Persoalan pendeta Yahudi yang dilontarkan kepada Saidina Umar al-Khattab

Pada suatu hari, 3 orang pendeta Yahudi telah bertemu dengan Khalifah Umar r.a. lalu berkata:

“Hai Khalifah Umar, engkau adalah pemegang kekuasaan sesudahnya Muhammad s.a.w. dan sahabatnya Abu Bakar. Kami hendak bertanyakan beberapa masalah penting kepada mu. Jika engkau dapat memberikan jawapan kepada kami, barulah kami akan memahami bahawa agama Islam itu adalah merupakan agama yang benar dan Muhammad s.a.w. itu benar-benar seorang Nabi s.a.w. Sebaliknya jika engkau  tidak memberikan jawapannya, bererti bahawa agama Islam itu adalah batil dan Muhammad s.a.w. itu bukanlah seorang Nabi”

Khalifah Umar r.a. menjawab: “Silakan, tanyalah tentang apa yantg kalian inginkan.”

Maka, para pendeta Yahudi itu memulakan persoalan mereka:

“Jelaskan kepada kami apakah induk kunci langit itu?
Tunjukkan kepada kami apakah tentang adanya sebuah kuburan yang berjalan bersama dengan penghuninya itu?
Tunjukkan kepada kami tentang suatu makhluk yang dapat memberi peringatan kepada bangsanya, tetapi ia bukan manusia dan bukannya jin?
Terangkan kepada kami tentang 5 jenis makhluk yang dapat berjalan di atas muka bumi, tetapi makhluk itu tidak dilahirkan daripada kandungan ibunya mahu pun induknya?
Apakah yang dikatakan kuda ketika ia sedang bersuara?
Apakah yang dikatakan keldai semasa ia sedang merengek?
Apakah yang dikatakan oleh burung pipit semasa ia sedang berkicau?”

Setelah mendengar soalan-soalan itu, Umar  r.a. menundukkan kepalanya kerana berfikir, kemudian bermonolog sendirian: ‘Bagi Umar, jika ia menjawab tidak tahu kepada pertanyaan yang dilontarkan yang sememangnya ia tidak ketahui jawapannya, itu adalah sesuatu yang memalukan!”

Secara ringkas, lalu Salman al-Farisi yang hadir ketika itu berkata: “Kalian tunggu sebentar di sini.”

Lalu dia bergegas menuju ke rumah Ali bin Abi Talib. Setelah bertemu, maka Salman berkata: “Ya Abdul Hassan, selamatkan agama Islam!”

Mendengarkan keadaan yang cemas itu, Saidina Ali dalam keadaan kebingungan lalu bertanya: “Mengapa?”

Maka Salman al-Farisi menceritakan apa yang telah berlaku. Mendengarkan perkara sedemikian, lalu bergegaslah Saidina Ali segera berangkat ke rumah Khalifah.

Setibanya Saidina Ali di rumah Khalifah, usai memberi salam kepada Khalifar Umar dan para sahabat, dia meminta para pendeta Yahudi itu mengemukakan semula persoalan mereka. Mereka mengulanginya.

Sebelum menjawab, Saidina Ali berkata:

“Aku ingin mengemukakan satu syarat kepada kalian, jika nyata nanti aku menjawab persoalan-persoalan yang sesuai dengan apa yang berada di dalam Taurat, maka kalian semuanya akan bersedia memeluk agama kami dan beriman?”

Mereka menjawab:“Ya, Benar!”

“Sekarang nyatakan  soalannya satu persatu!” minta Saidina Ali r.a.

Mereka memulakan pertanyaan:

“Apakah kunci induk yang mengunci pintu langit?”

Saidina Ali menjawab:

“Kunci induk itu ialah syirik kepada ALLAH. Jika semua hamba Allah, baik pemuda mahu pun pemudi, jika ia syirik kepada Allah, amalannya tidak akan dapat naik sampai kepada ALLAH!”

Pendeta Yahudi itu bertanya lagi:

“Anak kunci apakah yang dapat membuka pintu-pintu langit itu?”

Saidina Ali menjawab:

“Anak kunci itu ialah kesaksian bahawa tiada tuhan selain ALLAH dan Muhammad itu adalah Rasul ALLAH!”

Para pendeta Yahudi memandang sesama mereka lalu berkata, “Orang ini benar.”

Lalu mereka menyambung lagi persoalan:

“Terangkan kepada kami tentang adanya sebuah kuburan yang dapat berjalan bersama penghuninya?”

Saidina Ali menjawab:

“Kuburan itu ialah iakn yu (hut) yang menelan Nabi Yunus. Nabi Yunus a.s. di bawa keliling tujuh lautan!”

Para pendeta meneruskan lagi pertanyaan mereka:

“Jelaskan kepada kami tentang makhluk yang dapat memberi peringatan kepada bangsanya, tetapi ia bukan dari manusia dan  bukannya jin!”

Saidina Ali menjawab:

“Makhluk itu adalah semut Nabi Sulaiman a.s., putera kepada Nabi Daud a.s. semut itu berkata kepada kaumnya , “Hai semut sekalian, masuklah ke dalam lubang (kediaman) kalian, agar tidak dipijak oleh Sulaiman dan pasukannya dalam keadaan mereka tidak sedar”

حَتَّى إِذَا أَتَوْا عَلَى وَادِي النَّمْلِ قَالَتْ نَمْلَةٌ يَا أَيُّهَا النَّمْلُ ادْخُلُوا مَسَاكِنَكُمْ لَا يَحْطِمَنَّكُمْ سُلَيْمَانُ وَجُنُودُهُ وَهُمْ لَا يَشْعُرُونَ

(Maralah angkatan itu) hingga apabila mereka sampai ke “Waadin-Naml”, berkatalah seekor semut: “Wahai sekalian semut, masuklah ke sarang kamu masing-masing, jangan Sulaiman dan tenteranya memijak serta membinasakan kamu, sedang mereka tidak menyedari”

(an-Naml, 18)

Para pendeta meneruskan lagi dengan persoalan mereka:

“Beritahu kepada kami tentang 5 makhluk yang berjalan di atas permukaan bumi, tetapi tidak satu pun di antara makhluk-makhluk itu dilahirkan daripada kandungan ibunya mahupun induknya”

Saidina Ali menjawab:

“5 makhluk tersebut adalah: Adam, Hawa, Unta Nabi Salleh, Qibasy Nabi Ibrahim (yang ditukarkan bagi menggantikan sembelihan Nabi Ismail a.s.), dan Tongkat Nabi Musa (yang menjelma menjadi ular).”

Setelah mendengar jawan tersebut, tanpa mengemukakan soalan yang berbaki, dua di antara tiga pendeta Yahudi itu berkata:

“Kami bersaksi bahawa tiada Tuhan selain ALLAH dan Muhammad itu adalah Rasul ALLAH.”

Begitulah keimanan yang ditunjukkan oleh para Sahabat, Saidina Umar yang jujur pada dirinya sendiri walaupun pada ketika itu beliau merupakan seorang Khalifah, manakala Saidina Ali yang diberikan ilmu yang mendalam yang dapat menerangi orang-orang yang di sekeilingya untuk terus dimanfaatkan demi menyebarkan Islam dengan penuh keikhlasan. Moga sifat yang sedemikian terhinggap jua pada diri kita sebagai seorang Muslim yang perlu terus berdakwah kepada Muslim dan Islah kepada yang non-Muslim..

About Mada Hannan

Kadang-kala berkata tanpa kata itu lebih lancar, berhujah tanpa bersemuka itu lebih jelas, meluah tanpa bertentang mata itu lebih selesa umpama lancarnya air yang mengalir, tenangnya bayu yang bertiup, bebasnya burung yang terbang di awanan

Posted on October 31, 2012, in Tinta kehidupan and tagged . Bookmark the permalink. Leave a comment.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: