TUHAN dan kehidupan

Dari Umar radhiallahuanhu juga dia berkata : Ketika kami duduk-duduk disisi Rasulullah Shallallahu’alaihi wasallam suatu hari tiba-tiba datanglah seorang laki-laki yang mengenakan baju yang sangat putih dan berambut sangat hitam, tidak tampak padanya bekas-bekas perjalanan jauh dan tidak ada seorangpun diantara kami yang mengenalnya. Hingga kemudian dia duduk dihadapan Nabi lalu menempelkan kedua lututnya kepada kepada lututnya (Rasulullah Shallallahu’alaihi wasallam) seraya berkata: “ Ya Muhammad, beritahukan aku tentang Islam ?”, maka bersabdalah Rasulullah Shallallahu’alaihi wasallam : “ Islam adalah engkau bersaksi bahwa tidak ada Ilah (Tuhan yang disembah) selain Allah, dan bahwa Nabi Muhammad adalah utusan Allah, engkau mendirikan shalat, menunaikan zakat, puasa Ramadhan dan pergi haji jika mampu “, kemudian dia berkata: “ anda benar “. Kami semua heran, dia yang bertanya dia pula yang  membenarkan. Kemudian dia bertanya lagi: “ Beritahukan aku tentang Iman “. Lalu beliau bersabda: “ Engkau beriman kepada Allah, malaikat-malaikat-Nya, kitab-kitab-Nya, rasul-rasul-Nya dan hari akhir dan engkau beriman kepada takdir yang baik maupun yang buruk “, kemudian dia berkata: “ anda benar“.  Kemudian dia berkata lagi: “ Beritahukan aku tentang ihsan “. Lalu beliau bersabda: “ Ihsan adalah engkau beribadah kepada Allah seakan-akan engkau melihatnya, jika engkau tidak melihatnya maka Dia melihat engkau” . Kemudian dia berkata: “ Beritahukan aku tentang hari kiamat (kapan kejadiannya)”. Beliau bersabda: “ Yang ditanya tidak lebih tahu dari yang bertanya “. Dia berkata:  “ Beritahukan aku tentang tanda-tandanya “, beliau bersabda:  “ Jika seorang hamba melahirkan tuannya dan jika engkau melihat seorang bertelanjang kaki dan dada, miskin dan penggembala domba, (kemudian)  berlomba-lomba meninggikan bangunannya “, kemudian orang itu berlalu dan aku berdiam sebentar. Kemudian beliau (Rasulullah) bertanya: “ Tahukah engkau siapa yang bertanya ?”. aku berkata: “ Allah dan Rasul-Nya lebih mengetahui “. Beliau bersabda: “ Dia adalah Jibril yang datang kepada kalian (bermaksud) mengajarkan agama kalian “.

(Riwayat Muslim)

Hadith yang berkaitan dengan Islam, Iman dan Ihsan yang mana hadith ini telah diriwayatkan oleh

– Imam Muslim di dalam kitabnya al-Iman, hadith no 8,
– Imam at-Tarmidzi di dalam kitabnya al-Imam, hadith no 2738,
– ImamAbu Daud di dalam kitabnya as-Sunnah, hadith no 4 695
– an-Nasai dalam kitab al-Iman, hadith no 97/8.

Namun apa yang ingin ditekankan disini adalah berkaitan dengan ihsan menurut hadith ini. Ihsan adalah ikhlas dan itqan (keyakinan), iaitu semata-mata mengikhlaskan hati dalam beribadah dan menyembah kepada Allah swt yang Maha Esa dengan kesempurnaan yang yakin seolah-olah engkau melihatNya di waktu menyembahNya. Sekiranya tidak mampu berbuat demikian maka peringatkanlah diri bahawa sesungguhnya Allah swt sedang menyaksikan engkau dan Dia melihat apa yang ada pada kamu sama ada kecil mahupun besar.

Merasai kehadiran Allah swt dalam kehidupan seharian kita sama ada dalam melaksanakan amalan wajib mahupun segala aktiviti seharian bukanlah perkara yang mudah. Lebih-lebih lagi bila mana diri kita telah di adaptasi dengan arus pemodenan secular yang telah berjaya menguasai dan memenuhi ruang pemikiran kita kebanyakannya pada hari ini adalah seolah-olah hanya merasakan Allah swt berada dengan kita ketika dalam waktu solat sahaja khususnya, tidak dalam waktu yang lain selain daripada solat teramasuklah diri sendiri ini sebenarnya.

Berbalik kepada reality dan persekitaran kita pada hari ini. Antara TUHAN dan HANTU adalah yang kita takutkan namun dalam perspektif dan pengertian yang berbeda.

Kebanyakan antara kita adalah lebih takutkan HANTU berbanding TUHAN walaupun hakikatnya kita semua beriman kepada TUHAN yang satu. Mengapa ini berlaku?

Pepatah Melayu menyebut, hendak melentur buluh biarlah daripada rebungnya yang bermaksud jika hendak mendidik anak hendaklah bermula semenjak kecil lagi, bahkan jika ditelusuri dengan lebih mendalam lagi, proses mendidik anak bermula lebih jauh sebelum itu, bukan semasa dalam kandungan, tetapi sebelum memilih siapakah yang akan menjadi pasangan hidup.

Peribahasa ini adalah cukup indah namun sering kali kita dalam masyarakat Melayu khususnya telah meletakkan dan mengaplikasikan perkara ini pada tempat yang tidak sepatutnya.

Bayangkan semenjak kecil lagi, kita semua telah ditakutkan dan dimomokkan oleh orang tua takut kepada hantu. Sebagai contoh semasa kita masih kanak-kanak dalam usia 2-3 tahun, orang-orang tua selalu menakutkan kita dengan pelbagai jenis hantu, untuk memastikan anak mereka tidak ke dapur lebih-lebih pada waktu malam, “Jangan ke dapur taw, nanti ada momok kat sana”. Situasi ini Nampak kelakar bukan, tapi inilah sebenarnya secara tidak sedar yang berlaku kepada kita. Menjelang dewasa pula selalu di pesan, jangan keluar malam Jumaat, nanti ada hantu kat luar sana. Amat mendukacitakan perkara ini di ajar sendiri oleh orang tua, ahli keluarga mereka sendiri bahkan di tambah oleh masyarakat sekeliling yang hidup secara komuniti dengan mereka. Walaupun niat asal mereka baik, tapi dek kerna telah terbiasa telah dimomokkan dengan istilah HANTU semenjak kecil lagi, akhirnya hingga ke dewasa hatta sehingga ketua masih wujud kepada hantu.

Bahkan hingga ke hari ini, walaupun keadaan sekeliling yang telah moden dan boleh dikatakan infrastruktur kehidupan telah moden, namun hakikatnya perkara kuno seperti ini masih lagi terus diterapkan kepada anak-anak. Walaupun hakikatnya telah tinggal di kawasan bandar yang maju, namun budaya ini masih ada kerana terikut-ikut dengan budaya yang telah saban lama mencorakkan kehidupan kita. Bukanlah hendak dikatakan segala yang menjadi budaya itu adalah salah dan tidak boleh digunapakai, namun lihatlah kepada kewajaran dan kesesuaiannya untuk terus diaplikasi. Amat lebih mendukacitakan lagi bila mana industry perfileman yang semakin hari semakin galak menayangkan ceritera hantu.

Hakikatnya segala bentuk HANTU yang selama ini dimomokkan termasuklah Pocong, Toyol dan pelbagai lagi contoh yang lain yang tidak perlu disebutkan kerana semua sudah sedia maklum adalah jelmaan-jelmaan yang syaitan yang mungkin hanya digambarkan dalam benak pemikiran. Hakikatnya syaitan itu boleh menjelma dengan pelbagai rupa dan bentuk. Tambahan pula dengan arus pemodenan dalam penyampaian maklumat serta keluasan untuk mendalami ilmu agama dapat menjadikan kita adalah lebih celik agama dan sewajarnya terus dapat menambahkan kefaqihan kita dalam agama.

Sebaliknya, jika ibu bapa sendiri yang menerapkan nilai untuk takut kepada TUHAN kepada anak-anak mereka semenjak kecil lagi, di tambah pula dengan pemahaman tentang Islam yang ditanamkan berdasarkan kesesuaian peringkat umur si anak, manakala adik-beradik yang lain pun turut memainkan peranan serta masyarakat sekekeliling yang mempraktikkan dan menjadikan TUHAN dan agama antara topic perbualan sesama mereka, secara tidak langsung budaya takut kepada TUHAN itu telah ditanam dan diterapkan secara holistic kepada masyarakat sekeliling semenjak kecil lagi. Maka tidak mustahil kelak menjelang dewasa mereka akan dapat membudayakan rasa Allah swt memerhatikan mereka  dalam ibadah solat mereka, jika tidak rasa diperhatikan oleh Allah swt mudah untuk dihayati, seterusnya dapat merasakan kehadiran Allah swt dalam segala urusan kehidupan seharian kita, sekaligus berjaya memecah tembok secular yang memisahkan antara agama dan kehidupan setelah saban lama.

About Mada Hannan

Kadang-kala berkata tanpa kata itu lebih lancar, berhujah tanpa bersemuka itu lebih jelas, meluah tanpa bertentang mata itu lebih selesa umpama lancarnya air yang mengalir, tenangnya bayu yang bertiup, bebasnya burung yang terbang di awanan

Posted on September 11, 2012, in Tinta kehidupan and tagged . Bookmark the permalink. Leave a comment.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: