Ramadhan yang mendidik hati & mengawal diri

“NAFSU ibarat KUDA liar, jika mampu menjinakkannya, ia akan menjadi kuda tunggangan yang baik”
(Imam Ghazali..)

Hanya ada beberapa cara sahaja yang dapat mengawal dan menjaga kuda liar. Antaranya adalah

–          Menahannya daripada memberi makan, menghalangya daripada meneguk minuman

–          Diberi ke atasnya beban yang berat hinggakan dengan beban itu melemahkan kekuatannya untuk terus menjadi liar

Sebagai manusia, kita semua dikurniakan aqal dan nafsu. Kombinasi antara keduanya menjadikan kita ini sebagai manusia, bahkan antara ciptaan yang paling bijak dan unik di atas dunia ini. Namun, kegagalan kita dalam mengimbangi dan mengawal antaranya boleh mencampakkan kita kepada makhluk yang paling hina, dan jika kebijaksanaan kita mengawal selianya, akan menjadikan kita antara makhluk yang paling berjaya dan terbaik.

“Sungguh, Kami telah menciptakan manusia dalam bentuk yang sebaik-baiknya. Kemudian Kami kembalikan dia ke tempat yang serendah-rendahnya”

(at-Tin; 4-5)

Nafsu bukan untuk di hapus, tapi untuk diurus.

Ramadhan telah tiba. Setahun telah berlalu. Tanpa kita sedar, segalanya berlaku dengan begitu pantas. Ruang dan peluang yang terbentang kepada kita dalam melalui Ramadhan yang tiba ini haruslah dimaksimakan sebaiknya.

Puasa ( صوم) secara bahasanya boleh diertikan sebagai menahan diri. Daripada segi istilah syara’ bermaksud menahan diri daripada makan atau minum untuk suatu jangkamasa tertentu. Dengan menghayati dan menekuni amalan puasa, secara tidak sedar kita telah berjaya mengawal nafsu kita, bukan sahaja makan dan minum, nafsu syahwat, yang mana jika dikelaskan antaranya termasuklah Nafsu Amarah (nafsu yang tunduk dan patuh menurut kehendak nafsu dan syaitan) serta Nafsu Lawwamah (Nafsu yang tercela kerana kelalaian tuannya melaksanakan peraturan-peraturan Allah dalam usaha kita mengejar dan memburu Nafsu Muthmainnah (Jiwa yang tenang).

Ramadhan adalah masa yang sesuai untuk kita mentarbiah hati, mendidik diri, membendung dari segala sifat keji, merebut segala perkara terpuji, dalam usaha kita mengejar keredhaan Ilahi, agar kita tidak menjadi rugi, semoga “mudah-mudahan menjadi orang yang bertaqwa” (Surah Al-Baqarah: 183) dapat digenggami.

Jika kita berjaya mengawal nafsu dan kemahuan kita dalam Ramadhan, mudah-mudahan kita terus berterusan sehingga ramadhan yang mendatang jika berkesempatan. Teori mungkin lebih mudah berbanding amali, pasakkan niat di dasar Hati, kuatkan jati diri, ketepikan sisi pandang manusia yang mungkin menghiris hati, tapi ketengahkan dan utamakanlah keredhaan ILAHI, mudah-mudahan segalanya akan diberkati, bahagia disini, insya allah SYURGA menanti..

~✿♥ SALAM RAMADHAN~

About Mada Hannan

Kadang-kala berkata tanpa kata itu lebih lancar, berhujah tanpa bersemuka itu lebih jelas, meluah tanpa bertentang mata itu lebih selesa umpama lancarnya air yang mengalir, tenangnya bayu yang bertiup, bebasnya burung yang terbang di awanan

Posted on July 20, 2012, in Tinta kehidupan and tagged , , , . Bookmark the permalink. Leave a comment.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: