Keterbukaan dalam mencari kebenaran

Keadaan sekeliling kita pada hari ini tidak akan dapat dipisahkan daripada politik sebenarnya. Cuma definisi atau pun pemahaman seseorang individu sama ada terlalu tebuka mahu pun skeptikal memberikan pemahaman dan pengertian politik yang berbeda di antara kita.

Terdapat banyak faktor yang mungkin memadamkan minat seseorang untuk tidak berminat dengan politik, apatah lagi untuk terjun dan bermain dalam gelanggang politik. Setiap orang mempunyai hujah yang berbeda dan mungkin jua ada titik persamaan antara dengan yang lain.

Sebagai seorang mahasiswa dan jua sebagai remaja serta seorang yang memiliki kecerdikan minda kewarasan aqal saya berpendapat mungkin keadaan politik di bumi Malaysia mahupun di dalam suasana campus terlalu banyak ‘pencemaran’, ada yang melabel politik ini sebagai politik kotor, politik jijik, politik rasuah, politik seks dan pelbagai lagi istilah yang bila mana didengari istilah itu terus memadamkan minat kita. Ini jua yang saya alami sebenarnya.

Pelbagai definisi politik dan ini adalah antaranya yang boleh saya katakan, untuk berhujah dengan panjang saya bukanlah pakar bahasa. Politik adalah ilmu dan kemahiran. Ia merupakan ilmu kerana ia mempunyai prinsip-prinsip dan disiplin-disiplin tertentu yang keseluruhannya membentuk ilmu politik.

Kamus Dewan edisi ke-4 terbitan 2005 mendefinisikan politik sebagai ilmu pengetahuan berkenaan cara atau dasar-dasar pemerintahan. Ia juga dipanggil ilmu siasah (berasal daripada bahasa Arab) atau ilmu kenegaraan.

Menurut Qamus al- Mustalahat al-Siyasiyyat, Politik adalah kemahiran ilmu dan kemahiran. Ia merupakan ilmu kerana ia mempunyai prinsip-prinsip dan disiplin-disiplin yang tertentu yang keseluruhannya membentuk ‘ilmu politik’. Politik juga disebut sebagai kemahiran kerana ingin ditekankan bahawa dalam realiti perlaksanaannya ia tidak mungkin terhad kepada semata-mata melaksanakan undang-undang yang bersifat teori dan  tidak juga pada perlaksanaan sebenar kekuatan/kekuasaan, malah ia menuntut kepakaran tertentu yang diperolehi melalui pengalaman dan pengetahuan mengenai kaedah-kaedah praktikal yang tertentu.

Hakikatnya keinginan untuk berpolitik adalah fitrah semula jadi manusia. Bermula daripada sekecil urusan berkaitan dengan urus tadbir rutin kehidupan seseorang sehinggalah kepada sebesar-besar perkara termasuklah dalam urus tadbir sesebuah negara.

Saya berpendapat bahawa sewajarnya adalah perlu diri kita ini melibatkan diri ke dalam kancah politik. Kancah politik bukanlah bermaksud sehingga perlu berpatipasi dalam mana-mana persatuan, organisasi atau pun lain-lain. Tapi pada peringkat awal apa yang paling penting adalah kita perlu cakna kepada keadaan politik di sekeliling kita, jika sebagai mahasiswa caknalah dengan politik di campus, jika sebagai remaja caknalah dengan politik sekeliling dan sebagai seorang individu yang sudah matang bisa untuk membaik beza antara yang baik dan buruk caknalah dengan keadaan politik secara menyeluruh, meliputi tempatan dan antarabangsa.

Soal dalam memilih sumber manakah  untuk kita memperoleh atau mengakses maklumat berkaitan dengan politik terpulanglah kepada capaian dan kemampuan seseorang, jika dengan media cetak itu lebih mudah maka silakanlah. Tapi jika dengan media siber itu lebih mudah maka silakanlah. Bagi saya kedua-duanya adalah bagus tapi saya lebih baik kita berupaya untuk mengakses maklumat daripada media siber disebabkan keadaan pada hari ini di mana sebahagian media cetak adalah didominasi oleh sesetengah pihak dan memiliki kepentingan sendiri. Maka pilihlah jalan yang lebih mudah untuk kita memperoleh maklumat yang tepat dan padat.

Kemudian, ada pula yang akan pertikai, jika dia membaca media cetak sedemikian, kemudian dia akan terikut-ikut dengan apa agenda yang dibawa oleh media demikian, begitu jua dengan sebaliknya. Bagi saya biarlah dalam perkara itu. Biarlah wujud keterbukaan dan kebebasan dalam kita untuk memperoleh maklumat dan menilai. Bertepatan dengan konsep demokrasi yang selama ini kita pegang bukankah ini adalah salah satu intipati dalam demokrasi iaitu kebebasan dalam memilih dan membuat keputusan.

ASBABUL NUZUL AYAT 6

Ayat 6 surah al hujurat mengajar kita agar berhati-hati dalam menerima berita dari orang-orang fasik. Sebab nuzul atau turunnya ayat ini ialah bersempena kisah seorang muslim yang bernama al Walid bin Uqbah bin Abi Mu’id yang diutuskan oleh Nabi Muhammad salallahu alaihi wasallam untuk memungut harta sedekah dari Bani Mustaliq. Kemudian apabila beliau ke Kampung Bani Mustaliq, tiba-tiba beliau melihat penduduk kampung ramai-ramai keluar untuk menunaikan sedekah. Al Walid menyangkakan mereka sudah murtad lalu lari ke Madinah menghadap Baginda Nabi sallalahu alaihi wasallam, lau menceritakan apa yang berlaku. Setelah mendengar berita itu, baginda mengarahkan kerahan bala tentera untuk menyerang kampung Bani Mustaliq Baginda melantik Khalid al Walid sebagai pemimpin bala tentera. Khalid Al Walid bertindak menghantar perisik ke kampung tersebut untuk menyiasat apa yang berlaku. Sesampainya di sana, mereka terdengar suara azan dan melihat orang kampung menunaikan solat. Ternyata mereka tidak murtad sebagaimana didakwa oleh Walid bin Uqbah. Lalu Khalid al Walid dan bala tentera Islam kembali ke Madinah bertemu Rasulullah. Kemudian Allah menurunkan ayat 6 surah al hujurat sebagai teguran dan panduan buat orang beriman dalam menerima khabar berita dari orang fasik.

Berdasarkan ayat ini, Allah swt tidak mengharamkan ke atas kita sebagai umat manusia untuk menerima sebarang maklumat, walaupun daripada orangg fasiq. Tetapi adalah di serahkan kepada kebijksanaan kewarasan aqal kita untuk menimbang  tara, mengambil kira dalam membuat keputusan dalam kehidupan, yang tidak dikongkong dengan hawa nafsu, tidak didorong dengan taqlid buta.

Teruskanlah usaha kalian untuk mengenal dan merungkai kebenaran!

About Mada Hannan

Kadang-kala berkata tanpa kata itu lebih lancar, berhujah tanpa bersemuka itu lebih jelas, meluah tanpa bertentang mata itu lebih selesa umpama lancarnya air yang mengalir, tenangnya bayu yang bertiup, bebasnya burung yang terbang di awanan

Posted on September 6, 2012, in Tinta kehidupan and tagged . Bookmark the permalink. Leave a comment.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: