Penghayatan kita kepada al-Quran bagaimana

Tatkala Umar al-Khattab didengarkan dengan bacaan surah Taha bermula ayat 1 hingga ayat 14 yang dibacakan oleh adik perempuannya, Fatimah, lantas sinar hidayah mula menerangi hidup Umar al-Khattab. Bermula daripada seorang singa padang pasir yang begitu memusuhi Islam , berubah menjadi seorang pahlawan yang sanggup mempertahankan Islam hatta menggadaikan nyawa sendiri dan menjadi salah seorang daripada 10 sahabat yang dijanjikan Syurga oleh Allah.

Tatkala seorang warga German didengarkan dengan bacaan surah al-Waqi;ah bermula dari ayat 1 hingga ayat 6 oleh seorang syeikh ketika sedang menjamah makanan, lantas pancaran hidayah mula tertusuk dalam hatinya lantas melafazkan syahadah dengan serta merta tanpa keraguan lagi.

Tatkala seorang non-Muslim di tanah air dalam usaha untuk menyelami dan menerokai pedoman hidayah Allah swt, ketika dibacakan kepadanya surah al-Ikhlas ayat 1 hingga ayat 4 oleh gurunya, lantas terus dibukakan pintu hidayahnya oleh Allah. Kerana kecintaannya kepada Islam dan kesugguhannya dalam menyelami Islam akhirnya dia berjaya menjadi seorang pendawah kepada Muslim dan non-Muslim sendiri dengan menghafaz pelbagai ayat al-Quran dan al-Hadith bahkan lebih hebat daripada kita yang telah memperolehi Islam keturunan semenjak kecil lagi. Beliau adalah Brother Shah Kirit kakulal Govindji.

Bagaimana pula dengan kita?

Ramadhan adalah bulan yang terbaik untuk kita meningkatkan credit hour kita untuk tadarus (membaca), tafahum (memahami) , tadabbur al-Quran setersunya dapat tafaqquh fi deen (faqih dalam agama).

Kita semua mahukan kepada sesuatu yang lebih baik dalam hidup kita. Jika kita telah lancar membaca al-Quran ketika mencecah usia baligh dalam usia belasan tahun takkan la sampai kita mencapai umur dewasa mencecah 40 tahun masih lagi di takuk lama? Sewajarnya kita perlu BERUBAH. Bagi yang masih lagi dalam proses melancarkan, janganlah berputus asa.

Jom kita terus mengorak dan mengukuhkan langkah. Semoga terus diberikan kekuatan dan ditingkatkan kesabaran dalam usaha untuk memahami kalam Allah ini.. ^_^

About Mada Hannan

Kadang-kala berkata tanpa kata itu lebih lancar, berhujah tanpa bersemuka itu lebih jelas, meluah tanpa bertentang mata itu lebih selesa umpama lancarnya air yang mengalir, tenangnya bayu yang bertiup, bebasnya burung yang terbang di awanan

Posted on August 15, 2012, in Tinta kehidupan and tagged , . Bookmark the permalink. Leave a comment.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: