Antara sisipan coretan kenangan SESA 2012

Proses sembelihan merupakan antara aktiviti yang menarik dan sewajarnya menjadi tuntutan fardhu kifayah kepada insan. Kemodenan arus kehidupan pada hari ini secara tidak langsung telah melahirkan satu jurang pemisah yang besar antara warga kota dan desa secara umumnya. Lazimnya mereka yang berada di desa masih lagi berkesempatan untuk melihat dan merasai pengalaman untuk proses penyembelihan sementara terdapat segelintir di kalangan warga kota yang tidak dapat merasainya.

4 November 2012, telah melakarkan satu lagi kenangan serta memberi ruang pendedahan kepada warga Kolej Tun Dr Ismail, UPM. Bersempena dengan Minggu Semarakkan  Sahsiah 2012, di antara aktiviti yang menarik yang turut disertakan adalah Kursus Sembelihan di mana melibatkan warga kolej dan wakil daripada Pusat Islam.

“Sahsiah Cemerlang Mukmin Terbilang”
bersama Sakteriat Pembangunan Rohani & Sahsiah

Proses sembelihan yang dilengkapi dengan 40  ekor ayam secara keseluruhan dan seekor kambing memberikan nafas baharu kepada warga kolej di mana pada sebelum ini pendedahan asas sembelihan menggunakan ayam sebagai praktikal telah memberikan asas kepada sebahagian mereka. Secara  tidak langsung ini dapat mengeratkan tautan silaturrahim serta semangat bergotong royong  sesama warga kolej.

Memetik daripada kitab Halal & Haram menurut perspektif Islam karangan Dr Yusuf al-Qardhawi bahawa sembelihan perlulah dengan menggunakan benda yang tajam yang boleh mengalirkan darah dan memotong urat leher. Antara benda yang boleh digunakan adalah pisau, kayu, bata dan lain-lain. Di riwayatkan  daripada Adi bin Hatim ath Tha’iy bahawa ia berkata:

“Wahai Rasulallah, kami berburu binatang, tetapi kami tidak memiliki pisau, kecuali hanya ada batu tajam dan belahan rotan. Rasulallah SAW bersabda: “Alirkan darah dengan apa pun yang kau boleh lakukan dan sebutlah nama Allah untuknya.”

(riwayat Ahmad, Abu Daud, Nasa’I, Ibn Majah, al-Hakim, dan Ibn Hibban)

Menyebut nama Allah swt ke atas sembelihan

Menyebut nama ALLAH swt ke atas sembelihan adalah wajib (bagi yang beragama Islam) dan telah jelas dinyatakan dalam nas syari’at.

Firman ALLAH swt:

فَكُلُوا مِمَّا ذُكِرَ اسْمُ اللهِ عَلَيْهِ إِن كُنتُم بِئَايَاتِهِ مُؤْمِنِينَ

“Kerana itu makanlah daripada apa yang disebutkan nama ALLA atasnya, jika kalian adalah orang-orang yang beriman kepada ayat-ayat-Nya”

(al-An’am: 118)

Dalam sepotong hadith Rasulallah saw bersabda:

“Selama darah itu mengalir dan disebutkan nama ALLAH atasnya, maka makanlah”

(Riwayat Bukhari)

Sebahagian ulama berpendapat menyebut nama ALLAH adalah wajib, tetapi tidak mesti diucapkan ketika menyembelih. Boleh sahaja ia  disebutkan ketika makan,, kerana itupun bererti tidak memakan sesautu yang tidak disebutkan nama ALLAH atasnya.

Dalam sahih Bukhari dinayatakan sepotong hadith daripada Aisyah r.a. bahawasanya suatu kaum yang baru sahaja memeluk Islam bertanya kepada Baginda saw yang bermaksud:

“Ada suatu kaum datang kepada kami dengan membawa daging, kami tidak tahu sama ada mereka menyebut nama ALLAH atasnya atau tidak? Apakah kami boleh memakannya atau tidak?” Rasulallah saw mebjawab: ‘Sebutlah nama ALLAH dan makanlah”.

(riwayat Bukhari)

Sabda Nabi saw bermaksud:

 “Sesungguhnya Allah mewajibkan untuk berbuat baik kepada sesuatu. Oleh itu jika kamu membunuh, maka perbaikilah cara membunuhnya, dan apabila kamu menyembelih maka perbaikilah cara menyembelihnya dan tajamkanlah pisaunya serta mudahkanlah penyembelihannya itu”.

(Hadis riwayat Muslim)

Fakta saintifik membuktikan bagi setiap penyembelihan, darah haiwan itu perlu dialir keluar, bukannya tersimpan dalam daging seperti yang dilakukan oleh sebahagian yang lain. Ini kerana darah adalah medium terbaik bagi mikro organisma membiak. Bahagian ‘spinal cord’ hendaklah dielakkan daripada terpotong ketika sembelihan dilakukan kerana ia akan menyekat aliran darah keluar akibat daripada saluran darah terganggu kesan daripada jantung haiwan terhenti secara tiba-tiba.

Dr Zakir Naik, Pengasas & Pengarah bagi Islamic Research Foundation (IRF)

Dr Zakir Naik, seorang doktor dan pendakwah Islam antarabangsa menyenaraikan kepentingan serta kebaikan penyembelihan mengikut hukum syara’. Kaedah penyembelihan Islam adalah terbaik dan bersih. Ini kerana darah yang menjadi punca pembiakan kuman, bakteria dan toksin yang akan menyebabkan beberapa penyakit dikeluarkan sejurus selepas proses penyembelihan. Selain itu, daging sembelihan kekal segar dalam satu tempoh yang lama.

Kaedah penyembelihan Islam juga tidak menyebabkan kesakitan kepada haiwan itu. Ini kerana saluran darah serta saraf yang menghubungkan ke otak yang boleh menyebabkan rasa sakit terputus.

Profesor Schultz dan rakannya Dr Hazim dari Universiti Hanover, German, membuktikan melalui eksperimen dengan menggunakan alatan saintifik seperti Electroencephalograph (EEG) dan Electrocardiogram (ECG) menunjukkan kaedah sembelihan Islam adalah terbaik. Tiga saat pertama selepas kaedah sembelihan cara Islam dilakukan, EEG tidak menunjukkan sebarang perubahan graf. Ini menunjukkan haiwan itu tidak mengalami sebarang kesakitan secara tiba-tiba selepas penyembelihan. Kemudian, selepas tiga saat yang seterusnya, EEG merekodkan keadaan yang dinamakan sebagai ‘deep sleep’ di mana, haiwan mengalami keadaan tidak sedarkan diri kesan daripada darah yang mengalir keluar dari tubuh haiwan itu. Akhir sekali, EEG pada paras 0 menunjukkan tiada tanda-tanda kesakitan selepas enam saat eksperimen dilakukan. Kaedah ujian saintifik hari ini membuktikan kaedah penyembelihan Islam adalah terbaik.

Proses Sembelihan bersempena Minggu Semarakkan Sahsiah, SESSA ini adalah bersifat secara santai dan terbuka kepada seluruh warga Kolej Tun Dr Ismail. Berikut adalah beberapa action yang sempat di rakamkan…..

Ustaz Asri dari Pusat Islam UPM menerangkan taklimat ringkas mengenai sembelihan

Sebahagian dari warga Kolej mendengar taklimat yang diberikan dengan penuh tumpuan

Sebahagian pelajar lelaki membantu Ustaz bagi proses penyembelihan

Amira Ahmad, Presiden KTDI (Tengah) turut bersama bergotong royong menjayakan program

Sebahagian pelajar yang lain membantu membersihkan bulu ayam

PiC bagi sembelihan, abang Farouq turut melaksanakan teori untuk sembelihan

Pengarah bersama, Zarif setelah usai membuang kulit kambing

Pengarah bersama, Zaki sambil membantu melapah sempat lagi memikirkan tugas-tugas lain yang perlu dilaksanakan

Sebahagian pelajar lelaki membantu melapah dan membahagikan tugas secara bersama

Bro Fadil (Kanan) banyak membantu dan melancarkan sembelihan, Thanks Bro..

Bila 2 orang ustaz bekerjasama dan berganding bahu…

Kerjasama pelajar lelaki dan perempuan untuk masak bersama usai sahaja proses sembelihan

Kak Zurul Wahidah a.k.a Kak Wa sebagai Chef tukang masak (Tengah), memberikan sepenuh tumpuan ketika memasak..
Jutaan terima kepada K.Wa & the Geng kerana sudi membantu dan melapangkan masa

Inilah antara mereka yang terlibat dan sempat di snap gambar mereka yang telah banyak membantu melancarkan program sembelihan ini. Jutaan terima kasih di ucapkan kepada mereka semua yang telah terlibat secara langsung mahu pun tidak dalam menjayakan program Sembelihan dan SESSA secara keseluruahannya. Moga jasa dan budi baik kalian mendapat ganjaran di sana kelak.

Moga SESSA akan datang akan dimeriahkan lagi dengan variasi program yang pelbagai.

Thanks to all, Sorry for everything..🙂

About Mada Hannan

Kadang-kala berkata tanpa kata itu lebih lancar, berhujah tanpa bersemuka itu lebih jelas, meluah tanpa bertentang mata itu lebih selesa umpama lancarnya air yang mengalir, tenangnya bayu yang bertiup, bebasnya burung yang terbang di awanan

Posted on November 5, 2012, in ~Coretan~ and tagged . Bookmark the permalink. Leave a comment.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: