3 PERSOALAN wanita Madinah yang dijawab oleh Allah swt

–          Soalan PERTAMA

Ummu Salamah telah bertanya kepada Rasulallah SAW tentang kaum wanita yang tidak disebut di dalam al-Quran sebagaimana seringkali disebut nama lelaki dalam al-Quran. Hatta tiba pada suatu hari beliau terkejut bilamana Rasulallah SAW membacakan ayat al-Quran kepada beliau yang mana al-Quran menyebut jelas tentang kaum wanita:

“Sesungguhnya orang-orang lelaki yang Islam serta orang-orang perempuan yang Islam, dan orang-orang lelaki yang beriman dan orang-orang perempuan yang beriman, dan orang-orang lelaki yang taat serta orang-orang perempuan yang taat, dan orang-orang lelaki yang benar dan orang-orang perempuan yang benar, dan orang-orang lelaki yang bersabar, serta orang-orang perempuan yang sabar, dan orang-orang lelaki yang merendah diri (kepada Allah) serta orang-orang perempuan yang merendeah diri (kepada Allah), dan orang-orang lelaki yang bersedeqah serta orang-orang perempuan yang bersedeqah, dan orang-orang lelaki yang berpuasa dan orang-orang perempuan yang berpuasa, dan orang-orang lelaki yang memelihara kehormatannya  serta orang-orang perempuan yang memelihara kehormatannya, dan orang-orang lelaki yang menyebut nama Allah banyak-banyak serta orang-orang perempuan yang menyebut nama Allah banyak-banyak, Allah telah menyediakan bagi mereka semuanya keampunan dan pahala yang besar”


(al-Ahzab: 35)

 

–          Soalan KEDUA

Ummu Salamah mengadu kepada Rasulallah SAW tentang hijrah kaum wanita yang tidak disebut oleh Allah SWT dalam al-Quran. Kemudian turunlah ayat..

“maka Tuhan mereka memperkenankan permintaan mereka. Bahawa sesungguhnya aku tidak mensia-siakan amalan orang-orang yang beramal dalam kalangan kamu sama ada lelaki mahu pun perempuan kerana kamu adalah sebahagian daripada yang lain. Orang-orang yang berhijrah, yang diusir daripada kampong halaman mereka, disakiti pada jalanKu, yang berpereang dan yang terbunuh, pasti Aku akan hapuskan kesalahan mereka, dan pasti Aku akan masukkan mereka ke dalam syurga-syurga yang mengalir di bawahnya sungai-sungai sebagai pahala daripada Allah. Dan di sisi Allah ada pahala yang baik.

(ali-‘Imran: 195)

 

–          soalan KETIGA

Ummu Salamah bertanya kepada Rasulallah SAW, “Mengapa hanya kaum lelaki sahaja yang berperang, tidak kaum wanita? Kenapa kaum wanita hanya mendapat separuh daripada harta pusaka?” Firman Allah SWT yang bermaksud:

“dan janganlah kamu irihati terhadap kelebihan yang telah Allah berikan kepada sebahagian daripada kamu. Bagi lelaki ada bahagian daripada apa yang mereka usahakan. Bagi wanita ada bahagian daripada apa yang mereka usahakan. Mohonlah kepada Allah sebahagian itu. Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui segala sesuatu.”

(an-Nisa’; 32)

 

Sesungguhnya tiada diskrimanasi di antara perbedaan gender menurut kaca mata Islam. Lelaki dengan kelebihan tersendiri, begitu jualah untuk perempuan. Dan benarlah kedua-duanya adalah saling melengkapi..Thanks GOD.. ^_^

About Mada Hannan

Kadang-kala berkata tanpa kata itu lebih lancar, berhujah tanpa bersemuka itu lebih jelas, meluah tanpa bertentang mata itu lebih selesa umpama lancarnya air yang mengalir, tenangnya bayu yang bertiup, bebasnya burung yang terbang di awanan

Posted on July 25, 2012, in Tinta kehidupan and tagged , . Bookmark the permalink. Leave a comment.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: