Pemberian kurma daripada PMIUPM kepada Bahagian Keselamatan UPM

Ramadhan tiba lagi pada kali ini, keadaan suasana di campus  Bumi Hijau UPM mungkin tampak tenang dan kurang sesak, mungkin disebabkan kini sudah bermulanya cuti semester bagi pelajar Ijazah yang berpusat di campus Serdang. Pun begitu, masih lagi terdapat segelintir pelajar yang berada di sekitar campus atas urusan dan perkara yang perlu diselesaikan.

Namun begitu, keselamatan sekitar campus sentiasa dikawal selia dan di pantau oleh Pihak Pengawal daripada Bahagian Keselamatan Universiti, UPM. Dalam menghargai jasa dan sumbangan mereka, pada 27 Julai 2012 bersamaan dengan 7 Ramadhan 1433H beberapa wakil daripada Persatuan Mahasiswa Islam Universiti Putra Malaysia, PMIUPM yang diketuai oleh saudara Hazim Mohd Noh, selaku Presiden bersama dengan yang lain termasuklah Tarmizi Anwar, Ramzul Nasri, Arasyi Yahaya dan Nur Fetehah Bakri telah memberi sedikit buah kurma sebagai juadah sunnah untuk mereka berbuka puasa mungkin  tidaklah seberapa, namun sedikit sebanyak hanya inilah kemampuan daripada pihak kami.

Di dalam hadis daripada Anas katanya:

“Bahawa Rasulullah s.a.w. berbuka puasa dengan beberapa biji *rutab sebelum bersolat. Sekiranya tiada rutab, maka dengan beberapa biji tamar, dan sekiranya tiada tamar, maka Baginda minum beberapa teguk air.”

(Riwayat Imam Ahamd dan Tirmizi, katanya hadis ini hasan) Al-Diya al-Maqdisi (meninggal 643H) telah mensahihkan hadis ini. (lihat: al-Ahadith al-Mukhtarah, 4/411 cetakan: Maktabah al-Nahdah al-Hadithah, Mekah).

*Rutab ialah buah kurma yang telah masak sebelum menjadi tamar kering, ia lembut dan manis. Adapun tamar ialah buah kurma yang sudah kering.

Hanya di beberapa post pengawal di kawasan utama Campus yang sempat diberikan sumbangan kali ini. Focus utama adalah kepada beberapa post pengawal yang beroperesi hingga ke sebelah malam atau pun yang beroperasi sepanjang masa.

Kelihatan ceria pihak Pengawal menerima sumbangan daripada pihak PMIUPM

Antara post guard yang sempat dikunjungi pada petang itu

Rentetan daripada agihan buah kurma ini bermula dari tahun sebelum ini, inilah adalah salah satu usaha untuk pihak pelajar untuk terus mengenali dan menjalinkan hubungan yang baik dengan pihak Keselamatan. Di samping usaha untuk memupuk  budaya bersedeqah dan arti hidup untuk memberi lebih-lebih lagi dalam bulan tarbiyah ini.

Sumbangan yang diberikan ketika berada di Unit Bantu Mula, UPM

Alhamdulillah sambutan daripada pihak mereka adalah sangat mesra. Walaupun keletihan dalam menggalas tugas kerja dan kadang-kala tidak dapat berbuka puasa disisi keluarga, namun mereka tetap amanah dalam menjalankan tugas. Itulah ciri yang perlu ada pada kita semua khususnya sebagai muslim. Puasa bukanlah alasan untuk kita menjadi tidak proaktif dan bersifat malas, tetapi seharusnya menjadikan kita lebih gigih dalam melaksanakan tugas dan memikul tanggunggjawab sebagai seorang manusia dan jua sebagai seorang hamba.

Semoga hubungan baik yang telah dibina antara pihak pelajar dan Bahagian Keselamatan akan terus bertambah baik di masa akan datang.=)

About Mada Hannan

Kadang-kala berkata tanpa kata itu lebih lancar, berhujah tanpa bersemuka itu lebih jelas, meluah tanpa bertentang mata itu lebih selesa umpama lancarnya air yang mengalir, tenangnya bayu yang bertiup, bebasnya burung yang terbang di awanan

Posted on July 30, 2012, in ~Coretan~ and tagged , . Bookmark the permalink. Leave a comment.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: