Memburu Lailatul Qadr

Imam Bukhari dan Muslim meriwayatkan satu hadis daripada Aishah, bermaksud:

“Adalah Rasulullah apabila telah masuk 10 akhir daripada Ramadan, maka Baginda akan menghidupkan malam-malamnya, membangunkan keluarganya dan mengikat pinggangnya.” (ikat punggang disini mungkin bermaksud menjauhi pergaulan suami-isteri)

Sahabat dan ulama berbeza pendapat dalam memberi penafsiran terhadap hadis di atas. Tetapi, mereka bersepakat bahawa Rasulullah melebihkan ibadatnya pada 10 malam yang terakhir Ramadhan.

Secara jelas Baginda saw melakukan yang demikian ini, kerana keutamaan 10 hari yang terakhir  dari bulan Ramadhan itu dari lain-laiannya dalam bulan ini. Baginda telah menyeru kepada kita untuk memburu dan mencari lailatul qadr pada 10 malam yang terakhir. Para ‘ulama berkata adalah berkemungkinan lailatul qadr berlaku pada malam-malam yang ganjil dari 10 malam terakhir Ramadhan. Ambillah jalan selamat kita maksimakan amalan dalam 10 malam ini sahaja sebelum Ramadhan berlalu melangkah pergi dari kita. Mohonlah kekuatan dariNya.

Bayangkan Rasulallah saw sendiri sebagai meningkatkan amalannya ketika di 10 malam terakhir ramadhan sedangkan Baginda saw telah dijanjikan syurga secara pasti.
BAGAIMANA PULA DENGAN KITA?

JOM kita melipatgandakan usaha kita untuk baki 10 Ramadhan ini. Istiqamah dalam melaksanakan ibadah sunnah, serta terus meningkatkan lagi amalan sunnah. Tiada istilah terlewat untuk kita jika kita sendiri yang sengaja melewatkan keadaan.

Jom pulun habih2!!🙂

About Mada Hannan

Kadang-kala berkata tanpa kata itu lebih lancar, berhujah tanpa bersemuka itu lebih jelas, meluah tanpa bertentang mata itu lebih selesa umpama lancarnya air yang mengalir, tenangnya bayu yang bertiup, bebasnya burung yang terbang di awanan

Posted on August 9, 2012, in ~Coretan~ and tagged . Bookmark the permalink. 1 Comment.

  1. insyaAllah, doakan sama2 kita perolehi malam lailatulqadar.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: