Cedoklah Hikmah dari pentas kehidupan

Orang yang cerdik akan mengubah kerugian menjadi keeuntungan, kegelapan menjadi cahaya, mengubah apa yang negative berlaku dalam diri dengan mencipta pandagan yang positif. Segala apa yang berlaku walaupun pahit dan sukar di terima tetapi cuba di ubah dengan kemampuan diri setelah mengubah persepsi bahawa sesuatu yang berlaku itu pasti ada hikmah dan natijah pada penghujungnya.

Sejarah telah melakarkan bahawa ramai di kalangan manusia yang hebat tidak pernah terlepas daripada ujian yang menempa ke atas hidupnya. Namun, walaupun ujian itu begitu getir dan tampak seolah-olah tiada harapan dan jalan keluar daripadanya, mereka menempuhinya dengan hati yang sabar, tabah, dan memasakkan kepercayaan dengan keyakinan yang tinggi terhadap perancangan dan perturan Ilahi bahawa tidaklah segala yang telah tertimpa ke atasnya itu berlaku dengan sia-sia, bahkan pasti ada pengajaran dan ganjaran pada penghujungya dengan syarat mereka tidak pasrah menyerah kepada Ilahi semata atas apa yang berlaku, tetapi cuba untuk merungkai hikmah dan mencari natijah disebalik semua yang berlaku.

  • Imam Ahmad bin Hanbal pernah dipenjara dan di hukum dera, tetapi keran dengan itu pula ia kemudiaannya menjadi salah satu Imam mazhab yang besar.
  • Ibn Taimiyyah pernah di penjara, tetapi dengan berada dalam penjara itulah ia telah banyak melahirkan karya-karya.
  • as-Sarakshi pernah di kurung di dasar perigi  selama bertahun-tahun lamanya, tetapi di dasar pergi itulah ia berhasil mengarang buku sebanyak 20 jilid banyaknya.

Begitulah dengan tertimpa suatu ujian dan musibah kepada kita, lihatlah daripada sisi pandang yang positif, padamkan kegelapan yang melemahkan dan membunuh inspirasi diri, tetapi cetuskan dan timbulkan motivasi dan iltizam untuk keluar dari terus diselibung dengan kegelapan.

Ketika seseorang menghamburkan kata-kata kesat kepada kita, kita hamparkan ukiran senyuman di bibir kita. Ketika seseorang membenci dan menjauhkan diri dari kita dengan 1001 persepsi yang di timbulkan, kita dekati dan hampiri mereka dengan 1001 kebenaran yang hakiki untuk memadamkan persepsi palsu yang diwijudkan. Ketika cacian dan  tohmahan yang diberikan, kita membalas pula dengan pujian dan kebaikan kepada mereka.

Tenanglah dan sabarlah dalam menghadapi  kesulitan dan keserabutan yang menimpa. Walau dilontar dengan tahi, kelak satu masa nanti pasti kita akan membalasnya dengan bunga mawar yang indah berseri.

“Diwajibkan atas kamu berperang, padahal berpeang itu adalah sesuatu yang kamu benci. Boleh jadi kamu membenci sesuatu, padahal ia amat baik bagimu  dan boleh jadi (pula) kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu, Allah megetahui, sedangkan kamu tidak mengethaui”

(al-Baqarah: 216)

Walau kita di himpit dengan sesuatu yang menyedihkan, jangan biarkan kita terus diselubungi dengan kesedihan, carilah  jalan keluar darinya, usahalah untuk membebaskan diri dari kemelut dan kemurungan kesedihan, tidak salah untuk kita bersedih andai ujian menimpa, tapi janganlah ia berlarutan dan berpanjangan. Belum tentu semuanya adalah menyedihkan, tetapi pasti ada kebaikan yang tersimpan, secarah mentari memberi harapan setelah gelap gulita malam yang panjang. Panas pasti akan hadir selepas hujan yang mendatang. Cuma kita yang perlu bertahan…🙂

About Mada Hannan

Kadang-kala berkata tanpa kata itu lebih lancar, berhujah tanpa bersemuka itu lebih jelas, meluah tanpa bertentang mata itu lebih selesa umpama lancarnya air yang mengalir, tenangnya bayu yang bertiup, bebasnya burung yang terbang di awanan

Posted on October 5, 2012, in ~Coretan~ and tagged . Bookmark the permalink. Leave a comment.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: