Bertindak bijak dalam mendepani khilafiyyah

Ramai yang berselisih pendapat dalam perkara yang khilaf dan ikhtilaf. Lebih-lebih masa kini yang perkara ini seolah-olah di pandang begitu besar dan sangat membimbangkan, bahkan kerisauan dan kebimbangan dalam mendepani perkara seperti ini melampau-lampau, hatta menjurus kepada budaya melabel, mencaci maki, mencerca akhirnya perpecahan yang bahkan apa yang menjadi faktor adalah dalam perkara furu’ (cabang), sedangkan banyak lain perkara asas dan pokok belum usai terlaksana.

Menurut Imam  al-Syatibi, al-khilaf adalah sesuatu yang lahir daripada hawa nafsu yang menyesatkan, bukan hasil daripada objektif Syarak yang mengikut dalil-dalilnya. Di sebabkan ia berpuca daripada hawa nafsu, maka ia tidak perlu diambil kira. Manakala al-ikhtilaf pula pada pandangan beliau bermaksud pendapat-pendapat terhadap masalah yang berlaku di antara dua pihak yang jelas bertentangan dengan ulama Mujathidin  disebabkan oleh sebahagian dalil-dalil yang tersembunyi dan tidak ditemui.

Hakikatnya, para ulama menggunakan khilaf dan ikhtilaf dengan makna yang sama sahaja iaitu

Sesuatu yang tidak disepakati oleh para fuqaha dalam masalah-masalah ijtihad tanpa memandang pendapat yang diperkatakan itu sama ada betul ata salah atau pun ganjil.

Islam tidak meminta untuk taasub kepada sesuatu pandagan yang mempunyai perbedaan dalam ikhtilaf. Di sebabkan ikhtilaf adalah lebih kepada dhanni (pandangan) yang mana hukumnya tidak terdapat secara qat’i berdasarkan al-Quran dan as-Sunnah.

jangan kita terlalu obsess dengan perkara ikhtilaf ini yang hanya akan dapat mencetuskan porak-peranda, kacau-bilau dan kecelaruan dalam masyarakat.

Raikan perbedaan padangan, hormati perbezaan pendapat dalam kebijaksanaan dan intelektual dalam mendepani isu dan perkara dalam masalah fiqah.

Berikut adalah beberapa adab yang di gariskan:

– Setiap individu seharusnya tidak bersifat terlalu taksub mazhab dengan taqlid buta, kerana mazhab bukanlah faktor untuk memecahbelahkan Islam, bahkan ia adalah suatu kaedah pentafsiran dan pemahaman Syariah yang mungkin wujudnya perbezaan di antara ulama mazhab, tapi matlamat akhirnya adalah untuk mengetahui hukum-hukum yang diturunkan oleh Allah swt untuk memudahkan kita yang berada di generasi kemudian ini khususnya.

– Jangalah kita merasa sempit dada, serabut kepala, dengan wujudnya banyak perbezaan dalam mazhab yang 4 utama khususnya. Inilah lumrah dan tabii bagi manusia. Bayangkan 1 analogy mudah, dalam sebuah kelas seorang guru menceritakan sebuah kisah kepada anak muridnya. Kemudian anak murdinya pula akan menceritakan kisah itu kepada orang lain dengan mungkin cara dan carita yang berbeza dengan faktor emosi, diri, mereka. Begitulah seterusnya. Bahkan kita boleh berbangga dengan perbezaan ilmu fiqh yang ditinggalkan kepada kita merupakan antara khazanah ilmu yang tiada ternilai harganya. Lihatlah betapa luasnya pemikiran dan penerimaan ulama dalam mazhab ini. Bahkan mereka tidaklah mencela dan mencerca sesama meraka, tapi kita pula yang sibuk!

– Kita wajib menghargai segala usaha yang dicurahkan oleh ulama Mujatahid dalam variasi mazhab ini. Kita menghormati mereka dan percaya sewajarnya mereka akan diberi pahala sama ada betul mahupun salah, kemudian kita berdoalah untuk kebaikan mereka.

– Kita boleh berkongsi dan berbincang dengan orang lain dalam masalah khilafiyyah, tapi janganlah kita memaksa mereka untuk menerima apa yang kita percaya itu. Analogy mudah, kita mungkin suka makan nasi, tapi kita tidak boleh memaksa orang yang tidak gemar memakan nasi untuk memakan nasi.

– Rapatkan jurang perbezaan, dapatkan titik persamaan, elakkan punca menaikkan api kemarahan, Tentanglah amalan khilafiyyah yang bercanggah hukum-hakam yang telah disepakati oleh para ulama, berdasarkan kaedah fiqhiyyah yang telah disebutkan oleh Imam al-Sayuti dalam bukunya al-Ashbah wa al-Nazaair menyatakan:

Tidak atau jangan dibantah sesuatu hukum yang berlaku khilaf dalam kalangan fuqaha. Dan sesungguhnya perkara yang perlu dibantah adalah perkara mungkar yang disepakati ulama atas pengharamannya.

– Beradablah dengan ulama terdahulu dan semasa yang berbeza pandangan dan pendapat dengan kita, jangan sekali berlaku celupar mulut, melemparkan tuduhan bidaah dhalalah ke atas perkara khilafiyyah. Ingat, sedarlah di tara mana ilmu dan kefahaman kita jika dibanding dengan mereka yang merupakan seorang yang begitu faqih dalam bidangnya.

– Janganlah menuduh individu yang mengamalkan amalan yang tidak sependapat dengannya sebagai sesat, pelaku bidaah, khurafat, dan lain-lain. Kerana setiap mereka ada hujah dan alasan yang dijadikan sandaran. Sebaliknya berbicang baiklah dengan mereka, bukankah itu dapat menambahkan ilmu kita, bukankah itu meluaskan kefahaman kita?

– Seseorang ustaz, imam, ulama harus bijak dalam menangani masalah khilafiyyah. Budayakan sifat hormat menghormati berbudi pekerti dalam menyatakan pandangan dan pendapat mereka kepada orang lain.

– Pendakwah yang bijak perlu memfokuskan kepada syarahan dan pengajaran utama kepada perkara pokok dan asas, seperti yang telah diungkapkan oleh Syeikh Abd al-Rasyid Redha:

Saling bantu-membantu antara kita dalam menegakkan perkara yang kita sepakati dan sefahami, dan saling bertolak-ansur dan bermaafan dalam urusan khilafiyyah.

– Mengelak daripada melakukan masalah yang dipertikaikan yang memang digalakkan berdasarkan kaedah fiqhiyyah:

Mengelak daripada perselisihan adalah digalakkan.

Utamakanlah Risau bimbang dalam masalah pokok, bukanlah menghalang untuk pertikai dalam membahaskan atau menceritakan tapi berlapang dadalah, bersifat terbukalah dalam merapatkan jurang perbezaan, meluaskan titik persamaan untuk menambah pengetahuan, meluaskan pemahaman. Insya allah. =­­)

About Mada Hannan

Kadang-kala berkata tanpa kata itu lebih lancar, berhujah tanpa bersemuka itu lebih jelas, meluah tanpa bertentang mata itu lebih selesa umpama lancarnya air yang mengalir, tenangnya bayu yang bertiup, bebasnya burung yang terbang di awanan

Posted on September 3, 2012, in ~Coretan~ and tagged . Bookmark the permalink. Leave a comment.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: