Selamat datang ke Menara Gading

Syukur, Tahniah dan syabas diucapkan kepada mereka yang telah berjaya melangkahkan kaki hingga dapat menjejakkan kaki ke IPTA. Berbeza latar belakang, ada yang lepasan daripada asasi, matrikulasi, STPM dan diploma. Namun akhirnya menjejakkan kaki jua hingga ke peringkat ijazah.

Mungkin ada yang mengeluh bukan IPTA pilihan yang ditawarkan. Ada jua yang mungkin terkilan kerana bidang pengajian yang diimpikan tidaklah sama apa yang ditawarkan. Mungkin ada yang terpaksa hingga ke seberang Sarawak dan Sabah atau mungkin sebaliknya. Pelbagai lagi permasalahan yang akan dapat ditimbulkan jika terus mencari permasalahan. Namun, pesanku adalah supaya bagi mereka yang berpeluang dan diberi ruang untuk melanjutkan pelajaran hingga ke IPTA, bersyukur dan hargailah sebaik mungkin apa yang sedia ada ini kerana hakikatnya ramai lagi mereka yang diluar sana tidak mendapat ruang apatah lagi diberi peluang seperti kalian.

Kebanyakan mereka yang menyambung pengajian daripada diploma kepada ijazah mungkin tidak berdepan dengan banyak masalah, dek kerna corak kehidupan dan pembelajarannya adalah hampir sama walaupun tidak serupa hakikatnya. Tapi bagi mereka yang daripada lepasan STPM atau pun asasi/matrikulasi mungkin bakal menempuh alam pembelajaran dan kehidupan yang berbeza dari sebelumnya. Tidak dapat dinafikan saban tahun ada sahaja mereka yang seolah-olah mengalami culture shock umumnya.

Saya bukanlah orang yang paling layak untuk memberikan garis paduan mahu pun tunjuk ajar kepada mereka yang masih freshy ini. Tapi cukuplah untuk saya kongsikan sedikit sebanyak apa yang telah saya lalui, perhati dan pelajari untuk beberapa tempoh ketika berada di university.

Tidak dapat tidak hakikatnya University merupakan antara zaman kehidupan yang memberikan ruang “kebebasan” yang luas kepada kita. Persoalannya adakah” kebebasan” yang diberi ini akan digunakan dengan sebebas-bebasnya dengan tanpa sebarang garis sempadan? Bebas melakukan apa sahaja dengan alasan kita telah menjangkau ke usia remaja yang tidak di wajar dikongkong?

Kebebasan yang wujud akan memberikan manfaat dan jua dapat mendatangkan mudharat jika tidak di uruskan dengan sebaiknya. Kita manusia yang dikurnia akal dan nafsu perlu bertindak dengan bijak, mengawal kehendak nafsu dengan dipandu akal yang sempurna bertepatan dengan syariat yang mana mungkin sudah sebati dengan adat dalam menjaga hubungan dengan insan serta memlihara hubungan dengan tuhan.

Kuatkan semangat, ingatkan diri dengan matlamat asal untuk ke university. Tekadkan jati diri. Teruskan pergantungan dengan tuhan dan bagi seorang muslim teruskan pergantungan dengan Allah swt. Janganlah hampakan dan kecewakan orang tua dan keluarga di kampong halaman. Alangkah bukan kepalang gembiranya mereka bila melihat anak mereka berjaya melangkah kaki ke university, apatah lagi jika kitalah sahaja anak mereka yang berpeluang dan berkesempatan, sementara yang lain tidak.

 Ingatlah, pendidikan bukanlah punca kepada segalanya untuk mencapai kebahagiaan dan kejayaan dalam hidup, tapi pendidikan boleh menjadi salah satu faktor untuk kita mengecapi kejayaan dan menikmati kebahagiaan dalam hidup.

Mungkin ramai yang terpaksa berjauhan dengan keluarga, tapi itu bukanlah alasan. Carilah teman dan rakan yang sesuai yang dapat mengingatkan kita ketika kita terleka, mengingatkan kita ketika terlupa, menyedarkan kita ketika terlena.

“Kawan yang soleh ibarat penjual minyak wangi. Jika dia tidak memberimu minyak wangi, kamu akan dapat mencium keharumannya. Sedangkan kawan yang buruk ibarat tukang besi. Jika kamu tidak terkena apinya, kamu tentu akan terkena asapnya.”

 (HR al-Bukhari)

Dalam kesibukan kita menimba ilmu pengetahuan di university, janganlah terus dipisahkan antara tembok secularism. Tidak dapat tidak kebanyakan sistem pendidikan di negara kita adalah terpisah antara aspek pendidikan dan ketuhanan. Begitu jua dengan sebahagian besar urusan kehidupan kita. Tapi janganlah kita terus terlena dan hanyut sama dalam arus secularism ini. Gunakanlah akal yang waras dan sempurna dengan sebaiknya untuk kita menemukan titik pertemuan antara agama dan ilmu yang ditimba. Kerana ISLAM bukanlah agama ritual semata, tapi ISLAM is THE WAY OF LIFE.

Sibukkanlah diri dengan aktiviti yang bermanfaat sama ada dengan berpersatuan, bersukan, dan apa sahaja yang dapat memberikan manfaat kepada kita lebih-lebih lagi dalam menimba sebanyak mungkin pengalaman dan ilmu pengetahun. Bukanlah ilmu pengetahuan itu dalam kuliah semata, tapi ilmu pengetahuan adalah mencapah dalam segenap aspek kehidupan. Sebarluaskanlah jaringan sosial dengan manusia, tanpa mengira perbezaan. Hakikatnya inilah yang akan memberikan kita ‘pengajaran dan pelajaran sebenar’ bila mula melangkah kaki ke alam pekerjaan kelak. Namun, jangan dilupakan ACADEMiC is always no 1!.

Janganlah takut untuk terus belajar dan terlepas pandang andai terbuat kesilapan. Di university adalah ruang yang terbuka seluas-luasnya untuk belajar, kadang-kala kesilapan yang berlaku akan lebih memberikan pengajaran kepada kita. Dan di universitilah peluang untuk
“membuat kesilapan”. Bila di alam pekerjaan kelak, tiada lagi istilah kesilapan yang dapat diterima.🙂

Inilah sedikit sebanyak apa yang saya dapat kongsikan kepada mereka yang freshy ini. Ampun maaf dipinta andai ada terkasar bahasa, Selamat memulakan hidup dan pengajian sebagai seorang siswa dan siswazah. =)

ALL DA BEST n GUD LUCK!

About Mada Hannan

Kadang-kala berkata tanpa kata itu lebih lancar, berhujah tanpa bersemuka itu lebih jelas, meluah tanpa bertentang mata itu lebih selesa umpama lancarnya air yang mengalir, tenangnya bayu yang bertiup, bebasnya burung yang terbang di awanan

Posted on August 29, 2012, in ~Coretan~ and tagged . Bookmark the permalink. 4 Comments.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: