Persediaan yang lebih utama..

Setiap alam kehidupan yang di tempuh memberikan pengalaman yang tersendiri. Menempuh alam campus menemukan dengan pelbagai ragam yang membuatkan yang terlibat secara langsung mematangkan fikiran dan mendewasakan diri. Semakin banyak perhubungan yang terjalin dan dijalinkan dengan orang sekeliling, bersosial dengan strata masyarakat yang berbeza tanpa mengira pangkat, tugas dan nama dalam konteks yang terkawal, memaksimakan sebaik mungkin ruang dan peluang yang terbuka luas dalam mencedok ilmu dan hikmah dalam menempuh “School of Life”, semakin terbentang luas jalan kepada kita untuk menjadi “somebody” yang kadang-kala masih lagi kita terkeliru untuk menjadi diri kita sendiri.

Menghabiskan sebahagian masa kehidupan di alam campus memberi pengalaman yang berbeza bagi setiap individu. Pengalaman yang ditimba dalam proses untuk menjadikan mereka lebih dewasa kadang-kala mengubah keseluruhan kehidupan mereka pada masa akan datang.

Ada yang memaksimakan sehabis mungkin kehidupan mereka dalam life campus untuk mencuba segala sesuatu yang baru dengan berfahaman life campus is the best place to learn n joy

Ada yang telah bermula mendapatkan rentak dan mendapatkan titik persefahaman dalam usaha untuk mencari pasangan, namun ramai jua yang masih gagal..

Ada yang telah membina asas untuk membina mahligai bahagia dengan mengikat tali pertunangan dengan pasangan masing-masing setelah direstui kedua-dua belah keluarga..

Ada yang telah membina masjid walaupun masih lagi sama-sama menghabiskan sisa-sisa kehidupan sebagai seorang mahasiswa sebelum melangkah keluar sebagai seorang graduasi atau mungkin salah seorang telah membina kehidupan yang bekerjaya di luar sana..

Hakikatnya berbagai gelagat dan telatah manusia yang dapat di temui jika kita menjadi pemerhati dan penganalisis kepada setiap peribadi insan di sekeliling kita. Memerhati bukan untuk mencari silap dan salah, tetapi cuba untuk mencari pengalaman dan pengajaran dalam setiap apa yang berlaku dalam ruang sekeliling daripada teman dan rakan untuk menjadikan kita lebih matang dan dewasa, supaya dengan meningkatnya usia, beralalunya masa tidak menjadi sia-sia..

Sekadar pesan kepada mereka yang di luar sana andai ada yang terlalu risau dan gusar untuk mencari dan bertemu jodoh di luar sana walaupun telah hampir menamatkan alam campus, tidak salah untuk mencari lebih-lebih lagi jika menggunakan jalan yang selamat dan terhormat, tetapi janganlah meletekkan itu sebagai matlamat yang terlalu utama sehingga mengaburkan pandangan, melalaikan tujuan.

Bukankah Tuhan telah mendidik Insan supaya mengalihkan tumpuan dan perhatian andai tidak berjaya mencari jawapan yang samar-samar dalam membuat keputusan supaya menuju kepad sesuatu yang lebih bermanfaat dan pasti? Serahkan kepada tuhan akan apa yang kita runsing dan bimbangkan kerana Dialah sebaik-baik tempat berserah.

Firman Allah swt:

“Dan demikianlah Kami bangunkan mereka agar mereka saling bertanya di antara mereka sendiri. Berkatalah salah seorang daripada mereka: “Sudah berapa lamakah kamu berada (di sini)?”Mereka menjawab: “Kita berada (di sini) sehari atau setengah hari.” Berkatalah (yang lain  lagi): “Tuhan kamu lebih mengetahui berapa lamanya kamu berada (di sini). Maka suruhlah salah seorang daripada kamu pergi ke kota dengan membawa wang perakmu ini dan hendalah ia lihat, manakah makanan yang lebih baik, maka hendaklah ia membawa makanan itu untuk kamu dan hendaklah dia berlaku lemah lembut dan jangan sekali-kali  menceritakan hal kamu kepada sesiapapun.”

(al-Kahfi: 19)

Lebih-lebih lagi dalam usia muda menjelang dewasa usahlah terlau bimbang akan bilakah akan bertemu jodoh? Siapakah yang akan menjadi jodoh? Bukan menafikan mahu pun menidakkan, boleh di cari dan di usahakan tapi bukan hingga membuatkan kita terpengaruh, hingga membuatkan kita alpa dan terlupa..

Tetapi janganlah kita lupa bahawa kematian itu adalah merupakan sesuatu yang pasti, yang mana ketibaannya tidak dapat dilambatkan walau sesaat, tidak dapat dicepatkan walau sedetik.

“Tiap-tiap umat mempunyai ajal, maka apabila sudah sampai ajalnya mereka tidak dapat mengundurkannya (melambatkan) barang sesaat pun dan tidak dapat (pula) memajukannya (mempercepatkannya).”

 (al-A’raf: 34)

Lebih baik kita membuat persiapan dan persediaan untuk yang sudah terlebih pasti untuk menempuh kehidupan di sana yang mana kebahgiaan dan kegembiraan yang abadi untuk semua, dalam masa yang sama turut membuat perapian dan persediaan yang sewajarnya untuk kita mengecapi kebahagiaan dan kenikmatan di sini.

Peringatan untuk diri sendiri jua….🙂

About Mada Hannan

Kadang-kala berkata tanpa kata itu lebih lancar, berhujah tanpa bersemuka itu lebih jelas, meluah tanpa bertentang mata itu lebih selesa umpama lancarnya air yang mengalir, tenangnya bayu yang bertiup, bebasnya burung yang terbang di awanan

Posted on October 16, 2012, in Tinta kehidupan and tagged . Bookmark the permalink. Leave a comment.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: