Fahami literal, selarikan waqie dalam menjaga maqasid Syariah

Rasulallah saw bersabda yang bermaksud:

“Setiap orang wajib mendengar dan mentaati dalam perkara yang dia sukai dan perkara yang dia benci, kecuali dia diperintah melakukan maksiat. Maka dia tidak boleh mendengar dan mentaati.”

(riwayat Bukhari dan Muslim)

Antara petikan ucapan sulung Saidina Abu Bakar ra apabila telah dilantik, beliau berkata:

“Hai Manusia, sesungguhnya aku dilantik pemimpin di kalangan kamu dan aku bukanlah orang yang terbaik, jika aku mentaati Allah swt, maka taatlah aku. Sebaliknya jika aku derhaka maka tiada ketaatan bagimu.”

Manakala antara petikan ucapan sulung Umar al-Khattab ketika dilantik menjadi khalifah kedua setelah wafatnya Abu Bakar ra, beliau berkata:

“Aku Umar al-Khattab bersedia untuk dituntut, jika aku berada dalam keadaan menyeleweng, dan bertindak kurang adil. Bantulah aku untuk menegakkan kemungkaran dan mencegah kemungkaran. Demikianlah,untuk cadangan dan pendapat kalian atau apa sahaja krtitikan, pintu rumah ku akan selalu terbuka”.

Imam al-Nawawi berkata:

“Para ulama telah berijma’ bahawa wajib mentaati pemerintah dalam perkara yang bukan maksiat, dan haram mentaatinya dalam perkara maksiat.”

Telah jelas bahawa ketaatan kepada pemimpin adalah berdasarkan kepada menyuruh kepada kebaikan dan mencegah kemungkaran. Pun begitu, terdapat jua beberapa istilah hadith yang mungkin padanya terdapat kekeliruan, lebih-lebih lagi bila mana pentafsiran hadith politik adalah di ambil secara literal, bukan secara intipatinya. Mereka mentafsirkan nas-nas politik yang berkaitan ketaatan kepada pemerintah secara mutlak tanpa memberi ruang kepada rakyat untuk bersuara apatah lagi memberi krtitkan kepada pemerintah.

Amat menyedihkan lagi mendukacitakan seolah-olah pentafsiran seperti ini diambil oleh pemerintah yang korupsi, yang secara tanpa sedar mengikut corak kuku besi dalam pemerintahan Islam. Bahkan mereka menjadikan hujah hadith dalam politik seakan-akan seperti syariah yang wajib perlu dipatuhi, sedangkan hakikatnya politik adalah tools untuk menyampaikan syariah.

Antara hadith yang sering kali dilaungkan kepada rakyat oleh pemerintag seperti ini adalah hadith Huzaifah ra:

‘Akan ada selepasku para pemimpin yang berpetunjuk bukan dengan petunjukku, bersunnah bukan dengan sunnahku, dan akan bangkit dalam kalangan lelaki yang jantung hati merekaseperti jantung hait syaitan dalam tubuh insan.” Kata Huzaifah: “Apa patut aku lakukan wahai Rasulallah saw, jika mendapati keadaan seperti itu?” maka jawab baginda saw: “Dengar dan taat kepada ketua meskipun belakangmu dipukul, hartamu diambil, dengar dan taatlah.”

(riwayat Muslim)

Hakikatnya Islam adalah bukan sekadar ritual agama tapi adalah mencakupi seluruh aspek kehidupan yang lebih dikenali sebagai THE WAY OF LIFE yang menjanjikan hak asasi secara holistic perlu dilaksanakan sama ada kepada Tuhan, Insan dan persektiran. Bayangkan bagaimana seorang yang ingin berjinak diri dalam Islam, tetapi bila dipaparkan dengan hadith yang dihujahkan dengan sedemikian, mama mungkin mereka akan mereka akan tertarik dengan keindahan Islam, bahkan mereka semakin jauh! Di manakah sabda Nabi saw:

“Sesungguhnya manusia apabila melihat perkara yang dzalim, namun tidak menghalang dengan tangannya, hampir Allah akan meliputi mereka dengan hukumNya.”

(riwayat Abu Daud, al-Tarmidzi dan al-Nasai dengan sanad yang sohih)

Jika hanya satu hadiith sahaja yang diketengahkan bahkan dihujahkan, maka akan wujudlah kepincangan bhakan boleh membawa kemdharatan kepada orang lain, bahkan di sana masih ada lagi hadith lain yang perlu djelaskan bersama agara tidak berlau kekeliruan dalam pentaksiran. Inilah yang  disebut Muskhil al-Hadith yang membahaskan hadith-hadith yang kelihatan bercanggahan.

Di manakah letaknya kesyumulan Islam yang membawa kepada kebahagiaan dan kesejahteraan sejagat. Mereka yang bangkit sebagai memberi teguran di katakan sebagai pengganas, langsung tiada dibuka ruang kepada mereka untuk menegur bahkan memberi nasihat. Sedangkan Nabi saw bersabda:

“Sesungguhnya binasa mereka yang sebelum kamu kerana mereka dianggap ‘mulia’ dalam kalangan mereka dmencuri dibiarkan. Apabila seorang yang lemah mencuri, mereka dilaksanakan hukuman keatasnya. Demi Allah! Jika Fatimah binti Muhammad mencuri maka akau potong tangannya.”

(riwayat Bukhari Muslim)

Dato Dr Mohd Asri Zainul Abidin dalam membentangkan kertas kerja di Menghoramti Pemerintah Di antara Literal dan Maqasid semasa K-Fiqh Politik Semasa 2012

Bahkan dalam memahami fiqh waqie dalam mentafsirkan ayat al-Quran dan al-Hadtih bukan hanya semata bergantung pada tulisannya semata, tetapi adalah lebih penting untuk memahami intipati dan intisari, memahami yang tersurat mendalami yang tersirat agar dapat di sesuaikan dengan keadaan masa, tempat dan zaman.

Hadith yang di atas mengenai taat dan patuh sekalipun harta dirampas dan dipukul, adalah untuk mengelakkan daripada timbulnya masalah yang lebih besar daripada masalah yang lebih kecil atau lebih dikenali dengan istilah Saddu al-Zaraa’i. Ini jelas di mana suatu ketika dahulu adalah di mana zaman yang terkenal dnegan budaya pertumpahan darah. Begitu jua dengan negeri yang dzalim yang mencengkam rakyat bawahan mereka dengan kekejaman kuku besi. Politik dan keadaan berubah, sesuai dengan perubahan zaman. Kebanyakan negara pada hari ini adalah dilindungi dengan perjanjian antarabangsa yang membawa dan mengetengahkan hak asasi manusia secara sejagat. Bahkan membantah pemeritnah dalam sebuah negara yang mengamalakn demokrasi secara aman walaupun secara zahirnya demokrasi yang diamalkan adalah sedikit tempang adalah dianggap sesuatu yang tidak dikira sebagai menentang negara kerana diiktiraf dan diterima oleh perlembagaan negara dan persetejuan antarabnagsa. Berbalik kepada konteks asal hadtih sudah berbeda. Islam bukanlah memberikan lesen kepada pemerintah untuk berbuat apa sahaja manakala rakyat wajib mendiamkan diri.

Lihatlah dalam sejarah sendiri telah menukilkan  bahawa Rasulallah saw sendiri telah membenarkan hukuman balas dijalankan ke atsanya. Ini disebut dalam hadith  ketika mana Rasulallah saw membetulkan saff dalam perang Badr dengan anak panah Baginda saw, lalu Baginda saw mencucuk perut Sawad bin Ghaziyyah, maka Sawwad berkata:

“Wahai Rasulallah! Engaku telah menyakitiku dan demi Allah swt yang mengutuskanmu dengan kebenaran dan keadilan, beriku untuk memabalasnya”. Rasulallah saw bersabda: “Balaslah.” Kata Sawwad: “Wahai Rasulallah saw! Ketika engkau mencucukku, aku tidak berlapik.” Maka Rasulallah saw pun menyingkap perut Baginda saw dan bersabda: “Balaslah”. Lalu Sawwad memeluk dan mencium perut Nabi saw. Baginda bertanya: “Mengapa engkau berbuat begini wahai Sawwad?”beliau menjawab: “Seperti yang engaku lihat, aku ingin saat aku akhir denganmu, kulitku menyentuh kulitmu.” Lalu Rasulallah saw pon mendoakan kebaikan untuknya”

Keadilan adalah hak untuk manusia sejagat tanpa mengira strata pangkat, warna kulit, tingkat gaji dan kaum kerabat. Begitu jua dengan kisah yang telah berlaku kepada Saidina Umar  ra dalam satu peristiwa, beliau telah berada di mahkamah untuk menjelaskan kedudukannaya terhadapa adaun rakyat kepadanya. Semasa tiba di mahkamah, Zaid bin Thabit yang menjadi Qadhi ketika itu, mula berdiri dan menghormatinya, tetapi dia telah mencegah Zaid daripada berbuat demikian, supaya orang ramai mengetahui bahawa kedudukannya adalah sama sahaja seperti orang lain yang bertemu di hadapan Qadhi. Ini bagi menyelasaikan masalah yang timbul antara baginda dengan Ubayy bin Ka’ab ra. Kemudian, setelah khalifah duduk bersama-sama di tempat duduk bersama dengan rakyat biasa berhampiran dnegan Ubayy bin Ka’ab yang menagdu. Dalam kes tersebut, Ubayy meminta supaya Khalifah mengangkat sumpah, tetapi Qadhi Zaid bin Thabit telah cuba memanafkannya  kerana jawatannya, lau khalifah Umar al-Khattab telah menegur Zaid dengan berkata: “Engaku tidak boleh menjadi qadhi yang adil sehinggalah aku ini menyamai orang biasa di hadapan mu.”

Rasulallah saw adalah seorang pemerintah bahkan merupakan seorang Rasul, tetapi telah mengizinkan dirinya di balas atas tindakannya, manakala Umar al-Khattab adalah antara khalifah yang paling adil dalam melaksanakan hukuman, bagaimana mungkin ada pihak pada hari ini menyatakan mereka tidak boleh dipertikai apatah lagi dipersoalkan hingga di bawa ke medan mahkamah, atau dibacarakan dengan seadilnya, adakah mereka lebih maksum!?!

Secara jelas, nas-nas yang berkaitan dengan politik adalah perlu difahami dengan melihat kepada teks dan konteks, memahami yang tersurat dan tersurat. Politik tidak lain hanyalah menjadi wasilah dalam menegakkan syariah, menjadi penghubung dalam meluaskan syariah,  demi untuk menegakkan maslahah dan menghalang mafsadah.

Dalam konteks, keadaan reality kita dalam hari ini, janganlah kita terlalu bersifat jumud dalam mentafsirkan hadith-hadith lebih-lebih lagi yang berkaitan dengan politik. Islam sentiasa meletakkan keharmonian dan kesejahteraan sejagat dengan mencakupi hubungan dengan makhluk tanpa meninggalkan peri pentingnya dengan khaliq. Jika merasakan terdapat sesuatu kemusykilan dalam mendengar nas-nas politik yang berkaitan politik, kaji dan nilailah semula kerana bidang politik adalah bidang yang diepnuhi dengn dhanni (pandangan yang perlbagai), tetapi apa yang pasti adalah demi menjaga kemaslahatn manusia sekeliling dalam mengurnagkan kemafsadan yang mana perlu disesuaikan dengan fiqh waqie  yang bertepatan dengan keadaan semasa, keadaan sekeliling kita sendiri.

(sedikit perkongsian yang di perolehi daripada  pembentangan Konvesyen Fiqh Politik Semasa 2012, semoga bermanfaat untuk semua)

About Mada Hannan

Kadang-kala berkata tanpa kata itu lebih lancar, berhujah tanpa bersemuka itu lebih jelas, meluah tanpa bertentang mata itu lebih selesa umpama lancarnya air yang mengalir, tenangnya bayu yang bertiup, bebasnya burung yang terbang di awanan

Posted on September 16, 2012, in Tinta kehidupan and tagged , . Bookmark the permalink. Leave a comment.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: