Sekilas pandangan mengenai Pilihan Raya Campus di bumi hijau ini

Suasana Pilihan Raya Kampus (PRK) di UPM sedikit berbeza dari university lain khususnya di lembah Klang. Sementara proses Jawatankuasa Pilihanraya (JKP) yang dilihat telah berubah menjadi adil dan bertambah matang merupakan satu anjakan paradigm yang positive yang seharusnya di sambut baik oleh warga campus dan mereka yang bertanding khususnya. Beberapa perubahan besar yang berlaku dalam masa yang singkat ini, dengan beberapa keputusan yang mungkin dilihat agak drastic yang diambil oleh mereka yang selama ini telah berkecimpung dalam gelanggang politik campus di UPM ini sendirinya.

Buktinya, bila mana Presiden PMI UPM, Saudara Hazim Mohd Noh secara jelas telah menyatakan bahawa PMI UPM tidak mengeluarkan sebarang tiket calon kepada ahli mahu pun pimpinan PMIUPM untuk bertanding dalam PRK, sementara mereka pula tidak menyekat dan terpulang pada ahli dan pimpimam sama ada mahu bertanding mahu pun tidak. Manakala sahabat setianya Pro-Mahasiswa, diketuai oleh saudara Tarmizi Anuwar pula kelihatan hanya menyambut baik perubahan yang dilaksanakan oleh Jawatankuasa Pilihanraya JKP.

Manakala berada lagi pada sebelah pihak yang lain, iaitu jentera Pro-Aspirasi yang diketuai oleh Saudara Muhammad Arif Baba dengan serta merta telah menarik diri dari kumpulan Pro-Aspirasi dan mengubah perjuangannya bersama beberapa teman seperjuangan yang lain untuk menubuhkan Siswa Penggerak University (SPU). SPU adalah gerakan dari pelajar kepada pelajar tanpa dipengaruhi oleh mana-mana entiti atau parti politik dari dalam dan luar kampus.

Inila analisis ringkas yang dapat dinyatakan, tanpa perlu menyelediki apakah yang berlaku pada peringkat dalaman partisapasi yang berkecimpung ini, tidak terus merungkai konspirasi yang tersembunyi. Hakikatnya jika teruskan usaha untuk mencari punca berlakunya pasti akan ditemui 1001 alasan yang dirasakan wajar atas tindakan yang pihak mereka lakukan.

Manakala dalam bab yang lain pula, kehangatan berkempen lebih-lebih lagi menerusi media elektronik yang buat julung kalinya dibenarkan secara sah pada tahun ini telah membuat satu lagi anjakan paradigm. Hakikatnya di UPM ini, berkempen secara maya adalah dilihat lebih hangat berbanding kempen secara nyata. Mungkin ini adalah salah satu petanda suasana di UPM sedang bersedia untuk merubah dalam mendepani arus kemodenan yang lebih bersifat futuristic serta secara tidak langsung alam usaha menjadikan budaya mesra alam sekitar dengan penjimatan kertas yang digunakan bagi tujuan berkempen (Mungkinkah.?). Walaupun tidak dinafikan masih ada mereka yang berkempen secara manual.

Kempen di alam maya yang banyak di bantu oleh rakan-rakan yang lain. Kenalan dalam PMI membantu untuk mempromosikan calon yang bertanding yang jua merupakan ahli PMI sendiri, begitu jua sebaliknya dengan SPU. Di tambah pula dengan raut wajah yang tampan, cantik, serta mimic muka yang penuh dengan keyakinan, diserikan dengan beberapa posting yang catchy dalam usaha untuk menarik perhatian mahasiswa.

Jika memiliki raut wajah yang tampan, muka yang cantik itu adalah satu pemberian dan anugerah dari tuhan kepada mereka. Hakikat yang lebih penting adalah sejauh mana individu yang bertanding ini kelak memiliki credibility kepimpinan yang mampu menjadi ‘hamba’ kepada mahasiswa untuk membawa suara dan isu mereka kepada pihak pengurusan dan yang sepatutnya?

Jika calon pernah terlibat dalam bidang kepimpinan sama ada pada peringkat matrikulasi, Diploma dalam persatuan mahu pun kelab, sedikti sebanyak ini telah menjadi flatform kepada mereka untuk bergerak kerja kelak. Bagi mereka yang belum pernah memiliki sebarang pengalaman, ini merupakan satu cabaran yang besar yang perlu ditempuhi oleh mereka. Hakikatnya, secara nyata mahu pun tidak saya yakin dan percaya, setiap calon yang bertanding ini telah mempunyai visi dan misi tentang apa yang mereka bakal perjuangkan jika ditakdirkan mereka menang.

Secara jujurnya, adalah saya amat mendambakan seorang pemimpin dalam MPP kelak yang mana menjulang syariat Allah (bagi calon Muslim) dan menjaga kebajikan mahasiswa (bagi semua calon). Saya amat rindu untuk melihat pemimpin yang Muslim ini dapat bersama dengan warga univserty dalam mengimarahkan masjid, menjaga solat fardhu yang menjadi tunjang kepada agama, bergaul sosial secara rata dengan pelajar tanpa mengkelaskan diri mereka sendiri. Mudah-mudahan dengan tertegaknya syariat Allah dalam diri pemimpin Muslim itu, selaras dengan menggalas beban tanggungjawab sebagai seorang pemimpin pelajar kelak.

Apa yang saya sangat risaukan adalah sambutan dan penerimaan mahasiswa sendiri terhadap PRK ini. Di mana secara semulajadinya persepsi dan penerimaan mahasiswa terhadap kancah poilitik ini walaupun diperingkat campus adalah berada pada paras marabahaya. Ini belum lagi menyentuh kepada isi nasional mahupun global. Di tambah pula dengan kehadiran pelajar tahun pertama yang kebanyakannya adalah tidak pernah menceburkan diri mahu pun mengetahui tentang politik di campus ini.

Perubahan yang dilaksanakan oleh JKP antaranya termasuklah penambahan jangka masa untuk berkempen sehingga 5 hari ini merupakan ruang dan peluang yang sangat baik untuk mahasiswa menganali siapakah calon mereka. Gunakan peluang ini untuk mengenali calon-calon MPP yang betanding. Saya yakin dan percaya calon sudah menyebarluaskan kempennya di alam maya, tetapi adalah sebaiknya mahasiswa mengenali calon ini secara berdepan dan besemuka. Walaupun tidak dapat mendegar penyampaian mandat manifesto mereka, tetapi kenalilah mereka di alam nyata sama ada dengan melihat dengan mata kepala sendiri mahupun mendengar dengan cuping telinga mereka sendiri. Ini adalah jauh lebih berkesan khususnya untuk mengenali dan menilai calon-calon umum.

Elakkanlah daripada mendengar dan terpengaruh daripada sebelah pihak sahaja. Sebagai seorang mahasiswa yang yang memiliki tahap kecerdikan dan kematangan yang tinggi, adalah sebaiknya menerima segala bentuk pandangan yang diberi oleh semua jenis calon, kemudian timbang tara dan nilailah dengan kebijaksanaan akal.

Hapuskanlah budaya hanya taqlid buta dengan mendegar sebelah pihak sahaja, atau yang lebih parah lagi adalah dengan tidak mengambil tahu dan langsung tidak mahu mengambil cakna dengan keadaan PRK yang sedang berlaku ini.

Kepada calon-calon yang bertanding, suka saya berpesan kepada diri sendiri bahawa

“Kepimpinan bukanlah asset yang boleh dibanggakan, tapi merupakan beban amanah yang perlu di galas dan dipersoalkan kelak”

Selamat menghadapi Pilihan Raya Campus kepada warga UPM..

About Mada Hannan

Kadang-kala berkata tanpa kata itu lebih lancar, berhujah tanpa bersemuka itu lebih jelas, meluah tanpa bertentang mata itu lebih selesa umpama lancarnya air yang mengalir, tenangnya bayu yang bertiup, bebasnya burung yang terbang di awanan

Posted on September 23, 2012, in ~Coretan~ and tagged . Bookmark the permalink. Leave a comment.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: