3 Yahudi yang diuji oleh Tuhan

Saban hari, pelbagai ujian yang berlaku kepada kita, kepada keluarga tersayang dan orang yang berada di sekeliling kita. Segalanya adalah secara langsung mahupun tidak boleh memberi pengajaran kepada kita.

Disebutkan dalam sepotong hadith yang panjang, terdapat 3 orang Bani Israel yang telah di uji oleh Allah swt dan hanya seorang sahaja yang melepasi ujian. Daripada Abu Hurairah ra, Nabi SAW telah bersabda yang bermaksud:

“Ada 3 orang daripada bani Israel yang menghidap penyakit. Pertama, kusta. Kedua sama sekali tidak mempunyai rambut (botak). Ketiga adalah buta. Allah swt berkhendak menguji mereka. Lalu, Allah swt telah mengutuskan malaikat kepada mereka.

“Ketika malaikat (dengan rupa manusia), mendatangi lelaki yang menghidap kusta, ia berkata: ‘Apakah yang paling engkau kehendaki?

Ia menjawab, ‘Warna kulit yang elok, kulit yang cantik dan semua benda-benda yang membuat manusia jijik kepada ku menjadi hilang.’

Malaikat tadi mengusapnya, lalu penyakit itu pun hilang. Orang itu memiliki kulit yang bagus.

Malaikat kembali bertanya: ‘Harta apa yang paling engaku sukai?’

Ia menajwab: ‘Unta’

Dengan itu ia memberikan seekor unta betina yang sedang hamil. Malaikat itu mendoakan: ‘Semoga Allah swt memberkati harta mu’.

Kemudian malaikat bertemu dengan si botak dan bertanya kepadanya: ‘Apa yang paling engaku kehendaki?’

Si botak menjawab: ‘Rambut yang cantik dan segala sesuatu yang membuat manusia berasa jijik kepada ku menjadi lenyap’.

Kemudian malaikat mengusap tangannya, penyakit itu pun menjadi lenyap. Setelah itu, malaikat bertanya lagi: ‘Harta apakah yang paling kau cintai?’

Ia menjawab: ; ‘Lembu’.

Lalu malaikat itu memberikan lembu yang sedang bunting.Malaikat juga mendoakan untuknya: ‘Semoga Allah swt memberkatimu dalam harta ini’

Kemudian malaikait bertemu dengan si Buta dan bertanya kepadanya: ‘Apakah yang paling engaku kehendaki?’

Ia menjawab: ‘Allah swt menyembuhkan mataku dan Allah menyembuhkan sepasang penglihatanku.’

Malaikat bertanya: ‘Harta apa yang paling engkau cintai?’

Ia menjawab: ‘Kambing.’

Malaikat pun memberikan kepdanya seekor kambing yang sedang bunting. Kambing itu melahirkan 2 ekor anak. Seekor daripadanya adalah hamil (dan begitulah seterusnya).’

“Tidak lama kemudian orang pertama ( bekas si kusta) memiliki 1 lembah unta, orang yang kedua (bekas si botak) pula memiliki 1 lembah lembu, dan orang yang ketiga (bekas si buta) memiliki 1 lembah kambing.”

“Kemudian, malaikat bertemu semula dengan mereka bertiga ini. Malaikat  yang dalam kedaan kelihatan berpenyakit kusta bertemu semula dengan orang yang pernah menghidap penyakit kusta itu. Ia berkata: ‘aku adalah lelaki yang perlu dikasihani. Persediaan untuk bekalku dalam perjalanan telah kehabisan. Hari ini tidak ada lagi yang dapat aku gunakan untuk meneruskan perjalananku ini, kecuali aku memohon pertolongan kepada Allah swt kemudia meminta tolong kepada mu. Aku meminta atas namaNya yang telah mengurniakanmu dengan warna kulit dan kulit yang amat cantik serta telah mengurniakanmu harta, untuk bersedia memberikan aku seekor unta bagi meneruskan perjalananku ini.’

Ia hanya menjawab: ‘kewajipan dan tagihan (tuntutan) ku banyak sekali’.

Kemudian malaikat tadi berkata: ‘seakan-akan aku mengenalimu. Bukankah dahulunya kau jua menghidapi kusta dan dijauhi manusia serta dalam keadaan yang miskin lalu Allah swt mengurniakan mu harta?’

Ia menjawab: ‘Tidak! Aku kaya! Aku mewarisi ini daripada ayahku yang kaya!’

Malaikat menajwab kepadanya: ‘Jika engkau berbohong maka Allah swt akan mengubah engakau menjadi rupa yang asal dahulunya (penuh kusta).

“Setelah itu, malaikat itu memperlihatkan dirinya dalam keadaan yang botak pula lalu berjumpa dengan bekas si botak. Malaikat menjelaskan seperti yang telah diperkatakannya kepada bekas si kusta. Bagaimanapun jawapannya jua adalah menjelaskan perkara yang sama jua seperti apa yang dieprkatakan oleh si bekas si kusta sebelumnya. Maka malaikat akhirnya berkata: ‘Jika engkau berbohong, maka Allah swt pasti akan mengubah mu menjadikan rupa engkau yang dahulunya (kembali botak).

“Kemudian dalam keadaan buta, malaikat akhirnya pergi berjumpa dengan lelaki yang dahulunya pernah buta. Ia berkata: ‘aku adalah lelaki yang sangat perlu dikasihani. Persediaan bekalku untuk perjalanan telah kehabisan kecuali aku memohon pertolongan kepada Allah swt, kemudia meminta pertolongan kepada engkau. Aku minta atas namaNya yang telah menyembuhkan.’

Ia menjawab: ‘aku dahulu jua pernah buta. Kemudian Allah swt telah mengembalikan penglihatanku. Kerana itu, ambillah kambing biri-biri yang engkau suka dan tinggalkan apa yang engkau tidaku suka. Kerana sesungguhnya demi Allah swt aku tidak akan menghalang apa pun yang engkau ambil atas nama Allah swt.

Malaikat itu menjawab: ’Pegang kembali hartamu. Sesugguhnya engkau sekalian telah diuji oleh Allah swt. Allah swt telah meredhai engkau dan murka kepada 2 orang yang lain.

(riwayat Bukhari dan Muslim)

Kisah seperti ini amat sesuai untuk menjadi peringatan kepada ktia untuk mengingati kembali akan semua yang telah Allah swt kurniakan kepada kita. Itulah dia RABB yang telah menciptakan kita, mengurniakan rezkiNya, dan memberi hidayah iman dan Islam kepada kita. Dia jualah yang memuliakan kita dengan nikmt kurniaaanNya.

Sedarlah dan ingatlah bahawa sesungguhnya segala rezki dan harta yang ada pada kita adalah milik Allah swt. Kita adalah alat yang menjadi jambatan untuk menyalurkan harta yang dimiliki kepada orang faqir, miskin yhang jua berhak ke atasnya. Tiada siapapun yang akan membawa harta selepas kematiannya kelak, bahkan jika tidak di urus dengan baik, akan memporak-perandakan dan memusnahkan hubungan kekeluargaan kepada keluarga si mati.

“Dan berilah peringatan tentang hari penyesalan (Qiamat), (iaitu) ketika segala perkara telah diputuskan. Dan mereka dalam kelalaian dan mereka tidak (pula) beriman. Sesungguhnya Kamilah yang mewariskan bumi dan semua yang ada di atasnya dan hanya kepada Kamilah mereka dikembalikan.”

(Maryam: 39-40)

About Mada Hannan

Kadang-kala berkata tanpa kata itu lebih lancar, berhujah tanpa bersemuka itu lebih jelas, meluah tanpa bertentang mata itu lebih selesa umpama lancarnya air yang mengalir, tenangnya bayu yang bertiup, bebasnya burung yang terbang di awanan

Posted on September 15, 2012, in Tinta kehidupan and tagged , . Bookmark the permalink. Leave a comment.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: