Salahkah jika terus Single?

Saban hari akan kelihatan kata-kata atau pun nasihat berkaitan tentang perkahwinan. Lebih riuh rendah suasananya bila mana kata-kata seperti ini dipaparkan dalam laman sosial seperti Facebook, Blog, WordPress dan lain-lain. Tidak dapat dinafikan pula dengan jemputan menghadiri majlis perkahwinan sama ada jemputan tradisional dengan menghulurkan kad jemputan atau pun dengan create event di Facebook. Matlamatnya adalah sama untuk mewar-warkan kepada orang ramai tentang hari paling berbahagia dan bermakna untuk mereka.

Tambahan pula, kebelakangan ini budaya kahwin muda atau pun lebih sinonim dengan istilah kahwin semasa belajar begitu mendapat sambutan lebih-lebih lagi di kalangan anak muda mahasiswa dan mahasiswi yang masih lagi berada di menara gading. Pelbagai respons deterima, sama ada daripada golongan tua atau pun golongan muda dalam melontarkan pendapat dan hujah mereka tersendiri. Di saat kemungkaran dengan lambakan gejala masalah sosial di kalangan remaja dan golongan muda semakin memuncak, ketika itu jualah sinar kebenaran dalam membenteras kemungkaran akan terus tertegak.

Namun bagaimana pula dengan mereka yang masih hidup dengan membujang? Apakah tidak timbul keinginan di dalam diri mereka untuk memiliki keluarga dan mewujudkan suasana rumahku syurgaku? Adakah terlalu sukar untuk mereka untuk bertemu dengan cinta untuk mendirikan rumah tangga?

Persoalan yang terlalu subjektif bukanlah hanya memerlukan beberapa jawapan sahaja. Perkahwinan bukanlah perkara yang boleh dianggap enteng dan remeh. Sebaliknya perkahwinan yang didirikan pastinya didambakan akan terus membawa mereka untuk melayari kebahagiaan hingga ke akhirat kelak.

Mungkin mereka belum memiliki persediaan yang cukup sama ada daripada sudut rohani, jasmani, material dan lain-lain. Mungkin jua belum menemui pasangan yang dirasakan benar-benar secocok. Mungkin telah bertemu dengan pilihan hati tapi dalam masa yang sama tidak mendapat restu daripada pihak keluarga. Pelbagai jawapan yang akan timbul dan diperolehi jika terus mencari jawapan. Hakikatnya, janganlah pula kita terus melabel mereka dengan pelbagai gelaran jika kita tidak tahu apakah punca sebenarnya mereka masih lagi terus memilih untuk membujang.

Berbalik kepada hukum asal perkahwinan yang terdiri daripada 5 iaitu wajib, harus, sunnah, makruh, dan haram. Audit diri sendiri terlebih dahulu sebelum sibuk menilai orang lain. Muhasabah diri, BERMUSYAWARAH dengan insan, BERISTIKHARAH dengan tuhan.

Bahkan sejarah telah melakarkan bahawa ada di kalangan Imam dan ulama besar terdahulu yang tidak berkahwin hingga ke akhir hayatnya. Antaranya adalah Ibn Jarir al-Tabari (pengarang kitab tafsir), Imam al-Nawawi, Ibn Taimiyyah dan ramai lagi yang lain.

Mereka ini telah banyak memberikan sumbangan kepada kita untuk ummah yang terkemudian. Mereka telah bertemu dengan kebahagiaan dalam hidup mereka dengan memberikan sumbangan kepada masyarakat. Meskipun mereka tidak pernah mendidik anak sendiri kerana tidak mempunyai keluarga, tetapi mereka pernah membangunkan ummah dan mengasaskan beberapa institusi dalam mendidik anak murid mereka, bahkan hasil penulisan mereka dalam kitab-kitab yang berkaitan terus segar dan menjadi rujukan hingga ke hari ini.

Imam al-Ghazali dalam penulisan kitab beliau Ihya ‘Ulum ad-Din berpendapat sebaik-baik ulama memilih hidup tanpa kawhwin kerana kesibukan berkeluarga biasanya akan menjejaskan kehidupan sesorang sebagai ulama. Jika tidak dibimbangi menjejaskan kewibawaan sebagai ulama, maka berkahwin adalah lebih afdhal daripada terus membujang.

Adakah saya mengatakan tidak perlu berkahwin atau sebaliknya? Berbalik kepada diri sendiri dalam menilai keputusan yang besar seumpama ini. Timbang taralah keperluan dan kepentingan kepada diri dalam membuat keputusan tanpa tidak mengenepikan bermusyawarah dengan insan dan tidak lupa untuk berisitkharah dengan Tuhan dalam membuat keputusan, lebih-lebih lagi keputusan yang akan merubah dan mengubah sebahagian besar kehidupan pada masa akan datang. =)

About Mada Hannan

Kadang-kala berkata tanpa kata itu lebih lancar, berhujah tanpa bersemuka itu lebih jelas, meluah tanpa bertentang mata itu lebih selesa umpama lancarnya air yang mengalir, tenangnya bayu yang bertiup, bebasnya burung yang terbang di awanan

Posted on August 25, 2012, in Uncategorized and tagged . Bookmark the permalink. 11 Comments.

  1. penulisan yg baik… ^__^

  2. Idea yg sanagt bermanfat utk diri dan org lain. leh aku mtk utk di publishkan di artikel Jurnal Khalifah.

  3. sapitah tensai

    an alternatives in the midst of a chaos…

  4. berdosakah kita kalau kita tidak mendirikan rumah tangga kerana faktor kurang kemampuan dari segi kewangan? kerana ada sesetengah pendapat Rasulullah S.A.W tidak menganggap umatnya jika tidak mendirikan rumah tangga..

    • sy bukanlah orang yg selayaknya untuk memberikan keputusan, cuma sy sekadar mampu memberikan pandangan dengan sikit kefahaman sy..
      Berbalik kepada hukum asal perkahwinan, ada 5, wajib/ sunnah/ harus/ makruh/ haram. tanya pd keadaan diri..
      kewangan bukanlah faktor segalanya untuk membina rumah tangga, tetapi kewangan boleh menjadi faktor utama mendirikan rumah tangga. rezki boleh dicari, kewangan boleh ditambahkan dengan rumah tangga.. Jika perkahwinan yg benar2 ikhlas terbina di atas memenuhi tuntutan syariat, walaupun mempunyai kesukaran untuk mengukuhkan ekonomi keluarga, insya ALLAH akan dtgkn sakinah & mawaddah dalam rumah tgga.. berapa ramai org yg ada kewangan yg mantap, tetapi rumah tangga hampir binasa…
      hmm.. mmg betul ada hadith yg menyatakan sedemikian..
      Rumah tangga adalah sebahagian sunnah Nabi, namun banyak lagi sunnah yg lain yg boleh kita laksanakan untuk menjadi ummat Nabi..
      sedangkan ada sebahagiaan ahli sufi yg mana amalannya begitu banyak, tetapi memilih tidak berkahwin.. mereka selesa dgn demikian..
      bergantung kepada kemaslahatan dan keperluan diri..
      moga ALLAH terus merahamati.. wallahu’alam..

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: