Hasrat murni “Mendirikan Masjid” yang sengaja ditransform menjadi kompleks

Pembinaan masjid merupakan sesuatu usaha yang amat murni dan merupakan antara amal kebajikan yang akan berterusan ganjarannya hinggalah dapat menambah kantung pahala kebaikan selepas kematian kita kelak.

Sama ada pembinaan masjid dalam ‘diri individu’ mahu pun pembinaan struktur bangunan masjid yang dijadikan sebagai tempat beribadah khusus untuk umat Islam di atas muka bumi ini.  Nikah ataupun berkahwin turut disama artikan dengan mendirikan masjid. Mungkin ini sekadar manis mulut bual bicara, manis tutur budi bahasa.

Sejarah perjuangan Nabi saw sendiri telah menukilkan bahawa ketika Nabi saw berjaya tiba di Madinah setelah menempuhi liku-liku dalam menulusuri perjalanan hijrah bersama Saidina Abu Bakar as-Siddiq, antara struktur yang terawal dibina adalah Masjid, bukannya rumah kediaman Nabi saw. Dalam sepotong hadith qudsi menjelaskan bahawa Nabi saw bersabda:

“Sesungguhnya rumah Ku di bumi adalah masjid-masjid dan para pengunjungnya adalah orang-orang yang memakmurkannya”

Firman Allah swt yang bermaksud:

“Sesungguhnya yang memakmurkan masjid-masjid Allah hanyalah orang yang beriman kepada Allah swt dan hari kemudian, serta (tetap) mendirikan solat, menunaikan zakat dan tidak takut (kepada sesiapa pun) kecuali Allah swt. Maka merekalah orang yang diharapkan termasuk golongan yang menerima petunjuk”.

(at-Tawbah: 18)

Namun, berbalik kepada keadaan masa dan semsa pada hari ini, sama ada dalam konteks pembinaan masjid dalam ‘diri individu’ mahupun pembinaan struktur masjid yang akan dijadikan tempat beribadah, urusan yang mudah sengaja di susahkan, perkara yang ringkas di rumitkan. Sama ada dalam konteks pembinaan ikatan rumah tangga atau pun dalam pembinaan bangunan masjid, segalanya menjadi rumit dan sukar hanya kerana sifat manusia itu sendiri yang suka menyusahkan dan disusahkan.

Sebagai contoh, dalam kerangka pernikahan dan perkawinan yang begitu sinonim dengan frasa ‘mendirikan masjid’, hakikatnya merupakan sesuatu yang mudah. Islam tidak pernah membebankan dan menyukarkan penganutnya. Sabda Nabi saw yang bermaksud:

“wahai para pemuda, sesiapa yang diantara kalian yang mampu menikah, silakan dia menikah, kerana dia lebih dapat memejamkan maa dan menjaga kemaluan”

(riwayat Bukhari)

Dalam hadith yang lain pula, Nabi saw bersabda yang bermaksud:

“Jika datang kepada kalian orang yang kalian redha  dengan agama dan akhlaknya, maka nikahkanlah ia. Jika tidak, ia akan berlaku fitnah di bumi dan kerosakan yang besar.

Apa yang menjadi kompleks pada hari ini adalah kerana sifat yang terlalu taksub dan terikut dengan arus kemodenan yang mana secara dasarnya perkara ini bukanlah wajib sekalipun. Sebagai contoh, wang hantaran yang terlalu tinggi hingga mencecah puluhan ribu, persiapan majlis perkahwinan yang menghamparkan berbelas-belas khemah yang mewah, serta di tambah dengan budaya sesi penggambaran pengantin yang melibatkan hingga beberapa pasang pakaian pengantin, hakikatnya hanyalah satu tindakan yang membazir. Perkara yang sepatutnya menjadi antara titik awal dalam kehidupan sepasang mempelai yang baru sahaja terikat dengan ikatan perkahwinan sepatutnya menjadi sesuatu yang barakah, tetapi akhirnya terjerumus ke dalam lembah pembaziran dan penghinaan.

Bukankah Allah swt telah berfirman yang bermaksud:

“Janganlah berlebih-lebihan. Sesungguhnya Allah swt tidak menyukai orang yang berelebih-lebihan.”

( al-A’araf: 31)

“Kebanyakan perempuan yang berkat perkahwinannya ialah mudah (rendah) perbelanjaan (mahar)”.

(riwayat Ahmad dan al-Hakim)

Namun bagi mereka yang berkemampuan, mungkin ia tidak menjadi masalah, tapi bukankah dengan langkah berjimat-cermat itu lebih dituntut dan digalakkan?

Nabi saw pernah bersabda kepada Abdul Rahman bin ‘Auf ketika ia bernikah yang bermaksud:

“Adakanlah walimah sekalipun dengan seekor kibasy.”

(riwayat Bukhari)

Bukanlah hadith ini perlu difahami secara literal semata, iaitu wajib untuk meyembelih seekor kibasy dalam majlis walimah ‘urs, tapi apa yang tersembunyi disebaliknya adalah peri pentingnya untuk mengadakan majlis berdasarkan kapasiti dan kemampuan seseorang itu hingga tidak perlu membebankan mereka dalam keadaan semasa mahupun pada masa yang mendatang. Hinggakan Nabi saw sendiri pernah mengadakan walimah ketika menikahi Shafiyah dengan hais (kurma yang dibuang bijinya dan dicampuri dengan keju dan tepung gandum. (riwayat Bukhari).

Namun, janganlah dengan alasan yang sebegini mudah melatakkan anak muda khususnya untuk bernikah muda khususnya dalam fenomena pada hari ini, bukanlah perkahwinan itu hanya berlandaskan cinta berahi, nafsu syahwat semata yang begitu indah dirasakan ketika indahnya percintaan. Amat malang lagi hina bagi siapa yang meletakkan agama sebagai candu dalam memenuhi dan merealisasikan kepentingan peribadinya.

Pergi pula kepada hakikat sebenar untuk mendirikan sebuah organisasi dan institusi masjid, pada hari ini usaha dan niat murni ini sering tergendala dan terencat perlaksanaannya kerna dek masalah yang ditimbulkan sendiri oleh manusia. Hanya nama sahaja berada dalam sebuah negara Islam, namun tidak ubah seperti fantasi. Realitinya adalah sangat mendukacitakan.

Dek kerna karenah birokrasi yang menebal, budaya tender atas tender, pengaruh perbedaan pegangan dan pemahaman parti politik, kroni yang mementingkan kerabat sendiri, dan segala bentuk halangan dan kesukaran yang sengaja di cipta dan ditimbulkan, akibatnya telah mematikan hasrat murni dan melemahkan niat ikhlas sebahagian orang dan jawatankuasa yang telah bersengkang mata, memerah keringat dalam usaha untuk membina rumah Allah swt di atas muka bumi ini.

Sebagai contoh, untuk pembinaaan Masjid Jamek Kompleks Pertanian Serdang atau lebih dikenali dengan Masjid Mardi yang telah melancarkan dana dan memerah tenaga untuk membina masjid baru yang telah bermula semenjak 2008, hingga kini proses pembinaan masjid baru masih tidak dapat dijalankan. Terbaru, pelan pembinaan masjid tidak dapat diluluskan oleh oleh Pihak Perbandaran Subang Jaya hanya dengan alasan tiada pili bomba di kawasan tapak baru masjid. Walhal, ini tidak ubah seperti ‘masalah teknikal’ yang sengaja ditimbulkan dan dicetuskan. Sedangkan sepatutnya dengan pelaburan awal modal yang disumbangkan sepatutnya proses pecah tanah telah dapat di lakasanakan.

Begitu jua dengan pembinaan masjid-masjid dan surau-surau lain yang mana proses pembinaannya tertangguh adalah kerna masalah teknikal yang sengaja ditimbulkan. Hanya kerana Masjid baru yang dibina adalah dipengaruhi oleh ‘mereka yang berdarah hijau’ bahkan Masjid yang bakal di bina itu menyampaikan syariah dan dakwah kepada masayarakat sekeliling tanpa sebarang prejudis dan tidak dikongkong oleh mana-mana kepentingan parti politik, tetapi banyak menghentam, menegur dan kelihatan menenatang kerajaan, segala proses sengaja dirumitkan, disukarkan, dipayahkan. Sama ada dapat terima atau tidak, tapi inilah hakikatnya yang sering kali berlaku dalam reality pada hari ini.

Dalam sepotong Hadith Qudsi, Rasulallah saw bersabda:

“Barangsiapa yang mendirikan masjid kerana Allah swt walaupun hanya sebesar tempat burung bertelur, nescaya Allah swt akan mendirikan baginya sebuah istana dalam syurga”.

Selain itu, dalam sepotong Hadith Quds yang lain yang diriwayatkan oleh Uthman bin Affan ra, bahawa Nabi saw bersabda yang bermaksud:

“Barangsiapa yang membanngunkan kerana Allah swt akan masjid, yang kecil atau besar, nescaya dibangunkan Allah swt baginya akan rumah disyurga kelak.”

Namun bagaimana pula untuk kita yang khususnya golongan marhein ini hendak membantu? Cara paling mudah adalah dengan terus menghulurkan bantuan kewangan, untuk menambah dana pembinaan masjid dan surau yang baru. Jika tidak sekalipun, dapat digunakan untuk menggerakkan program pengajian serta menanggung kos maintanence setiap bulan. Mudah-mudahan dengan usaha kita yang menghulurkan tangan memberikan bantuan walaupun tampak kecil pada mata kita, moga-moga ia dapat menjadi antara sedeqah jariah yang terus mengalir ke dalam amalan kebaikan dan kebajikan kita hinggalah kita tiada lagi di dunia ini. Aamiin…

About Mada Hannan

Kadang-kala berkata tanpa kata itu lebih lancar, berhujah tanpa bersemuka itu lebih jelas, meluah tanpa bertentang mata itu lebih selesa umpama lancarnya air yang mengalir, tenangnya bayu yang bertiup, bebasnya burung yang terbang di awanan

Posted on September 29, 2012, in ~Coretan~ and tagged . Bookmark the permalink. 2 Comments.

  1. bg perempuan dye nk kawen krn nk pastikan kehidupan dye x dbebani dosa…tapi nape bnde 2 jd sukar???

    • bila mana adat telah serasi dengan syariat, merumitkan proses yang pada dasarnya mudah & cepat.. bukan mudah nk perbetulkan persepsi masyarakat lebih2 lagi bila benda macam ni dah berakar umbi sejak lama, so, moga kita yg mempunyai kesedaran ini terus tabah untuk membuat pencerahan, samping serta meminta pertolongan kekuatan dariNya..mudah-mudahan…

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: