Debu-Debu Riba..

Daripada Abu Hurairah r.a. berkata, Rasulullah saw. bersabda, “Akan tiba suatu zaman, tidak ada seorang juga pun kecuali ia terlibat dalam memakan harta riba. Kalau ia tidak memakan secara langsung, ia akan terkena juga debu-debunya”.

(Riwayat Ibnu Majah)

Ini adalah antara salah satu hadith yang terdapat dalam 40 hadith peristiwa akhir zaman.

Itulah reality yang berlaku hari ini. Mungkin istilah yang diguna pakai yang membuatkan ianya berbeza istilah, tapi tidak pada hakikatnya. Ada yang menggunakan istilah faedah, interest, bunga dan sebagainya, tampak \semuanya adalah tidak serupa tapi hakikatnya adalah sama lagi serupa.

Alhamdulillah pada hari ini, telah wujud sistem perbankan Islam yang telah memberi kemudahan kepada umat Islam sendirinya dan secara tidak langsung telah disambut baik dan digunapakai oleh non-Muslim sekali pun. Sama ada pinjaman wang untuk pendidikan, perumahan, pembelian dan hatta kepada pinjaman loan untuk perkahwinan sekalipun telah wujud. Mungkin bagi mereka seperti ini akan mempertikaikan bahawa sesungguhnya mereka telah bebas dan terselamat daripada riba. Benarkah??

Mungkin dari satu aspek dalam pengurusan dan perbelanjaan harta yang dilihat secara langusng adalah tidak mempunyai unsure  riba. Tetapi jika di telilti dan diperhalusi, maka kita akan sedar dan akui sama ada secara rela mahu pun terpaksa bahawa ‘debu-debu riba’ turut terkena pada diri kita.

Sebagai contoh, secara dasarnya pembinaan Jalan Raya sama ada pada peringkat Persekutuan, Negeri mahu pun Lebuhraya sakalipin adalah memerlukan kepada pinjaman kewangan untuk dijadikan modal, dan secara umumnya adalah pinjaman wang yang daripada bank konvensional yang telah tidak dapat dipisahkan daripad unsur riba. Dan kita sebagai pengguna, mahu atau pun tidak, terpaksa menggunakan kemudahan yang sedia ada ini. Bukankah dalam satu contoh yang mudah ini sudah dapat menjelaskan kepada kita bahawa hakikatnya pada zaman ini adalah kita tidak dapat terselamat dan bebas daripada unsur riba? Walaupun ianya mungkin tampak kecil, tapi realitinya itulah yang berlaku.

Begitu jua dengan contoh-contoh lain, antaranta termasuklah dengan Sistem Elektrik untuk pembinaan pencawang dan penyalurannya, sistem pengairan dan perpaipan dan lain-lain kebanyakan kemudahan asasi yang kita kecapi hari ini.

Firman Allah swt yang bermaksud:

“Orang-orang yang memakan harta riba tidak akan bangun (dari kubur mereka pada hari Qiamat) melainkan sepertimana bangunnya orang yang dirasuk syaitan dengan terhuyung-hayang kerana sentuhan (syaitan) itu. (Keadaan) itu adalah kerana sesungguhnya mereka telah berkata: ‘Sesungguhnya jual beli itu adalah sama sahaja seperti riba,’ padahal Allah telah menghalalkan jual beli dan mengharamkan riba. Oleh itu, sesiapa yang telah sampai kepadanya peringatan Tuhannya, lalu dia berhenti (daripada mengambil riba), maka apa yang telah diambilnya dahulu (sebelum pengharaman itu) adalah haknya (dan tidak boleh dituntut lagi). Urusannya terserah kepada Allah (untuk mengampunkannya ataupun tidak). Sebaliknya, sesiapa yang kembali (melakukan riba), maka itulah ahli neraka. Merka kekal di dalamnya.

(al-Baqarah: 275)

Dalam ayat yang lain pula, firman Allah swt yang bermaksud:

“Hai orang-orang yang beriman, bertaqwalah kepada Allah swt dan tinggalkanlah sisa-sisa riba (yang belum dipungut) jika kalian orang-orang yang beriman. Jika kalian tidak mengerjakannya, ketahuilah bahawa Allah dan rasul-Nya akan memerangai kalian. Jika kalian bertaubat, bagimu pokok harta kalian, kalian tidak menganiaya  dan tidak (pula) dianiaya”.

(al-Baqarah: 278-279)

Dalam sepotong hadith riwayat Ibn Abbas ra, Nabi saw bersabda yang bermaksud:

“Apabila zina dan riba telah menzahirkan diri di sesebuah kampung, mereka sebenarnya telah membenarkan diri mereka di azab oleh Allah azza wa Jalla.”

(Hakim dan Abu Ya’la)

Kenyataan ini bukan semata-mata terpateri dalam syariah Islam, tetapi dalam agama Yahudi pun di dalam perjanjian lama menyatakan:

“Bila saudaramu memerlukan, penuhilah, dan jangnalah meminta keuntungan serta manfaat daripadanya.”

(ayat 24, pasal 22, Exodus)

Dalam agama Kristian, Injil Lukas pula menyebutkan:

“Lakukan yang baik-baik, berikanlah pinjaman dengan tanpa mengharap pulangan keuntungan daripadanya. Bila hal itu kalian lakukan, ganjaran kalian sangat besar.”

(ayat 24-25, pasal 6)

Namun kemudiannya ada suatu rekaan yang dibuat-buat sehingga kata ‘saudara’ di atas ditafsirkan sebagai bangsa Yahudi, sehingga dalam Exodus 19-23 disebutkan ayat lain yang dapat dikatakan  sebagai ukran ganda (double-standard); “untuk orang asing, engkau pinjamkalah dengan mengambil riba, akan tetapi akan saudaramu sendiri, janganlah engkau pinjamkan dengan riba”.

Berbalik kepada ‘debu-debu riba’, reality yang berlaku pada hari ini tidak dapat tidak memang tidak dapat dielakkan. Tiada siapa pun yang dapat terlepas daripada cengkaman dan pautan ini.

Namun, Tuhan itu teramatlah Maha Pemurah lagi Maha Pengampun. Walau dosa kita menggunung tinggi, tapi rahmat dan keampunanNya adalah melangit luas. Selangkah kita rapat kepadaNya, seribu langkah Dia rapat pada kita. Walau kita sering kali alpa dan terlena dari mengingatiNya, namun Dia tidak pernah melupakan dan mengabaikan kita.

Beberapa cara untuk kita memohon keampunan kepada Tuhan yang Maha Pengampun lagi Maha Mengasihani. Beberapa pesanan dan nasihat yang disampaikan oleh Tuan Guru Dr Haron Din dalam salah satu sesi kuliah berkala beliau menyatakan, beberapa cara yang insya Allah dapat dimiliki oleh setiap di antara kita.

  • Bertaubat kepada Allah swt dengan sebenar-benar taubat dan taubat nasuha, mudah-mudahan Allah swt mengampunkan segala dosa-dosa yang telah kita lakukan.

Firman Allah swt:

Wahai orang-orang yang beriman! Bertaubatlah kepada Allah dengan taubat nasuha, mudah-mudahan Tuhan kamu akan menghapuskan kesalahan-kesalahanmu dan memasukkan kamu ke dalam syurga-syurga yang mengalir di bawahnya sungai-sungai, pada hari ketika Allah tidak mengecewakan Nabi dan orang yang beriman bersama dengannya; sedanag cahaya memancar di hadapan mereka dan di sebelah kanan mereka, sambil mereka berkata: ‘Ya Tuhan kami, sempurnakanlah untuk kami cahaya  dan ampunkanlah kami; Sesungguhnya Engkau Maha Berkuasa atas segala sesuatu.”

(at-Tahrim:8)

  • Janganlah lepaskan peluang keemasan tatkala Ramadhan al-kareem datang menyapa kita, penuhilah dan hiasilah ia dengan menjaga sehabis mungkin amalan yang wajib, memaksimakan amalan yang sunnah, mudah-mudahan Ramadhan itu tidak berlalu dengan sia-sia begitu sahaja, dapat meningkatkan martabat Taqwa kita serta meraih ganjaran yang tidak ternilai harganya.

Sabda Rasulallah saw yang bermaksud:

“Barangsiapa yang berpuasa dengan penuh keimanan dan berkira-kira, diampunkan dosa-dosanya yang lalu.” 

(Riwayat Bukhari)

Siapa yang berpuasa Ramadhan dengan penuh keimanan dan keikhlasan nescaya akan diampuninya segala dosanya yang telah lalu.

(Imam Nasai’e, Ibn Majah, Ibn Hibban dan Baihaqi)

  • Musim haji telah tiba kembali. Seruan untuk bertemu dan melangkah kaki ke rumah Allah swt ini bukanlah suatu yang mudah, apatah lagi pada hari ini dengan lambakan dan limpahan jemaah yang ingin menunaikan haji, semuanya perlu menunggu giliran masing-masing. Ada orang yang mempunyai kekuatan untuk pergi, tapi masih belum berkesempatan ingin ke sana dan sebaliknya. Ada yang sudah dimudahkan jalan dan urusan untuk melakasanakan rukun Islam ke-5 ini, namun pintu hidayah masih belum lagi terbuka untuknya. Namun bagi mereka yang berpeluang, rebutlah dan hargailah sebaik mungkin nikmat dan kurniaan ini.

“Sesiapa yang melakukan Ibadah Haji ke Baitullah dengan tidak mengucapkan perkataan keji, tidak berbuat fasik, dia akan kembali ke negerinya dengan fitrah jiwanya yang suci ibarat bayi baru lahir daripada perut ibunya.”

(Bukhari Muslim)

  • Mintalah orang yang alim dan wara’ untuk mendokan kebaikan dan kesejahteraan untuk kita, lebih-lebih lagi jika mereka berdoa di tempat-tempat yang mustajab. Sebagai contoh, Rasulullah s.a.w. sendiri pernah meminta Sayyidina Umar berdoa untuknya semasa beliau mengerjakan ibadat umrah., begitulah tawadduknya Baginda Mulia.

Dalam sebuah hadis disebutkan, bahawa Umar bin al-Khattab berkata: Ertinya: “Aku meminta izin kepada Rasulullah Shallallahualaihi wasallam untuk melakukan umrah. Nabi mengizinkan dan bersabda: Wahai Saudaraku, sertakan kami dalam doamu (ketika menunaikan umrah), janganlah
engkau lupakan kami.”

(Riwayat at-Tarmizi)

Moga-moga demikian dapat menghapuskan dan meleburkan segala ‘debu-debu riba’ yang terpalit pada kita. Aamiin..^_^

About Mada Hannan

Kadang-kala berkata tanpa kata itu lebih lancar, berhujah tanpa bersemuka itu lebih jelas, meluah tanpa bertentang mata itu lebih selesa umpama lancarnya air yang mengalir, tenangnya bayu yang bertiup, bebasnya burung yang terbang di awanan

Posted on October 1, 2012, in Tinta kehidupan and tagged . Bookmark the permalink. Leave a comment.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: