dan raga hatta kepada pengorbanan nyawa.

Namun kita sebagai ummah Islam pada masa kini sudut perjuangannya mungkin berbeza, tiada lagi pengorbanan yang sedemikian, tetapi pengorabanan yang lebih halus yang mana sisi pandang pengorbanannya adalah nampak mudah di mata, namun begitu payah untuk di laksana.

“Setiap Zaman memiliki Cabaran  dan Ujian yang Tersendiri”

Tidak perlu melihat kepada skala yang besar sama ada dalam penghijrahan politik dalam memegang tampuk pimpinan negara walau pun isu ini kelihatan semakin hangat di sebabkan PRU yang bakal menjelang tiba. Begitu jua untuk kita melihat perubahan dalam sector ekonomi, dan sebagainya yang bersifat “macro” yang mana melibatkan banyak pihak. Jika ingin diperkatakan perlu kepada satu perbincangan yang lain.

Tetapi cukuplah kita hanya memfokuskan kepada skala “micro” yang bersifat lebih kecil dan lebih dekat kepada diri sendiri. Andai kita sibuk menilai dan menghukum nescaya tidak akan pernah usai penilaian kita. Janganlah terlalu sibuk mencari dan merungkai kelemahan yang ada pada orang lain, sedangkan kelemahan dan Kekurangan diri sendiri belum tentu kita mampu perbaiki.

Jadilah seperti Lebah yang hanya mencari dan melihat madu, janganlah menjadi seperti Lalat yang hanya mencari kotoran. Tersiratnya adalah jadilah Insan yang senantiasa mencari dan menghargai kebaikan yang ada pada orang lain, janganlah kita cuba untuk mencari dan mendedahkan kelemahan dan Kekurangan orang lain.

Kadang-kadang kita terlalu meletakkan harapan dan impian yang terlalu tinggi untuk berubah kepada kebaikan. Seolah-olah daripada insan biasa ingin transform menjadi ulama, daripada orang biasa ingin menjadi malaikat. Akhirnya semuanya hanya tinggal igauan, tidak ubah seperti hangat-hangat tahi ayam dan bagai melepaskan batuk di tangga.

Bukanlah salah untuk kita bercita-cita besar demi menjurus kepada kebaikan. Jika kiranya impian itu terlalu tinggi melangit sedangkan kita tidak mampu untuk mencapainya, adalah lebih baik kita mulakan perancangan dan perbuatan secara berperingkat-peringkat. Bertindak di atas kemampuan dan kapasiti yang termampu.

Andai kita tidak mampu untuk mengorak langkah perubahan selangkah demi selangkah, bergeraklah sehasta demi sehasta, jika tidak mampu berubahlah sejengkal demi sejengkal. Jangan biarkan diri kita hanya berada di takuk lama dan tidak ke mana.

Berubahlah demi TUHAN, bukan demi INSAN

Mungkin akan ada mereka yang akan mempertikaikan bahkan memperlekehkan niat suci kita untuk berhijrah menjadi lebih baik. Pasti aka nada yang terkilan dan terguris bahkan pasti aka nada yang terus jatuh tersembam ke bumi dengan kritikan. Tetapi andainya kita BERUBAH demi TUHAN dengan penuh KEIKHLASAN pasti segala tohmahan, cacian, kejian, bahkan pujian sekali pun akan tetap terus memperkukuh tekad, menguatkan semangat hanya demi ingin menjadi lebih baik.

~Salam Ma’al Hijrah~

About Mada Hannan

Kadang-kala berkata tanpa kata itu lebih lancar, berhujah tanpa bersemuka itu lebih jelas, meluah tanpa bertentang mata itu lebih selesa umpama lancarnya air yang mengalir, tenangnya bayu yang bertiup, bebasnya burung yang terbang di awanan

Posted on November 14, 2012, in ~Coretan~ and tagged . Bookmark the permalink. Leave a comment.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: