Perubahan material, Selarikan dengan rohani..

Hidup ini tidak akan dapat dipisahkan daripada arus perubahan. Sudah pasti setiap insan mengimpikan untuk perubahan yang lebih baik walau mungkin mungkin ada beberapa ketika pilihan yang terhampar dihadapannya membuatkan ia terpaksa memilih perubahan yang mungkin kurang baik pada sisi pandang mereka.

Perubahan akan sentiasa berlaku dalam jangka hayat kita. Berubah daripada yang baik kepada yang lebih baik. Berhijrah daripada yang lebih baik kepada yang terbaik. Sama ada dalam memenuhi KEPERLUAN mahu pun KEINGINAN, keduanya adalah menjurus kepada sifat kita untuk BERUBAH.

1 contoh mudah yang sangat jelas dapat kita lihat bagaimana perubahan dalam penggunaan telefon bimibit. Jika dahulu, sangat sukar untuk setiap orang memilikinya, ada yang menggelar sebagai handphone botol air pada mulanya (mungkin kerana bentuk rupa fiskalnya), kemudian berubah kepada handphone monophonic 2G, kemudian kepada 3G dan kini hampir kebanyakan kita sudah memiliki Smartphone. Dan mungkin pada masa akan datang lagi yang lebih canggih lagi menanti.

Begitu jua dengan penggunaan computer. Jika dahulu mungkin ada yang pernah melihat desktop yang sebesar sebuah bilik saiznya, kemudian berubah kepada desktop, bertukar menjadi lattop yang semakinj portable dan kini bermacam lagi yang lain seperti notebook, tablet PC dan lain-lain.

Dalam sudut pengangkutan pula dahulu mungkin terpaksa menapak bila mahu ke sesuatu destinasi, jika ada sedikit lebihan rezki dan perjalanan jauh mungkin akan menggunakan kemudahan awam seperti bus, berubah pula kepada setiap 1 keluarga paling tidak pasti akan memiliki 1 kenderaan untuk kegunaan harian dan keperluan mereka, dan pada hari ini mungkin di sebuah rumah sahaja kita bisa melihat dengan beberapa buah kereta dan motorsikal bergantung kepada anggota isi rumah, lazimya 1 orang akan memiliki 1 kenderaan.

Begitu jualah dengan yang lain-lain lagi jika mahu dihuraikan lagi…

Namun bagaimana pula dengan IMAN, ILMU dan AMAL kita khususnya sebagai seorang mengaku dan menggelar diri mereka sebagai MUSLIM?

Jika kita boleh mengecapi perubahan dan penambahbaikan dalam aspek keperluan material dalam memenuhi keperluan dan kemahuan dalam memburu gelojak nafsu, bagaiamana pula dengan santapan rohani kita? Sedarkah kita?

Adakah kita masih lagi berada di takuk lama? Tidak pernah berubah semenjak daripada aqil baligh sampai ke hari ini tahap pengetahuan dan pengamalan serta penghayatan kita adalah sama? (renungan untuk diri yang sering terlena)

Jika belum berubah ayuh kita mengorak langkah untuk merubah dan berubah.

Mungkin akan ada kata-kata sinis kedengaran dari cuping telinga kita bila mana kita hendak merubah, “dia ni sejak bila pulak jadi alim?” lebih dahsyat lagi “lain macam je dia ni jadi baik? Entah–ntah esok lusa dia nak mati kot?? Pelbagai lagilah kata-kata yang seolah memusnahkan impian kita untuk berubah.. namun bersabarlah dan bertabahlah. Anggap sahaja semua ini sebagai satu perkara positif kepada kita.

HIDAYAH itu benar miliknya, tapi tatkala SINAR HIDAYAH itu mula menerangi, janga berlengah sampai ia terpadam.. bimbang kelak sinar itu akan terus terpadam terkubur selamanya..

Bersegeralah dalam usaha kita untuk merubah dan berubah. Jadikanlah RAMDHAN al-MUBARAK yang bakal menjelang tiba ini sebagai satu tamrin atau pun tempoh dalam usaha kita untuk berubah. Mudah-mudahan bersempena dengan bulan yang mulia ini akan memberi kita kekuatan untuk mengumpul kekuatan dalam menggenggam azam yang jitu dalam usaha untuk yang berubah menjadi yang lebih baik.🙂🙂

About Mada Hannan

Kadang-kala berkata tanpa kata itu lebih lancar, berhujah tanpa bersemuka itu lebih jelas, meluah tanpa bertentang mata itu lebih selesa umpama lancarnya air yang mengalir, tenangnya bayu yang bertiup, bebasnya burung yang terbang di awanan

Posted on July 17, 2012, in ~Coretan~ and tagged , , , , , , , , . Bookmark the permalink. Leave a comment.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: