Graduation University Ramadan

Tidak semua orang berjaya menjejakkan kaki ke menara gading. Alangkah bahagia gembiranya mereka yang mana permohonannya untuk melanjutkan pengajian hingga ke manara gading tercapai. Bertambah gembira bila mana menara gading yang menerimanya adalah yang diimpikan selama ini dan pengkhususan pengajiannya pula berada dalam list permohonannaya. Gembira bukan kepalang.

Namun, ingatlah bahawa berjayanya menjejakkan kaki ke university bukanlah SYARAT WAJIB untuk berjaya dalam hidup, walaupun pendidikan dan pelajaran mungkin boleh menjadi salah satu faktor penyumbang dan SYARAT PERLU untuk memperoleh kejayaan dalam hidup.

Namun sedarkah ketibaan RAMADHAN ini adalah sebenarnya merupakan jua peluang kita untuk melangkah kaki ke dalam university. Peluang di mana berjaya diraih oleh sesiapa jua selagi mana mereka bergelar sebagai MUSLIM.

Program pengajiannya adalah variasi dan bersifat holistik. Siang Malam dapat diisi dengan solat berjemaah di awal waktu serta membaca dan memahami al-Quran yang dijadikan sebagai pedoman, melazimi diri dengan reminder yang diberikan di surau dan masjid, memberi sedeqah dengan jiwa dan harta dengan kemampuannya. Sebelah siang dapat diisi dengan menahan lapar dan dahaga dan syahwat ke atas isteri bermula dari terbit fajar hingga terbenam matahari. Sebelah malamnya pula dapat dipenuhi dengan mendirikan solat terawikh. Markah bonus diberi bagi mereka yang dapat melaksanakan qiyamullail. Melunaskan zakat fitrah pula dalam usaha mengembalikan fitrah kita. Membayar zakat harta pula untuk menyucikan harta dan menambah keberkatan. Tidaklah akan mengurangkan apatah lagi mengikirkan harta kita! Segala amalan boleh menjadi amalan sunnah. Dan di 10 malam terakhirnya adalah berpeluang untuk memperoleh MALAM LAILATUL QADR merupakan antara bonus terbesar dalam university ini.

Perbetulkan kaca mata kita dalam menilai sesbuah perakara. Andai  graduation university kita pandang tinggi, kenapa pula tidak untuk graduasi university ramadhan. Dalam mengejar penilaian dunia, jangan sampai kita terus dikaburkan dengan ganjaran di akhirat.😉

Bonus bukan hanya di sini sahaja, tapi di sana jua menanti.

Diampunkan dosa-dosanya yang telah lalu.

عن أبي هريرة رضي الله عنه قال : كان رسول الله صلى الله عليه وسلم يرغب في قيام رمضان من غير أن يأمرهم بعزيمة ثم يقول : من قام رمضان إيمانا واحتسابا غفر له ما تقدم من ذنبه. رواه البخاري ومسلم وأبو داود والترمذي والنسائي.

Terjemahan;
Daripada Abu Hurairah RA katanya: Rasulullah SAW pernah menggalakkan sahabatnya berqiam Ramadhan tanpa menyuruh mereka dengan kesungguhan (yang menunjukkan wajib), kemudian sabdanya: “Barangsiapa yang berqiam Ramadhan dengan penuh keimanan dan ihtisab (mengharapkan redha dan ganjaran Allah) akan diampunkan dosa-dosanya yang telah lalu”. (HR al-Bukhari, Muslim, Abu Dawud, al-Tirmizi dan al-Nasa’i)

Kembali sepertimana hari ibunya melahirkannya.

حديث عبد الرحمن بن عوف: من صامه وقامه إيمانا واحتسابا خرج من ذنوبه كيوم ولدته أمه. رواه النسائي في الكبرى (11،295) والصغرى (2199)، وأحمد (1618، 1645) وابن خزيمة (2015) وابن ماجه (1331) والبيهقي في الشعب (3462).
Terjemahan;
Daripada ‘Abdur Rahman bin ‘Awf, sabda Nabi SAW: “Barangsiapa yang berpuasa Ramadhan dan berqiam Ramadhan dengan penuh keimanan dan ihtisab, ia akan keluar daripada dosa-dosanya sepertimana hari ibunya melahirkannya”. (HR al-Nasa’i, Ahmad, Ibn Khuzaimah, Ibn Majah dan al-Bayhaqi)

Seperti sedia maklum, university adalah tempat untuk kita menimba ilmu pengetahuan, namun apa yang lebih penting bagaimana hendak kita mengaplikasikan segala ilmu yang telah dipelajari dalam dunia sebenar usai daripada tamat pengajian. Dunia yang penuh cabaran menanti di luar sana.

Begitu jua dengan university Ramadhan. Usai memperoleh ijazah taqwa pada penghujung Ramadhan, tibalah masanya pula kepada aplikasi ilmu dan praktikal yang telah ditimba selama hampir sebulan lamanya. Mana mungkin tarbiyah dalam diperolehi hampir sebulan lamanya akan lenyap begitu sahaja jika segulung ijazah TAQWA sudah berada dalam genggaman.

Sudah bersediakan kita untuk menggenggam ijazah TaQWA yang akan ditauliahkan dalam masa beberapa hari lagi?

JOM kita audit iman kita dan membuat persiapan untuk 11 bulan mendatang untuk terus berusaha menggenggam ijazah TAQWA yang tiada tara nilainya😉

About Mada Hannan

Kadang-kala berkata tanpa kata itu lebih lancar, berhujah tanpa bersemuka itu lebih jelas, meluah tanpa bertentang mata itu lebih selesa umpama lancarnya air yang mengalir, tenangnya bayu yang bertiup, bebasnya burung yang terbang di awanan

Posted on August 16, 2012, in Tinta kehidupan and tagged . Bookmark the permalink. Leave a comment.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: